Featured Post

#PrayforPenang

18.10.17

First Time Jejak Kaki Dalam Gerak Budaya Bookshop Penang

Aku suruh Nadia amik aku bagi nampak macam intelektual,  tapi nampak macam Rosnah Mat Ariff tak make up.  Okay lah fine!


Hello u olls,

Dah banyak kali akak dengar pasai kedai buku Gerak Budaya di Penang.  Duk lalu bila drive dengan kereta area ni banyak kali tapi tak pernah pun macam plan nak mai ka apa semua.  Last weekend duk mai berjalan-jalan dengan kawan-kawan akak di hari Sabtu yang damai (thank you pelancong tak ramai time ni...maybe pelancong memang kurang minggu ini ataupun sebab masih awai lagi?),  so kawan akak kata..."Wehs jom mai Gerak Budaya...bapak aku selalu mai sini," kata kawan akak Nadia.  Akak dan Ridhwan Shariff macam ikut jer la!  We olls tak pernah masuk sini.

Tapi masa nak pi akak kata "Weh aku takdak duit,  so aku tak akan beli apa-apa buku," risaula kita dak beli apa-apa buku,  takkan nak pi kacau kedai depa?

Nadia kata... "Aku pun tak beli apa-apa buku,  tapi jom la!" So kami pun masuklah kedai ni.  Impression akak kot luar pun dah boleh nampak kedai ni macam so nice dan meletops.  Bangunan memang dah heritage gitu,  depa pakai pulak pintu ala-ala booth telefon kat London tapi cat warna putih.  Ada pokok hijau dua bijik depan kedai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi untuk duduk santai.  

Bila masuk dalam kedai,  suasana lain pulak.  Rasa panas bahang tengahari kat luar sana hilang begitu sahaja sebab dalam ni aircond dia sejuk pastu lampu very the malap-malap hotel macam mana ka.  Kami disapa mesra oleh kakak yang jaga kaunter, akak minta kebenaran nak amik gambar dan lepas tu mulalah kami bersembang-sembang.  

Apa lainnya Gerak Budaya dan kedai-kedai buku lain?  Well mungkin bagi sesetengah orang,  buku-buku yang terpilih untuk dijual atas rak buku Gerak Budaya adalah buku-buku yang mempunyai "haluan kiri".  Tapi for akak,  kalau kita duk kanan sahaja sampai bila pun kita akan duduk kat takat tu sahaja lah.  Dari amatan akak juga,  buku-buku kat sini banyak topik-topik tentang Malaysia atau Malaya yang ditulis oleh penulis dari luar negara,  ada buku-buku fiction yang berkualiti yang memudahkan orang Malaysia beli (tak payah susah-susah nak beli online), buku-buku yang ditulis oleh orang tempatan seperti Prof Madya Dr.  Latif Kamaluddin,  Regina Ibrahim dan Ooi Cheng Gee, sebuah buku fotografi.

Kepada kawan-kawan St George Girls' School,  Ooi Cheng Gee adalah bapa kepada kawan sekelas dengan akak iaitu Ooi Shu Fun (kawan baik Azureen).  Tak sangka bapak dia terbit buku fotografi!  Meletops.  


click read more



Duduk tak duduk,  tiba-tiba rasa semangat nak edit buku akak HIMPUNAN CERITA MARHAYAM yang dah berhabuk tak disentuh setelah sekian lama.  Hati kecik akak terdetik, bangganya kalau buku akak nanti akan ada atas rak Gerak Budaya.  OMG!  Tapi akak kena kerja kuatlah,  tak habis-habis editing lagi sampai bila nak habis tak tau!  Nanti Dubook Press reject terus baru akak tau langit tinggi rendah.

Okay dah!  U olls doakan lah yang baik-baik ya.  Akak ni pemalas dan tak suka displin yang kuat,  akak buat apa pun ikut mood.  Kalau orang desak-desak,  mulalah semangat akak menjadi rendah.  Jom tengok gambar!  U olls kalau mai Penang,  wajib mai Gerak Budaya!


Gerak Budaya Bookshop Penang
Alamat: 78, Jalan Masjid Kapitan Keling,  10200 George Town, Malaysia
No telefon: 04-261 0282
Laman web: http://gerakbudayapenang.com/
Facebook Page: https://www.facebook.com/gerakbudayabookshoppenang/










Bahagian depan Gerak Budaya yang cantek.








Ulat buku akan rasa macam nak menangeh tengok susunan buku yang banyak macam ni.



Jumpa buku yang cerita pasai orang Boyan.  "Yearning to Belong by Patrick Pillai" Malaysia's Indian Muslim,  Chitties,  Portugese Eurasians  Peranakan Chinese and Baweanese.  Baweanese tu akak la u olls!



PERHATIAN GANG LAHANJS! Kawan-kawan baik akak sekalian,  buku ni harga dia RM160.  Tahun depan birthday akak sila kumpul duit seorang RM16 dan beli buku ni kat akak please!  


Ridhwan dan Nadia suka la ni depa duk travel.  Yolo sangat.



Buku ni lah bapak Shu Fern buat!








Buku-buku dengan kulit buku yang cool!




Bahagian dalam Gerak Budaya Bookshop Penang yang cantek.


Penanda buku yang cool menampilkan wajah dan kata-kata dari sasterawan dan penulis tersohor.




Buku ni macam best.  Ada lukisan orang bogel duk main cicah mampelam atas tikaq depan rumah.






Buku tulisan Regina dan kanan,  buku seni Dr.  Latif.  I dont have to buy that one,  i have my own copy of it.  WUUHUU.

Kat dalam bakul ni semua adalah buku-buku second hand!  Akak tak selongkar sebab kalau selongkaq mesti ada dua tiga buku yang nak beli.  NOOO JUMIZAH

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...