4.9.17

Breakfast di Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar


Hello u olls,

Ini kali kedua akak mai makan sini.  Wajib mai breakfast kat sini kalau mai Kuala Kangsar.  Pagi2 buta,  anak dara yang bangun awai,  akak angkut mai makan sini.  Pagi tu,  just me,  Nizal,  Kak Danny dan Ezal sahaja.  Yang lain,  masih berlumba motor boat atas katil.


Memang terbaik bersarapan kat sini. Kena mai awal-awal pagi like before 8am baru boleh dapat tempat duduk best kot belah belakang di bawah pokok-pokok getah. Kalau mai lambat sikit, dah la nanti penuh pastu makanan pun banyak yang habis.  Must try items - Roti bakar, mushroom soup, mee curry & mee kicap.

Jangan underestimate dia punya mushroom.  Apa ni?  Warung jer kot mesti mushroom soup rasa tak sedap!  Hangpa salah....mushroom soup dia lebih sedap daripada yang duk jual kat Pizza Hut tu.

Okay dah!  Jom tengok gambar.
click read more




Mee kicap and soup pastu kat tepi dia mee curry.



Yang ni roti bakar dengan mushroom soup yang sedap.



Roti benggali depa lebih lembut dan manis berbanding roti Benggali kat Penang ya.



Jangan underestimate mushroom soup kat sini ya.


Dah makan kenyang segala benda semua,  tiba-tiba order tambahan wantan curry pulak.  Haiwan sangat.


Underneath pokok getah.


Pokok getah yang baru ditoreh.



Lepas makan pagi,  kami jalan-jalan kat keliling istana area Bukit Chandan.  Tengok pemandangan yang mendamaikan.  Pastu rasa nak terberak baru cepat-cepat drive balik. 


 
   




Akak pernah review tempat makan ni sebelum ni,  mai baca lekaih:  Road Trip Kampar: Breakfast at Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar


Contact Info
Facebook page:  Selera Kampung
Lokasi: Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
No telefon: 016-411 4015


Google Maps

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...