19.9.17

Ubati Masalah Kulit Berjerawat Dan Berminyak dengan Pure by Safiyyah Osman

Hello u olls,

Okay hari ini mak nak cerita kat u olls pasai satu produk ni.  Actually dah banyak kali dah duk cerita dalam blog dan Facebook tapi nak cerita lagi sekali juga.  Hangpa nak tau tak?  Dulu akak mempunyai masalah jerawat yang amat teruk,  sejak anak dara lagi.  Jerawat ni nanti tumbuh macam nanah-nanah kecik,  jerawat batu dan pelbagai lagi bentuk jerawat.  Dah macam perkara biasa.  Dah macam-macam produk yang pakai tapi tak pernah nak okay.

Then bila dah tua bangka,  barulah akak jumpa satu produk ni,  nama Dermalite.  Produk ni daripada USA dan akak pun pakai dia punya serum yang mahal nak mampus tu,  dan alhamdulillah jadi elok.  Bila review kat dalam blog akak,  ramai nak try,  tapi kisahnya kat Malaysia yang meletops ini,  hanya dua kedai yang jual produk Dermalite ni.  Satu di Penang,  satu di Kuala Lumpur.  So akak approach aunty yang jual Dermalite kat Penang ni,  akak kata,  kalau akak tolong jual kat hang?  Hang boleh bagi aku haga komisyen?  So akak pun dapatlah sedikit komisyen lepas duit minyak dan posting kepada customer.  Ramai jugak yang try produk tu,  akak rasa dah sampai meletops rasanya.

Tiba-tiba Dermalite Malaysia bukak laman web dia sendiri,  kerlasss kau nyah saja nak sabotaj business mak kan?? Soo start dari situ akak pun malas nak pakai produk ni dan sapa-sapa yang nak continue pakai produk Dermalite ni,  akak suruh depa beli terus kat website Dermalite tu.

Ini contoh muka akak time jerawat tumbuh yang teruk punya.  Zaman ni memang duk buat apa pun tak jadi apa.  Hangpa tengok la sendiri.  Aku dapat cari ini lah antara gambar yang teruk sekali la,  lain-lain gambar semua duk make up tebal so tak berapa nak nampak jerawat semua.


click read more


Haa ni gambar yang terkini la ampa tengok sendiri.  Gambar kiri tu memang la ada sikit filter bagi gambar nampak elok,  yang tu amik pakai phone punya camera.  Yang kanan tu amik pakai digital camera aku takdak filter-filter noks.  What u see is what u get.  Bukan kata,  kot dalam gambar nampak meletops,  jumpa depan nenjia muka bintik hitam/dark spot apa semua penuh.  

Alhamdulillah sangat-sangat.  Terima kasih PSO bagi aku keyakinan.

BERKENALAN DENGAN PSO
Then one day,  di ambang penceraian akak dengan Dermalite,  sorang budak pompuan Sungai Petani ni mai approach akak.  Dia memang duk iklan meniaga kat blog akak,  dulu dia meniaga detox imported tea from UK,  tapi lani dia habaq dia buat produk sendiri nama Pure by Saffiyah Osman.  Dia buat salt for foot soak, body scrub,  lip scrub dan beberapa benda lain, akak pun try ya Allah teruih akak jatuh cinta.

Nak habaq mai kat ampa,  produk Pure by Saffiyah Osman ni menggunakan bahan-bahan semula jadi like garam,  gula,  madu,  minyak-minyak semula jadi dan lain-lain lagi.  Depa bancuh sendiri menggunakan mixer industry yang buat kek tu pastu bubuh dalam bekas.  SOOOOOOOOOOOOOOOOOOO produk ni semua memang sesuai lah untuk orang kulit teruk macam akak sebab orang yang kulit berminyak dan juga jerawat suka tumbuh macam cendewan selepas hujan turun ni.

Alhamdulillah,  lepas akak stop pakai produk Dermalite akak terus pakai Pure by Safiyyah Osman secara istiqamah.  Memang produk ni menjadi u olls.  Jerawat kecik-keci dah tak boleh nak tumbuh over-over kat muka akak dah.  Cuma sekali sekala sahaja depa tumbuh tu pun ada ubat yang PSO baru keluarkan iaitu stik Kick-IT.  Produk ni,  kalau jerawat tumbuh, hang sapu ja kat jerawat tu.   Insya Allah jerawat akan mampuih dan kulit akan dirawat tanpa kesan parut dan lubang besaq!

Memang sejak itu,  akak menjadi pengguna tetap PSO,  daripada zaman depa duk buat packaging dalam botol-botol kaca,  lani dah tukaq pakai packaging putih kerlas nampak macam produk ekslusif u olls.  Kalau tak salah lah,  dah lebih kurang 2-3 tahun dah la!  Memang aku tak mau tukar pakai produk lain dah.

Akak ada promote produk ni kepada kawan-kawan lain yang ada masalah yang sama,  ada yang tak istiqamah,  sebab mula-mula pakai,  orang kata tera muka nak serasi dengan produk,  jerawat masih tumbuh....depa dah stop sebab give up.  Pastu ada pulak yang simply bangang,  depa kata instead of pakai produk yang merawat kulit berminyak dan berjerawat depa lebih pilih nak pakai jenama-jenama yang popular untuk memutihkan kulit wajah.  Mampus lah.


TESTIMONI
Okay dah,  hari ini akak nak share dengan u olls beberapa gambar testimoni customer PSO yang telah menunjukkan hasil yang baik lepas pakai produk ni.



















Hangpa pi la check it out page dia!  Pure by Saffiyah Osman,  dah berpuluh-puluh ribu orang like page ni.  Ampa kena pi sokong juga.

https://www.facebook.com/purebysafiyyahosman/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...