15.9.17

Iklan Perfume Terkini (Fall 2017)

Hello u olls,

Saja la nak share dengan u olls beberapa iklan perfume terkini yang dilancarkan oleh rumah-rumah fesyen ternama antarabangsa.  Iklan-iklan di dibuat dalam bentuk filem pendek yang mempunyai cerita tersendiri yang sesuai dengan haruman parfum masing-masing.

Ada lapan video terkini yang akak share kat sini.  Semua-semua depa ni amik artis meletops untuk jadi duta fesyen mereka.  Paling meletops sekali of course la Dolce & Gabbana yang telah berjaya mengambil Kit Harington a.k.a Jon Snow dan juga Emilia Clarke a.k.a Khaleesi.

Tapi video iklan depa asing!  Depa macam duk jalan tengah-tengah pekan kat Italy....tapi sampai last depa tak jumpa pun.  Haram betui...ingat kan depa jumpa pastu cium-cium.  HAHAHA


Okaylah!  Jom tengok ja video-video iklan kat bawah ni.


click read more



The One for Men by Dolce & Gabbana
Meletops Kit Harington dalam ni.  Dia nampak sangat seksi u olls dan rasa macam ada part dia menari dengan pompuan gulung2 rambut tu...mak duk rasa mak la pompuan rambut gulung tu.  Deni hemsem sangat lah mak rasa mungkin sebab lakonan dia dalam Jon Snow yang very the macho dan berkarisma gitu.  Tu yang membuatkan akak tertarik pada beliau.  Filem pendek ini dirakam di Naples,  Italy dan lagu background tu adalah lagu 
 “Tu vuò fa’ l’americano” (“You want to be an American”).  



The One for Her by Dolce & Gabbana
Banyak benda yang tak best untuk iklan ni!  Bukan sebab aku tak suka dia.....tapi rasa macam make up dia macam terlalu over,  pastu some how,  Amelia Clarke yang dikenali sebagai seorang yang sangatlah pak lawak dan selamba badak kalau di belakang kamera.  Tapi dalam video ni,  deni duk feeling macam control-control cantek.  Sapa setuju dengan aku angkat tangan!


Natalie Portman for Dior
Natalie Portman adalah duta untuk jenama dior.  So dia dipanggil Miss Dior.  Filem pendek ini menampilkan Natalie Portman dalam banyak keadaan,  seronok,  gembira,  sedih,  intimate.  Aku suka video ni sebab macam sempoi depa pakai lagu Sia. Natalie pun nampak confident,  happy and free!  Lepaih tengok iklan ni,  yes,  rasa macam nak beli perfume Miss Dior.






Bella Hadid for Bvlgari Goldea Roman Night
Kerlasss Bella Hadid jadi model untuk iklan ni,  walaupun cerita dia macam biasa-biasa dan tapi dia nampak so seksi,  elegen dan santai.  Mungkin,  apa yang cuba digambarkan oleh iklan ini adalah perempuan yang memakai Bvlgari Goldea Roman Night ni,  adalah wanita yang elegen tapi at the same time berani dan suka cabaran.  Dalam sebuah interview lain yang akak baca,  Bella Hadid sangatlah berasa bangga sebab dipilih oleh pihak Bvlgari untuk iklan ini sebab dia kata,  bapak dia dulu pun first hadiah dia bagi kat mak dia adalah gelang tangan Bvlgari.  Kerlass.....






Kristen Stewart for Gabrielle by Coco Chanel
Kerlas filem pendek ni pakai lagu sepupu akak bertajuk Runnin' (Lose it All).  Bersifat artistik,  so  olls kalau tengok iklan ini akan rasa terpana dengan kecantikan Kristen Stewart yang ploles tapi pada masa yang sama dapat merasai macam dia duk struggle untuk cuba bebas dari sesuatu.  Tapi satu gambaran seni yang meleps la mak suka.


Obsessed by Calvin Klein
Video ni bohsan.  Duk tunjuk Kate Moss feeling-feeling pastu latar belakang suara sapa ka duk cakap puji Kate Moss.  Haram aku tak paham pasaipa depa ni obsessed dengan Kate Moss.  HAHAHAH (Objektif iklan ni tercapai).



Lily James for My Burberry Blush
Okay la video ni menunjukkan kecantikan Lily James our Sendralela versi orang.






Julia Robert for La Vie est Belle L'eclat by Lancôme
Terkejut aku tiba tiba Julia Robert keluaq.  Haaaa dah lama kan dia tak keluaq jadi jadi model semua.  Video ni biasa biasa ja.....tapi meletops sebab ada Julia Roberts.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...