Featured Post

#PrayforPenang

11.9.17

Pakcik India Yang Terror Masak - Village Food Factory

Nenjia baguih punya Mamu Arumugan duk balun ayam goreng.


Hello u olls!

What defines you as terror masak?  Terror masak for me it's not,  hang masak untuk kawan-kawan hang makan pastu sepuluh kali perpuluhan tujuh hang duk tanya "Sedap tak I masak?"  Terror masak juga bukan bermaksud,  hang masak pastu hang post cantek-cantek kat dalam Instagram.  Gambar mungkin cantek,  rasa belum tentu.  Gitu.  Carut light-light.

Terror masak untuk akak adalah orang yang boleh guna all the simplest ingredient yang terdapat di sekeliling rumah dia pastu dia boleh masak macam-macam benda dan satu lagi dia boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan still rasa semua meletops.  Sebab tu,  antara pencapaian hidup akak,  adalah akak berjaya masak 2 kali untuk orang-orang kampung suami akak sempena majlis kenduri tahlil arwah ibu mertua I olls.  Dahla,  orang kampung kat Serom,  Muar, Johor ni semuanya terror masak belaka,  tiba-tiba nenjia mana punya pompuan gemok dari Penang mai handle dapur masak for almost 200 people termasuk memasak nasi ambeng.  Sayang time tu tak amik gambar semua sebagai kenangan.

Okay dah,  sesi menunjuk dah habis akak nak share dengan you olls tentang satu pakcik dari India yang ada Youtube Channel yang memiliki sampai 700k subsribers!  Semua video pakcik ni diambil oleh anak dia,  di mana dia demonstrate cara proses dia memasak macam-macam benda untuk keluarga dia dan juga memasak untuk diberikan sedekah kepada pendudukan kampung disekeliling yang daif.

Macam mana akak terjumpa video pakcik ni?  Kan akak cakap,  akak takdak TV so youtube is my entertainment.  Tengok kot Ipad saja.  So bila akak terjumpa video pakcik ni nenjia almost semua video dia akak tengok (tapi pakcik ni ada banyakkkkkkkkkkk lagi video yang tu kena tengok esok esok la).  Dia goreng telur,  goreng ayam,  masak kari,  buat jus buah-buahan,  buat nasi briyani....semuanya dia buat dengan menggunakan produk yang simple-simple dan paling penting dia masak secara outdoor menggunakan peralatan yang sangat mudah!  Pakcik ni memang terror tahap otai meletops punya


Kerlas pakcik ni!  Jom tengok youtube dia pastu hangpa wajib jadi subscriber.

Pakcik masak macam-macam,  from ikan to ayam, to kambing and all other vegetarian style.


click read more



Pakcik Arumugan memasak Chicken 65

Pakcik Arumugan memasak ayam KFC.  Meletops.

Pakcik Arumugan masak ketam plaks



Nenjia dia masak ikan baracuda teruih!



Membuat jus anggur!




Youtube Channel:  Village Food Factory
Facebook Page:  Village Food Factory


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...