29.12.17

What's Up with Iqram Dinzly?


Hello u olls,


Maybe you olls semua pun dah tahu kan pasai pelakon yang pernah popular dulu Iqram Dinzly yang tak pasai-pasai lani duk viral sebab dia duk buat live video on Instagram.  Live video menunjukkan ada kalanya dia menangis,  gelak,  menari,  menari dan macam-macam lagi la.  Disebabkan video dia yang very the gila-gila itu,  secara tak langsung,  followers beliau mencanak naik.  Halaa u olls,  akak yang tak follow dia pun boleh follow dia.  Tak tau berapa followers dia sebelum ni,  tapi ampa perasan tak lani dia dah ada almost 700k followers on Insta.  That's like very big number already.  Gila!!!


Akak mula-mula terperasan stories pasai dia di FB home feed apabila dishare oleh u olls-u olls semua,  kawan akak di Facebook.  Tapi time tu,  takdak sangat video dia duk menari,  duk keluar adalah video dia duk menangis dan meraung sendirian on Live Video.


Aku mula-mula tengok tu,  terus beranggapan,  OMG kesiannya mamat ni tiba-tiba mai emotional meltdown macam ni.  So secara cepatnya,  aku terus beranggapan,  OH KAY,  this guy needs help!  Immediately.  Sebab aku rasa dia ni ada tekanan dalam hidup,  dikatakan dia baru kehilangan bapa,  pastu business dia tak menjadi dan mungkin tekanan itu membuatkan dia tak boleh nak amik job job baru dalam dunia lakonan dan teater.  Jadi dia tunjukkan tekanan dia melalui luahan dalam Live Video,  and that is sad.


Pastu akak pun post la kat status.........




Dalam banyak-banyak komen kat status akak tu,  ada dua orang komen yang membuka mata.  Satu Kak Sha dan satu lagi komen Safiyyah Osman.  Kak Sha kata,  ada kawan Iqram Dinzly tampil menyatakan kawan depa tak gila.  Dia seorang pelakon/penari profesional sejak dulu dan apa sahaja yang ditunjukkan dalam social media beliau adalah salah satu method acting/ eksperimentasi yang digunakan oleh pelakon profesional untuk mengenal dan menjiwai watak yang bakal mereka lakonkan. 

Pastu Kak Piyah pulak kata,  why takdak sapa pun ahli keluarga Iqram Dinzly tampil untuk memberikan keterangan kepada masyarakat tentang apa yang jadi pada beliau?  Pastinya ini semua adalah satu strategi untuk promote business atau drama/filem yang bakal muncul tak lama lagi.


click read more


Mak terus macam ...TAMPARAN WANITA!!! Yaaaaaaa la nokkssssssssssssssss.............mak pun terus follow insta Iqram Dinzly dan tengok dia punya posting dan stories. EHHHHHHHHHHHHH mamat ni, kalau hang gila, kalau hang stress, depressed, takkan hang nak post-post bagai? Tunjuk hang pi makan mana? Jumpa sapa? Like all the posting menunjukkan dia memiliki aktiviti social yang normal?


Ive been to a stage where I'm almost depressed back in 2013. My husband was not working because dia down mak dia baru mati, my office was giving me stressful work sampai aku rasa terbeban, we were broke takdak duit, my social life was not okay (aku masa tu duk kawan dengan kawan-kawan yang very the negatif), so at one point, AKU TERUIH SHUT DOWN EVERYTHING. AKU TAK PI KERJA, AKU TAK PI MANA-MANA, I STOPPED ANSWERING PEOPLE'S CALL, MESSAGES DAN SEMUALAH!! Dah tak mau cakap dah pasai benda ni, sebab each time aku cakap pasai fasa itu aku rasa ter-emosi.


Tetapi, mamat ni dia duk buat gila-gila macam ni semua kat Live Video, betui ka hang depression?


So aku pun post lagi satu status..............




Lepas akak post status itu, ada jugak anak ayam akak bernama Yuss Zulk macam PM kat akak dia kata, dia dah perhati keadaan Iqram Dinzly dalam Live Video dan mendapati Iqram Dinzly memang mempunyai symptom-symptom orang ada mental illness. Dia kata, Iqram Dinzly Nampak kurus, muka dia cengkong dan cara dia bercakap semua Nampak kecelaruan yang sedang berlaku dalam minda dia.


Okay, akak bukan Ph.D. students (Kak Yuss, ini bukan carutan, but please read what I wanna say about this matter). Adakah betul Iqram Dinzly sedang melalui sakit mental ataupun sekarang ni dia sedang berkhayal menggunakan recreation drugs?


Recreation drugs atau chemical fun datang dalam macam-macam cara. Pill 5, ecstasy pill, ice, poppers, dan macam-macam lagi. Chemical fun (CF) jenis-jenis ini selalunya diambil oleh pengguna dadah sebagai satu enhancement kepada apa sahaja yang sedang mereka lakukan. Contohnya, kalau depa pi concert, amik CF teruih rasa macam semua orang kat concert tu kawan hang, muzik akan keluar dalam bentuk bintang, warna, rama-rama terbang depan mata hang. Kalau hang nak buat seks, hang amik CF, hang teruih berani dan hilang rasa malu untuk buat seks dengan orang yang tak dikenali, buat seks orgy (beramai-ramai), ataupun kepada pasangan yang terlalu lama kawen sampai dah bosan tak tau nak buat seks macam mana dah....so for the sake of FUN, depa pun amik CF dan lepas tu teruih boleh buat seks dengan semangatnya macam kuda padi.


So inilah antara contoh kat mana dan bagaimana orang amik chemical fun. I'm sure hangpa pernah dengar pasai ni semua. Sebab kerajaan kita selalunya bila buat video dan penerangan umum kepada orang awam melalui iklan dalam TV dan before kita tengok wayang, depa akan tunjuk pasai pengguna dadah morfin yang jenis cucuk-cucuk kat tangan tu saja! Pengguna dadah jenis tu selalunya akan ditunjukkan kurus kering, muka jadi berkudis dan tak elok, kusut masai, pastu lalok, teruk dan mampuih sebab kena HIV/AIDS.


Tapi.............................chemical fun tak macam tu. Sapa-sapa yang selalu amik chemical fun ni, dalam tempoh yang lama dan panjang akhirnya akan ada kesan, depa akan jadi tingtong sikit, fungsi organ dalaman rosak dan selainya tetapi takdak la sampai kena HIV/AIDS sebab depa tak berkongsi jarum. Orang tak berapa tau sangat pasai chemical fun ni. Tapi benda ni still berbahaya. Ingat tak kes budak-budak mati masa pi concert kat Sunway Lagoon dan macam-macam lagi. Depa boleh mampuih overdose u olls!


Pasaipa akak rasa Iqram Dinzly ni bukan mental illness tetap sedang khayal menggunakan recreation drugs?


1. Dalam setiap live video dia, dia berpeluh sakan! Berpeluh adalah salah satu kesan bila hang telan recreation drugs.


2. Dia cakap tak berhenti macam sooooo active.


3. Dia beraksi lucah, pegang tetek, tunjuk macam jilat-jilat. Ini adalah sebab dia tengah stim. CF boleh membantu hangpa untuk merasakan nafsu seks menaik secara mendadak.


So far itu sahaja yang akak boleh point out pasaipa akak merasakan yang Iqram Dinzly tidak mengalami masalah sakit jiwa tetapi sebaliknya dia sedang berkhayal menggunakan dadah jenis chemical fun.



She knows!  Kak Erma tahu....dia pun mak ayam besar.  Tapi dia tulis secara amatlah sopan.  Ya...di mana kau Iqram Dinzly?  Di mana?  Maksud mendalam tu.




AKAK SANGAT MARAH
Akak sangat marah sekiranya apa yang akak sangkakan iaitu dia amik chemical fun kerana:


1. Masyarakat kita tak berapa tahu membezakan masalah sakit jiwa dan juga pengguna dadah chemical fun. Namun masyarakat kita sangat peka, masalah sakit jiwa adalah sesuatu yang sensitive. Sebab tu bila Iqram Dinzly goes on Live Video, semua orang macam takut nak komen "Ehh noks....hang berkhayal dadah la tu..." sebab takut dihemtam oleh netizen lain yang pastinya akan hemtam hang kau-kau sebab hang mempersendakan orang yang sedang alami 'tekanan jiwa' dan ditambah pulak Iqram Dinzly adalah seorang artis. Mak kutuk Fattah Amin pun kena maki dengan kakak-kakak bertudung Duck yang mendambakan bersuamikan Fattah. Pastinya Iqram Dinzly mempunyai pengikut kakak bertudung yang tersendiri.


2. Jadi dengan ini, sekiranya betul Iqram Dinzly telah menyalahgunakan dadah dan membuat pameran seolah-olah dia gila, secara tak langsung dia telah meng-eksploitasi keadaan dia untuk meraih keuntungan peribadi. Sedangkan pada masa yang sama, berlambak-lambak orang kat luar sana sedang mengalami sakit mental yang sebenar dan tidak mendapat layanan, rawatan yang betul. Membawa mesej yang salah. Nanti tiba-tiba lepas Iqram Dinzly dikatakan berjumpa dengan Mufti Wilayah Persekutukan, YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dikatakan telah membuat surat terbuka kepada Iqram Dinzly untuk bertemu beliau, so lepas jumpa sekali, Datuk Dr. Zulkifli pun ceramah agama apa sikit-sikit, so lepas tu, Iqram Dinzly pun habaqlah kat seluruh dunia yang 'dia dah sembuh'.......gituuu! Maka seluruh orang Melayu di Negara Malaysia ini pun teruslah percaya dengan taksubnya bahawa dengan ceramah agama mencukupi untuk ubati masalah mental. Tetapi hakikat, mental illness tidak semudah itu!


3. Secara tak langsung, lani orang-prang yang duk guna chemical fun secara rahsia pun dah pecah semua tembelang depa sebab Iqram Dinzly. HAHAHAHAHAH


KESIMPULAN

U olls semua sila bukak mata dan jangan 100% terima apa yang ditulis oleh akak, mahupun mana-mana review pasai Iqram Dinzly kat tempat lain. Hangpa pikiaq sendiri, buat research, belajar dan akhirnya buat kesimpulan sendiri. Iqram Dinzly lani dah ada 700k, anytime now, dia jual produk apa pun, dia jual drama/filem apa pun, orang akan follow. Sebab orang nak support dia because dia 'sakit mental'. Kesian katanya, sebab orang Malaysia ni semua baik-baik.

Tapi bagi akak, Iqram Dinzly, you can go buy your stuff to other Malay, coz I'm not buying this BS.

Further read: Kenali jenis dadah yang popular di Malaysia

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...