29.12.17

Belangkas Abg Jit


Cerita makan-makan lagi.  Baru-baru ni akak dan kakak akak telah membawa Kak Edeh dan Abang Manap mai pekena Belangkas bakar di Abg Jit Ikan Bakar,  akak pernah review pasai kedai ni sebelum ni.  Dah la murah,  sedap pulak tu.  Baca sini:  Ikan Bakar Paling Sedap Di Dunia - Abg Jit Ikan Bakar


So Abg Jit Whatsapp akak dia habaq kata lani musim belangkas,  kawan dia seorang nelayan tempatan akan supply terus belangkas kat dia,  so cepat-cepat kami mai makan kat sini.  


Harga seekor belangkas yang dibakar adalah RM25.00.  Tapi tolong bisik-bisik kat Abang Jit suruh dia bagi kat kita belangkas yang ada telur,  barulah suur kalau makan.  Syiok kami mai bawak Abang Manap,  bapak akak mai makan benda alah ni.  Memang favorite dia.  Dulu zaman kami kecik-kecik,  dia akan pi tangkap sendiri kot binatang ni yang akan berlambak kat tepi laut Gurney Drive tu.  Bila bawak balik,  Kak Edeh akan rebus dalam big port.  Sebab tu,  kami serahkan urusan mengupas isi belangkas ini kepada bapak kami yang memang pakar.


Tapi kata beliau,  lebih sedap kalau belangkas ini direbus daripada dibakar.  Untuk kekalkan rasa juicy isinya.  Akak pun rasanya lebih setuju begitu.  Tapi walaupu macam mana pun,  sambal yang Abang Jit sediakan bersama belangkas bakar ni memang terbaik sekali!





Akak dan belangkas.


click read more



Belangkas yang berlambaq-lambaq di dalam plastik.  Semua ni duk idup lagi woi.


Hat ni kita pilih nak bakaqqq....


Ini belangkas yang siap dibakar.



Nenjia tengok telow dia syiok wehs~~....




Sanita duk posing sebelah bapak aku,  duk buat macam cute.

Nampak bapak aku gangster,  tongkat buh atas meja.


Tapi nak pesan jugak kat ampa yang tak pernah makan belangkas before this,  some people dia boleh dapat macam-macam reaction after makan.  Like pening,  loya-loya dan paling menakutkan sepupu akak nama dia Kak Iken,  dia makan teloq ni semua,  last sekali habis makan,  mata dia jadi bengkak sebelah sebab elergy.  Padahal sebelum ni tak pernah pun ada elergy seafood.  LAWAK BETUI...pi clinic amik injeksyen,  doktor gelak kat dia.  


Abg Jit Ikan Bakar 
Lokasi:  Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang (Jalan Perak)
Business Hour:  6pm sampai habis (TUTUP HARI SELASA)
Contact number:  01115398910 (Abg Jit)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...