Featured Post

#PrayforPenang

13.9.17

Hana Vs Watie Elite



Hello u olls,

Hari ini akak nak rebiu sikit pasai kes dua orang artis bekas kumpulan Elite ni.  Im sure u olls semua pun dah baca dan tau sedikit sebanyak mengenai kes depa dua ni.  Secara ringkasnya,  depa dulu kawan baik kan?  Yelah,  girls group u olls.  Kisahnya,  Watie Elite sundel ni pakai nama Hana untuk buat loan apa bagai untuk dia beli kereta dan sebagainya,  pastu last-last kereta dia tak bayar,  pastu nama Hana kena blacklist dan dideclare bankrap apa semua.  So Hana pun buatlah saman di peringkat mahkamah.  So sekarang ni,  Watie sundel kena saman dan diminta untuk bayar ganti rugi up too RM700k.  HAMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKK kauuuuu!!

click read more


Tahniah Untuk Hana
Akak nak ucapkan tahniah untuk Hana sebab setelah semua yang jadi kat dia,  dia keraskan hati,  berusaha bersungguh-sungguh untuk make sure kes dia ni diselesaikan dengan cara yang adil.  Ya,  mungkin dia amik peguam yang berpengalaman dan bagus,  tapi nak habaq mai,  kalau tanpa kecekalan dan juga kepandaian dia ni untuk bantu peguam dia,  kes ni tak akan menang.


And I'm sure, dia dah merana punya lama.  Mesti dia dah larat menangis apa semua,  haaa....akhirnya berkat kesabaran dia selama ni, dia berjaya tuntut bela atas segala benda yang dibuat oleh so-called-kawan baik dia sendiri.


Kita,  kalau dah berkawan dengan kawan kita ni,  makan sama-sama,  buat show sama-sama nyah.  Mesti kita duk rasa macam sisters dah.  So kita pun percayalah bila dia kata,  nak pakai nama kita sebagai penjamin untuk dia buat pinjaman beli kereta dan sebagainya.  Tapi mungkin Watie sundel ni mulut manis macam manaka,  Hana bukan sahaja jadi penjamin,  siap buat pinjaman atas nama dia terus!


Last last.....haaaaa....terkangkanglah hang sorang sorang bila so-called kawan baik hang sendiri buat naya case macam ni.


Watie Sundel
Orang macam Watie sundels ni banyak kot dalam masyarakat kita.  Baguih juga depa cerita benda ni kepada pihak umum,  bagila rakyat jelata yang sundel-sundel macam Watie ni semua boleh rasa macam takut sikit,  sebab hangpa tak boleh nak lari senang-senang macam tu sahaja.  Nak bergaya sakan mengebat kata hangpa kaya mampu pakai kereta besaq semua,  tapi kisahnya?  Hangpa berhutang tak reti nak bayar,  malah tipu kawan sendiri sampai macam ni.


Akak pernah ja dengar kisah-kisah kawan akak sendiri,  bekas suami macam ni kat depa,  masa kawen beli semua barang pakai nama bini.   Esok suami ceraikan isteri,  amik lori angkut semua perabot dan barangan elektrik pi rumah mana tak tau.  Esok esok,  hutang tak habis bayar,  Along mai baling cat depan rumah bekas isteri.  Naya case u olls.


Watie Elite ni mungkin dah terbiasa hidup mewah sebab dulu dia pun ada jadi isteri kedua kepada Dato' mana ka,  pastu sampai anak dia sendiri jatuh dari bangunan tinggi kan?  Ingat tak?  So dia dah biasa hidup mewah mungkin.  Lepas berpisah dengan suami yang duit kepok-kepok,  hidup rasa tak lengkap kalau pakai dan guna barang yang biasa-biasa sahaja.


Jadilah kes ini.  Daripada nak berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang diimpikan,  depa amik pendekatan mudah.


Sapa Peguam tu?
Sekarang ni,  ampa yang ampa nak kena find out adalah,  sapakah peguam yang berjaya tolong Hana untuk menang kes ni.  Memang meletops peguam ni!!! Akak harap pasni peguam ni dapat call yang bertalu-talu daripada orang awam yang nak minta tolong untuk bantu kes mereka lebih kurang yang sama.

Akhir kata,  I wonder,  macam mana Watie nak bayar hutang sebanyak ini?

Bacaan penuh:  http://www.mstar.com.my/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...