Taking steps is easy, but standing still is hard

2013, segalanya bermula. Aku tak boleh jumpa sapa-sapa. Duduk dalam gelap, tidur dan fikir untuk mati. Semuanya buntu. 2 minggu. Aku fikir aku stress tapi ada juga yang fikir aku ada masalah displin.


2016. Kerja, kewangan, rumah semua okay. Tapi migraine tak henti berkunjung. Sampai tak boleh tidur, tak boleh buka mata, tak boleh hidup! Selepas itu, dia datang pula dengan kesunyian, serba salah, useless, nak mati, tenggelam punca, give up! Aku pelik aku stress apa lagi? Dan masih ada yang anggap aku masalah displin (atau mereka-reka cerita). Sebab selalu tengok Jumie posting semua happy-happy jer, selalu tengok Jumie jalan-jalan sana sini, selalu tengok Jumie berlakon dan menyanyi di pentas bersama selebriti, selalu tengok Jumie pi makan hotel free!


You Are The Best ๐Ÿ’€ Pembeli-Pembeli Tiket Teater #HRTMR

Tanpa anda, show teater Resdongs saban tahun tidak akan menjadi kenyataan. Penonton adalah sebahagian daripada persembahan teater itu sendiri.


Tahniah dan terima kasih banyak2 kepada semua yang support dengan membeli tiket show kami. Ada yang seawal 2 bulan sebelum show.


Sesungguhnya wang, masa dan pengorbanan yang anda berikan ini, walaupun mungkin pada kalian ada satu yang tiada membawa apa-apa makna, tapi tahukah anda bahawa usaha kecil anda ini telah bantu menyemarakkan keberadaan kegiatan seni teater Melayu di bumi Pulau Pinang ini.


You are the best! Continue to support us always.












๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


๐Ÿ’€HANTU RAYA TEBUK MAT RASHID๐Ÿ’€
karya Abu Mamu
arahan Lanun Resdongs
produksi Resdongs Entertainment
.
.
๐Ÿ’ฅDibintangi oleh Kumpulan Kiut Gegarlawak, Mamak Puteh, Bell Ngasri, Abu Mamu, Ropi Raja Lawak, Abang Gee Butik Pengantin, Awie Resdongs, Aqmal Merican, Wan Faeiz, Achan Boria, Qisraii Muna dan ramai lagi!๐Ÿ’ฅ
.
.
๐Ÿ’€HANTU RAYA TEBUK MAT RASHID๐Ÿ’€
๐Ÿ“† 30 September 2018 (Ahad)
⌚8:30 malam
๐Ÿ“Dewan Sri Pinang, Georgetown
.
.
#abangtony #abangnenen #jumieheng #manpinggang #resdongs #show30september #resdongs
#resdongsentertainment #teaterkomedi #dewansripinang #abgtony #mamakputeh #abulaparpo
#abgnenen #acanboria #ohyeah #KiutGegarlawak #mamakputeh #ropie #abanggeebutikpengantin #showke23 #matrashid

Seni Sampah bersama Fabrice Monteiro


Hello u olls,

Akak terjumpa cerita ni kat Google.  Benda ni dah lama,  tapi takpalah,  nak share jugak.  Gambar dalam ni semua bukan hak milik akak,  akak Google search secara haram.

So,  Fabrice Monteiro adalah seorang jurufoto yang berdarah campur,  dari Belgium dan Benin (sebuah negara di Barat Afrika).  Masa dia kecik-kecik dia duduk kat Benin,  tapi bila dah besar dia duduk kat Eropah mana ka tak ingat la.  So bila satu hari dia balik ke tanah tumpah darah,  alangkah terkejutnya apabila dia lihat,  negara yang dahulunya sebuah syurga keindahan semula jadi sekarang sudah jadi neraka sampah.

Dia sangatlah terkejut sampailah dapat inspirasi untuk buat gambar-gambar ini yang dipersembahkan dalam sebuah pertunjukan seni di Louisiana Museum of Modern Art,  USA bertajuk ‘Africa: Architecture, Culture and Identity’ dan gambar-gambar ini diberikan nama siri  ‘Prophecy’.

Dia kata satu benda akak setuju dalam satu wawancara,  negara dia jadi kotoq bukan sahaja sebab masalah politik dan ekonomi tetapi juga masalah pendidikan.  Sedihnya......

Okay jom tengok gambar-gambar dia dan be amazed dan jangan lupa check out Fabrice Monteiro punya instagram,  elooooooooooooooooq jantan ni.

click read more

Liberal atau Toleransi?

Baru-baru ni akak up status berbunyi begini “"YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz bukanlah seorang wanita yang berjaya kerana dia tidak menutup aurat. Apatah lagi Kak Siti Kasim, dah la tak pakai tudung, rambut blonde pulak tu!" ~~~~ According to Malaysian generally..... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ #justsaying


Status ini akak up sebab akak terbaca antara perkara hangat yang dibincangkan dalam medsos (media sosial) minggu ini. Pertama, Siti Kasim kena soal dengan peserta program bual bicara mengenai topik RUU335 dan kat situ dibicarakan macam-macam hal la termasuk ~ of course ~ topik bertudung.  Very interesting perbincangan hangpa boleh tengok kat Youtube!  Kedua, Tun Siti Hasmah disoal oleh wartawan mengapa wanita tidak boleh bertudung bila kerja di hotel. Sila rujuk ulasan berita panas mingguan di wall Mama Regina Ibrahim. Akak kalau sibuk-sibuk, baca ulasan mama sahaja. Mudah sebab dia buat ringkasan tentang semua berita panas yang menjadi bualan minggu itu di Malaysia dan seantero dunia. Mudah untuk kita buat saringan dan hanya pilih topik terpilih untuk kita pi gali cerita tu dengan lebih mendalam. 

Hatta keluarlah post status yang berbaur sinis itu. 


Emi Kaz, pereka barang kemas bertanya di ruangan komen. Siapa yang kata? Akak like sahaja, tak tau nak jawab apa sebab tak pasti Kak Emi pun nak bual sinikal atau dia tak faham sub konteks status ini dan dia nak serang I olls balik…..TAKUT NOKS. Kena hati hati depa mak ayam besar semua. ๐Ÿ‘…๐Ÿ‘…


Izzati JKKN Pulau Pinang pulak komen, “Rambut dah macam puaka niang rapikkkk.” Sah perempuan ni tak faham sub konteks status aku. Dia terus pangkah Siti Kasim idola aku. Jenaka hitam macam ni perlukan IQ tertentu untuk faham. Aku balas komen ini “SAPA?” dengan huruf besar lagi u olls. Kita confident la, kalau dia carut kita, kita leh carut dia balik. HA HA HA Pastu dia balaih,  Siti Kasim la.  Mak teruih sengap noks tak balaih dah komen dia.  Sedih.


Tapi komen lain yang bagi aku yang paling aku suka adalah komen kak Amy Contessa, kakak cantek wanita Body Shop yang terkenal. So dia kata “Nanti orang kata you liberal sedangkan sebenarnya seorang yang tolerance.” Seorang yang baik hati dia bersikap melindungi. Aku hormat kak Amy, aku balas “Takpa kak…saya terima sedia.” 

Dan baru aku perasan, status aku hanya ada 30 lebih likes. 

Ya, dalam kalangan perempuan-perempuan insta famous cantek mekap 34 kilometer tebalnya, hari-hari depa post gambar dan kira berapa likes depa dapat. Sebagai penanda aras pencapaian sosial mereka. 

Untuk wanita zornen macam aku, TAK BOLEH NAFIKAN, jumlah likes juga adalah penanda aras aku. Bila status ini hanya ada 30 lebih likes,  ini bermaksud orang tak suka dengan apa yang aku post.  Tak suka atau tak faham? Aku kena buat penerangan sedikit, hatta artikel ini aku tulis.

click read more

Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur


Hello u olls,

Baru-baru ni kami pi Kuala Lumpur saja la pi open house kawan macam mana ka,  so masa nak balik,  last kopek punya makan,  Mohd Azmi Mohamed Idris yang mengandung 14 bulan mengidam teruk sangat-sangat nak makan nasi kat kedai Arab ni bertajuk Al Rawsha Restaurant.  Kami pun pusing-pusing,  last sekali jumpa la kedai ni.

Dia punya building nampak macam istana batu macam mana ka,  besaq,  tapi bila masuk dalam akan rasa lagi besaq,  dia punya dinding ada ukiran-ukiran Arab dengan lantai berbunga semua.  Kami disambut oleh waiter yang juga berbangsa Arab,  sungguh mesra dan bagi kami duduk kat satu meja besar.  Kami semua 5 orang semuanya.


click read more

Pure by Safiyyah Osman®️ Bantu Pulih Pesakit Eczema

Sebelum & Selepas


Hello u olls,

Baru-baru ni akak dah post link ni kat Facebook tapi akak takut ramai yang terlepas atau tak baca sebab tak addd FB akak dan sebagainya.  I think this is such a very important message especially untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang menanggung masalah keadaan kulit eczema.    Akak sangatlah sensitip dengan orang berpenyakit ni sebab pernah tengok sendiri depan mata,  ya allah rasa kasihan sampai lani tak boleh lupa.

So seperti yang hangpa semua tau,  akak sebagai pengguna setia Pure by Safiyyah Osman®️ amatlah terpegun dan bangga sekali nak share ni sebab ada seorang ibu yang anaknya mengalami eczema tapi lepas pakai produk Pure by Safiyyah Osman®️,  alhamdulillah keadaan rengsa kulit tu banyak berkurangan.

Okay dah jom kita baca perkongsian asli dari founder Pure by Safiyyah Osman®️ sendiri iaitu PIYAH!

click read more

Online Floral Stylist Menawan.My ~ Penaja Flower Basket untuk Majlis Jamuan Raya Kelab Setiausaha USM



Seperti biasa,  setiap tahun  Kelab Setiausaha mesti nak kena buat jamuan hari raya untuk geng-geng SU seluruh kampus.  Tahun lepas,  bila kami mula-mula dilantik jadi AJK,  jamuan hari raya ni lah event pertama yang kami handle,  tahun ini tahun kedua,  kami buat event sama juga tapi kelainannya tahun ini kami jemput kakak-kakak yang sudah dan akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Untuk menjadikan majlis tu lebih bermakna,  kami terpikir untuk bagi jambangan bunga kepada setiausaha-setiausaha yang telah banyak berjasa ni. Maka, akak pun tanya-tanya kat Facebook,  "Ada sapa-sapa sudi nak sponsor bunga untuk event kami?" Alhamdulillah, tak lama lepas tu ada satu company mai PM akak.

Punyalah impressed u olls sebab bila dia PM,  bagi infor semua,  akak bukak IG dia...fuiiyoooo bunga dia semua cantek-cantek nampak ekslusif macam satu jenama online florist tu akak tak mau sebut nama ampa mesti tau.  Tapi hat tu mahai u olls!

Orang yang nak sponsor ni nama depa Menawan.MY.  Depa sebenarnya adalah franchise besar dan kini ada cawangan utara iaitu di Sungai Petani,  tapi boleh delivery sampai Penang u olls.  Akak punya sukala berurusan dengan owner Menawan.MY ni,  mesra,  CEPAT dan paling penting.....kita tak dan nak tanya...semua info dia dah bagi!  Walaupun dia sponsor kita...tapi kita rasa macam kita bayar dia RM2.6 billion untuk buat bunga ni.

Pastu kita ni,  segan la nak demand-demand kan,  tapi u olls.  DEPA SPONSOR KAMI BUNGA HIDUP OKAY....siap mai arrange hantar bunga-bunga tu sampai ke venue.  Dan of courselah kami semua sangat puas hati sebab bunga-bunga dia hantar sangat cantek.  Depa-depa ni semua duk service elok,  nampak bunga ni terus semua pakat sibuk nak pencen.  ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Small basket arrangements for Secretary Club ๐Ÿ’• | RM65 each (exclude delivery)

“Surf and Turf” and ”Burger Bonanza” at Eastin Hotel Penang

Selfie oleh dua bijik burger!

Hello u olls,

Haaaaa...sapa feeling nak makan-makan western food style nak makan kat tempat yang best, selesa, feeling-feeling di hotel dan paling penting sedap! Jom mai try promo Surf and Turf and Burger Bonanza di Eastin Hotel Penang.

So apa tu Surf and Turf and Burger Bonanza?  Dua promo ini dah dimulakan sejak 1 Julai 2018 yang lalu dan akan last hingga bulan September.  Surf and Turf adalah sajian grilled style yang menggabungkan daging atau ayam dengan menu seafood yang diperap,  Burger Bonanza of courselah burger.

Terima kasih banyak-banyak kepada team Eastin Hotel Penang sebab jemput akak untuk review dua promo ini untuk tatapan u olls semua!  Okay jom kita baca lebih lanjut,  akak confirm lepas hangpa tengok gambar-gambar dan details, terus hangpa angkat fon satu kali dan buat booking.  Jom baca.


Say Hello to our Cat!!


Hello u olls,

Okay akak tak bubuh pun sangat cerita pasai kucing kat Facebook sebab orang-orang tua kata,  jangan duk tunjuk sangat gambar anak kita kat orang nanti 'kena mata' anak kita nanti selalu sakit.  Tambah pulak anak comei macam mak dia,  silap hari bulan tak dan besaq mampuih teruih.

Tapi sebab lani anak kucing kami dah besaq dah,  so akak nak share la dengan u olls.  Kisahnya,  akak dan En. Khafi memang dari dulu suka sangat-sangat bela kucing.  Walaupun suami akak ni seorang penghidap penyakit asthma,  tapi tetap gigih nak bela.  Masa duduk rumah kampung dulu lain,  kucing boleh masuk keluar rumah bebas dan takdak la terkurung dalam rumah sahaja.

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by the Beach


#LambangKecantikan.  Haa nampak akak punya posing sampai langit kat belakang duk mai mendung teruih.


Hello u olls!

Haaaaa...hari tu akak dah share kat Facebook,  tapi tak dan nak tulis kat blog.  Allahuakbar,  since pindah office baharu memang tak menyempat nak update blog.  Sorry sangat-sangat,  tapi nasib baik....promo istimewa oleh Flamingo Hotel by the Beach akan berlangsung sehingga 100 hari.  Akak harap u olls tidak lepaskan peluang ini.

Lunch buffet diberi nama "100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch" dah mula sejak 17 Jun yang lalu dan offer ini hanya pada hari Ahad sahaja.  So kalau bahagi dengan tempoh promo 100 hari,  ada lebih kurang 15 hari hujung minggu dan kalau tak silap pada perkiraan akak,  sampai 9 September 2018 (Check dengan pihak hotel untuk lebih tepat sebab mungkin ada perubahan dari semasa ke semasa). 

Semangat Malaysia Baru!

Bergantung kepada tempahan untuk minggu itu,   kalau terlalu ramai,  pihak hotel akan buka kaunter makanan kepada beberapa bahagian yang besar supaya selesa dan senang nak ambil juadah.  Dan u olls boleh pilih untuk booking tempat duduk kat mana,  kat dalam dewan,  kat tepi swimming pool atau dalam cafe.

click read more

Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman

Hello u olls! Hari ni akak nak rekeme satu produk meletops especially untuk wanita yang dilahirkan dengan kulit wajah pemprosesan minyak seri murni. Buat macam mana pun, kulit nanti berminyak macam gila. Walaupun kita ni kerja office duduk dalam aircond, mai pukul 11am muka kita nanti mai berminyak ditambah pulak dengan foundation dan mekap kita semua orang kata pecah minyak!

Lepas tu nanti mai lah masalah jirawat, breakouts dan segalanya.

So akak nak rekemen Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman. Kalau hangpa nak tau, akak mmg pengguna setia PSO dah betahun2 lamanya. So semua produk dia akak pakai. Dan Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman adalah produk terbaru yang akak nak rekemen kat hangpa!



What is Hyaluronic Acid?
Hyaluronic Acid ni mmg dah lama dah ada. Selama ni mak mak datin semua nanti duk pakai sebab jenama kosmetik mewah selalunya akan jual benda ni, tapi sejak kebelakangan ni sahaja Hyaluronic Acid ni dikomersialkan untuk orang2 marhaen macam kita.

Marhaen tak marhaen, harga sebotol Pure HA (Hyaluronic Acid) from Pure by Saffiyah Osman ni mau nak RM200 lebih jugak...tapi u olls...kasut Charles & Keith boleh beli rm399, yang tu untuk kaki....awat untuk muka nak berkira? Ken.....

click read more


Posing Persis Model Tersohor di Golden Shower by Chinchin

Gambar atas kita featuring Miss Minyara Sarafina,  Miss South Africa 2013!


Hello u olls,

Nenjia...cerita ni dah berbulan lalunya.  Tapi lani baru nak story.  Hangpa tau kan?  Akak menyambut ulang tahun kelahiran akak yang ke 33 tahun this year yang jatuh pada 29 Mac.  Jadi sebagai wanita marhayam seperti akak,  haruslah majlis hari jadi diadakan secara berperingkat dan macam-macam lokasi.  Akak teringin nak buat birthday bash macam dulu-dulu tapi haramlah takdak kudratlah nak organize grandis-grandis ni semua,  akak respek orang yang rajin buat birthday party siap hias-hias dewan apa semua ni.  For me,  akak suka keluar pi makan2,  lepak2 with my real close friends.  

So one of the occasion,  my beloved anak ayam Syed Amir telah berbesar hati menjadi host birthday party akak di sebuah NY-chic-style-bar diberi tajuk Golden Shower by Chinchin.  MEMANG BEST SANGAT!!  

Akak memang duk teringin nak mai sini sebab tak tahan duk tengok Syed Amir duk posing sakan kat tempat cantek ni.  Maka sempena birthday,  termakbul lah doa....hahahaha...gichew.


Over tak e-card bagai?

click read more

Salam Aidilfitri 2018



Assalamualaikum u olls semua,

Tudiaaaaaaaaaaa...punya lama aku tak bersiaran!  Macam-macam jadi since bulan April sampailah sekarang dah habis Ramadhan.  Esok lusa kita akan meraikan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.  Akak harap kalian semua beraya dengan meriah,  bersederhana dan yang paling penting banyakkan bersedekah dan banyakkan beringat pada orang-orang yang tidak mampu.  Haaaaaaaaaaaaa gitttu awal-awal dah ceramah agama kepada u olls.  Why?  Sebab nak habaq mai sekarang ini akak dah meninggalkan Penerbit USM dan bertugas di Pusat Islam USM.

Dah-dah jom baca catatan diari akak untuk kalian semua setelah lama tak bersiaran!

click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 6


Hello u olls,

Akhirnya siap jugak semua 6 bahagian review majlis perkahwinan diraja antara Meghan Markle dan Prince Harry.  Tudia punya delay,  last-last silap haribulan pompuan ni dah mengandung apa.  Dia kena la buat anak cepat-cepat,  nak secure diri dia kat istana.  Haaa gitu...Thini Mohan!  Sila update mak kalau ada apa-apa yang meletops.

Baiklah untuk bahagian ke enam ini akak just nak letak gambar-gambar official ataupun gambar rasmi perkahwinan diraja ini yang dikeluarkan oleh Kensington Palace. Hanya 3 keping gambar yang dikeluarkan oleh pihak istana.  Pertama gambar pengantin bersama ahli keluarga termasuk mak mentua Prince Harry iaitu  Doria Ragland (the only ahli keluarga pengantin perempuan yang attended the wedding).  Next,  gambar depa dengan para bridesmaids and pageboys yang comel-comel tu.  And last sekali,  gambar depa dorang pengantin dalam warna hitam putih.

Kesemua gambar ini dirakam oleh photographer Alexi Lubomirski,  orang yang sama yang telah ambil gambar pertunangan depa dulu.  Elokk tau Alexi ni,  hangpa pi check it out Insta dia.  Dan gambar ini dirakam di Windsor Castle,  just after Prince Harry dan Meghan naik kereta kuda pusing seluruh kawasan istana tu.

click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 5



Helo u olls,

Disebabkan majlis perkahwinan ini adalah antara kerabat keluarga diraja Britain dan aktres dari Amerika Syarikat yang bermastautin di Kanada,  maka selain daripada kaum kerabat istana,  para selebriti dari UK,  Amerika Syarikat malah Kanada juga turut dijemput ke majlis perkahwinan ini.  Kalau dibandingkan dengan majlis perkahwinan Kate dan William pada tahun 2011 yang lalu,  akak rasa,  para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan M & H ini adalah lebih meriah.

Disebabkan majlis perkahwinan ini diadakan pada penghujung musim bunga yang sedang beralih ke musim panas,  maka ramai antara tetamu memilih warna yang terang,  corak flora dengan potongan yang singkat dan mudah.  Tapi tak dinafikan,  ada juga beberapa selebriti yang pakai baju macam nak pi majlis pengebumian.

Apa pun,  u olls boleh tengok lah kat sini sapa selebriti yang dijemput yang betul-betul rapat dengan M & H.  Akak macam sedih awat Donald Trump dan Melania tak dijemput,  sebab kalau depa tu dijemput,  akak nak tengok sangat-sangat apa Melania pakai!

Jom baca.


Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 4


Hello u olls,

Untuk bahagian ini akak akan membincangkan pakaian yang dipakai oleh para keluarga diraja yang menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja antara Meghan Markle dan Prince Harry.  Dari Queen Elizabeth II,  anak-anak menanti,  sepupu sepapat sampailah kepada bekas-bekas isteri anak-anak raja.  Keluarga biras diraja juga akak listkan kat sini.

Akak harap sangat u olls perhatikan gaya keluarga diraja ini berfesyen.  Ada beberapa banyak rules yang depa ikut dengan patuh bukan sahaja untuk menepati protokol tetapi peraturan fesyen ini menjadi penegasan gaya yang membuatkan depa nampak mahal,  ekslusif dan regal.  Daripada Queen,  sampailah Prince George (anak kepada Kate Middleton) pun kena ikut. 

Jadi dalam banyak-banyak protokol fesyen yang depa kena ikut,  here are some of the rules yang akak share kat sini (yang berkaitan dengan event rasmi yang besar macam ni):

Warna.  
Adalah amat penting untuk keluarga diraja mengenakan warna yang terang & stand out.  Walaupun warna itu warna lembut dan cair,  tetapi pastinya warna itu adalah terang sebabnya depa nak nampak stand out di mata rakyat yang beribu-ribu orang memerhatikan depa dari jauh dan dekat.  Ada kalanya depa pakai pakaian bercorak,  tetapi selalunya depa akan pakai baju polos (takdak corak) sebab polos akan membuatkan depa nampak lebih jelas.


click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 3


Hello u olls,

Okay kita dah cakap pasai dia punya wedding yang kat gereja tu,  so untuk episod ini kita akan bercakap pasai event selepas majlis perkahwinan depa di gereja iaitu majlis reception yang diadakan di Frogmore House.  Frogmore House ni adalah salah satu rumah agam milik keluarga diraja Britain yang seringkali digunakan untuk entertain tetamu istimewa mereka.

Untuk event ni,  tak semua orang dijemput okay!  Majlis makan malam ni yang disponsor oleh Prince Charles hanya menjemput lebih kurang 200 orang sahaja.  And party ni takdak gambar apa kita boleh tengok tau sebab very private.

But of course,  kita boleh la tengok baju yang Meghan pakai dan beberapa details lain yang akak nak share dengan u olls.

Jom baca!
Frogmore House....meletops! Ala-ala rumah gabenor Pulau Pinang.

click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 2


Hello u olls,

So kita akan review part II untuk perkahwinan Meghan Markle dan Prince Harry.  Part kedua ini akan menceritakan tentang bunga tangan dan kisah disebaliknya yang penuh tradisi dan wedding cake yang dalam perihal lain pulak,  telah memecahkan beberapa tradisi.

Jom baca lebih lanjut.

click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 1


Hello u olls,

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu review rasmi dari wanita agam ini tentang majlis perkahwinan diraja yang berlangsung baru baru ini semasa Ramadhan ke tiga. Tanggal 19 Mei 2018 dipilih oleh Prince Harry dan Meghan Markle yang dikatakan sebagai memberi ruang secukupnya kepada kakak ipar kesayangan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang akhirnya telah melahirkan anak ketiga yang merupakan putera kedua dalam keluarga baginda dan Prince William.

Semasa kita semua sedang sibuk berbuka puasa, lebih kurang 7.30 malam di seluruh Malaysia, semuanya pasti sedang menyaksikan majlis perkahwinan ini yang ditayangkan secara live melalui Youtube dan banyak muka media sosial yang lain. Begitu juga akak di rumah, disebabkan we olls takdak TV, tapi kita still on the Ipad dan blast suaranya melalui speaker mini sambungan BlueTooth yang menyebabkan nyanyian hymm gereja berkumandang di dinding-dinding ruang tamu rumah kecil kami. Kerlas kan??? Bulan Ramadhan, kot tepi baguih punya choir gereja. HAAA.......

So akak tengok light-light ja majlis ni, sebab hari tu, Kak Edeh dan Abang Manap mai berbuka kat rumah. Kenalah melayan ibu bapa kita kan....pastu malamnya lepas selesai tugas-tugas di dapur, barulah akak tonton rakaman live wedding ini sebanyak dua kali. Pertama kali yang kosong tanpa apa-apa suara komentetor (rasmi dari Youtube Windsor Castle) dan satu lagi adalah rakaman BBC yang menjemput 4 orang komentetor untuk memberi suara latar ulasan sepanjang majlis.  And then of course,  akak baca sebanyak artikel yang boleh.  Jadi akhirnya,  akak dah ready nak tulis artikel ini.  Ulasan ini akak akan bahagikan kepada 5 bahagian. Hamik kau.

Akak cuba buat sedetails yang boleh,  from fesyen to trivia.  Tapi still,  banyak lagi info lain yang akak tinggalkan.  Yang tu pandai2 la hangpa pi Google sendiri.

So, let's begin.


click read more

Mengidam Nak Bercuti ke Bali



Hello u olls,

Cita-cita percutian aku dari dulu pastinya lokasi yang ada pantai.  Phuket adalah salah satu destinasi impian dan aku dah sampai beberapa kali.  Perhatian pun adalah pantai fantasi yang aku dah pi.  Satu lagi lokasi pantai yang aku mengidam nak pi adalah ....BALI!  

Sangat jeles bila bukak-bukak sosmed,  hangpa semua duk pakat berhoney moon kat Bali.  Lebih menyakitkan hati,  kawan baik akak Syed Amir,  boleh kata setahun 2 kali dia akan mencemar duli kat pulau keramat itu.

Pasti ramai antara hangpa yang dah puas nak bercuti kat Malaysia ni and rasa nak ke luar Negara pulak kan?  So sebelum hangpa decide nak pergi ke Europe, hangpa pila dulu ke Bali, Indonesia. Jom bercuti ke Bali. 


Antara sebab pasaipa hangpa kena bercuti ke Bali adalah kerana tempat-tempat best yang ada kat sana. Orang Bali juga sungguh peramah. Lebih-lebih lagi bila korang ada ambil servis supir sebab supir ni akan bawak korang ke tempat-tempat yang menarik. Korang just make sure tak kena tipu k!  Tengok macam Syed Amir,  mula-mula dia pi sana travel solo gitu,  sekarang dia kalau balik Bali,  nenjia sekumpulan manusia akan menjaga beliau di sana! 



Syed Amir berposing untuk meraikan salah satu keraikan budaya Bali.  Yang pakai baju batik biru (gambar kedua) nama Made.  Lokal Bali,  pengusaha kedai bunga!  Selalu dengar macam-macam cerita pasai beliau melalui Syed Amir,  teringin nak jumpa dia live!


Orang Bali juga sungguh peramah!!
Bersama bapa Made,  Pak Renteh!  Walaupun kawan-kawan kita ini berbatik dan bertopi,  tapi mereka semua beragama Hindu.  Satu pengalaman budaya yang sangat unik!


click read more

Bunga Kebangsaan untuk 53 Negara-Negara Commonwealth



Hello u olls,

Disebabkan Meghan Markle telah mengabadikan sulaman berbentuk 53 jenis bunga-bunga kebangsaan daripada 53 buah negara di bawah gagasan kesatuan Commonwealth pada veilnya,  maka akak dengan semangatnya mencari senarai semua bunga kebangsaan bagi negara-negara Commonwealth ini untuk pengetahuan am kita semua.  Ini adalah sebagai lambang cinta dan semangat suaminya,  Prince Harry yang kini menjadi salah seorang ahli keluarga diraja Britain yang menerajui Commonwealth!

Kepada u olls yang fail sejarah dan kajian tempatan,  Commonwealth adalah kesatuan yang menggabungkan negara-negara yang pernah dijajah oleh British.  Jadi,  walaupun negara-negara ini termasuk negara kita Malaysia telah peroleh kemerdekaan,  namun gagasan Commonwealth membantu kita untuk membentuk hubungan politik yang kuat untuk ekonomi dan macam-macam benefit lagi.

Ingat tak dulu kita jadi tuan rumah untuk Sukan Commonwealth?  Akak ingat saat-saat itu!  So jom kita tengok senarai bunga-bunga kebangsaan bagi 53 buah negara ini.  Ada negara yang very precise tau dah apa bunga kebangsaan depa,  dah declare nama spisyis sekali.  Ada negara yang tak berapa nak confirm lagi apa bunga kebangsaan depa,  maybe sebab negara tu masih muda (baru merdeka) ataupun negara tu tak berapa nak amik kesah pun pasai benda ni.

Ada juga negara yang mempunya bunga kebangsaan yang sama dengan negara lain.  Bunga orkid dan bunga teratai adalah paling banyak persamaan.  Malah bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia pun adalah sama dengan negara Solomon Island.  Kerlas!  Ada yang menggunakan bunga yang tumbuh di gurun,  which i found it very unique.  Malah ada yang menggunakan bunga kertas sebagai bunga kebangsaan (Dua buah negara pilih bunga kertas sebagai bunga kebangsaan iaitu Zambia dan Grenada!

click read more

Ramadhan Buffet Dinner 2018 "Bazaar Ramadan" @ Royal Chulan Penang


Hello u olls!

Terlepas semua jemputan review Ramadhan Buffet di hotel2 sekitar Penang sebab selalunya review untuk media members dibuat dalam tempoh sebulan sebelum Ramadhan. Tapi thanks to Vayshnavee Shunmugam and team from Royal Chulan Penang sebab jemput jugak kami mai bersama blogger lain Lia Hasty & El Darwena. Nantikan review akak dalam blog tak lama lagi.






click read more


Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym Desa Indah Blok 86, Relau



Sapa nak pekena western food kau-kau tapi still nak diet? Haaa hangpa kena mai sini, Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym, Tingkat 1, Flat Desa Indah Blok 86, Relau.  Dulu depa meniaga healthy food delivery (akak pernah share kat fb/blog).  Alhamdulillah, lani delivery pun depa buat....cafe pun depa bukak! Baguih-baguih.  So haruslah kita mai support.

So memandangkan depa ni punya makanan adalah bertemakan makanan sihat,  so depa pun bukak kat gym Seven Star cawangan Relau ni.  So orang balik gym,  kalau lapar boleh terus makan kat sini.  Semuanya pilihan untuk menjaga badan.

Actually akak dah mai sini before bulan April lagi tapi tak sihat punya pasai ni baru up dalam blog.  Harap Effa kecik dan Dashti sado tak marah nah!  Okay dah jom kita baca review.





click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...