Featured Post

#PrayforPenang

13.9.17

Pelawak Hot Malaysia - Fikry Ibrahim


Hello u olls,

Salam Monday!  Okay marilah kita semua terangkan mata dan minda kita di hari Senayan yang raja bohsan ini dengan bercakap dalam segmen kat blog akak yang jarang-jarang terbit iaitu segmen lelaki elok.  Jom berkenalan dengan Fikry Ibrahim!

Nama penuh beliau adalah Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau nama komersial dia,  Fikry Lawak Solo a.k.a Fikry Ibrahim.  Lahir tahun 1994 dan berasal dari Jitra,  Kedah. Patutnya hemsem ala-ala bekas kekasih I,  Abang Remy Ishak.

Fikry mula masuk dalam industri seni tanah air bila dia masuk pertangan lawak di Astro iaitu Lawak Solo.  Dia tak menang,  tetapi dia menang di hati peminat.  Gittttuuu,  mungkin sebab dia hemsem dan mungkin juga sebab dia hemsem.  HAHAH

Tak-tak,  last Februari 2017,  persatuan teater kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang ada jemput dia mai perform sekali dengan kami untuk show Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun.  Ada stand up comedy,  ada games...So mula-mula Fikry ni mai,  dia biasalah orang hemsem ni,  secara otomatik kita nampak dia macam "Deni sombong la...." hala...sebab dia hemsem kan?

Aku nak pi tegur-tegur dia pun takdak la....HELLLOOO mak gedik on social media dan blog ja.  Kalau real life mak sopan ala-ala pompuan regalia okay.  Kita pun buat kerja (jual tiket kerja belakang pentas busy noks).  Pastu mak sedar diri noks,  mak dah tua tua ni dia nampak mak pun macam aunty-aunty ja.  Geli la aunty aunty nak buat gatai-gatai kan?

Tapi ada satu time masa kat bilik make up,  masa tu takdak sapa,  dia macam buat effort untuk sembang dengan akak.

"Kak,  macam mana tadi saya?  Okay ka?" akak macam terkedu sebab wah....orang hemsem nak cakap dengan akak.

So akak pun balas la,  profesional.  "Okay dik....hang macam diam ja masa taklimat semua.  Tapi masa atas pentas hang mangkak na..."

click read more



Gituuuu.....lepas lepas show kami tu (masa tu dia pun baru habis pertandingan Lawak Solo),  ada satu gossip pasai dia orang duk bubuh,  depa kata "Fikry Lawak Solo dibela oleh lelaki lembut,"

Aiiiiyooooo....mak baca tu terus rasa macam ...."Erm patutlah haritu hang bersuara dengan mak... hang tau aku mak ayam.   Hanya jauhari mengenal manikam katanya,"

Tu semua gossip.  Tapi aku suka cara dia balas gossip itu,  dia tidak menidakkan.  Dia kata,  dia kawan dengan semua orang.  Lembut ke,  tak lembut ke,  pastu kawan-kawan biasalah bagi hadiah.  Kerlass!  Aku sukaaaaa....macam ni la jantan top sejati yang menjadi dambaan.  Bukan macam sorang artis jantan yang dikatakan very the gangster suka maki-maki hamun orang dalam Twitter tu,  dia pun baru-baru ni buat statement kata dia rimas sebab banyak jantan bapuk duk bua live video make up.  Aiiiyooo homofobik nya.

Pastu lani,  dia duk buat statement kata,  dia dah tak dapat offer job berlakon!  Mesti lah takdak.......dah pengarah,  penulis skrip,  semua semua tu sapa?  Semua tu cik-cik gayah,  mak ayam besaq.  Dah hang kutuk kaum kami,  takkan kami nak offer hang kerja.




Tengok macam Fikry Ibrahim,  bersikap universal.  Baru setahun jagung dalam dunia seni dah boleh jadi cover majalah GLAM LELAKI.  Kalau hang tak baik dengan bapuk,  hang ingat hang leh dapat peluang ni?

Dah...jom tengok gambar-gambar beliau.










Follow him on Instagram:  @fikryibrahim

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...