25.9.17

Sesi Spa Di Rumah bersama Sima's House of Beauty


Hello u olls,


Semalam akak ada show kat u olls on Facebook pasai beberapa gambar akak membuat rawatan spa tradisional di rumah bersama Sima's House of Beauty.  Actually Kak Sima ni senior I olls di sekolah dulu iaitu St.  George Girl School,  dia habaq kata dia duk buat business home spa di rumah and dia tanya akak nak cuba tak?  Pucuk dicita ulam mendatanglah u olls.


Yes,  akak suka spa menyepa ni.  Tapi lately tak berkesempatan nak pi sebab busy u olls.  Bila ada offer nak buat dirumah,  of courselah akak nak try.  Akak pun set time,  on the weekend from 9 am.  Akak nak buat awal-awal sebab lepas tu kita dah sibuk buat kerja-kerja lain kan?  According to Kak Sima,  the rawatan will takes about 1 hour to 1 hour and a half only.





Rempah Ratus Melayu
So dah banyak kali akak duk buat spa treatment,  orang putih style,  Bali style,  Thai style,  ini buat pertama kali akak buat Melayu style okay.  So Kak Sima mai rumah akak tepat-tepat jam 9.00 pagi,  dia dah pesan kot whatsapp jangan duk mandi apa semua.  Sebab satgidah habis buat rawatan baru akak boleh mandi.  So akak just diminta untuk sediakan kain batik dan tuala sahaja.  Yes,  akak tak mandi tapi akak gosok gigi dan basuh muka la u olls.  Pastu akak breakfast light-light,  takut satgi duk sedap-sedap buat treatment rasa lapaq pulak kan?


So lepas Kak Sima sampai rumah,  dia terus minta kebenaran nak guna dapur untuk masak ramuan-ramuan spa dia.  Hangpa jangan risau,  semua peralatan Kak Sima bawa sendiri.  So I dont have to use all my TEFAL apa semua,  gitttuuu.  Kotak kayu untuk sesi bertangas,  periuk nak masak rempah ratus mandi wap,  periuk nak masak air bertangas,  bangku kecik,  timba,  baldi semua dia bawak.

Sambil Kak Sima duk siap-siap masak dia punya ramuan semua,  akak pun kepo-kepoci duk tanyalah macam-macam pasai produk yang dia pakai.  Semua produk yang digunakan adalah menggunakan ramuan rempah ratus seperti pulut,  dan daun-daun herba yang terdapat di sekitar kita.  Organik lah u olls semestinya.


Yang dalam botol kaca tu dia punya rempah ratus untuk bertangas dan yang dalam plastik pulak adalah herba kering yang akan dimasak untuk mandi wap dan mandi herba.
click read more


Herba tradisional yang dimasak untuk sesi mandi wap dan mandi herba.

Why I like Home Spa with Sima's House of Beauty

Harga yang amat berpatutan.  RM120 termasuk caj pengangkutan.  Dapat macam-macam treatment, iaitu bertangas,  lulur,  mandi wap dan mandi herba.  Tempoh rawatan pun tak lama,  kami starts 9am,  10.30 am dah habis.  Harga ni adalah untuk we olls yang stay di area Penang,  Seberang,  Kulim dan kawasan yang sama waktu dengannya.


Lulur ini diperbuat daripada pulut dan juga rempah ratus.  Tapi bau dia wangi macam nestum.


Tak payah kelang kabut nak bersiap keluar rumah,  pastu nak drive,  nak parking,  semua dah siap dia mai kat rumah saja.



Bahan-bahan rempah ratus Melayu,  like I said kat atas,  produk buatan sendiri ni dia punya ramuan sah-sah takdak tambahan bahan kimia atau pengawet.  Selain bau dia wangi,  aroma yang lain dari lain,  akak rasa dia punya feel pun lain.






Rempah tangas.



Kotak tangas u olls.  Hangpa tau la kan nak kena buat macam mana kan?



Comels tak akak?


Rempah bertangas dia memang kerlass wangi.
 Dia guna cara tradisi iaitu masak air panas dan diletakkan di bawah kotak khas.  Bukan jenis rice cooker.  So cara ini,  dia punya heat daripada panas perlahan-lahan dia sooth jadi tak berapa panas.  Berbanding menggunakan rice cooker,  perlahan semakin lama,  tangas tu jadi lagi panas.  Tapi kaedah lama menggunakan periuk biasa ni,  heat dia semakin lama semakin mengurang.  So bahagian vajeje kita pun takdak la terseksa sangat.


Teknik mandi wap yang sangat tradisional.  U olls akan duduk dalam kain guni yang besar ni,  pastu air mandian herba yang telah dipanaskan tadi dituang dalam sebuah baldi yang diletakkan di bawah kain guni yang kita pakai tu.  Perlahan-lahan menggunakan tangan Kak Sima akan kocakkan air panas dalam baldi tu,  dan wap tu akan naik menyelubungi kain guni kita.  Seluruh badan akan rasa berpeluh dan sedap.


Sesi mandi wap pulak.

Lulur dia pun best.
 Diperbuat daripada serbuk pulut dan juga rempah ratus rahsia.  Bau dia macam nestum tapi macam rempah-rempah sikit.  Pastu Kak Sima akan bantu untuk gosokkan ke seluruh bahagian badan kita.  Termasuk ketiak u olls.  Meletops,  kalau pi spa pun tak dapat rawatan sampai ke celah tu.  Satu ja syarat,  jangan malu.  


Mandi herba yang best!! Last but not least,  air herba yang tadi digunakan untuk mandi wap,  akan dicampurkan dengan air supaya jadi air mandian yang suam-suam.  Lepas sesi lulur dan akak pun basuh-basuh badan akak dengan sabun (yang ni akak buat sendiri) so akak pun mandilah dengan air herba tu.  Kalau nak ikutkan Kak Sima nak tolong buat semua kat akak,  tapi sebab bilik mandi kat rumah akak ni 'luas' sangat,  so akak kata kat Kak Sima,  takperlah akak buat sendiri!


Okay itu sahajalah akak nak kongsi dengan u olls.  Kalau u olls berminat nak tau lebih lanjut mengenai khidmat oleh Sima's House of Beauty,  sila baca kat bawah.


Terima kasih kak Sima.  Bulan depan kena panggil lagi.

Jom Bertangas + Mandi Wap + Lulur di rumah bersama Sima's House of Beauty

Pakej home spa yang affordable
✔ Malay traditional method
✔ Menggunakan bahan-bahan semulajadi dan organik
✔ Adunan rempah ratus bertangas dan lulur menggunakan ramuan rahsia turun temurun

BAGUS UNTUK
👍🏾 Wanita dalam pantang
👍🏾 Wanita bekerjaya yang selalu bekerja dalam air cond
👍🏾 Wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman
👍🏾 Ibu-ibu yang sukar untuk keluar untuk mendapatkan rawatan spa di salon kecantikan


KEBAIKAN
✅ Menyegarkan tubuh badan
✅ Membuang angin dalam badan
✅ Membuang daki dan membuang sel kulit
✅ Membuang lemak-lemak jahat


HARGA
💰RM120 per session
[Inclusive transportation charges]

💰💰💰RM300 for 3 session
[Inclusive transportation charges]
[Sessions will be arrange accordingly]


📱 UNTUK BOOKING 📱
We cover Penang, Kulim dan area yang berdekatan
Whatsapp to -- +60 17-453 1422

#perkhidmatanspakerumahanda #simahouseofbeauty #homespa #spaathome #homespapenang #homespakulim

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...