20.12.17

Why Bila Ada Kekasih Kita Akan Melupakan Kawan-Kawan?


Betui ka bila ada kekasih kita akan melupakan kawan-kawan?  Dalam banyak situasi lain,  ya memang betul apa yang dipersoalkan,  jarang-jarang sekali lah kalau pun dia sudah ada kekasih baru,  dia masih punya masa bersama teman-teman baiknya.  Aku tulis artikel ni mesti ada kawan baik aku yang akan butthurt,  tapi tolong jangan cepat-cepat marah,  baca dulu apa aku nak tulis sampai habis.


Ya,  memang betui penyataan di atas,  bila kita ada kekasih baru kita akan melupakan kawan-kawan kita,  waima kawan-kawan yang kita kenal tu kita dah kenal sejak sekolah tadika lagi.  Kekasih baru kita kenal pun tak lebih dari dua bulan,  tapi itulah yang kita duk pulun habis semua masa kita sekarang.  Pi tengok wayang dengan dia,  quick dinner after work dengan dia,  hujung minggu dengan dia,  malah percutian hujung tahun bila dapat bonus jugak dengan dia.


Aku tak salahkan kawan-kawan aku yang tinggalkan aku untuk kekasih hati.  Sebab mungkin aku sendiri dah berkahwin,  aku faham sangat perasaan depa.  Walaupun ya,  dalam hati kecik aku,  rasa la sedih sikit sebab depa ni nanti mai cari aku time nak mintak tolong aku sahaja.  Tapi aku memang dah buat ikrar dalam hidup,  kalau kawan minta tolong,  tolonglah seikhlas boleh.  Kalau aku still tolong hang tu,  memang aku sayang hang lah.  Kalau aku meluat,  awai-awai hang WhatsApp aku,  aku dah carut "Amboi...Facebook aku, Insta aku hang tak pernah like tak pernah komen,  tiba-tiba bab nak dapatkan nasihat pandai pulak WhatsApp dan PM aku kan?" Ramai jugak yang kena habuan carut dengan aku macam ni.

click read more


Bila kita dah commit dalam satu hubungan,  of course kita akan berusaha untuk memberikan 100% commitment.  Tambahan pulak,  kalau pasangan hidup kita tu,  (aku merujuk kepada semua jenis hubungan ya...my love is universal....),  pandai amik hati kita,  jaga makan minum kita,  jaga perasaan kita,  pandai jaga hati family kita of courselah kita pun rasa macam berbaloi kalau kita nak spend time more kepada pasangan kita ni.  Macam investment kat bank la,  kalau investment tu ada pulangan yang baik,  takkan hang nak simpan duit sikit-sikit ja kat situ?


Kawan-kawan yang lain suka carut macam ni,  biasalah pondan dapat batang kan?  Ni baru kak les dapat jari,  kalau dapat batang aku tak tau macam mana?  Deni baguih lah punya duk cat rumah....dan macam-macam penyataan carut lain,  semua style carutan pedih gila untuk bagi kawan kita yang baru ada marka tu sakit hati.  Pasaipa nak bagi hati hang sakit?  Sebab hang dah sakitkan hati depa dulu.


Dalam situasi kalau kawan kita yang baru ada marka baru tiba-tiba terus meninggalkan dan melupakan kita,  jangan cepat menanam kebencian dalam hati.  HELLO GIRLS DAN BOYS SEKALIAN?  Awat sedih sangat ka hidup hang?  Just because dia dah ada pasangan baru,  hang terus rasa tak boleh teruskan hidup?


Nasihat aku kepada adik-adik semua,  kalau kata kawan u olls mempunyai pasangan baru mula merancang jadual harian tanpa diri mu,  why not you plan your own diary?  Maksudnya,  hang pi la buat aktiviti lain sendiri.  Bohsannya hidup hang just because sorang kawan dah ada haluan sendiri hang terus takdak haluan hidup?


Tula hidup ni tak boleh la nak clingy sangat dengan orang lain,  terlalu bergantungan pada insan lain.  Hangpa kenalah belajar untuk jadi independent,  bebas dan merdeka sikit.  Pandai-pandailah bawak diri,  bila kita ada ramai kawan,  banyak lagi ilmu dan pengalaman baru kita boleh belajar.  Kalau tak duk belajar hat benda sama la sampai mati.


So janganlah salahkan orang kalau kawan-kawan u olls melupakan kita kalau depa dah ada pasangan baru.  You should be happy sebab dah ada orang yang tolong jaga kawan u olls tu.  Kecuali kalau kawan u olls ada dalam hubungan yang very membunuh like si pasangan dia tu duk main kayu tiga,  duk pukul kawan kita,  duk ajak kawan kita isap dadah...haaa yang tu semua kita kena la sama-sama perati.  But at the end of the day,  jagalah diri u olls dulu.


Akak paham,  kalau ornag muda ni semua benda depa nak marah,  semua benda depa nak pereng....mau relaks buang.  Kawan hang bukan pi mampuih,  dia duk happy bercinta,  biar la dia happy sat.  Kalau paling teruk pun benda nak jadi kat dia,  dia akan putus cinta pastu nanti pandai-pandai la dia cari kita balik untuk luahkan hati dan perasaan dia.


Itu sahaja aku nak carut.  Benda ni aku saja tulis sebab baru-baru ni aku duk kena explain kat kawan-kawan lain, pasaipa sorang kawan aku dah macam tak wujud dalam aktiviti hujung minggu aku.  Sebagai kawan,  aku rasa sedih jugala sebab takleh spend time macam dulu-dulu dengan dia,  tapi pada masa yang sama I'm happy for him.  Orang tengah bahagia u olls,  jangan duk kacau!

4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...