13.10.17

Kenapa Malaysia Obses Dengan Nur Sajad?

Nur Sajad dengan kawan akak Danie Armizi pada temasya Miss Two Faces 2011.


Topik ni akak nak tulis dah berminggu yang lalu,  tapi tak tau pasaipa,  bila duduk depan laptop,  macam terlupa macam mana ka.  So akak biarkan dalam kotak otak akak.  Tapi bila keluar cerita Nur Sajad tunjuk gambar darah haid bagi membuktikan dia seorang wanita,  THAT'S IT AKAK KENA TULIS SEGERA.

Tajuk yang akak pilih adalah Kenapa Malaysia Obses dengan Nur Sajad?

Ya,  pasaipa rakyat Malaysia obses dengan Nur Sajad?  Adakah sebab dia berbakat?  Adakah sebab dia cantek?  Ataupun semata-mata adakah sebab dia pondan?






Akak dengar nama Nur Sajad sejak tahun 2008 lagi,  masa tu kawan akak adik-adik cik nen semua duk sebutlah satu ratu drag di ibu kota Kuala Lumpur yang sangat cantek orangnya. Masa tu social media tak berapa nak meletops macam zaman sekarang,  so tak semua orang ada akses atau suka nak bermain sosmed.  Jadi nama Nur Sajad tu sekadar nama sahaja tapi akak tak pernah tengok rupa dia macam mana.  Orang khabarkan dia sangatlah cantek dan selalu buat show apa semua.  


Then in 2011 akak berkesempatan untuk pi tengok kawan akak masuk pertandingan ratu cantek maknyah di Kuala Lumpur bertajuk Miss Two Faces di mana calon yang bertanding akan tampil sebagai wanita dan seterusnya tampil pula sebagai lelaki.  Calon yang tampil cantek dan segak dalam kedua-dua look akan menang. Akak ada cerita dalam blog akak tetapi tak letak gambar sebab takut nanti tural dan memalukan mana-mana pihak sebab majlis ini majlis tertutup kerana rakyat Malaysia amnya masih tertutup mindanya.


So,  masa inilah buat pertama kali akak tengok Nur Sajad buat show dan sempat tengok dia secara live masa kat red carpet.  SIRIESLY dia memang segak!  So kalau u olls tanya,  adakah dia berbakat?  Bagi akak lipsnyc yang dia buat adalah perfect dan cantek ditambah pulak dengan kecantikan dia yang luar biasa.  Of course lah akak terpana u olls!


Adakah rakyat Malaysia obses dengan Nur Sajad sebab dia cantek!  Sudah tentu sekali,  ya dia memang cantek.  Tetapi yang menghairankan,  ramai juga orang-orang lain yang cantek.  Retis feeling Malaysia pun berlambak yang cantek-cantek.  Insta famous?  Jangan cakap! Eh...akak pun cantek juga!  Tapi takdak la sampai viral teruk-teruk.


Click read more



Jawapan yang paling pasti kenapa Nur Sajad jadi sangat popular adalah kerana status seksualitinya!  Ya...tak dapat dinafikan.  Orang Malaysia yang duk ikut semua perkembangan hidup Sajad,  stalk everything dia buat on sosmed,  perdebatkan jantina dan apa sahaja keputusan peribadi yang Sajad buat adalah orang-orang shallow yang bagi akak dalam realiti depa ni semua jenis duk kutuk pondan sana sini tapi depa sebenarnya obses dengan Sajad sebab bagi depa,  perkara ini adalah pelik!  Macam mana seorang pondan macam Sajad,   boleh cantek dan berjaya?


Bagi kita orang-orang normal yang jenis open minded dan berkawan dengan macam-macam jenis orang,  benda ni semua adalah perkara biasa.  Tak kisahlah orang tu lelaki ka,  perempuan ka,  F2M,  M2F ka,  kalau hang kerja kuat dan menggunakan seluruh tenaga dan usaha hang untuk capai apa hang mau,  mesti hang akan berjaya!  Tak mustahil kan?  So kita manusia yang open minded akan terus focus dengan apa yang orang tu capai dan bagaimana dia kerja kuat!  Bukan focus pada keperibadian dia!


Spisyis shallow yang duk obses dengan Nur Sajad ni juga adalah orang-orang yang duk pertikai aurat seorang artis.  HAHAHAH Duk aurat-aurat sangat last sekali nenjia keluaq video Bigo nampak tetek.


Akak paling pantang sekali bila sedara mara dan kawan-kawan akak yang jenis baca Siakap Keli sahaja untuk pengetahuan am,  duk mai tanya "Wehs Jumie.....Sajad tu betul ka khunsa?"   Hangpa bayangkan apa yang akak nak kena jawab?  Respon akak selalunya adalah very the lantang dan straight to the point which I wont put it here in my writing.  Tapi setiap kali akak memberikan jawapan lantang itu, setiap kali itu juga depa-depa ni semua macam cicak tertelan kapoq.  Nak kata faham ka tak?  Nak kata tak faham pun tak tau lah.  Akak biarkan sahaja sebab buat apa akak buang masa nak explain panjang kat orang macam ni?  Ignorant sangat.


Bila kita kata depa obses dengan pondan,  depa tak mau mengaku tetapi itulah hakikatnya.  Rakyat Malaysia bukan sahaja obses dengan Nur Sajad,  tetapi secara amnya depa obses dengan pondan!  Pasaipa?  Hangpa pikiaqlah sendiri.  Lebih menyakitkan hati melalui laman-laman sosial sekarang,  ramai pulak maknyah-maknyah ting tong yang tampil menaikkan nama sendiri melalui ke-ting-tongan mereka.  Contohnya,  Kak Ziana yang akak pernah share video dia baca doa makan tapi baca doa penerang hati.  Tapi akak share video itu sebab memang lawak u olls!!  HAHAHAH.  Tapi yes,  memang tak baiklah akak buat macam tu.  Tapi,  takdak sekelumit pun dalam hati akak nak kutuk Kak Ziana,  akak sendiri melabelkan diri akak sebagai wanita zornen so takkan akak nak macam bezakan taraf akak dengan Kak Ziana?


Selain Kak Ziana,  ramai lagi pondan-pondan,  gay dan golongan LGBT lain yang duk buat macam-macam kelakuan di laman sosial demi menaikkan populariti diri yang sementara.  Masyarakat pulak yang sah-sah obses dengan LGBT akan gunakan peluang ini untuk sama-sama perli dan menjadi bahan bualan dan ketawa.  Secara otomatik,  masyarakat terus kaitkan LGBT ni sebagai masalah mental untuk depa gelakkan bersama.  Sedangkan hakikat,  they olls they olls yang tak henti henti bercakap pasai kelakuan LGBT tu yang mental!


Ramai lagi kawan-kawan LGBT akak yang bekerja kuat dalam bidang profesional,  perniagaan,  hiburan,  dan macam-macam lagi tak berani nak expose diri sendiri sebab selalunya orang tak akan yakin dengan apa yang mereka buat sebab status seksualiti mereka!  Akak sedih tapi semua ni tak akan berubah dengan mudah kalau kita semua tak mulakan dengan diri sendiri. 


So u olls semua,  akuilah diri yang u olls obses dengan Nur Sajad sebab tu setiap hari u olls nak tau apa dia buat,  apa dia pakai,  apa dia kata.  Shall I say that you all have been wasting you time?  WHY THE HELL SHOULD I CARE.  


Sebab orang yang shallow akan obses dengan diri orang lain.  Akak sebagai lambang kecantikan hanya akan focus dengan diri sendiri dan benda-benda yang memberikan faedah pada hidup akak sahaja.  Okay bye!


Akak bersama Kak Viviana pengacara majlis malam itu.  Masa ni akak masih lagi berpenampilan wanita-wanita New York ya.


ps/  Sajad tunjuk darah period dia untuk membuktikan dia seorang wanita.  Akak ni yang mempunyai masalah menstruasi sejak bernikah,  hanya period setahun sekali,  so adakah akak tidak wanita?  Only stupid people can't figure this out.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...