11.12.17

Mee Udang Terbaik di Restoran Ilyana Cafe, Teluk Kumbar Penang


Mee Udang Terbaik di Restoran Ilyana Cafe


Hello u olls,


Haaaa...cuti-cuti sekolah ni,  mesti hangpa dan family ataupun dengan kawan-kawan satu office, satu tempat kerja nak buat makan-makan hujung tahun.  Akak nak rekemen u olls semua mai bersantai dan buat event hangpa di Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar,  Pulau Pinang.  Untuk pengetahuan hangpa,  restoran ni dah beroperasi sejak tahun 1994 lagi.  So dah almost 23 tahun dah.  Tapi nama restoran ni jarang-jarang kita dengar kalau kat Penang kan?


Restoran ini dimulakan oleh Tuan Haji Sahimi bin Abdul Hamid yang dibantu oleh adik beliau dan keluarga.  Mula-mula depa jual ikan bakar dan nasi lemak dan perlahan-lahan depa serve kari kepala ikan dan sampai sekarang macam-macam jenis juadah disediakan.


So baru-baru ni akak dan kawan-kawan dijemput untuk review mai makan kat sini.  On the way nak mai sini, hujan turun dengan lebatnya,  hati risau juga,  baguih punya satgi duk makan ikan bakar,  sekali banjir naik lagi sekali.  Mampuih!  Tapi alhamdulillah,  elok lepas Maghrib,  ayaq ujan pun seriat.  Kami pun bolehlah nak pi Restoran Ilyana Cafe.  Teluk Kumbar haruslah hujan....mak ayam besar nak turun.

Bila sampai kat sini,  akak rasa macam wowww....rupanya dekat ja!  Masuk simpang Gertak Sanggul tu,  tengok kiri,  ada Balai Polis,  terus korner kiri.  Bukanlah kena masuk pusing-pusing jauh pun.  Tapi sayanglah kami mai dah lambat sebab tadi hujan kan?  Sebab depa kata,  kalau mai awai petang2 cuaca kalau elok kita boleh tengok pemandangan pantai yang cantek.





Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook: https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi


Speciality kat sini?
Okay tak mau cerita panjang,  ini adalah akak punya point form pasaipa makan kat sini best?


  • Mee udang, kari kepala ikan, asam pedas, ikan bakar dan macam-macam lagi seafood yang dimasak secara Chinese style. Siries weh memang sedap puas hati.  Aku suka!  Ni bukan saja-saja puji okay.
  • Harga yang berpatutan.  Nanti aku show details kat bawah.
  • Lokasi strategik, easy access from parking. Mudah juga untuk OKU, berkerusi roda.
  • Kalau datang siang boleh tengok pemandangan dari pantai yang cantik
  • Ada bilik air cond, ada ruang open. Sangat sesuai buat group gathering!
  • Servis tip top, bersih dan pelayan semua sopan dan terlatih!!  Contohnya aku mintak hammer nak ketuk ketam,  pelayan tu bubuh hammer tu atas pinggan yang berlapek dengan tissue.  Aku rasa macam wow....baguih depa ni ada tertib.  Kalau pi kedai Melayu lain,  confirm dia pass hammer tu kat tangan ja!
  • Juga terima tempahan untuk majlis tertutup (kenduri dan sebagainya).  Contohnya,  last Saturday,  kawan kami booking the whole restaurant buat kenduri doa selamat perkahwinan dia.  Kerlas......
  • Aku dah cakap tak makan kat sini sedap?  Takpa cakap banyak kali sebab memang sedap puas hati betui.
  • Berita baik kepada warga USM,  pihak Restoran Ilyana Cafe telah berdaftar dengan Bendahari USM.  Oleh itu,  kalau jabatan tuan/puan nak tempah jamuan katering ataupun nak mai buat dinner kat sini,  pihak Restoran Ilyana Cafe terima bayaran melalui PO.  Kerlas.....


Okay u olls.  Jom tengok gambar-gambar dan decription lebih lanjut tentang Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar.

CLICK READ MORE


Makanan Laut Yang Segar
Dah kedai depa pun kat Kampung Nelayan...haruslah makanan laut kat sini murah dan segar u olls.







Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi



Akak dan Ikan
Ni semua sebab Hanizza suruh aku posing macam ni.  Kalau nak ikutkan aku jenis pompuan sopan kot,  tak akan posing merapu semua.


Cewah...time ni,  liptid duk ada lagi la...satgi dah habis makan...HAHAHAHAH






11 Hidangan Istimewa di Restoran Ilyana Cafe,  Teluk Kumbar
Nenjiaaa....tauke ni hidang kami 11 jenis hidangan dia nak suruh akak review satu-satu.  Haaaa amik hang 11 hidangan teruih.  Okay nah...hangpa tengok satu-satu punya cerita dan gambar sekali dengan details harga.



Kari Kepala Ikan
Yang ni memang menjadi kegemaran para pengunjung di Restoran Ilyana Cafe.  Now I know pasaipa....memang sedap wehs.  Dia punya gulai kari adalah kari Melayu punya,  tapi pekat (boleh rasa rempah dia depa blend sendiri bukan pakai serbuk beli kat kedai).  And aku rasa depa tak pakai santan banyak,  depa pakai asam jawa banyak.  Wehss....surrr...kena ni dengan nasi putih panaih-panaih,  memang husband lalu belakang aku tak heran la.  Dalam tu depa bubuh cabai,  bendi dan tomato.  Harga kepala ikan adalah mengikut pasaran.  Sapa yang kaki kari kepala ikan,  wajib mai sini dan cuba!  Saiz sedang antara RM35 - RM45.




Mee Udang Restoran Ilyana Cafe
Yang ni juga adalah star product kat sini.  Kalau mai,  rugi besar kalau tak try depa punya Mee Udang yang menggunakan rempah ratus ramuan tersendiri.  Memang rasa manis udang,  lemak kuah dia dan juga mee dia yang kenyal.  Aku dah lama tak rasa mee udang yang sedap macam ni.  Kepada u olls yang ada sedara mara yang mai Penang semata-mata nak makan mee udang,  mai la sini!  Tak rugi u olls.  Dan yang bestnya juga,  selain menikmati mee udang meletops kat restoran ni,  u olls boleh beli ready made rempah Mee Kari ataupun Kari istimewa yang dibuat khas oleh Restoran Ilyana Cafe.  Haaa...balik rumah boleh masak sendiri u olls!  

Harga sepinggan mee udang adalah mengikut saiz.  Saiz A adalah RM20 manakala saiz B berharga RM14 sepinggan.  





Siput Masak Zaitun
Wehsss...yang ni memang terbaik!  Kegemaran kawan aku Riezzam Mustapha a.k.a Apek Kewangan.  Daripada awai dia duk cerita pasai restoran ni,  tak habih-habih dia duk peringat aku suruh try benda ni.  Alhamdulillah,  tauke bagi kami rasa.

Dia punya masak ni sempoi,  aku tak pernah rasa lagi masakan ni kat tempat lain.  Maybe rekaan pihak Restoran Ilyana Cafe.  Siput yang dimasak dengan minyak zaitun,  ada rasa black pepper dan sebagai finishing taste,  perah limau nipis kot ataih.  Memang surrr..... Hangpa kalau mai sini,  aku WAJIBKAN hangpa try benda alah ni.

Harga RM12 untuk seorang makan.




Pari Asam Pedas Johor
Yang ni pun surrrrrr.......kalau sapa-sapa yang minat makan asam pedas haaa hangpa kena try Pari Asam Pedas Johor kat sini.  Memang jauh panggang dari api la kalau nak banding dengan asam pedas yang dijual oleh seorang komposer terkenal yang meniaga dekat dengan USM jugak tu,  orang duk kata,  asam pedaih dia ceroi.  Haaa...hangpa mai try sini.  Harga mengikut pasaran,  RM6.00/per gram.



Tomyam Kelapa Seafood
Yang ni memang terbaik la..........aku sangat rekemen.  Okay,  buah nyioq yang digunakan untuk serve tomyam ni bukan saja-saja hiasan tau,  memang depa nak masak tomyam ni pakai ayaq nyioq wehs!  Gilarah...meletops.  Yang lebih meletops,  depa tak letakkan chili oil yang selalunya digunakan untuk memerahkan kuah tomyam.  Depa buat tomyam ni colour jernih,  tapi bila hirup.......pergh...pedas,  masam dan berasa la manis seafood yang berlambak duk ada dalam tomyam ni.  Siap dengan isi nyiok tu pun duk ada....hang boleh korek makan sekali.  Sayur pun banyak.  Harga sangat berpatutan,  RM13 satu buah nyiok ni.  Sapa hantu tomyam macam Hanis Syafenaz,  wajib mai! 



  



Pari Bakar
Haaaa hang tengok sendiri,  ikan bakar depa style rempah punya banyak tebai!!  Meresap masuk dalam isi ikan la!  Harga mengikut pasaran,  RM6/100 gram.







Ketam Serbuk Kari
Yang ni pun meletops juga.  Ya Allah...semuanya sedap ni...macam mana ni?  Yang ni selalunya kan orang buat macam gulai kan?  Tapi yang ni style dia buat masak kuah sikit punya,  ada telur sikit bagi jadi pekat.  Memang surr...ketam dia dah la style banyak isi!  Harga mengikut pasaran,  RM6.50/100gram.  




Ketam Nipah Masak Black Pepper
Kami dihidangkan dua jenis ketam,  ketam pertama adalah ketam bunga yang kat ataih tu.  Ni adalah ketam nipah pulak.  Masak black pepper yang sangat sur.  Ditambah pula dengan hirisan bawang yang banyak bersama cili hijau.  Aku memang suka ketam nipah,  walaupun susah nak bukak tapi takpa,  hangpa boleh mintak hammer daripada depa.





Udang Lamprik
Wehsss yang ni memang sur.  Hangpa kalau mai sini,  sangat wajib hangpa order udang masak lamprik ni.  Lamprik ni rasa macam paprik la cuma takdak sayur.  Kuah cabai yang pekat dan manis.  Aku memang suka la yang ni!  Harga juga mengikut pasaran harga udang.  RM12/100gm.


Siput Belitong  Masak Lemak Cili Api
Surrrr...masak lemak cili api dia style pekat gila.  Yang ni kami tak dapat habiskan,  so akak bungkus bawak balik.  Perangan makan dengan nasi putih pulak........surrrrrrrrrrrrrrrrrrr!  Memang berebut la laki bini makan kat rumah.  Harga mengikut pasaran RM13/100gram.




Udang Lipan Stim
Yang ni adalah hidangan terbaru di Restoran Ilyana Cafe!  Udang lipan....boleh nak mintak depa masak macam-macam jenis tapi kami dihidangkan dengan cara masak stim.  Halia dihiriskan distim bersama udang lipan yang sangat gemok.  Pastu dia tumis darat dengan hirisan halia yang digoreng.  Pergh.....wajib!!  Harga adalah RM28/100gram



Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook: https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi


Lokasi  Strategik dan Mesra OKU
Okay akak dah seksa hangpa dengan makanan yang sedap-sedap,  so akak nak tunjuk gambar-gambar lain pulak.  Seperti yang akak cakap,  lokasi dia sangat strategik,  tak berapa jauh daripada simpang masuk Gertak Sanggul.  Pastu depan restoran ni ada ruang parkir yang khas untuk para pengunjung.  Nah...hangpa tengok sendiri. Paling akak suka adalah lokasi kedai ni very the mesra orang-orang tua pakai tongkat dan berkerusi roda.  Senang!  Takdak tangga-tangga semua.


Simpang masuk lepas Balai Polis Teluk Kumbar,  boleh nampak sign board Ilyana Cafe.

Corner masuk ja teruih nampak ni.





Ruang Cafe Yang Selesa
Ruang cafe yang selesa,  luaih,  kerusi meja semua susun elok.  Tapi yang paling meletops,  dia ada dua bahagian,  hangpa boleh duduk kat area depan luar yang terbuka.  Ataupun,  hangpa boleh pilih untuk duduk dalam bilik tertutup sikit sekali dengan aircond semua.  Setiap ruang ada sinki dan depa sediakan toilet kepada pengunjung.

Ruang depan yang terbuka.  Bersih dan kemas.  

Ini pula ruang dalam bilik yang ada aircond.  Saja la suruh kuih seri muka ni posing kat sini...heheh comeikan dia?



Meletops kedai depa ada suis tekan-tekan ni,  bukan hiasan naa...kalau tekan satgi pelayan nanti mai.  Kerlas....macam Sushi King dah.




Rakan Makan
Akak nak ucapkan terima kasih kepada Riezzam Mustapha a.k.a Apek Kewangan,  McMee,  Shada dan Hanni sebab sudi menjadi rakan makan akak untuk malam ni.  Especially kat Riezzam sebab rekemen akak mai tempat makan sedap ni dan kepada Hanni sebab duk layan aku makan macam ratu anai-anai,  semua benda dia duk tolong cedok dan kalau boleh siap nak suap aku.


Haaaaaaaaaa amik hang!  Kami makan style orang putih,  tak amik nasik.  Ratah lauk ja...surr....


Kelihatan McMee berbaju hitam kelihatan tertekan sebab tak tau nak makan mana satu...semua duk mai sedap!

Shada, berbaju belang tak dapat tunjukkan kehebatan makannya sebab dia sedang berpantang.  EHEHEHE

Over depa ni duk buat amik perhatian teruk-teruk.......awat ampa ingat ni kelas memasak ka?




Last Picture dengan Tauke
Terima kasih Afifi dan seluruh team Restoran Ilyana Cafe sebab jemput akak mai makan kat restoran depa yang meletops ni.  Dah la sedap,  servis tip top dan sangat profesional dalam bagitau  akak informasi penuh pasai restoran depa.  Akak dah letak semua details kat bawah artikel ni,  hangpa mai support tau cafe ni!  Disertakan gambar kami posing berdua,  akak nampak gemok selambak ni semua salah TUKANG AMIK GAMBAR!





Restoran Ilyana Cafe
Alamat:  10, Gerai JKKK, Kg. Nelayan,Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Penang.
No telefon:  04-649 2120 / 017-405 1120 (Afifi)
Facebook: https://www.facebook.com/ilyanacafe/
Business Hour
Isnin-Jumaat 3 pm - 1 pagi
Weekend 12.30 pm - 1 pagi

4 comments:

  1. Ada masa dan ada rezeki lebih, nak try kat sini. Selalu dok makan di Mee Udang mak Teh Kuala Sepetang je.

    ReplyDelete
  2. tekanan la rasa nak kayuh p penang la ni gak bila tengok post ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bus semua duk ada...hang nak kayuh basikal buat apa...hehehe

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...