Original "Chai" India di TeaKadai

Tea Kadai!  Eat.  Live.  Tradition.

Hello u olls,

Mak dengan bangganya ingin memperkenalkan sebuah cafe bertajuk Tea Kadai yang menampilkan minuman teh cara asli India dengan konsep cafe hipster gitu milik anak ayam I olls Faez dan rakan-rakan perniagaannya.  Akak dah pernah post pasai kedai ni kat Facebook wall akak sempena majlis perasmian,  tapi of course masa majlis perasmian ramai sanak saudara dan keluarga Faez yang mai kedai,  so akak mai la hari-hari lain bersama teman-teman akak pula.

So u olls kalau mai Penang haruslah cuba Tea Kadai yang terletak di Little India ni.  Senang sangat nak cari,  dia terletak betul-betul bersebelahan dengan Sri Mahamariamman Temple,  Queen Street.  Kedai dia kecik jer,  tapi u olls boleh pilih nak duduk kat dalam atau pun kat luar.  Ada meja untuk u olls duduk berhidang ataupun nak duduk stoll tinggi kat bar.



click read more

First Time Jejak Kaki Dalam Gerak Budaya Bookshop Penang

Aku suruh Nadia amik aku bagi nampak macam intelektual,  tapi nampak macam Rosnah Mat Ariff tak make up.  Okay lah fine!


Hello u olls,

Dah banyak kali akak dengar pasai kedai buku Gerak Budaya di Penang.  Duk lalu bila drive dengan kereta area ni banyak kali tapi tak pernah pun macam plan nak mai ka apa semua.  Last weekend duk mai berjalan-jalan dengan kawan-kawan akak di hari Sabtu yang damai (thank you pelancong tak ramai time ni...maybe pelancong memang kurang minggu ini ataupun sebab masih awai lagi?),  so kawan akak kata..."Wehs jom mai Gerak Budaya...bapak aku selalu mai sini," kata kawan akak Nadia.  Akak dan Ridhwan Shariff macam ikut jer la!  We olls tak pernah masuk sini.

Tapi masa nak pi akak kata "Weh aku takdak duit,  so aku tak akan beli apa-apa buku," risaula kita dak beli apa-apa buku,  takkan nak pi kacau kedai depa?

Nadia kata... "Aku pun tak beli apa-apa buku,  tapi jom la!" So kami pun masuklah kedai ni.  Impression akak kot luar pun dah boleh nampak kedai ni macam so nice dan meletops.  Bangunan memang dah heritage gitu,  depa pakai pulak pintu ala-ala booth telefon kat London tapi cat warna putih.  Ada pokok hijau dua bijik depan kedai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi untuk duduk santai.  

Bila masuk dalam kedai,  suasana lain pulak.  Rasa panas bahang tengahari kat luar sana hilang begitu sahaja sebab dalam ni aircond dia sejuk pastu lampu very the malap-malap hotel macam mana ka.  Kami disapa mesra oleh kakak yang jaga kaunter, akak minta kebenaran nak amik gambar dan lepas tu mulalah kami bersembang-sembang.  

Apa lainnya Gerak Budaya dan kedai-kedai buku lain?  Well mungkin bagi sesetengah orang,  buku-buku yang terpilih untuk dijual atas rak buku Gerak Budaya adalah buku-buku yang mempunyai "haluan kiri".  Tapi for akak,  kalau kita duk kanan sahaja sampai bila pun kita akan duduk kat takat tu sahaja lah.  Dari amatan akak juga,  buku-buku kat sini banyak topik-topik tentang Malaysia atau Malaya yang ditulis oleh penulis dari luar negara,  ada buku-buku fiction yang berkualiti yang memudahkan orang Malaysia beli (tak payah susah-susah nak beli online), buku-buku yang ditulis oleh orang tempatan seperti Prof Madya Dr.  Latif Kamaluddin,  Regina Ibrahim dan Ooi Cheng Gee, sebuah buku fotografi.

Kepada kawan-kawan St George Girls' School,  Ooi Cheng Gee adalah bapa kepada kawan sekelas dengan akak iaitu Ooi Shu Fun (kawan baik Azureen).  Tak sangka bapak dia terbit buku fotografi!  Meletops.  


click read more

Sesi Masak Memasak Di Rumah Ridhwan Shariff


Hello u olls,

Okay hangpa kalau nak tau,  akak adalah seorang yang very the homey person.  Kalau nak keluar,  yes,  akak suka tapi akak tak suka pi tempat ramai-ramai orang especially super market.  Siriesly akak tak paham u olls-u olls yang boleh kata every weekend nanti duk pi Queensbay la apa semua duk pi berjalan tengok macam-macam pastu mesti nak membeli kan?  Tapi kalau hangpa duit berkepok ataupun memang suka pi tempat ada aircond,  okay takpa,  mak restu.  Tapi kalau mak...kalau diberi pilihan benda yang paling akak suka kalau bersama teman-teman adalah?  Masak-masak dan lepak di rumah.  

Memang menjadi tradisi akak dan kawan-kawan kami akan pi rumah sapa-sapa ikut turn dan akan masak pastu lepak makan-makan.  Kali ini buat pertama kali akak mai rumah Ridhwan Shariff.  Dia ni duduk kat Kampung Melayu ja pun tapi akak tak pernah berkesempatan nak pi rumah dia sebelum ni.  Rupanya rumah dia sangat best u olls!  Style rumah kayu zaman dulu-dulu,  tepi sungai dan dia buat sistem terbuka.  Maknanya.......bahagian ruang tamu rumah dia style boleh nampak sungai.  Boleh tidur-tidur dan lepak.  Sejuk u olls.  Sorry akak takdak gambar rumah beliau sebab macam duk seronok explore rumah dia hari tu.

Lepas kami explore rumah,  kami pun memulakan aktiviti memasak.  Nadia,  Azmi dan Emma Perlis ditugaskan untuk memotong.  Akak,  Ridhwan Shariff dan Taufiq pula sibuk memasak di dapur.  So hari ni akak nak share la beberapa resepi mudah beserta gambar makanan yang kami siapkan.


click read more

Ulasan Buku I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida



Hello u olls,

Haaaaa hari tu akak dah post dah gambar akak dalam Facebook duk pegang buku I Am Me by Dato' Seri Vida.  Actually till the day akak tulis review ni akak tak habis lagi baca buku tu,  lebih kurang 50 muka surat lagi.  Hang tau kan?  Bila hang jumpa satu buku yang memang best,  ayat-ayat dia,  hang memang macam tak mau baca bagi habis sebab kalau habis cepat,  nanti hang dah macam hilang nikmat!  Macam kita kecik-kecik dulu,  kalau dapat burger,  makan roti apa semua dulu nanti last baru kita makan daging kan?

Okay pengenalan sikit pasai macam mana akak boleh dapat buku DS Vida ni siap ada sign sekali.  Hangpa tau kan akak bekerja dengan Penerbit USM iaitu jabatan dalam USM yang menjalankan semua aktiviti penerbitan buku ilmiah dan jurnal akademik universiti kami.  So segala aktiviti dari editorial sampailah pemasaran semuanya diselenggarakan oleh office kami.  Then,  boss-boss kami semua memang selalulah kena attend pesta-pesta buku antarabangsa di sekitar rantau asia dan dunia. 

Buku I Am Me terbitan ITBM (Institut Terjemahan Buku Malaysia) adalah buku tentang kisah hidup Dato' Seri Vida yang ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir. dan sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Indonesia,  ITBM dan seluruh team DS Vida turun ke Jakarta,  Indonesia untuk rasmikan buku tersebut. 

So akak pun haruslah pesan kat boss akak yang pergi ke sana,  dia tanya "Jumie nak tak?" So akak cakap "Nak!!!" "Nak dengan sign?" "YASSSSSSSSSSSS..."

Ini cerita daripada boss kami yang ke Jakarta sempena Pesta Buku Antarabangsa Indonesia!  Masa dah beli buku-buku I Am Me,  beliau pun beratur untuk dapatkan tandatangan DS Vida.  Rupanya DS Vida ni bila kita jumpa secara berdepan adalah seorang yang sangat serius dan tegas.  Dilihat daripada body language dia.  Bila depan camera barulah perwatakan dia secara automatik bertukar,  menjadi ceria siap angkat dua jari tanda peace untuk bergambar!  Masa nak sign tu,  En Zek kata,  "Saya bagitau lah nama Jumie untuk sign...pastu dia tengok muka saya...dia tenung....tengok kita ni betul ke atau main-main."


click read more

Anak Dara Cindy Crawford - Kaia Gerber

Hello u olls,

Hari ini takdak cerita,  just share gambar anak dara Cindy Crawford bernama Kaia Gerber,  16 tahun sempena dia duk buat catwalk for Chanel Spring-Summer 2018 di Paris Fashion Week Show.  Seronoklah tok wan depa Karl Lagerfeld duk tayang semua cucu cucu super model buat cat walk.

Kaia ni muka sebijik macam mak dia cuma dia takdak taik lalat signature atas mulut tu ja.  Bunda tercina Cindy Crawford tahun ini 51 tahun juga datang memberi support kepada anakanda tersayag.  

Jom tengok gambar.  


click read more

Ulasan Filem Bisik Pada Langit



Assalamualaikum semua,

Dah lamaaa tak tengok filem Malaysia di wayang,  selama ni duk tengok bila keluar kat Astro sahaja.  Alhamdulillah bila dah duduk kat TTS ni ada gang-gang yang duduk dekat-dekat iaitu Marni Mazlina Marpiyah Mohd Azmi yang sudi mengangkut akak pergi dan balik siap tolong beli tiket online lagi.  Makanya pada Rabu lepaih,  akak dan Marni bersama rakan-rakan lain pun pergilah tonton filem arahan pengarah terkenal Malaysia Kabir Bhatia iaitu Bisik Pada Langit.

Ramai yang duk bagi review tinggi kat filem ini.  Safiyyah Osman pun sibuk duk suruh akak tengok juga.  Baiklah!  Akak tengok.  Sapa tak tengok lagi cerita ni,  SPOILER ALERT yaa....So ini adalah pendapat akak mengenai filem ini.


click read more

Foundation Cubre Mi & Glowsetter (Shuhada Shah +6012-3728146)


Hello u olls!

Lani ada macam-macam jenis foundation kat pasaran,  so kita semua kena pandai pilih foundation yang baguih bukan sahaja sebab dia cantek bila kita pakai,  melindungi dan paling penting senang untuk dipakai!  So hari ni akak nak share dengan u olls semua pasai satu foundation BUATAN MALAYSIA yang mempunyai no KKM dan hanya mempunyai satu kod, sesuai dengan kulit Asia!!  Nama dia comei sikit....CUBREMI!  

Foundation ni jenis cream.  Semakin lama pakai dia akan buat muka glowing. Cubre Mi juga mempunya SPF 50 dan melindungi kulit dari sinaran matahari. Cubre Mi juga tidak bercapuk dan tidak berminyak dan tahan lama.  

Sebagai padanan kepada foundation Cubremi,  dia ada satu lagi produk yang dipakai sebagai make up setting diberi nama Glowsetter.  Glowsetter ni di pakai untuk memelihara make up dan bau dia yess...memang wangi u olls.  Pemakaian Glowsetter after Cubremi akan membantu untuk membuatkan make up tahan sampai subuh esoknya.  Meletops u olls!

CLICK READ MORED

Kenapa Malaysia Obses Dengan Nur Sajad?

Nur Sajad dengan kawan akak Danie Armizi pada temasya Miss Two Faces 2011.


Topik ni akak nak tulis dah berminggu yang lalu,  tapi tak tau pasaipa,  bila duduk depan laptop,  macam terlupa macam mana ka.  So akak biarkan dalam kotak otak akak.  Tapi bila keluar cerita Nur Sajad tunjuk gambar darah haid bagi membuktikan dia seorang wanita,  THAT'S IT AKAK KENA TULIS SEGERA.

Tajuk yang akak pilih adalah Kenapa Malaysia Obses dengan Nur Sajad?

Ya,  pasaipa rakyat Malaysia obses dengan Nur Sajad?  Adakah sebab dia berbakat?  Adakah sebab dia cantek?  Ataupun semata-mata adakah sebab dia pondan?






Akak dengar nama Nur Sajad sejak tahun 2008 lagi,  masa tu kawan akak adik-adik cik nen semua duk sebutlah satu ratu drag di ibu kota Kuala Lumpur yang sangat cantek orangnya. Masa tu social media tak berapa nak meletops macam zaman sekarang,  so tak semua orang ada akses atau suka nak bermain sosmed.  Jadi nama Nur Sajad tu sekadar nama sahaja tapi akak tak pernah tengok rupa dia macam mana.  Orang khabarkan dia sangatlah cantek dan selalu buat show apa semua.  


Then in 2011 akak berkesempatan untuk pi tengok kawan akak masuk pertandingan ratu cantek maknyah di Kuala Lumpur bertajuk Miss Two Faces di mana calon yang bertanding akan tampil sebagai wanita dan seterusnya tampil pula sebagai lelaki.  Calon yang tampil cantek dan segak dalam kedua-dua look akan menang. Akak ada cerita dalam blog akak tetapi tak letak gambar sebab takut nanti tural dan memalukan mana-mana pihak sebab majlis ini majlis tertutup kerana rakyat Malaysia amnya masih tertutup mindanya.


So,  masa inilah buat pertama kali akak tengok Nur Sajad buat show dan sempat tengok dia secara live masa kat red carpet.  SIRIESLY dia memang segak!  So kalau u olls tanya,  adakah dia berbakat?  Bagi akak lipsnyc yang dia buat adalah perfect dan cantek ditambah pulak dengan kecantikan dia yang luar biasa.  Of course lah akak terpana u olls!


Adakah rakyat Malaysia obses dengan Nur Sajad sebab dia cantek!  Sudah tentu sekali,  ya dia memang cantek.  Tetapi yang menghairankan,  ramai juga orang-orang lain yang cantek.  Retis feeling Malaysia pun berlambak yang cantek-cantek.  Insta famous?  Jangan cakap! Eh...akak pun cantek juga!  Tapi takdak la sampai viral teruk-teruk.


Click read more

Pinggan viral from Pretty Plates Andy in Penang


PINGGAN VIRAL DAH MAI PENANG

Pinggan viral from Pretty Plates Andy dah mai Penang.  Roadtour Pulau Pinang akan diadakan pada:

Tapak Pesta Sungai Nibong PENAG
8 Oktober - 15 Oktober 2017
10 pagi - 10 malam

15% discount untuk semua items & FREE gift

Follow Facebook & Instagram @pretty plates andy


click read more

Breakfast Macam Raja di Arango Roti Bakar Arang, Kepala Batas

Ini baru Breakfast Macam Raja.


Cerita dia macam ni,  anak ayam akak iaitu Mijan saja la balik Penang rehat-rehat gitu.  Dan dikesempatan balik Penang,  dia pun jumpa balik dengan dia punya cikgu zaman-zaman aerobick dan sajalah buat jasa dengan mengajar slot zumba percuma kepada cikgu aerobik dia iaitu Kak Ros yang aktif membuat aktiviti Zumba di sekitar Penang.  So,  Mijan pun angkutlah I olls dan Yazid sekali pi zumba dengan dia.


Kami zumba di open garden tingkat atas SPICE Arena yang dulu kita kenali sebagai PISA.  Wehsss...tergamam aku bila sampai kat tingkat atas SPICE Arena tu punyalah cantek, ada padang,  ada struktur arca ala-ala macam duk ada kat negara Kazakhstan aku rasa.  Memang meletops.  Lepas Zumba,  kami pun berjalan-jalan pusing atas tu memang cantek sekali.  Sangat sesuai kalau u olls nak mai petang-petang buat aktiviti riadah macam berlari,  pilates ataupun just lepak sembang-sembang.  Cuma jangan buat kotor sahaja.


With Yazid and Mijan.

click read more

Texas Chicken, 1st Avenue Penang


Hello u olls,


Hangpa duk sebut sebut Texas Chicken, akak pun mai lah try. Sedap.... tapi for me, i prefer KFC more. Ayam dia besaq, kami dorang jin makan tiga ketoi share. Lagi 3 ketoi, bungkuih bawak balik. Ayaq free flow. Tapi one thing macam menarik dan lain daripada KFC adalah dia punya short cake, dia letak macam salted caramel kot ataih.


Kami amik 2 set combo 3 pieces tambah fries kena lebih kurang RM35. Standard harga fast food la. Akak bagi 4/5 bintang. #texaschicken#texaschickenmalaysia


Okay itu ja akak nak share,  mai tengok gambar sudah.




click read more

Gaga: Five Foot Two Review


Baru-baru ini sebuah filem dokumentari seni kehidupan selebriti terkenal Lady Gaga diterbitkan oleh Netflix. So akak dah tengok pada satu hujung minggu yang damai. Rumah dah kemaih, makanan dah masak, hujan renyai, cuaca jadi sejuk dan dingin. Ala ala duduk kat London gitu. Akak pun bukak Netflix kat iPad dan tengok movie terbaru ni. WOW. Macam best jer.


Akak memang minat Lady Gaga walaupun dia punya fesyen merepek dan kelakuan dia pun agak pelik tapi siriesly, kalau disuruh susun penyanyi kesukaan akak, nombor satu, of course my cousin Beyonce, so the second one I would choose, Lady Gaga. Sebab akak sangat tertarik dengan wanita yang mempunya vocal yang kuat dan sedap. Lady Gaga adalah seorang vocalist yang mantap ya.  Ingat tak dia nyanyi lagu Sound of Music masa 87th Academy Awards?  Sembah ratu noks.


Sebab tu dalam sesi nyanyi nyanyi akak kat Smule dan rakaman Live di Facebook, akak sangat suka menyanyi lagu Lady Gaga. Lagu yang dia nyanyikan dan selalunya adalah lagu ciptaan dia sangatlah meletops.  Walaupun selalu kena carut dengan suami sendiri,  En Khafi akan kata "Awat hang duk nyanyi lagu yang sama ja?"


Okay dah mak nak cerita pasai dokumentari dia yang berjudul Five Foot Two ni. Actually dokumentari ini mengisahkan kehidupan seharian dia sebagai Stefani Joanne Angelina Germanotta.  Haa itulah nama penuh dia. Daripada pembikinan album terbaru iaitu Joanne hinggalah persembahan Half Time Superbowl tu.

click read more


Halimah Yacob Presiden Singapura

Hello u olls,


Sorry benda ni dah berminggu berlangsung tapi hari ni akak nak share dengan u olls. Tertarik akak kerana Singapura baru sahaja memilih presiden baru untuk republik itu iaitu seorang wanita Melayu Islam dan berhijab.  So akak nak share dengan u olls sikit secara ringkas bagaimana wanita ini menjadi Presiden Singapura.


Halimah menjadi presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih tahun selepas menjadi satu-satunya calon yang mendapat sijil kelayakan bertanding yang dikeluarkan Jawatan Kuasa Pemilihan Presiden.
Manakala permohonan dua lagi calon, Farid Khan, 62 tahun, dan Salleh Marican, ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan iaitu mengetuai syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah RM1.56 bilion untuk tempoh tiga tahun terakhir.
Pilihan Raya Presiden kali ini menyaksikan ia dikhaskan kepada komuniti Melayu berikutan perubahan skim pengundian presiden yang diluluskan parlimen pada November lepas.
Perubahan itu membolehkan pilihan raya dikhaskan kepada komuniti tertentu yang mana tiada wakil yang diundi sejak lima penggal lalu. Astro Awani 12 September 2017


click read more

Akak Berlakon Lagi - Mamu Popia Mami Dalcha


Hello u olls,


Haaa sapa yang follow akak on Facebook mesti dah tau tak lama lagi akak akan berlakon satu teater komedi bertajuk Mamu Popia Mami Dalcha, skrip dan arahan oleh Abu Mamu Raja Lawak dan teater ini of course adalah anjuran Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.


Kali ini akak dan beberapa pelakon from Penang like Kak Pah dijemput menjadi salah satu pelakon utama. Baguih la sekali sekala panggil balik kami-kami ni, contohnya amik Kak Pah. Dah la berlakon baguih, berdedikasi..........mudah aktiviti kami nak praktis semua sebab Kak Pah siap nanti tolong kami cara-cara nak improve lakonan kami.


So cerita Mamu Popia Mami Dalcha cerita pasai apa? Kami amik inspirasi drama TV komedi popular tahun 2009 iaitu Anak Mami Menantu Mamak, cerita ini akan berkisah tentang ragam kehidupan dalam keluarga Mamu Popia Mami Dalcha ni la. Yang anak pompuan perangai lagu mana, yang anak jantan perangai lagu mana, bapak pulak masalah apa, mak pulak perangai lagu ni.


click read more

Jumie, Hang Dah Berubah Sekarang....

Saja boh gambar buah jambu....

Okay u olls,  hari ini adalah hari luahan perasaan.  Nak tulis benda ni lama,  tapi takut sebab nanti ada orang yang terasa.  Tapi,  akak sendiri yang terasa sorang-sorang,  pastu cerita ni tertutup begitu sahaja.  I think i should write this out so that kalau kata sapa-sapa yang terasa dengan post ni,  nak mai jumpa akak,  mailah,  kita sembang kasi settle.

Cerita ni dah berlaku lebih kurang 3 tahun dulu,  akak pi kenduri kawen,  dan jumpa kawan sekolah akak.  Dah lama tak jumpa,  kami pun bersalam dengan gembiranya.  Dia satu kelas dengan akak dulu.  Tak rapat sangat tapi dah satu kelas kan?  Of course la rasa eksaited!!  Akak panggil dia AA.

Tapi dalam eksaited-eksaited akak,  tiba-tiba dia buat satu statement macam ni "Jumie,  aku bangga la dengan hang sekarang.  Hang dah berubah sangat-sangat.  Hang dah jadi seorang yang baguih."

Aku balik rumah aku macam terpikiaq balik apa kawan aku tu kata.  Yes,  zaman sekolah dulu aku memang budak jahat.  Aku bersekolah di St.  George Girl School (Senjojes) iaitu sebuah sekolah perempuan yang berprestij di Pulau Pinang.  Sapa takdak 5A UPSR jangan harap masuk sekolah ini,  melainkan kalau mak bapak hang ada surat menteri-menteri mana ka,  hang dapat 1 A boleh la terlepaih masuk.  Kes ada,  tapi tak dibincangkan secara terbuka.

click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...