Datuk Dapat Ke Beli?


Assalamualaikum,

Okay hari ni akak nak carut-carut sikit pasai kes Zizan Razak membuat lawak hambar semasa FFM baru baru apabila dia bertanya kepada individu lain iaitu "Datuk tu dapat ke beli?" Bila di tanya sekali lagi dia kata "Tak...baju tu beli ke dapat?"

So masa akak sembang-sembang dengan Sarwani Padzil,  dia kata "Sebenarnya pak lawak tak dak kredibiliti untuk jadi pengacara.  Aku lagi suka zaman dulu-dulu Azwan Haji Ali,  orang-orang TV3 jadi pengacara,  nampak berprestij sikit,"

Bagi akak la kan,  trend amik pak lawak ni jadi pengacara bukan kat sini jer,  kat Amerika pun sama.  Orang rasa macam pak lawak ni,  dia bukan sahaja dapat menceriakan keadaan tetapi pada masa yang sama majlis yang bohsan boleh jadi meriah sebab pak lawak ni selalunya bakat dia besar,  dia boleh bercakap,  nyanyi,  berlakon dan kadang-kadang menari.

Pencapaian paling besar sekali apabila Ellen Degeneres jadi pengacara untuk Oscar dia buat stunt dengan mengajak beberapa artis secara selamba amik selfie dengan dia dan bila dia upload gambar tu kat Twitter terus meletops u olls.  Gambar itu menjadi tweet paling banyak di RETWEET dalam secara aplikasi sosial media Twitter.

Dan seterusnya,  lebih ramai pak lawak yang dijemput menjadi pengacara Oscar seperti Chris Rock dan sebagainya.  Sama juga di Malaysia,  sejak zaman Bob Lokman tak masuk Pas lagi kita dah tengok dah pak lawak Malaysia di angkat jadi pengacara majlis anugerah.


click read more

Jom Iklan di Blog Jumie Samsudin.Com

Hello u olls,  okay hari ni akak nak habaq pasai pakej iklan di blog akak.  Jarang-jarang akak post kat sosial media,  selalunya based on sapa PM akak balaih.  So hari ni akak nak share dengan u olls,  sekiranya u olls berniaga nak promosi perniagaan u olls,  marilah buat pelaburan iaitu dengan iklan bersama akak. 



CLICK READ MORE

Kambing Tuk Hang (Kambing 4U) Relau, Penang

Hello u olls,

Haaa nak habaq ni Ajo Mamu Raja Lawak lani bukak perniagaan baru iaitu Kambing Tuk Hang.  Bukan TOK ANG!  Tapi Kambing tuk hang...for you bebeh.  Sangatlah baguih bukan apa,  kita kalau nak pekena kambing bakaq ka apa,  kena tunggu la kenduri kawen orang orang kaya ka,  open house ka,  baru nak dapat rasa kambing bakaq kan?  Lani haaa...hari hari hampa boleh mai kat sini.



click read more

Facial Di Rumah bersama Kak Muna

Hello u olls,

Haaaa bak kata Ayuni,  hari tu dah spa hari ni facial pulak?  Macam-macam duk mai kawasan perumahan TTS kebelakangan ni.  Kerlas!!  Sajala kita manja-manjakan diri,  kalau kita tak manjakan diri kita,  tak cukup kasih sayang,  pastu nanti duk bising meratuih dan memaki orang sana sini di laman sosial.  Tu semua orang tak cukup kasih sayang la tu.

Hah! Sudah!  Hari ini kita nak sembang pasai satu kakak ni nama dia Kak Muna,  dia ni kawan I olls sejak dulu lagi.  Macam family friends gitu.  Dari dulu duk tau dia buat facial tapi tak pernah try dan tak pernah macam nak terbuat,  sebab mak ayam ni jarang nak post-post kat FB dia pasai service yang dia buat. 

Rupanya,  Kak Mun ni style dia punya customer semua regular customer.  Dia siap buat list,  sebulan sekali ka apa,  dia akan follow up dengan depa...nak buat treatment ka tak?  Saja peringat la kadang-kadang duk sibuk sampai terlupa.  Baguih inisiatif Kak Mun ni,  sebab tu dia tak payah nak promote pun takpa dah.  Dia pandai jaga customer dan business dia.

Tapi hari ni mak nak tolong promote jugak business mak ayam ni.  Haaa u olls semua yang wanita busy busy tak dan nak keluaq pi salon kecantikan ni semua,  anak ramai pulak susah nak keluar.  Akak nak rekemen u olls try buat facial treatment dengan beliau.



click read more

Bila Fathia Latiff Separa Bogel di Bigo

Hello u olls,

Okay okay dah.  Seperti biasa,  bila gossip ni boleh dikatakan hampir-hampir reda baru mak akan membuat ulasan.  Yes,  satu sebab i busy mengalahkan Kak Ros,  secondly,  baguih juga bagi lama sikit sebab kita boleh tengok apa kisah penghabisannya.

Hari ini kita nak sembang pasai Fathia Latiff yang baru-baru ni heboh sebab viral video dia separa bogel.  Okay mai sini akak bagi kronologi cerita secara mudah dan simple.


Tiba-tiba viral satu video live menggunakan aplikasi Bigo yang menunjukkan dua budak perempuan,  sorang tu duk menari seksi-seksi pastu sorang lagi duk mai menari tayang body light-light siap tunjuk tetek dia blah bawah.  Nampak la sikit layutan tetek tu.  Basically,  these girls are just having fun in a hotel room or something.  Tak tunjuk pun depa amik dadah ka,  minum arak ka,  buat seks rambang ka.  Just budak budak perempuan bangang duk buat benda bodo bila duduk bersama.  Sapa tak buat macam tu kan?


Sekali video live Bigo tu direkod oleh sapa ka,  dan diviralkan.  Dan depa kata,  perempuan yang tunjuk tetek tu adalah Fathia Latiff.  Kisah ni jadi hangatlah sis!! Sebab  Fathia Latiff ni pompuan bertudung.  HAAAAAAAAAAAA.....


So Fathia Latiff pun nangeh-nangeh la kat sosmed semua kata janganlah fitnah dia,  dalam video nangeh-nangeh tu dia tampil lah dengan imej komersial dia iaitu bertudung.  Then,  macam-macam spekulasi berlaku.  Micheal Ang pun tampil la bising-bising,  biasalah pondan tu pun kan?  Gugurkan nama Fathia Latiff daripada berlakon drama apa ka semua.



Last sekali lani,  Fathia Latiff pun akhirnya mengaku yang dalam video tu diri dia dan dia merayu agar semua peminat memaafkan dia dan kawan dia.  And from there on,  tiba-tiba nama Fathia Latiff pun meletops tip tip top top top tip top tip top sekarang kat mana-mana sebab semua orang pun tiba-tiba duk tengok la dia tutup aurat macam mana.  Pakai tudung nampak lehiaq la,  nampak rambut oren la.....


Okay itulah kesudahannya.


click read more

Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part II

Hello u olls,

Okay ini adalah part II pulak.  Ada colour-colour lain kat sini.  Jom baca.

Untuk pengetahuan u olls semua,  ulasan ini adalah sempena dengan 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.  Jangan lupa untuk baca part I kat sini ya:  Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part I


click read more

Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part I

Hello u olls,

Ujung tahun ni musim award show pun bermula.  Akak akan buat macam-macam review awards ni semua sampailah tahun depan Academy Awards,  pastu masuk sekali acara tahunan kita?  Apa lagi kalau tak bukan,  Victoria Secret Fashion Show sempena hari raya Krismas every year kan!  Seronok kakak-kakak semua.

Baiklah,  jom kita tengok apakah yang dipakai oleh para retis mat salleh sempena red carpet 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

ps/  Akak susun ikut colour ya....




click read more

Sesi Spa Di Rumah bersama Sima's House of Beauty


Hello u olls,


Semalam akak ada show kat u olls on Facebook pasai beberapa gambar akak membuat rawatan spa tradisional di rumah bersama Sima's House of Beauty.  Actually Kak Sima ni senior I olls di sekolah dulu iaitu St.  George Girl School,  dia habaq kata dia duk buat business home spa di rumah and dia tanya akak nak cuba tak?  Pucuk dicita ulam mendatanglah u olls.


Yes,  akak suka spa menyepa ni.  Tapi lately tak berkesempatan nak pi sebab busy u olls.  Bila ada offer nak buat dirumah,  of courselah akak nak try.  Akak pun set time,  on the weekend from 9 am.  Akak nak buat awal-awal sebab lepas tu kita dah sibuk buat kerja-kerja lain kan?  According to Kak Sima,  the rawatan will takes about 1 hour to 1 hour and a half only.





Rempah Ratus Melayu
So dah banyak kali akak duk buat spa treatment,  orang putih style,  Bali style,  Thai style,  ini buat pertama kali akak buat Melayu style okay.  So Kak Sima mai rumah akak tepat-tepat jam 9.00 pagi,  dia dah pesan kot whatsapp jangan duk mandi apa semua.  Sebab satgidah habis buat rawatan baru akak boleh mandi.  So akak just diminta untuk sediakan kain batik dan tuala sahaja.  Yes,  akak tak mandi tapi akak gosok gigi dan basuh muka la u olls.  Pastu akak breakfast light-light,  takut satgi duk sedap-sedap buat treatment rasa lapaq pulak kan?


So lepas Kak Sima sampai rumah,  dia terus minta kebenaran nak guna dapur untuk masak ramuan-ramuan spa dia.  Hangpa jangan risau,  semua peralatan Kak Sima bawa sendiri.  So I dont have to use all my TEFAL apa semua,  gitttuuu.  Kotak kayu untuk sesi bertangas,  periuk nak masak rempah ratus mandi wap,  periuk nak masak air bertangas,  bangku kecik,  timba,  baldi semua dia bawak.

Sambil Kak Sima duk siap-siap masak dia punya ramuan semua,  akak pun kepo-kepoci duk tanyalah macam-macam pasai produk yang dia pakai.  Semua produk yang digunakan adalah menggunakan ramuan rempah ratus seperti pulut,  dan daun-daun herba yang terdapat di sekitar kita.  Organik lah u olls semestinya.


Yang dalam botol kaca tu dia punya rempah ratus untuk bertangas dan yang dalam plastik pulak adalah herba kering yang akan dimasak untuk mandi wap dan mandi herba.
click read more

Ubati Masalah Kulit Berjerawat Dan Berminyak dengan Pure by Safiyyah Osman

Hello u olls,

Okay hari ini mak nak cerita kat u olls pasai satu produk ni.  Actually dah banyak kali dah duk cerita dalam blog dan Facebook tapi nak cerita lagi sekali juga.  Hangpa nak tau tak?  Dulu akak mempunyai masalah jerawat yang amat teruk,  sejak anak dara lagi.  Jerawat ni nanti tumbuh macam nanah-nanah kecik,  jerawat batu dan pelbagai lagi bentuk jerawat.  Dah macam perkara biasa.  Dah macam-macam produk yang pakai tapi tak pernah nak okay.

Then bila dah tua bangka,  barulah akak jumpa satu produk ni,  nama Dermalite.  Produk ni daripada USA dan akak pun pakai dia punya serum yang mahal nak mampus tu,  dan alhamdulillah jadi elok.  Bila review kat dalam blog akak,  ramai nak try,  tapi kisahnya kat Malaysia yang meletops ini,  hanya dua kedai yang jual produk Dermalite ni.  Satu di Penang,  satu di Kuala Lumpur.  So akak approach aunty yang jual Dermalite kat Penang ni,  akak kata,  kalau akak tolong jual kat hang?  Hang boleh bagi aku haga komisyen?  So akak pun dapatlah sedikit komisyen lepas duit minyak dan posting kepada customer.  Ramai jugak yang try produk tu,  akak rasa dah sampai meletops rasanya.

Tiba-tiba Dermalite Malaysia bukak laman web dia sendiri,  kerlasss kau nyah saja nak sabotaj business mak kan?? Soo start dari situ akak pun malas nak pakai produk ni dan sapa-sapa yang nak continue pakai produk Dermalite ni,  akak suruh depa beli terus kat website Dermalite tu.

Ini contoh muka akak time jerawat tumbuh yang teruk punya.  Zaman ni memang duk buat apa pun tak jadi apa.  Hangpa tengok la sendiri.  Aku dapat cari ini lah antara gambar yang teruk sekali la,  lain-lain gambar semua duk make up tebal so tak berapa nak nampak jerawat semua.


click read more

Special Gift untuk Bakal Pengantin NS Romancinta Empire



SPECIAL GIFT UNTUK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum,  sempena anniversary NS Romancinta yang ke 2, kami akan memberi

  • VOUCHER SHOOPING 
  • BANNER TUNJUK ARAH
  • HAMPER 
  • VOUCER MAKAN MALAM 
ISTIMEWA pada bakal pengantin.

Syaratnya sangat mudah.
Anda cuma perlu:
1-LIKE POST INI :  ‼️SPECIAL GIFT UNTUK BAKAL PENGANTIN
2- Booking (Booking date September 2017).

Ianya sangat berbaloi.
Hanya untuk 20 pasangan sahaja.
SAPA CEPAT DIA DAPAT!!

Promosi Butik Pengantin #NSRomancinta Empire datang lagi, kepada yang berhajat boleh book package awal-awal sebelum habis.Perbagai package yang disediakan sesuai dengan bajet anda dan pasti puas hati.

PROMOSI..
PROMOSI..
PROMOSI..
click read more

Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Gambar Astro Awani.

Hello u olls,

Minggu lepas kita semua dikhabarkan dengan sebuah berita yang amat-amatlah menyedihkan iaitu sebuah kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kuala Lumpur hingga meragut nyawa berpuluh-puluh orang.  Kalau tak salah,  masa tu hari Khamis,  we olls semua kat office duk ada dalam meeting.  Sambil meeting,  akak duk bukak Ipad.  Tiba-tiba banyak mesej notififikasi masuk melalui apps Astro Awani,  duk habaq kata ada ada kes kebakaran yang meragut ramai nyawa di sebuah sekolah hafazan Quran.  Tapi actually berita awal mengenai kejadian kebakaran ni akak mula-mula dapat melalui sebuah Whatsapp Group yang akak join,  mesej yang dipanjangkan itu menerangkan secara ringkas kes kebakaran yang baru terjadi,  takdak gambar,  takdak video apa-apa.  So bila keluar berita melalui Astro Awani,  makanya kes ini dah memang sah la.

Habis daripada meeting,  masa nak dekat masuk waktu rehat lunch time.  Akak terus pakukan buntut akak ke kerusi computer dan terus membelek-belek laman web internet dan membacakan berita-berita yang dipaparkan mengenai kes kebakaran ini.  Dan disusul pula dengan berita-berita tidak rasmi melalui teman dan saudara mara melalui Whatsap Group (whatsapp kan dah boleh baca melalui computer? Hangpa dah pernah cuba?)


click read more

Iklan Perfume Terkini (Fall 2017)

Hello u olls,

Saja la nak share dengan u olls beberapa iklan perfume terkini yang dilancarkan oleh rumah-rumah fesyen ternama antarabangsa.  Iklan-iklan di dibuat dalam bentuk filem pendek yang mempunyai cerita tersendiri yang sesuai dengan haruman parfum masing-masing.

Ada lapan video terkini yang akak share kat sini.  Semua-semua depa ni amik artis meletops untuk jadi duta fesyen mereka.  Paling meletops sekali of course la Dolce & Gabbana yang telah berjaya mengambil Kit Harington a.k.a Jon Snow dan juga Emilia Clarke a.k.a Khaleesi.

Tapi video iklan depa asing!  Depa macam duk jalan tengah-tengah pekan kat Italy....tapi sampai last depa tak jumpa pun.  Haram betui...ingat kan depa jumpa pastu cium-cium.  HAHAHA


Okaylah!  Jom tengok ja video-video iklan kat bawah ni.


click read more

Hana Vs Watie Elite



Hello u olls,

Hari ini akak nak rebiu sikit pasai kes dua orang artis bekas kumpulan Elite ni.  Im sure u olls semua pun dah baca dan tau sedikit sebanyak mengenai kes depa dua ni.  Secara ringkasnya,  depa dulu kawan baik kan?  Yelah,  girls group u olls.  Kisahnya,  Watie Elite sundel ni pakai nama Hana untuk buat loan apa bagai untuk dia beli kereta dan sebagainya,  pastu last-last kereta dia tak bayar,  pastu nama Hana kena blacklist dan dideclare bankrap apa semua.  So Hana pun buatlah saman di peringkat mahkamah.  So sekarang ni,  Watie sundel kena saman dan diminta untuk bayar ganti rugi up too RM700k.  HAMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKK kauuuuu!!

click read more

Pelawak Hot Malaysia - Fikry Ibrahim


Hello u olls,

Salam Monday!  Okay marilah kita semua terangkan mata dan minda kita di hari Senayan yang raja bohsan ini dengan bercakap dalam segmen kat blog akak yang jarang-jarang terbit iaitu segmen lelaki elok.  Jom berkenalan dengan Fikry Ibrahim!

Nama penuh beliau adalah Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau nama komersial dia,  Fikry Lawak Solo a.k.a Fikry Ibrahim.  Lahir tahun 1994 dan berasal dari Jitra,  Kedah. Patutnya hemsem ala-ala bekas kekasih I,  Abang Remy Ishak.

Fikry mula masuk dalam industri seni tanah air bila dia masuk pertangan lawak di Astro iaitu Lawak Solo.  Dia tak menang,  tetapi dia menang di hati peminat.  Gittttuuu,  mungkin sebab dia hemsem dan mungkin juga sebab dia hemsem.  HAHAH

Tak-tak,  last Februari 2017,  persatuan teater kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang ada jemput dia mai perform sekali dengan kami untuk show Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun.  Ada stand up comedy,  ada games...So mula-mula Fikry ni mai,  dia biasalah orang hemsem ni,  secara otomatik kita nampak dia macam "Deni sombong la...." hala...sebab dia hemsem kan?

Aku nak pi tegur-tegur dia pun takdak la....HELLLOOO mak gedik on social media dan blog ja.  Kalau real life mak sopan ala-ala pompuan regalia okay.  Kita pun buat kerja (jual tiket kerja belakang pentas busy noks).  Pastu mak sedar diri noks,  mak dah tua tua ni dia nampak mak pun macam aunty-aunty ja.  Geli la aunty aunty nak buat gatai-gatai kan?

Tapi ada satu time masa kat bilik make up,  masa tu takdak sapa,  dia macam buat effort untuk sembang dengan akak.

"Kak,  macam mana tadi saya?  Okay ka?" akak macam terkedu sebab wah....orang hemsem nak cakap dengan akak.

So akak pun balas la,  profesional.  "Okay dik....hang macam diam ja masa taklimat semua.  Tapi masa atas pentas hang mangkak na..."

click read more

Pakcik India Yang Terror Masak - Village Food Factory

Nenjia baguih punya Mamu Arumugan duk balun ayam goreng.


Hello u olls!

What defines you as terror masak?  Terror masak for me it's not,  hang masak untuk kawan-kawan hang makan pastu sepuluh kali perpuluhan tujuh hang duk tanya "Sedap tak I masak?"  Terror masak juga bukan bermaksud,  hang masak pastu hang post cantek-cantek kat dalam Instagram.  Gambar mungkin cantek,  rasa belum tentu.  Gitu.  Carut light-light.

Terror masak untuk akak adalah orang yang boleh guna all the simplest ingredient yang terdapat di sekeliling rumah dia pastu dia boleh masak macam-macam benda dan satu lagi dia boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan still rasa semua meletops.  Sebab tu,  antara pencapaian hidup akak,  adalah akak berjaya masak 2 kali untuk orang-orang kampung suami akak sempena majlis kenduri tahlil arwah ibu mertua I olls.  Dahla,  orang kampung kat Serom,  Muar, Johor ni semuanya terror masak belaka,  tiba-tiba nenjia mana punya pompuan gemok dari Penang mai handle dapur masak for almost 200 people termasuk memasak nasi ambeng.  Sayang time tu tak amik gambar semua sebagai kenangan.

Okay dah,  sesi menunjuk dah habis akak nak share dengan you olls tentang satu pakcik dari India yang ada Youtube Channel yang memiliki sampai 700k subsribers!  Semua video pakcik ni diambil oleh anak dia,  di mana dia demonstrate cara proses dia memasak macam-macam benda untuk keluarga dia dan juga memasak untuk diberikan sedekah kepada pendudukan kampung disekeliling yang daif.

Macam mana akak terjumpa video pakcik ni?  Kan akak cakap,  akak takdak TV so youtube is my entertainment.  Tengok kot Ipad saja.  So bila akak terjumpa video pakcik ni nenjia almost semua video dia akak tengok (tapi pakcik ni ada banyakkkkkkkkkkk lagi video yang tu kena tengok esok esok la).  Dia goreng telur,  goreng ayam,  masak kari,  buat jus buah-buahan,  buat nasi briyani....semuanya dia buat dengan menggunakan produk yang simple-simple dan paling penting dia masak secara outdoor menggunakan peralatan yang sangat mudah!  Pakcik ni memang terror tahap otai meletops punya


Kerlas pakcik ni!  Jom tengok youtube dia pastu hangpa wajib jadi subscriber.

Pakcik masak macam-macam,  from ikan to ayam, to kambing and all other vegetarian style.


click read more

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang



Hello u olls semua,

Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding planner yang berlokasi di Bukit Mertajam Pulau Pinang yang bertajuk NS Romancinta.  Depa memberikan macam-macam jenis khidmat bukan sahaja untuk memudahkan u olls semua merancang majlis-majlis u olls like bertunang,  berinai,  pernikahan,  majlis bersanding malah majlis hari jadi,  majlis berendoi dan macam-macam lagi.

Walaupun NS Romancinta ni berlokasi di Bukit Mertajam,  tapi khidmat mereka expand bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah sampai ke negeri berdekatan like Kedah dan Perak.  So u olls-u olls semua yang sedang mencari wedding dan event planner untuk buat segala maknena semua,  apa kata u olls baca dulu butiran lanjut kat bawah ni...pastu yes!! Jangan lupa share okay.


Khidmat
Wedding & Event Planner untuk bertunang,  berinai,  pernikahan,  majlis bersanding malah majlis hari jadi,  majlis berendoi,  baby shower,  majlis rasmi syarikat korporat dan syarikat persendirian seperti majlis makan malam,  perasmian dan macam-macam lagi.  Antara khidmat yang disediakan untuk menjayakan majlis anda,  NS Romancinta Empire menyediakan:
  • katering
  • cake decoration
  • goodie bag
  • balloon deco
  • background decoration
  • decoration dewan
  • pelamin dewan dan rumah
  • mini pelamin
  • buaian deco (majlis berendoi)
  • candy buffet
  • arch and walkway
  • photobooth
  • solekan untuk wanita majlis perkahwinan/dinner
  • baju pengantin dan baju wanita
Anything else yang mungkin kalian tertanya-tanya?  Dont worry just contact NS Romancinta Empire insya Allah mereka boleh bantu mengikut bajet anda.


Pakej
Berikut antara beberapa pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak NS Romancinta Empire:

Pakej Dewan Silver
1 x Pelamin 20 feet-30 feet
1 x Meja Makan
1 x Baju L/P
1 x solekan di studio
Red Carpet
Arch
Bunga Tangan
FOC
Full aksesori baju
Payung

Pelamin by  NS Romancinta Empire

click read more

Restoran Syiok, Kuala Kangsar


Hello u olls,

Satu lagi tempat makan menarik yang kami makan masa kat Kuala Kangsar adalah Restoran Syiok. Speciality depa nasi ayam goreng dan ayam goreng ala-ala KFC gitu. Harga sangat murah u olls. Satu set tak sampai RM10 pun tapi potion punya banyak.

Wajib try nasi ayam goreng special depa! Western food pun ada macam-macam pilihan. Maybe next time boleh cuba.



Jom tengok gambaq.  Click read more

Breakfast di Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar


Hello u olls,

Ini kali kedua akak mai makan sini.  Wajib mai breakfast kat sini kalau mai Kuala Kangsar.  Pagi2 buta,  anak dara yang bangun awai,  akak angkut mai makan sini.  Pagi tu,  just me,  Nizal,  Kak Danny dan Ezal sahaja.  Yang lain,  masih berlumba motor boat atas katil.


Memang terbaik bersarapan kat sini. Kena mai awal-awal pagi like before 8am baru boleh dapat tempat duduk best kot belah belakang di bawah pokok-pokok getah. Kalau mai lambat sikit, dah la nanti penuh pastu makanan pun banyak yang habis.  Must try items - Roti bakar, mushroom soup, mee curry & mee kicap.

Jangan underestimate dia punya mushroom.  Apa ni?  Warung jer kot mesti mushroom soup rasa tak sedap!  Hangpa salah....mushroom soup dia lebih sedap daripada yang duk jual kat Pizza Hut tu.

Okay dah!  Jom tengok gambar.
click read more

Lata Kekabu, Lenggong Perak


Pada hujung minggu yang lalu berkesempatan untuk explore Air Terjun Lata Kekabu di Lenggong Perak, 30 mins drive dari Bandar Kuala Kangsar.

Kami pergi pukul 2 petang, hujan turun dalam perjalanan. Jalan masuk ke Lata Kekabu sangat sempit,  ada satu lane sahaja masuk dan keluar.  Nasib baik kereta ramai masa kami datang,  kata anak ayam akak Tengku Zaren yang menetap di Kuala Kangsar,  Lata Kekabu ni memang tak ramai sangat orang datang,  orang Kuala lebih suka nak pergi berkelah kat Ulu Kernas.

So bila dah hujan,  nak buat macam mana?  Redah jer la.  Pastu nak habaq mai....pacat punyalah banyak.  Eeee bila ingat balik memang geli seriau u olls.  Jalan dari tempat berkelah nak masuk air,  dua tiga ekor pacat melekat kat kaki.  Pastu,  dah masuk ayaq takdak apa la....

Tapi syiok mai sini sebab tak ramai orang and kami semua beramai-ramai explore jalan kaki sampai ke atas,  untuk tengok air terjun Lata Kekabu ni yang terletak agak jauh ke dalam.  Kena jalan agak jauh pastu kena lalu satu jambatan gantung yang very the scary.  Tapi bagi anak-anak ayam I yang lain yang memang perangai monyet-monyet,  takdak masalah depa nak lalu titi gantung tu.  Siap boleh posing-posing lagi kat tengah jambatan.  

Okay dah la.  Jom tengok gambar sahaja.

click read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...