13.12.17

Mamu Popia Mami Dalcha - Akak dan Mastura

Akak dan Mamak Puteh dalam satu babak dalam scene pertama.  Macam mana la kami dorang boleh jadi adik beradik?  Kaler sikit punya berlain ka?


Hello u olls,

Haaa...artikel ni tergendala nak diceritakan sebab sejurus lepas event teater anjuran persatuan kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang pada 28 Oktober 2017,  tak lama lepas tu Pulau Pinang dilanda bencana banjir. Yang tu akak akan ceritakan dalam artikel yang lain.  Tapi apa pun,  akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada u olls semua yang beli tiket dan mai menyaksikan persembahan teater kami di Dewan Sri Pinang.


Show Pertama di Dewan Sri Pinang
Kepada u olls pengikut Resdong's,  hangpa mesti tau ini adalah kali pertama persatuan kami buat show di Dewan Sri Pinang.  Akak nak pujilah pihak yang menguruskan dewan ini iaitu Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang,  dari hari pertama kami mai tempah dewan ni depa bagi kerjasama yang amat baik.  Hari first mai tanya tarikh kat kaunter,  kami diberikan borang siap dengan senarai kemudahan dan kadar sewaannya.  Senang kami buat bajet!  Pastu dah siap buat surat tempahan dan isi borang apa semua,  mai hari show,  bukan sahaja staff depa semua ramai yang turunt bantu kami buat kerja.  Malah,  pegawai depa iaitu jurutera dewan juga turun padang.

Bukan nak kata la,  tapi staf-staf Dewan Sri Pinang mula-mula macam tak berapa nak yakin tau kami persatuan Melayu nak buat show kat sini.  Berkali-kali depa duk tanya kat Lanun,  kami punya presiden.  "Betui ka abang nak buat show kat sini?"  Depa tak yakinla sebab Lanun ni suka mai melawat dewan pakai slipper...hahahaha.  Sekali nenjia,  bila show bermula baru depa tau kami punya penangan buat show lagu mana.   Nenjiaaaa hampir 70% dewan penuh wehs.....dewan tu kapasiti seribu lebih kot.

Habis show,  depa semua mai jumpa Lanun dan kata "Abang.....nanti mai buat show dengan kami okay!! Best...best..."  Maybe depa rasa bangga sebab orang Melayu boleh buat event besar kat dewan yang boleh dikatakan paling meletops di Penang ni.  Hala...selalunya group Cina dan India yang mai buat kongset apa semua kat sini.  P Ramlee The Musical by Datin Seri Tiara Jacquelina pun buat kat sini u olls.

Insya Allah,  ada rezeki kami buat show kat Dewan Sri Pinang lagi.



click read more


Akak dan Mastura
Hehehe...watak akak dalam cerita ni adalah Mastura.  Over lah.....Mastura la sangat.  Kisahnya akak adalah adik kepada Mustapa yang dilakonkan oleh Mamak Puteh.  Sebenarnya AKAK LEBIH RELA MENJADI WANITA BELAKANG TABIR,  buat kerja-kerja pengurusan event,  cari-cari sponsor,  buat poster dan bla bla bla.  Tapi untuk skrip kali ini,  boleh dikatakan untuk show Resdong's di Dewan Sri Pinang yang meletops ni,  kami memerlukan bintang/artis perempuan yang boleh tarik peminat.  Pikiaq punya pikiaq,  satgi salah pilih artis perempuan,  walaupun ramai pengikut,  tapi berlakon ceroi........... so senang cerita,  akak pun merelakan diri untuk memegang watak anak perempuan dalam cerita ni.  Lepas gian orang kata.

Berlatih punya banyak,  boleh kata ini adalah show Resdong's yang paling banyak latihan.  Mau dekat 19 kali/hari punya duk prektis.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  Paling best sekali,  tak tau macam mana,  masa scene akak nak bunuh diri sebab frust dengan Abang Zampuri dan scene akak nak nyanyi sedih sebab suami akak dituduh pencuri rantai....AKAK NANGIS BETUI BETUI U OLLS.  Oh mai god.........tak tau la hangpa yang mai tengok show ni perasan ka tak tapi siriesly akak pun terkejut macam mana akak boleh menangis real-real?  Maybe karakter yang akak pegang ni memang berdasarkan pengalaman akak sendiri kot.

Macam contoh,  sebagai wanita agam akak of courselah rasa macam mana cinta akak direject sebab tubuh badan akak.  Keinginan nak kawen tapi takdak sapa mau....dan rasa macam mana kalau suami kita yang disayangi dituduh membuat benda-benda yang dia tak buat?  Haaa....akak kan dah bersuami...so apply perasaan tu kat watak tu la.  Memang puas hati la.....bab nangis tu.  Bek pi la orang tak ingat tangisan akak,  janji akak ingat.  Dan menjadi kenangan akak dalam diri.





Jalan Cerita Mamu Popia Mami Dalcha
Cerita Mamu Popia Mami Dalcha ni adalah diinpirasikan oleh skrip drama TV komedi popular tahun 2009 iaitu Anak Mamak Menantu Mami.  Tapi Abu Mamu Raja Lawak yang juga pengarah teater kali ini telah olah skrip itu kepada Mamu Popia Mami Dalcha .

Show ni adalah empat babak.  Semua babak ni menceritakan kehidupan keluarga Mamu Popia dan bininya Mami Dalcha la.  Babak pertama,  cerita pasai Mastura iaitu akak yang mempunyai masalah berat badan.  Duk gemok gila suka makan,  tapi gatai nak kawen.  Kesian dia apabila cinta dia ditolak oleh abang sado yang merupakan jurulatih peribadi dia.  Last-last,  bila dia nak bunuh diri sebab frust,  sepupu dia iaitu Mat Kechick telah mengaku yang dia lama simpan hati kat Mastura dan teruih depa kawen.

Babak nombor 2 pulak menceritakan kisah si mak pulak iaitu Mami Dalcha.  Dia punya rantai hilang,  so dia tuduh menantu dia iaitu Mat Kechick.  Mastura pun sedihla sebab semua orang tuduh laki dia tanpa bukti kukuh.  Pastu nak dijadikan cerita,  adik kepada Mami Dalcha iaitu Caca Iqbal telah mengupah kawan dia sendiri yang dilakonkan oleh Chik Pak Mantelo untuk jadi inspektor polis.  Last-last,  pecah tembelang semua rupanya,  Caca Iqbal sendiri yang curi rantai tu dan pi gadai kat kedai Ah Tat.

Babak nombor tiga pasai Mustapa lakonan Mamak Puteh yang teringin nak kawen,  dia punya eksaited bawak balik marka dia nak bagi kenal dengan orang tua,  sekali rupa-rupanya kekasih hati dia yang dilakonkan oleh wanita pipi viral iaitu De Bebear adalah bekas kekasih kepada kawan baik Mustapa iaitu Rauf,  lakonan Ropi Raja Lawak.  Memang ramai la yang gelak seronok terhibur bila Ropi duk merapu macam-macam atas pentas.  Selain Ropi,  seorang lagi watak yang mencuit hati para penonton adalah watak Shirleen yang dilakonkan oleh Mamak Kwangsoo.  Depa semua habis show duk tanya kat akak "Dia tu betui betui nyah ka nok?"  HAHAHAH

Babak nombor empat yang merupakan babak terakhir adalah babak yang paling mencuit hati. Babak ni adalah kisah Mamu Popia iaitu bapak dalam cerita ni.  Dia ada hutang dengan ah long,  bila tak boleh bayar hutang,  ah long duk mai la buat kacau kat rumah.  watak Ah Long a.ka. Don Raja dilakonkan oleh Wan Raja iaitu penulis skrip dan pelakon asal drama komedi Anak Mamak Menantu Mami.  Dalam keadaan huru hara ni,  Yusuf Azmi lakonan Daniel Lawak Solo pun mai la nak tenangkan keadaan.  Memang lawak la time ni.  Ramai penonton yang sangat terhibur kat part ni,  tapi paling best sekali adalah ending cerita ni.  Macam mana Mustapa selaku hero dalam cerita ni telah gunakan duit simpanan yang bakal dia gunakan untuk berkahwin sebagai galang ganti untuk langsaikan hutang bapak dia yang berjumlah RM20,000.00.  Syahdu la part ni...pandai Abu Mamu buat skrip.

Here are some of the pictures captured by DK Studio.  Gambaq len belambaq tapi haruslah aku bubuh yang ada gambar aku kan??









Kesimpulan
Macam-macam feedback yang kami dapat habis daripada show ni.  Ada yang baik,  ada yang tak baik.  Yang tak baik tu,  kami terima secara positif insya Allah kami akan perbetulkan di masa akan datang.  Sapa-sapa yang terlepas tengok show ni,  mark calendar hangpa siap-siap tahun depan 2 dan 3 Mac 2018,  Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang akan beraksi di Kepala Batas pulak. Haaaaa berita baik kepada peminat kami area Seberang.

Okay terima kasih kepada kawan-kawan dan adik-beradik yang mai tengok show kami ni dah banyak kali akak cakap,  kali ni akak nak rakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang terutama sekali kepada Lanun sebab walaupun macam-macam cabaran yang beliau hadapi,  tapi 'THE SHOW MUST GO ON!"  Dia banyak ajar akak pasai,  biar maki depan-depan jangan mengata di belakang,  betapa pentingnya pendirian hidup yang kuat dan paling penting semangat dia untuk teruskan hidup teater Resdong's yang biar apa orang kata,  mempunyai cara yang tersendiri.

Dah tak mau feeling-feeling dah!  Jom ramai-ramai support show persatuan kami demi menaikkan martabat gerak budaya anak-anak negeri Pulau Pinang.

Follow kami di Facebook:  https://www.facebook.com/PersatuanTeaterResdongs/?fref=ts
Instagram:  https://www.instagram.com/resdongsteater/?hl=en
Baca blog kami:  http://teaterresdongs.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...