27.12.17

[Himpunan Cerita Marhayam] Tragedi di Pantai Cinta



Telefon Fazz berdering berulang-ulang kali. Dia tidak mahu menjawab panggilan telefon ini. Minggu lalu, Faris dan isteri telah berjanji hendak datang ke Pulau Pinang untuk bercuti. Semestinya mereka mahu berjumpa dengan Fazz. Fazz juga sudah berjanji yang dia akan menjadi ‘tour guide’ kepada dua pasangan itu.


Tapi hari ini, fikirannya berubah. Dia langsung tidak ada mood nak berjumpa apatah lagi hendak menjawab panggilan telefon Faris.


“Siapa yang call you mak ayam?” tanya Hazel, pekerja di butik perkahwinan yang diusahakan oleh Fazz.


“Skendel lama aku. Dia ada sini dengan wife dia. Dia ajak aku jumpa,”


“Then?”


“Aku malas nak pi jumpa depa. Entahla, tiba-tiba aku takder mood nak jumpa depa,”

“Takpayahla jumpa. Pandai-pandailah they olls jalan-jalan dalam Penang ni. Bukan susah. Penang pun sekarang dah maju. Kemudahan untuk pelancong dah banyak. Kalau sesat, Waze kan ada?”


“Tapi aku rasa bersalah pulak. Sebab aku dah janji nak bawak diorang jalan-jalan,”


“Ish mak ayam! Kalau dah janji, kenalah tepati,”


“Tapi kalau hati tak sedap macam mana?”


“Kenapa tak sedap?”


“Sebab dia mai dengan bini dia,”


“Laaa...apa masalah bini dia?”


Fazz mendiamkan diri seketika.


click read more


“Eh! Hang ni banyak pulak soalan kat aku. Hang pi buat kerja. Satgi customer nak mai. Hang pi siap semua barang dia,” jerkah Fazz.


Fazz memandang ke luar cermin butiknya, tiba-tiba ternampak kelibat Faris datang menaiki motor Keris cabuknya di halaman rumah sewa Fazz. Faris selalu membawa motor laju dan bila nak berhenti mesti macam gelabah dan terhoyong hayang.


Fazz cepat-cepat keluar.


“Kenapa hang mai siang? Aku kan kata, malam ni baru siap translation untuk ampa. Malam ni barulah hangpa mai amik,”


“Hey bapok! Aku bukan datang nak jumper ko la. Aku datang nak cari budak rumah ko..Maya. Dier ader?” Faris bertanya. Sungguh tajam sekali bahasa si jantan yang berasal dari Johor ini. Fazz dah biasa dengan carutan Faris. Dia hanya memerhati wajah Faris yang sedang mengecilkan matanya kerana panahan sinaran cahaya tengahari terik yang jatuh terus ke mukanya.


“Depa semua takdak. Depa pi bandaq. Jalan-jalan. Hang telipon la depa...”


“Takdak! Bandiaq! Jalan terketaq-ketaq. Ko ni cakap pekat benor. Kelakar aku dengar,” kata Faris sambil tergelak-gelak dengan mata kecilnya.


Fazz menjeling ke arah Faris dan dia pun berpatah balik untuk masuk semula ke dalam rumahnya. Dah bohsan sungguh dia mendengar Faris memerli dia apabila bercakap. Faris selalu mengajuk cara Fazz bercakap, tapi cara ajukannya tak bunyi macam orang Utara pun, dah over bunyi macam orang Siam pula.


“Eh! Ko nak gi maner?”


“Nak masuk lah. Nak buat assignment hangpa tu. Satgi malam amik!” tanpa memandang, Fazz terus masuk ke dalam.


“Eleh berlagak pulakk bapok ni. Blah la! Aku bukan nak datang jumpa ko. Aku nak datang cari Maya.” kedengaran suara Faris membebel keseorangan.


Babi punya jantan. Hang memang duk nak mai carik aku, duk mai saja saja tanya carik orang lain. Celaka betui. Kalau mau kat aku, bagitau la. Duk buat berlagak serupa elok sangat. Bisik hati Fazz.


Fazz pun kembali fokus pada kerja menyiapkan assignment rakan-rakannya. Untuk mendapatkan duit tambahan, Fazz mengambil upah membuat translation dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris untuk rakan-rakannya. Duit upah itu cukuplah juga untuk dia menampung belanja makan.


Musim peperiksaan hampir tiba, banyak assignment yang perlu dihantar kepada pensyarah. Jadi makin banyaklah business yang masuk. Tetapi Fazz tidak tamak. Dia tak ambil banyak sangat assignment, sebab nanti dia juga perlukan simpan masa untuk siapkan kerja kursus dia sendiri and lepas itu study untuk peperiksaannya. Faris and the gang adalah pelanggan tetap Fazz sejak 3 semester yang lalu. Dan boleh dikatakan, Faris and the ganglah penyebab bagaimana dia boleh memulakan perniagaan ini.


“Waah! Baca buku mat salleh. Ko ni mesti pandai kan? Ko belajar kos apa?”


Tergamam Fazz dibuatnya ketika pertama kali dia disergah oleh abang senior. Lelaki itu ialah Faris. Tinggi lampai, kulit gelap, hidung mancung, giginya berterabur tak tersusun akibat tidak memakai pendakap gigi, rambutnya kusut masai, bau masam seluar jeans tak basuh satu semester menusuk hidung Fazz. Bau jantan! Fazz sedikit ke belakang. Bukan sebab tidak suka pada bau itu sahaja, tetapi sebab takut kenapa abang ni tak pasal-pasal mendekati dia macam ni.


“Seni bina. Kalau saya pandai, saya mesti masuk Universiti. Ini saya masuk poli jer.”


“Habis tu. Ko nak kater aku bodo la masuk poli macam ko?”


Fazz tertelan air liur. Mampus! Bergetar badannya. Dia rasa sangat-sangat takut. Abang ni tau aku gay ke? Dia benci tengok aku sebab gay ke? Dia nak buli aku ke? Ya Allah lindungilah aku. Kuatkanlah hati aku Ya Allah.


Fazz masa tu hanyalah pelajar semester satu. Dia tak kenal sesiapa kat sini. Ini bukan Pulau Pinang. Orang-orang kat sini terima ke orang macam aku? Persoalan itu membuatkan Fazz always stay coverina. Kerana tidak semua orang selesa dan boleh menerima orang macam Fazz dalam kelompok mereka. Lagipun setelah hampir 2 bulan dia memulakan pengajian di politeknik ini, tak pernah lagi Fazz terjumpa orang yang sama ‘gang’ dengan dia.


“Ko faham ke apa yang buku ni tulis?” tanya budak lelaki itu lagi.


“Paham,” jawab Fazz ringkas.  Dia boleh rasakan bebuluh darah diseluruh tubuhnya berhenti bekerja.  Terlalu takut.


“Ko memang pandai la cakap mat salleh?”  tanya abang senior tu lagi.


“Cakap ...erm...boleh...tapi....ada gagap sikit. Tapi kalau baca, saya senang faham,”


“Ooooo sama la macam aku,” kata Faris lagi.


Ish! Mamat ni nak apa lagi? Blah la. Bisik hati Fazz.


“Ko boleh buat terjemahan?”


“Maksudnya?”


“Maksud aku, dari Bahasa Melayu, ko tulis Bahasa Mat Salleh. Boleh?”


“Er, boleh kot rasanya,”


“Ko amik sijil ke dip?”


“Diploma,”


“Okay. Macam nilah. Aku nak ko translate assignment aku. Aku bagi dalam Bahasa ko tukar jadi Mat Salleh. Berapa upah?”


Fazz berasa lega. Fuhh! Abang ni bukan berniat jahat kot. Walaupun perwatakan macam gangster kampung takda kerja duduk lepak atas pangkin kayu tepi sungai main gitar dan isap rokok dari pagi sampai malam pastu bila anak dara lalu depa akan acah-acah mengusik,  tapi sebenarnya Faris tiada niat untuk menganggu Fazz, sekadar mencari-cari orang untuk menolong.


“Er...saya tak tau la abang. Saya tak pernah pun buat kerja ni.”


“Okay macam ni. Ko buat dulu satu assignment aku. Aku belanja ko makan. Aku nak tengok dulu kerja ko macam mana. Kalau ko bagus, baru aku bayar ko duit. Amacam?”


Fazz bersetuju. Petang itu, usai waktu kelas Faris datang ke bilik Fazz di kamsis A. Kebetulan petang ini, rakan sebilik Fazz keluar bermain bola. So hanya Fazz yang ada di bilik. Fazz pun mengemas bilik termasuk di kawasan teman sebiliknya. Paham-paham la kan bila teman sebilik kita adalah jantan? Mana reti nak mengemas. Dia juga masak air panas di dalam cerek elektrik, sedia untuk membuat minuman panas, mana tau kalau-kalau Faris hendak minum apa-apa bila datang ke bilik ini nanti. Senang nanti boleh terus bancuh. Tapi sebenarnya, dalam segala persiapan ini adalah bagi melegakan rasanya yang sedikit gementar yang hendak menerima kehadiran seorang jantan ke biliknya.


Faris datang santai. Masih memakai baju yang sama macam waktu kelas tadi. Tetapi tidak berjaket hijau, baju bengkel wajib pelajar poli. Tanpa jaket itu, Fazz perasan yang Faris mempunyai bentuk badan yang menarik. Tegap dan tinggi. Tidak terlalu kurus.


“Assalamualaikum. Mak aih! Canteknya bilik ko ni. Macam bilik pompuan dah aku tengok,” jujurnya Faris membuat komen. Fazz tersenyum tersipu-sipu sampil membetulkan kain pelekatnya.


“Waalaikumsalam. Mana assignment yang abang nak bagi kat saya?”


Faris menyerahkan sekeping disket warna hitam. Fazz memasukkan disket dalam laptopnya dan membuka fail yang dimaksudkan. Faris pun memberikan penerangan tentang assignment yang dia nak Fazz tolong terjemahkan.


“Bila abang nak?”


“Bila ko boleh siap?”


“Benda ni sikit jer bang. Saya rasa malam ni siap,”


“Giler cepat. Takperla kalau ko tak busy. Nanti kalau dah siap. Ko bagitau aku. Aku datang amik,” Faris pun memegang helmet. Dia nak beredar pergi.


“Abang dah nak balik?”


“Dah tu? Ko nak aku duduk sini ke? Seram sejuk dah aku ni nak duduk sini lamer-lamer,” cibainya mulut jantan ni.


“Abang nak air ke apa-apa? Saya boleh bancuhkan,” Fazz bertanya dengan nada gementar. Feeling macam isteri-isteri muda yang dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga.


“Haa...maggi ada? Ko masak maggi kat aku,”


Selamba sahaja Faris meminta semangkuk maggi. Disebabkan Fazz seorang adik-adik yang feeling woman kuat, dia pun masaklah semangkuk mee segera perisa kari untuk Faris. Sambil menemani Faris makan maggi, Fazz pun mendengar celoteh Faris. Ternyata lelaki ini adalah seorang yang pak lawak, kelakar. Tapi terkadang itu, terselit juga kata-kata sindirannya yang sungguh tajam menusuk ke jiwa.

Faris bercerita tentang sebelum ini memang ada senior yang banyak tolong dia buat terjemahan. Tetapi orang tu dah konvo. Sebab tu Faris gelabah dan belasah sahaja mencari orang baru yang membantunya. Kebetulan dia terserempak dengan Fazz yang sedang membaca buku novel Sidney Sheldon di cafe. Motif sangat lelaki baca buku Sidney Sheldon. Ternyata ponen. Tapi Faris bukan kenal pun siapa tu Sidney Sheldon, yang dia tau budak ni baca buku Mat Salleh.


“Kenapa abang tak belajar bahasa Inggeris. Bukan susah pun,” kata Fazz.


“Aku dah belajar, pastu sekerat jalan. Cikgu aku mati. Hek hek hek hek hek,” Faris ketawa kuat. Macam celaka. Buruk sungguh dia ketawa. Macam monyet nak kena serangan asma.


Malam itu, Fazz pun menghantar SMS kepada Faris menyatakan yang assignment sudah siap.


“Okay. Nnt ak dtg. Ko nk mkn per?”


“Sy nk nsk grg USA. Teh ais,”


Faris pun tiba dengan bungkusan makanan.


“Terima kasih lah. Tapi ko ni demanding. Mahal dooo nasik goreng USA,” Fazz tersenyum. Eh...cakap banyak pulak hang ni. Bayaq ja la aku nak makan apa pun. Aku buat kerja hang. Tapi Fazz hanya berani berkata begitu dalam hati.


“Terima kasih abang. Jimat duit saya makan malam ni,”


“Hang ni orang mana? Kedah ka?” Faris cuba bercakap Utara tapi kedengaran Siam.


“Dak, saya orang Penang,”


“Ooo okaylah. Eh, nama ko aper? Aku save nama ko tah aper jer nama dalam ni. Hek hek hek hek hek.”


“Nama saya Mohd Fadzli Zainol.”


“Okay, nama aku Faris Taufiq. Panggil aku Faris sudah. Tapi, aku dah bagitau kan sebelum ni?”


“Dah.”


Itulah permulaan kisah pengenalan mereka berdua. Sejak itu, bukan Faris seorang yang datang memberikan assignment untuk kerja-kerja terjemahan. Tetapi semakin lama semakin ramai.


“Berapa ko amik upah satu assignment?”


“Tengok patah perkataan. 100 patah RM5.”


“Giler murah. Bodo ko ni. Amikla RM10.”


“Takpala. Aku pun boleh belajar jugak. Hang ingat aku translate bodo piang macam tu saja ka? Apa yang hangpa tulis, aku kena baca dan faham. Ilmu jugak ni”


“Ikut ko la...aku nak tolong ko. Aku tak nak orang amik kesempatan kat ko,”


“Takdak apa lah. Hang jangan risau. Semua okay. Hang duk buat bising banyak pasai pa? Aku bukan amik duit kat hang pun.”


Sememangnya Fazz tidak pernah mengambil duit dari Faris kerana walaupun jantan ini bermulut celaka dan selalu memalukannya di depan kawan-kawan lelaki yang lain tetapi sehingga setakat ini, Faris boleh dianggap sebagai kawan baik Fazz di politeknik. Setiap kali Fazz hendak mintak tolong hantar pergi ke mana-mana atau buat apa-apa, Faris akan sentiasa menolong walaupun mulutnya bising memaki hamun dan menuntut agar dia dibelanja makan.


Faris juga tidak kekok untuk menegur, makan bersama dan bercakap dengan Fazz apabila berjumpa di kawasan kampus. Namun Fazz kena tahan telinga sikit lah kerana di hadapan kawan-kawan sekelas yang lain, di hadapan jantan-jantan yang lain, Faris selambedek sahaja memanggil Fazz “Bapok! Datang sini jab!”


Mulanya Fazz macam malu dan segan. Tapi dah semakin lama, Fazz sudah tidak hairan. Lagipun bagi Fazz, lebih mulia si Faris yang ikhlas memaki hamun dia dikhalayak ramai daripada jenis jantan-jantan yang pada malam harinya menghantar mesej merayu-rayu untuk berbicara lucah, gurauan malam yang geli, tapi apabila datangnya hari siang, jumpa di kuliah buat macam tak kenal. Siapa yang bapok sekarang ni?


“Noks, buat apa?” tegur Maya yang baru sahaja balik ke rumah. Maya sedang membuka tudungnya. Dicampakkan tudung itu ke atas sofa. Dia mendekati Fazz yang sedang tekun memandang komputer ribanya.


“Aku tengah buat translation. Malam ni budak-budak tu nak datang amik. Best ka tengok wayang tadi?”


“Best noks! Rugi ko tak join!”


“Budak budak lain mana?”


“Diorang balik lewat sikit.” merujuk kepada rakan-rakan teman serumah sewa yang lain. Maya, Pieja, Jiejah dan Azie. Fazz tinggal serumah dengan empat budak perempuan ini. Mereka berempat belajar dalam jurusan Sains Kesetiausahaan. Mereka tidak ada masalah berkongsi rumah sewa dengan Fazz kerana lagipun Fazz bukan ada nafsu pun dengan mereka.


Fazz meneruskan kerjanya sampai malam. Bila selesai semua kerja terjemahannya baru dia berasa lapar. Dia terlupa untuk pesan makan pada mereka yang keluar ke bandar tadi. Jam menunjukkan pukul 9 malam, Fazz cepat-cepat mandi dan keluar untuk pergi membeli makanan di kedai tomyan yang terletak di seberang rumah sewa mereka. Semasa berjalan pulang, Fazz sudah boleh nampak dari jauh, budak-budak rumahnya sedang melepak di hadapan rumah. Ada 3 buah motorsikal jugak tersadai di depan tu. Sah! Budak-budak rumah sewa Faris yang datang melepak. Salah seorang teman serumah Faris iaitu Wadi, couple dengan Azie. Haruslah datang ber-dating depan rumah tiap-tiap malam.


“Hoi bapok, ko gi mana?” tidak syak lagi, mulut lancau pertama yang menyapa dengan makian itu adalah milik Faris.


“Awat hang pukimak sibuk nak tau aku pi mana? Punya pasai la kat aku!” sekarang Fazz dah pandai membalas makian Faris. Dia dah tak takut macam dulu. Dia bukan junior lagi.


Kawan-kawan lain gelak mengekeh.


“Ko garang apsal? Aku tanya jer.”


Fazz langsung tidak memandang ke muka Faris. Dah malas sangat dan memang meluat habis. Dia terus duduk sebelah Maya.


“Ampa semua ni, tadi siang dah dating. Malam pun nak dating lagi? Balik la, satgi jiran tengok hangpa duk dating sampai malam, depa report pejabat agama,” kata Fazz dengan suara ponennya.


“Kalau pejabat agama datang, diorang tangkap ko dulu. Ko tu bersekedudukan dengan kami,” kata Jiejah.


“Eh awat pulak bersekedudukan? Aku kan pompuan okeh!” kata Fazz dengan nada mak ayam lawak. Mereka semua ketawa. Kecuali Faris.


“Pompuan la sangat. Pompuan tak siap!” Faris menyentap lagi.


“Hang ni pasaipa suka duk bagi aku sakit hati? Mulut macam bangsat. Patutla hang sorang takdak marka. Takdak pompuan mau kat hang,”


“Mana ko tau? Hek hek hek hek” Faris menjawab sambil ketawa. Dia seronok melihat Fazz naik marah.


“Aku tau la. Pondan pun tak mau kat hang. Hang bukan elok pun. Hitam. Mata sepek. Cakap pun bunyi pekat Jawa Batu Pahat. Dahla aku nak naik ataih. Aku malas nak lepak sini segala deni duk ada.”


“Ehk, Fazz, tunggu jab. Kami nak bincang something ni,” kata Zam. Fazz menoleh belakang.


“Bincang apa?” kata Fazz tetapi terus melangkah masuk ke dalam rumah.


“Semester ni kami last. Lepas exam, aku ingat nak buat BBQ kat tepi Pantai Cinta. Kita semua lepak sana,”


“Aku tak kisah, hangpa buat la. Aku join saja. Dahla aku nak masuk dalam.”


Terdengar suara Zam memanggil Fazz, memujuk-mujuk. Tapi Fazz terus masuk ke dalam.


“Ko ni sudahla Faris. Janganla kacau dia lagi. Nanti dia tak tolong buat assignment kita macam maner?” kata Najib.


“Alaaa...dia buat punya. Ehk, cakap pasai assignment. Kiter ni datang sini nak amik assignment la jugak kan? Bapok tu tak bagi lagi kan?” kata Faris. Dia terus bangun dari motorsikalnya. Dari gaya, macam dia hendak menjerit kuat-kuat dari luar rumah dan menyuruh Fazz keluar untuk bawakan assignment mereka.


“Dahla. Ko jangan la usik dier Faris. Jab lagi aku masuk and tolong amik assignment korang tu. Fazz tak amik banyak kerja sem ni, dia amik untuk gang korang jer,” kata Piejah.


******


“Mak ayam. I dah siapkan beg untuk customer Lenny Zaini. Boleh tolong check the list dak? Kot-kot ada apa-apa tertinggal,” sapaan Hazel dengan sehelai borang senarai semakan menyentak mimpi siang Fazz. Dia sedikit terkejut, tapi cepat-cepat dia mengambil borang itu dan membuat semakan semula ke dalam komputer ribanya yang mengandungi data barangan yang ingin disewa dan ditempah oleh pelanggan.


Setelah disemak, Fazz dapati senarai yang ditunjukkan oleh Hazel tidak mempunyai masalah. Sama dengan apa yang tertulis pada skrin. Kemudian, Fazz bingkas bangun dan melihat isi yang terkandung dalam beg dan kotak yang telah disediakan oleh Hazel. Dress checked, mahkota checked, aksesori checked, bunga tangan checked, baju pengantin lelaki checked, aksesori lelaki checked, sampin and bengkong checked, tengkolok checked.


“Kasut pengantin perempuan maner?” tanya Fazz.


“Lenny kata dia tak mau kasut kita. Dia akan pakai kasut dia sendiri,” terang Hazel.


“Confirmed?”


“Confirmed!”


“Okay. Aku percaya kat hang,”


“Kalau dah takdak apa-apa mak ayam, satgi boleh dak I nak tutup kedai awal?” tanya Hazel.


“Hang nak pi mana? Hang nak pi lorong? Aku kan dah bagi hang laptop. Hang cek endut dalam internet sudah lah. Tak payah nak pi tempat tu lagi. Bahaya hang tau dak?” terang Fazz kepada Hazel, dia maknyah yang dulunya bekerja sebagai pekerja seks di lorong-lorong gelap. Tetapi selepas mendapat dorongan daripada Fazz sendiri, Hazel tampil di siang hari sebagai pembantu butik pengantin milik Fazz.


Tetapi Fazz tau Hazel ada memasang niat untuk membuat tetek, membetulkan hidung dan seterusnya kalau ada rezeki membuat pembedahan SRS, sebab itu Fazz memberikan jalan kepada Hazel untuk meneruskan kerjaya cek endutnya secara sambilan melalui kemudahan internet. Fazz pulak tidak memerlukan semua itu, Fazz berpakaian lelaki, kemas bergaya persis lelaki metropolitan ala-ala Anuar Zain.


“Dak la mak ayam. I tak pi lorong. Tapi I nak jumpa ‘client’ I la...”


“Oooh paham-paham. Aku tak kisah. Asalkan semua settle. Apa-apa hang inform aku okay noks? Aku pun nak balik dah ni. Aku nak mintak tolong hang boleh dak? Kalau kata, skendel lama aku tu mai, hang katalah aku busy keluar jumpa client okay?”


“Okay boleh mak ayam. Tapi muka dia macam mana? I mesti tak kenal punya,”


Fazz pun menekan-nekan butang pada telefon pintarnya. Melalui aplikasi Facebook, dia membuka gambar profile Faris. Ditunjukkan kepada Hazel.


“Wow!! Eliok jantan ni,” terkebil-kecil mata Hazel melihat gambar profail Faris.


“Elok! Laki orang. Hang jangan duk sibuk duk cari nama dia kat FB pulak,” Fazz memberikan peringatan dengan garangnya. 


Sebenarnya tidak perlu dia menunjukkan gambar itu pada Fazz kerana sudah cukuplah kalau orang itu hadir ke butik dan memberitahu namanya kepada Hazel. Tapi Fazz saja la nak tunjuk kat Hazel, dengan niat melayur pada pondan ini tentang gambar skendel-skendel dia pun lok-e lok-e juga. Dasar.


Fazz mengundurkan diri. Setelah masuk ke dalam kereta, dia kembali memeriksa mesej WhatsApp. Ternyata ada beberapa mesej daripada Faris yang masuk, tetapi Fazz tidak membukanya. Kalau dibuka mesej itu pasti Faris akan mendapat notifikasi yang mesej itu sudah dibaca oleh Fazz. Dia terus ‘Delete Conversation’. Kemudian dia menulis mesej baru kepada Faris.


“Salam. Sorry Faris. Aku ada meeting dengan client today. Aku tak dapat jumpa korang today. Apa-apa bagitau aku k,”


DONE! Mengelak saja. Fazz tak mau pikir lagi tentang ini. Dia pun tak tau kenapa dia boleh ada perasaan macam ni. Adakah dia masih ada perasaan pada Faris? Oh tidak! Dah lama Fazz tidak memikirkan hal-hal perasaan antara hatinya dan mana-mana lelaki pun. Yes, memang ada beberapa kenalan lelaki yang dia guna pakai pada waktu tertentu atau pada waktu-waktu yang diperlukan sebagai menyedap dan membuang air yang berlebihan. Tetapi semuanya dilakukan tanpa melibatkan kisah hati.


Fazz sudah malas hendak menjalinkan hubungan dengan lelaki. Dia tahu, dalam dunianya, hubungan yang dijalin tidak akan kekal lama. Oleh itu, Fazz memilih jalan yang lebih realistic iaitu untuk memberikan sepenuh masa dan komitmen kepada kerjaya dan perniagaannya. Walaupun, ramai jantan dan anak ikan yang memberikan harapan dan minat untuk menjadi kekasihnya, tetapi Fazz menolak. Bukan kekwat tetapi inilah keputusan yang terbaik. Pening kepala kalau bercinta dalam dunia homoseksual ni. Pasangan gay selalunya terlalu mengongkong, kuat jeles dan ramai pulak jantan yang hanya nak orang menaja hidup mewah mereka sahaja.


Fazz membuka aplikasi Facebook dan terus ke akaun milik Faris. Dia klik pada capaian gambar dan dia melihat gambar-gambar Faris bersama isterinya. Ada banyak gambar, gambar mereka berdua sedang bercuti di luar negara.  Bali, Phuket, Australia. Ada banyak juga gambar menunjukkan pasangan ini sedang bekerja di pejabat perniagaan mereka. Ada juga gambar mereka berswafoto di hari raya. Faris sekarang sudah kelihatan macam abah-abah (abah as for ayah, bukan simpulan ikatan abah abah). Dia sudah sedikit chubby. Pandai isterinya bagi dia cukup makan.


Perasaan dalam hati Fazz, bukan jeles apatah lagi iri hati. Tidak juga membenci apatah lagi meluat tatkala melihat gambar-gambar mereka itu. Tetapi yang pasti dia berasa sungguh tidak selesa melihat Faris merangkul mesra isterinya yang cantik dan kecil molek itu. Tengok gambar juga tidak selesa, macam mana nak jumpa?


******

Hari itu, budak-budak perempuan serumah dengan Fazz sudah mula bersiap. Mereka ditugaskan untuk menyiapkan makanan dan perapan ayam untuk BBQ malam ni. Fazz turut membantu. Lebih kurang jam 5.00 petang, Zam datang dengan sebuah kereta Wira warna hitam untuk mengambil semua budak-budak perempuan di rumah itu dan juga makanan yang telah disiapkan.

“Fazz. Kereta dah penuh. So, kalau ko naik dengan Faris boleh tak? Jab lagi dia datang amik ko. Korang naik motor sekali la,” kata Zam kepada Fazz.


“Takpa aih. Aku tak kisah. Pukul berapa babi tu nak mai amik aku?”


“Tak tau la. Ko SMS la dier. Wehs, Fazz...aku nak cakap satu benda ni,” kata Zam. Dia berbadan besar dan gempal. Kulit gelap. Dalam kumpulan mereka sekawan, Zam dianggap sebagai abang tak rasmi. Dia baik dan tidak pernah cakap benda yang menyakitkan hati kawan-kawan. Fazz selalu selesa dengan dia. Zam berjalan jauh sikit ke sudut rumah seolah-olah ingin bercakap rahsia besar dengan Fazz.


“Faris ada cakap dengan ko apa-apa tak?”


“Cakap apa? Takdak apa pun. Maki aku ja selalu.”


“Ohhh dia tak cakap apa-apa lagi la?”


“Cakap apa?”


“Kalau macam tu takpalah, nanti malam ni dia cakap la dengan ko,” itu sahaja kata Zam. Fazz tidak berasa apa-apa nervous atau takut. Dalam hati, mesti Faris nak pinjam duit kat aku. Atau nak mintak tolong apa-apa lain sebelum dia konvo ni.


Fazz pun bersiap, seluar jeans paras lutut dan sweater Adidas warna biru. Dia sudah sedia menunggu Faris di depan rumah dengan helmet di tangan. Tak lama itu, Faris pun tiba dengan motor Kris macam nak pecah dia tu. Bawa motor laju dan melelong. Signature ride!


Faris tersenyum ke arah Fazz, mata dia semakin sepet.


“Aku pun bawak helmet kat ko,” katanya sambil mengeluarkan helmet dari bakul di motor.


“Tak mau aku pakai helmet hang, busuk!”


“Dah tu takkan aku nak bawak helmet ni sampai saner, besar do! Fazz, boleh tak ko simpan helmet aku ni dalam rumah? Nanti aku amik la balik. Please,” FAZZ TERKEJUT. Wooo...awat deni duk cakap baik baik dengan aku. Awat tak maki hamun!


Fazz mengambil helmet busuk itu dari Faris sambil dahinya berkerut. Faris masih tersenyum dengan mata sepet. Giginya yang tidak tersusun kelihatan.


Fazz menaiki motor, duduk di belakang Faris. Dah banyak kali mereka naik motor sekali. Bukan sesuatu yang ackward. Dalam perjalanan, Faris diam sahaja tidak berkata-kata. PELIK! Selalunya Faris ni cakap banyak. Masa atas motorlah dia akan sibuk nak tanya macam-macam dan bercerita tentang semua benda pada Fazz. Tapi kali ini dia diam.


“Kenapa ko diam?” tanya Fazz.


“Hekk hekk hekk, aku diam ek? Takder la aku lapar kot,”


Setelah sampai di Pantai Cinta, mereka berdua berjalan menuju ke tempat BBQ. Hari sudah pun melepasi waktu Maghrib dan cahaya mentari senja sudah hilang. Hanya kegelapan malam. Tetapi kawasan Pantai Cinta agak meriah kerana lampu-lampu dan cahaya unggun api. Nampaknya ramai kumpulan dalam kalangan pelajar politeknik yang datang melepak di Pantai Cinta malam ini bersempena dengan hari terakhir mereka sebelum cuti semester dan selepas ini, Insya Allah, berkonvo. 


Setibanya mereka ke tempat kawan-kawan berkumpul, semua kawan-kawan melihat ke arah mereka. Masa itu Fazz rasa pelik. Eh...pasaipa semua orang tengok aku? Aku tak cantik ka malam ni? Tapi, memangla kita akan tengok siapa yang baru datang lambat masa sedang berkumpul kan? Tetapi yang ni caranya lihatnya lain. Fazz abaikan perasaannya. Kadang-kadang perasaan ponen ni memang suka paranoid terlebih.


Fazz duduk dengan kawan-kawan perempuannya yang sudah bersantai di keliling unggun api. Mereka pun berbual-bual dan bercerita. Sedang mereka berlima bergelak ketawa tiba-tiba,


“Fazz ko dah makan? Ko nak aku amikkan?” Faris bertanya kepada Fazz. Aik! Awat deni duk baik semacam dengan aku.


“Amiklah, aku pun dah lapaq ni,”


“Okay. Ko nak ayam ke? Atau ko nak hot dog, kalau nak hotdog, aku boleh bagi. Hekk hekk hekk,” kata Faris dengan ketawa sambil keningnya terangkat-angkat.   Cubaan bergurau lucah.


“Kalau aku mintak hang nak bagi?” Fazz bertanya kembali dengan nada tegas.


Faris terus ketawa macam monyet kena serangan asma. Dia berlalu pergi untuk mengambil makanan. Fazz macam pelik sangat dengan sikap Faris. Macam mana jantan ni boleh feeling nak tolong aku amik makanan pulak? Kenapa tiba-tiba dia berubah menjadi manusia malam ni?


Dari jauh Zam sedang memerhati ke arah Fazz. Bila Fazz memandang ke arah Zam, Zam tersenyum kepadanya dan menunjukkan ibu jari tangannya. Tanda bagus. Fazz pun angkat jari ibu balik sambil tersenyum.


Malam itu, mereka makan, bergelak ketawa, bergambar dan menyanyi beramai-ramai. Paling sedih sekali, bab ucapan!! Semua orang yang nak konvo, diwajibkan memberikan ucapan. Memang sedih sekali adalah ucapan Zam, sehingga dia menitiskan air mata. Dia dipeluk oleh Najib dan lain-lain.


“Okay Faris, turn ko pulak,” kata Norman.


Di seberang cahaya unggun api yang semakin perlahan, Fazz nampak Faris. Kalau selalu dia yang paling terhengkak-hengkak, terloncat-loncat, tergelak-gelak, tapi kali ini, perlahan-lahan dia berdiri, membetulkan seluar pendek warna khakinya. Dia memasukkan sebelah tangan kirinya ke dalam kocek dan tangan kanannya sedang memegang cawan kertas. Faris mengenakan t shirt kolar bulat warna hitam, badannya yang tegap jelas terlihat.


“Assalamualaikum semua,” kata Faris. Suaranya direndahkan dan dijelaskan. Dia tidak lupa untuk tersenyum. Tetapi senyum yang manja perlahan menyenget ke tepi, bukan tersengih nampak semua gigi hingga matanya jadi sepet. Ketika itu, Fazz baru menyedari yang Faris ni agak kacak dan senyuman di bibir Faris sungguh manis sekali.


“Aku tak nak cakap banyak. I just want to say something short and meaningful,”


Gitu! Speaking you olls,” tiba-tiba Fazz menjerit ala-ala ponen. Semua orang tertawa memecahkan hening malam itu.


Jika kebiasaanya dalam situasi ini, Faris akan melawan carutan Fazz dan sesi berbalas makian akan bermula, sebaliknya kali ini, Faris hanya tersenyum dan menunduk. Dia menguis-nguis kakinya ke pasir. Dia meneguk sedikit air dari cawan yang dipegang, perlahan-lahan dia pandang ke atas dan terus ke arah Fazz.


Bagaikan satu kejutan elektrik yang amat kuat. Fazz terkesima melihat anak mata Faris tepat ke arahnya. Kalau Fazz mempunyai vagina, sudah tentu sudah basah seluar keciknya ketika itu.


“First of all, aku nak mintak maaf kat korang semua. Aku tau aku selalu buat kacau dan mungkin korang tak suker dengan aku. Aku mintak maaf sangat. Secondly, aku nak kata terima kasih kepada korang semua sebab sudi jadi kawan aku walaupun aku ni selalu menyusahkan korang semua. Last but not least, aku harap kita semua ingat moment kita semua malam ini, sebab lepas ni kita semua dah ikut haluan hidup masing-masing, tak tau sama ada kita boleh berjumpa dan berkumpul macam ni lagi. Tapi aku harap, korang ingatlah moment kita malam ni,”


Semua orang terdiam. Kata-kata Faris itu membuatkan semua saling berpandangan, ada yang terus menyilang tangan ke bahu sahabat di sebelah dan berpelukan. Yang perempuan pula, biasalah. Sudah mula menitis-nitiskan air mata.


“And yes!! Sebelum aku lupa, aku nak kiter semua ucapkan terima kasih kepada FAZZ!! Tanpa Fazz, tak mungkin kita semua boleh konvo!!” kata Faris sambil mengangkat cawan kertasnya ke arah Fazz.


Fazz pantas bangun dan membuat tunduk hormat sambil membuat pergerakan tangan seolah-olah dia sedang mengangkat gaun besar dengan jari kelingkingnya macam seorang puteri. Semua pun turut sama menepuk tangan dan bersorak.


Selepas sesi ucapan dan makan-makan, suasana menjadi sedikit tenang kerana semuanya mula berpecah mengikut pasangan dan juga kumpulan kawan yang lebih kecil. Ada yang berbaring melihat gemerlapan bintang, ada yang bermain gitar, ada yang menari-nari di tepi unggun api.


“Fazz, jom jalan-jalan dengan aku,” Faris tampil di sebelah Fazz yang kebetulan sedang duduk sendirian di tepi unggun api memandang budak perempuan yang lain semuanya sudah bersama pasangan masing-masing.


Fazz terpana melihat kekacakan Faris malam itu, samar cahaya api warna oren malap membuatkan kulit Faris nampak cantik dan licin. Fazz tidak berkata banyak, dia terus bangun, mengeribas pasir yang melekat pada seluarnya. Mereka berdua berjalan terus menuju ke gigi ombak.


Ketika itu, Fazz pasti! Inilah moment yang Zam ada bagitahu petang tadi. Entah untuk alasan yang dia sendiri tak pasti, Fazz tahu dia perlu maintain cool sahaja. Dia tak tahu apa yang ingin dikatakan oleh Faris, tapi dalam benak hatinya ternyata dia ingin berkata sesuatu yang menggembirakan.


“Ko nak mandi laut tak?” tanya Faris.


“Nak! Jom!” Fazz cepat membalas.


“Ko ada bawak baju spare?”


“Tak. Ala aku jantan kan, aku pakai boxer sudah la,” kata Fazz. Sambil itu dia terus membuka bajunya satu persatu. Tinggal hanya boxer warna hitam. Begitu juga Faris. Ketika itu dia terdiam dan sama-sama membuka bajunya.


Tatkala Fazz ingin melangkah masuk ke dalam air laut, ketika itu, Faris mencapai tangan Fazz dan digenggamnya erat. Bersama-sama mereka berjalan masuk ke dalam kehangatan air laut yang semakin lama menenggelami tubuh badan mereka.


“Ko pernah macam ni?” tanya Faris.


“Tak pernah,”


Laut agak tenang, ombak tidak terlalu kuat. Walaupun cuaca malam di tepi pantai itu agak dingin tetapi air laut terasa panas dan selesa. Mereka berdua bermandian, tidak berkata-kata, tetapi saling berpegangan tangan, tetapi jarak tubuh badan mereka tetap jauh. Mungkin sama-sama kekok dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. Ada rasa malu, ada rasa mahu, ada rasa suka, ada juga rasa ‘What the hell is this?’


Selepas hampir 20 minit mereka mandi laut, mereka naik ke tepi pantai. Bersama mereka duduk mengadap laut.


“Fazz, aku nak cakap something kat ko. Aku harap ko jangan terkejut,”


“Cakapla, sampai bila aku nak kena tunggu hang ni?”


“Sebenarnya, aku suker kat ko,” Faris tersenyum.


Fazz terdiam. Dia macam tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Faris. Ya, dia dapat rasakan sesuatu yang berbeza antara dia dan Faris malam ini tetapi bukan pengakuan ini. Tidak pernah sekelumit pun dalam hati Fazz pernah menjangka yang Faris suka pada dia. Suka ? Suka sebagai apa? Suka sebagai kawan ? Suka sebagai kekasih? Fazz mengambil masa yang secukupnya untuk bertanya lagi.


“Sejak bila?” Fazz bertanya dalam getar.


“Dah lamer. Tapi aku tak berani nak cakap. Aku tak tau macam maner nak cakap,”


“Habis tu awat hang suka maki-maki aku selama ni ?”


“Aku memang suka usik ko. Aku suka tengok bila ko marah. Comel sangat,” tiba-tiba Faris terus mencubit pipi Fazz. Fazz tersenyum. Tiba-tiba rasa macam badannya terapung di atas awangan. Dan alunan suara ‘aaaaaaaa’ macam dalam cerita cinta Hindustan menjadi muzik latar dalam hatinya. Fazz juga merasakan dialah pompuan paling cantik di dunia pada ketika itu.


“Aku nak tanya hang ni. Sebelum ni, hang pernah, macam ni?” tanya Fazz sambil membuat gerakan jari telunjuk ke arah dia dan Faris. Soalan itu penting sekali, kerana selama ini Fazz ingatkan Faris adalah jantan straight. Tak pasal-pasal malam ini buat konfesyen cinta sama jantina pula.


Faris menggelengkan kepalanya.


“Ko yang pertama buat aku rasa macam ni,” jelasnya.


“Habislah, aku dah rekrut lagi seorang ahli neraka malam ni,” kata Fazz sambil ketawa. Membuat lawak dengan harapan untuk memecahkan kedinginan malam.


“Sebenarnya, kawan-kawan kita semua dah tau. Budak-budak rumah aku, budak-budak rumah ko, semua dah tau. Diorang suruh aku bagitau kat ko dah lama. Tapi aku tak berani,”


“Siries!! Sejak bila depa tau?” Fazz terkejut. Bukan terkejut kerana keterbukaan rakan-rakannya. Sejak dahulu lagi, Fazz tahu semua rakan-rakan yang dia rapat di politeknik ni, adalah orang yang terbuka tentang seksualitinya. Cuma Fazz terkejut macam mana kawan-kawannya boleh simpan rahsia ini sebegini lama.


“Dah lama.”


“Awat hang takut kat aku?”


“Aku takut ko tak suka kat aku!”


“Sekarang ni hang takut tak kat aku?”


“Tak, aku sayang kat ko. So, ko rasa kita macam mana lepas ni?”


Fazz terdiam. Dalam hati dia mahu sahaja menjawab YES….YES I do. Dia faham maksud soalan itu. Faris mahu serius dalam hubungan ini. Tetapi sebelum dia memberi sebarang jawapan, Fazz perlu bertanya lebih lanjut tentang apa yang Faris mahu dalam hubungan mereka ini? Kerana ini adalah malam terakhir mereka akan berjumpa, selepas ini Faris akan balik ke kampungnya di Johor, Fazz akan meneruskan pengajiannya di sini yang berbaki dua semester lagi, dan selepas itu entah apa pula nasib rezeki mereka.


“Apa maksud hang selepas ini? Hang nak apa?”


“Yelah, kiter berdua. Ko rasa, kiter boleh jadi lebih dari seorang kawan?”


“Hang ni siries ka? Atau saja-saja nak buat eksperimen dengan aku?”

“Aku sirires. Aku dah fikir lama. Lepas ni, aku balik kampung. Aku nak…..” suara Faris terus menceritakan perancangan hidupnya selepas berkonvo. Katanya dia akan berhijrah ke Kuala Lumpur kemudian dia akan cuba memulakan perniagaannya di sana. Dia kata, dia sanggup ulang alik datang ke sini untuk melawat Fazz. Kemudian, bila Fazz sudah konvo, Fazz boleh terus datang ke Kuala Lumpur dan tinggal dengannya. Semuanya kedengaran indah dan mudah sekali.


“Faris, aku kena bagi jawapan malam ni jugak ka?”


“Tak semestinya. Aku tunggu ko. Bila ko ready ko bagi jawapan,” kata Faris tersengih kali ini dia tersengih dengan mata sepetnya.


HOI GAY!” tiba-tiba terdengar kawan-kawan menjerit dari jauh ke aras mereka berdua.


“BABI! BLAH LA!” Faris menjerit balik. Mereka berdua tertawa.


****

Fazz masih teringat kenangan malam itu dengan jelas sekali. Sebenarnya sejak malam itu, Faris terus menunggu dan terus menunggu jawapan daripada Fazz tetapi dia asyik mengelak dan memberikan alasan untuk diberikan masa yang lebih sedikit untuk berfikir.


Mereka terus kekal sebagai sepasang sahabat baik, selalu berhubung dan bertukar cerita. Tetapi selalunya, Faris yang memulakan usaha.


Sebenarnya Fazz sengaja tidak mahu memberikan galakan. Luka dihatinya masih lagi tidak terubat. Dia tahu betapa sakitnya apabila hati dilukakan. Luka di kaki boleh diubat dan dilaser parutnya, luka di hati, siapa yang tahu?


Berpasangan dalam dunia dia bukan selalunya menjanjikan keindahan. Dalam 1001 kisah, mungkin 2 atau tiga cerita yang berakhir dalam kisah indah. Sudah sekali dia terluka, dia tidak mahu lagi melalui fasa itu lagi. Akhiarnya, Fazz memberanikan diri untuk berterus terang kepada Faris dalam perbualan telefon.


“Hang tak payahlah tunggu aku. Hang pi la kawen. Pi cari perempuan elok-elok. Hang pi menikah buang. Hang tak payah tunggu aku. Aku tak boleh bagi apa pun kat hang.”


Lebih kurang satu tahun selepas itu, Faris menghantar kad jemputan kahwin yang terkandung gambar Faris dan seorang perempuan. Fazz mengukir senyuman dengan lafaz syukur. Ya, dia sedikit rasa berduka tetapi tidak ada apa-apa lagi yang boleh dia lakukan. Ini adalah yang terbaik, untuk dia dan Faris.



*******


“Salam Fazz, aku tau ko memang takmau jumpa aku langsung. Aku tak boleh paksa. Sejak malam itu di Pantai Cinta, ko langsung tak nak jumpa aku. Tapi takperlah, at least ko masih nak berbual dengan aku dalam telipon dan balas SMS aku. Kali ni aku datang Penang dengan bini aku, tapi aku memang nak jumpa ko. Aku memang happy giler, aku rindu kat ko hanya Tuhan yang tau. Tapi aku tak boleh paksa ko. Satu hari, kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Aku dah nak balik KL petang ni. Bini aku kirim salam kat ko. Nanti dah sampai KL, aku mesej ko k. Bye.”


NOTA KAKI
This is one of my many stories i've written for my manuscrip titled HIMPUNAN CERITA MARHAYAM. I was trying to publish it tapi sampai lani duk terperam macam tu sahaja. Taro Press orang pertama yang sudi terbitkan, tapi mereka terpaksa hentikan perniagaan mereka buat seketika atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Pihak Dubook Press memberikan minat namun, segala hal kerja editing terlalu banyak,  rumit dan akak kena buat sendiri. Doakan akak gigih untuk jadikan buku HIMPUNAN CERITA MARHAYAM INI MENJADI KENYATAAN. Insya Allah. Love, Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Byk cerita gay dan transexual. Sekali sekala buat la cerita Les pula.. byk golongan ini yg tunggu cerita les. Sebab jarang ada si social media

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...