28.9.17

Facial Di Rumah bersama Kak Muna

Hello u olls,

Haaaa bak kata Ayuni,  hari tu dah spa hari ni facial pulak?  Macam-macam duk mai kawasan perumahan TTS kebelakangan ni.  Kerlas!!  Sajala kita manja-manjakan diri,  kalau kita tak manjakan diri kita,  tak cukup kasih sayang,  pastu nanti duk bising meratuih dan memaki orang sana sini di laman sosial.  Tu semua orang tak cukup kasih sayang la tu.

Hah! Sudah!  Hari ini kita nak sembang pasai satu kakak ni nama dia Kak Muna,  dia ni kawan I olls sejak dulu lagi.  Macam family friends gitu.  Dari dulu duk tau dia buat facial tapi tak pernah try dan tak pernah macam nak terbuat,  sebab mak ayam ni jarang nak post-post kat FB dia pasai service yang dia buat. 

Rupanya,  Kak Mun ni style dia punya customer semua regular customer.  Dia siap buat list,  sebulan sekali ka apa,  dia akan follow up dengan depa...nak buat treatment ka tak?  Saja peringat la kadang-kadang duk sibuk sampai terlupa.  Baguih inisiatif Kak Mun ni,  sebab tu dia tak payah nak promote pun takpa dah.  Dia pandai jaga customer dan business dia.

Tapi hari ni mak nak tolong promote jugak business mak ayam ni.  Haaa u olls semua yang wanita busy busy tak dan nak keluaq pi salon kecantikan ni semua,  anak ramai pulak susah nak keluar.  Akak nak rekemen u olls try buat facial treatment dengan beliau.



click read more


Pasaipa Best?
This is why I really like dia punya treatment:

💋Dia punya urut memang meletops!!!! Tangan dia memang sedap hang.  Pastu dia akan urut lama memang betul-betul ikut teknik yang beliau belajar dulu.

Apa diaaa duk beletiaq Kak Mun.......
💋Kak Muna ni pak lawak,  so dia akan sembang dengan hang kalau hang tak mau tidur.  (haahaha Kak Mun,  next treatment aku janji aku akan tidoq)



Astagfirullah ni orang ka apa ni?

💋Treatment dia lama and puaih!  Mak amik full set treatment duk mai sampai 2 jam lebih (patutnya dua jam ...tapi lebih tu sebab kami duk sembang)

💋Harga yang amat berpatutan consider dia mai rumah kita.  RM50 basic facial.  RM60 facial resdong.  RM70 untuk facial Vit C ampoule.  RM90 Vit C ampoule + Resdung set.  Semua ni termasuk dengan kos pengangkutan.


Semua barang dia bawak lengkap,  sponge dia terlupa mak ayam ni!


💋  Produk dia pakai semua produk betui untuk facial tu,  dan dia akan try dulu tengok orang okay ka tak okay,  dan so far semua produk dia memang meletops.  Aku suka dia punya Vitamin C dan juga cool mask tu,  mak rasa sebab dua produk tu la muka aku jadi lincin elok after the treatment.  Sebab bulan lepas kan mak sakit lama,  pastu muka banyak duk naik macam rashes dan jerawat kecik-kecik.  Tak teruk sangat,  tapi after treatment dengan Kak Mun...alhamdulillah muka teruih jadi macam pompuan suci-suci ni.


Only In Penang Island!
Hangpa wajib try buat facial dengan kakak ni.  Tapi nak habaq siap-siap na,  dia hanya mai area PENANG ISLAND sahaja,  sapa-sapa yang nak jemput ke Seberang,  kalau boleh ampa amik 3 orang nak buat treatment.


Harga
RM50 Basic Facial
RM60 Facial Resdong
RM90 Full Facial with Vit C ampoule + Resdung set
(inclusive transportation)


How to Book
Sila PM @Qissrai Kasim atau Whatsapp to 017 4795159

Posing dua wanita meletops.  Sorang baju KFC sorang baju kelawaq.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...