20.12.17

Birthday Party Zarif Zakwan & Zill Qayyim Tema Dinasour dan Upin Ipin


Hello u olls,  haa...lama tak cerita pasai Cakcing dalam blog,  dulu kami bergaduh sebab deni macam bodo-bodo sikit time nak kawen sampai dah kawen pun duk bagi aku pening kepala.  Lani dia dah ada anak dua,  so tak mau pikiaq apa dah.  Baru-baru ni dia buat birthday untuk dua anak dia,  Zarif Zakwan dan Zill Qayyim.  Sorang empat tahun,  sorang dua tahun.  Dua-dua style buaih nak mampuih style tak takut kat aku langsung,  anak dan cucu menakan lain,  aku kata HAIP ja semua dah menangeh teresak-esak,  depa dorang ni style tak makan saman orang tua kata.  Depa tak heran kat aku langsung.


Macam mana duk bersiap kemaih-kemaih hiasan birthday,  tiba-tiba si kecik Zill tu keriau "Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh............" terkejut aku awat deni tiba-tiba menangeh.  Hangpa tau dia buat apa? Dia pi tuang ayaq teh panaih (bekaih catering yang tekan-tekan tu,  kebetulan meja teh tu rendah so dia boleh sampai),  dia bubuh dalam cawan,  pastu dia minum.  Sekali ayaq panaih kena mulut dia,  dia keriau la...........................tak ka buaih?  Style ayaq pun berani amik sendiri.


Okay lah tak mau nak cerita apa.  Tunjuk gambar,  budak-budak seronok la banyak manisan semua,  boleh lari-lari main belon.  Yang mak-mak,  duduk bergossip la.  Tema birthday ni adalah Dinasour dan juga Upin Ipin,  banner yang Cakcing print tu memang aku suka sekali.  Badan kartun Upin-Ipin pastu bubuh kepala depa dorang tu,  pastu duk naik dinasour.  Depa dorang memang suka dinasour dan Upin-Ipin.


Okay thanks bye.



click more untuk tengok gambar


Tema Dinasour dan Upin Ipin
Get inspired wahai ibu-ibu sekalian.












Dua Budak Bertuah
Nenjia depa dorang bertuah ni.  Zarif Zakwan & Zill Qayyim.






Wow...siapa makcik yang mempunyai pungkoq yang sungguh up ni?




Ni kakak aku dia macam tak berapa cukup sikit.


1 comment:

  1. Awatnya p biaq budak tu main ayaq panaih chek oiiii...Bahaya la dok biaq budak macam tu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...