27.12.17

Hari Penyampaian Hadiah Sekolah Anak-Anak Pelarian Rohingya - Penang Peace Learning Centre


Hello u olls,

Baru-baru ini pada 22 Disember 2017 telah berlangsung majlis hari penyampaian hadiah kepada para pelajar di sekolah anak-anak pelarian Rohingya iaitu Penang Peace Learning Centre di Dewan Kuliah A,  USM.  Hangpa mesti tau kan pasai sekolah ni,  akak selalu cerita pasai depa kat Facebook akak dan kalau u olls tengok blog akak,  kat bawah sekali,  nanti ada link khas pasai artikel sekolah depa ni. 

Hangpa orang Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya,  tak kisahlah orang persendirian,  jabatan kerajaan,  swasta atau mana-mana NGO,  kalau hangpa terigin nak buat volunteer work atau bagi sebarang jenis sumbangan amatlah dialu-alukan untuk salur kat sekolah ni.

Penang Peace Learning Centre ada lebih kurang 50 pelajar,  guru-guru di sekolah ini ada antaranya adalah bekas pelajar USM dan sekolah ini diuruskan oleh Kelab Bina Damai Pulau Pinang.  Hangpa boleh baca lebih lanjut kat sini:  Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)

Jadi sebelum ini,  depa akan buat majlis penyampaian hadiah kat sekolah,  tapi kali ni depa buat kat Dewan Kuliah A USM.   Kami rasa lebih bertuah sebab kali ini,  YBhg. Dato’ Abdul Fareed Bin Abdul Gafoor,  Naib Presiden Malaysian Bar Council telah sudi merasmikan majlis.  Majlis berjalan dengan lancar dan teratur,  walaupun dalam serba kesederhanaan,  tapi pihak sekolah telah berjaya membantu para pelajar mengadakan pelbagai jenis persembahan oleh para pelajar seperti tarian hindustan,  dikir bakar dan koir.  Semua ini menunjukkan kesungguhan dan kegigihan bukan sahaja para pelajarnya tetapi daripada pihak penganjur iaitu para guru dan pengurusan sekolah.  Akak tumpang bangga walaupun kerja akak hanyalah tukang print sijil.


click read more

Akak bersama Kak Baini and Abang Lan from Kindness Penang and Encik Muhammad Bin Kamarulazizi a.k.a Cikgu Mat from Kindness Malaysia.  



At the end of the majlis,  pihak sekolah turut menggunakan peluang ini untuk memberikan sijil penghargaan kepada badan-badan dan juga orang persendirian yang telah lama memberikan kerjasama erat kepada pihak sekolah.  Antara badan yang menerima penghargaan adalah Kindness Penang,  Kindness Malaysia,  UNHCR,  Hope Worldwide Penang,  Buddist Tzu-Chi dan banyak lagi. 

Kerja-kerja amal macam ini memang nampak mudah dan senang,  tapi tanpa kegigihan dan semangat daripada tunjang utama seperti Profesor Kamarulzaman dan keluarga,  Kak Ina (Puan Norazrina Jabarullah) dan lain-lain,  semua ini tidak akan menjadi kenyataan.  

Kepada u olls yang nak bekerjasama dengan pihak sekolah ini,  akak alu-alukan u olls untuk check out Facebook depa:  Penang Peace Learning Centre

Jom tengok gambar.  

 Before majlis start.  Dewan kuliah A.


Ini adalah Arafat,  anak angkat Vick.  Vshnu Narav,  anak hang dah berhenti sekolah now.  Dia lani kerja basuh kereta untuk tambah pendapatan keluarga.



Ni depa dorang jadi pengacara majlis.  Pandai depa.



 Orang kuat Kindness Malaysia dan Kindness Penang,  senyumm...senyum...








 Ini antara wajah anak-anak pelarian Rohingya sekitar Pulau Pinang (dalam pulau) yang masih datang bersekolah di Penang Peace Learning Centre.  Kalau dulu pelajar mencecah hampir 50 orang,  angka ini makin berkurangan kerana ramai yang telah berhenti kerana mereka perlu bekerja untuk menyara hidup keluarga.  Ada juga yang berhenti kerana sebagai gadis yang sudah baligh,  mereka dikahwinkan.  Itulah yang jadi pada anak angkat akak,  nama dia Shabukunahar.  Dia baru 10 tahun u olls, dah mai period since last year,  tahun ini pada hari raya haji dia telah bernikah.  

Kita tak boleh nak buat apa-apa sebab masyarakat Rohingya mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri.  Depa pun bukanlah rakyat Malaysia yang sah untuk kita pi siasat dan tangkap sebab kahwinkan anak pada usia muda.

Tapi bila pikiaq balik macam kesian la kan.... :(









 

Trivia  Penang Peace Learning Centre
  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.
  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.
  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Penang Peace Learning Centre untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
  • Penang Peace Learning Centre telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.
  • Jumlah Murid dan Agihan Kelas (Data tahun 2014)
    Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang
    Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun
    Kelas Tahap Satu: 20 orang.
    Kelas Tahap Dua : 25 orang.
    Kelas Tahap Tiga : 15 orang


Perbelanjaan Bulanan
Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan
Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)
Bil air dan elektrik RM300.00
Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Penang Peace Learning Centre turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.


Contact Info
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :
Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123
Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327


Alamat Sekolah
Penang Peace Learning Centre
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Google Maps : Sekolah Damai Minden

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...