Featured Post

#PrayforPenang

4.9.17

Lata Kekabu, Lenggong Perak


Pada hujung minggu yang lalu berkesempatan untuk explore Air Terjun Lata Kekabu di Lenggong Perak, 30 mins drive dari Bandar Kuala Kangsar.

Kami pergi pukul 2 petang, hujan turun dalam perjalanan. Jalan masuk ke Lata Kekabu sangat sempit,  ada satu lane sahaja masuk dan keluar.  Nasib baik kereta ramai masa kami datang,  kata anak ayam akak Tengku Zaren yang menetap di Kuala Kangsar,  Lata Kekabu ni memang tak ramai sangat orang datang,  orang Kuala lebih suka nak pergi berkelah kat Ulu Kernas.

So bila dah hujan,  nak buat macam mana?  Redah jer la.  Pastu nak habaq mai....pacat punyalah banyak.  Eeee bila ingat balik memang geli seriau u olls.  Jalan dari tempat berkelah nak masuk air,  dua tiga ekor pacat melekat kat kaki.  Pastu,  dah masuk ayaq takdak apa la....

Tapi syiok mai sini sebab tak ramai orang and kami semua beramai-ramai explore jalan kaki sampai ke atas,  untuk tengok air terjun Lata Kekabu ni yang terletak agak jauh ke dalam.  Kena jalan agak jauh pastu kena lalu satu jambatan gantung yang very the scary.  Tapi bagi anak-anak ayam I yang lain yang memang perangai monyet-monyet,  takdak masalah depa nak lalu titi gantung tu.  Siap boleh posing-posing lagi kat tengah jambatan.  

Okay dah la.  Jom tengok gambar sahaja.

click read more


 Perjalanan masuk kena lalu ladang kelapa sawit.

Jalan sangat narrow so sila hati-hati.  Inilah satu-satunya jalan masuk dan keluar ke Lata Kekabu.

Pemandangan berkabus ala-ala nak pi Cameron Highland u olls.  Sejuk memang jangan cakap la.  Akak berapa kali kencing!!


 Ruang parking yang luas.  Tapi nasib baik sebab tak ramai orang.





 Jalan menuju masuk ke Lata Kekabu.


 
Air sungai keruh sikit sebab baru hujan.  Kalau tak...memang jernih.

 
Banyak wakaf yang disediakan untuk berkelah.


Terima kasih Nizal dan Ezal tolong masak lunch untuk kami semua.  Ya Allah memang sedap.



Pokok-pokok kat sini semua macam so scary-ly big.  Gemok dan tinggi.  Im amazed and wonder berapa umur pokok-pokok ni semua.
 







 Pemandangan semasa berjalan menuju ke air terjun.  Kea jalan lebih kurang 500 meter juga.



 The titi gantung.


 Shit pacat ni besaq gila.  Akak jumpa tengah jalan.



Inilah air terjun Lata Kekabu yang kami jumpa akhirnya.  Akak mandi juga kat sini,  tak dalam sangat.  Tapi syiok sebab takdak sapa pun kat sini just us.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...