27.9.17

Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part II

Hello u olls,

Okay ini adalah part II pulak.  Ada colour-colour lain kat sini.  Jom baca.

Untuk pengetahuan u olls semua,  ulasan ini adalah sempena dengan 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.  Jangan lupa untuk baca part I kat sini ya:  Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part I


click read more




Orange,  Merah  Burgundy

Sarah Hyland in Zac Posen
Corak kain ni macam kain kain tingkap murah tu,  so walaupun dibuat oleh Zac Posen kesukaan mak...tapi mak still tak suka baju ni.



Yvonne Strahovski in Julien Macdonald 
Terkejut kat kasut dia...ingat dia tak pakai kasut.  Minimalis yang meletops.




Gina Rodriguez in Naeem Khan
Gina lani makin lama makin meletops,  aku suka look ini.  Tapi seriau tengok dia punya V neck,  nahariam turun sampai nak pi pusat teruih.  Seriau la kalau tek dia terkeluaq kot tepi.  HAHAHAH


Viola Davis in Zac Posen
Forrr the first time mak tak suka apa yang Kakak Viola pakai,  colour ni macam masam maam mana ka pastu tekstur kain ni ampak macam murah murah.  Tak mewah.  Hangpa suka ka?




Raini Rodriguez
Deknon,  awak takdak tetek,  badan awak walaupun agam,  awak terimlah hakikat awak takdak tetek.  Oleh itu,  silalah pakai dress yang bentuk dia boleh accentuate sikit u olls punya body.  I olls tak suka bentuk dress ni kat belah atas,  dia nampak macam bulat keraih.  Patutnya potongan tu kena bagi sesuai dengan dia punya bentuk badan.



Lea Michele in Elie Saab
Kain meghelit mana niiiii tak elokkkk aihhhhh.  Dah la colour kusam macam mana.  NEXT!



Heidi Klum in Peter Dundas
Deni pernah ka elok kat red carpet!  Selalu selekehhhhh....




Margaret Atwood
Norlia Ghani,  tengok mak tok ni dressing macam mana pi red carpet?  Sila belajar dari beliau.




Debra Messing In Romona Keveza
Aiiiiyoooo macam diperbuat daripada plastik.  Macam nak suka tapi macam tak berapa nak suka.  Nampak berat dan bulky sebab bentuk kain ni.



Nicole Kidman in Calvin Klein by Appointment
Okay...cantek tapi takdak la wowww sangat. Nothing to carut.



 
Gillian Anderson in Sophia Kah 
Gittu very the gothic style.  Bukan semua orang pandai dan cantek dalam baldu.  Rambut pun mak suka macam kena cuma make up tu,  mak rasa kena dramatic sikit lagi.  Depa mat salleh ni suka duk muka simple sangat,  toyes betui.


Meghelit

Amanda Crew in Michael Cinco Couture
Kerlasss pakai Michael Cico....deni kayaaaaaaaaaaaaa




 
Tessa Thompson in Rosie Assoulin 
Satu pilihan yang berani dan lain daripada yang lain.



Laverne Cox in Naeem Khan
Pasaipa dari dulu pun mak tak suka dressing dia sebab dia suka over over dramatic,  yes hang trans woman tapi tak semestinya always hang nak cuba dressing macam drag queen.  Mak teringin nak tengok beliau pakai macam something yang very the nice,  lembut dan polished supaya dia nampak lebih mewah dan tidak murah.



 
Jessica Biel in Ralph & Russo
Mak sukaaaaaaa dress dia nampak macam puteri-puteri kayangan duk turun macam mana ka.....



Shailene Woodley in Ralph Lauren Collection 
Okay laaa depa ja la paham baju ni.  Mak tak mau cuba paham.  



Susan Kelechi Watson
Cantek tapi tak meletops,  nothing to carut.



Lilliana Vazquez in Galia Lahav
Fitting tak elok.  Baju ni hang kena pakai bagi betui betui ikut bentuk badan hang.



Tracee Ellis Ross in Chanel Couture
Perhati Chanel punya bentuk dress,  macam pelik kan?  Sapa nak paham nyah?  Mak tak pahammm...







Corak Colour Maler
 
Zoe Kravitz in Christian Dior Couture
Baju deni buat karpet lap lap kaki mesti sedap kan.



Regina King in Galia Lahav Couture 
Okayy dia nak cuba couture tapi mak tak suka bahagian pelipat kat pinggang tu.  Nampak semak. Kasut,  make up,  subang...mak suka.



Maria Dolores Diequez
Nahariam kain buruk style dah kena kotor banyak kali bubuh clorox tak keluar kaler pun dia boleh amik buat dress.




Ariel Winter in Steven Khalil
Ariel dah bagi kecik tetek diaaaaaaaa teruih nampak tak cantek dan nampak biasa.  Baju ni nampak macam murahan la.  Apa duk terbelah-belah nampak paha macam ni.  Tak sejuk ka kaki?


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...