14.1.18

Red Carpet Fashion Review - Golden Globes 2018 Part II

Hello u olls,

Haa pada minggu lepas telah berlangsungnya 75th Golden Globes Awards 2018 di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Sangat menarik red carpet kali ini sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan selebriti yang mai majlis ini memakai serba hitam.  Haaa.....pasaipa?  Sebab menunjukkan solidariti terhadap mangsa-mangsa gangguan seksual yang baru-baru ini menggemparkan dunia Hollywood.  Pertama Harvey Weinstein,  dan seterusnya ramai lagi nama-nama lelaki yang diwarwarkan sebagai pemangsa kejam dalam kegiatan tidak bermaruah ini.  Akak pernah review pasai cerita tu kat sini,  hangpa boleh baca:  Lelaki Miang Gatai Gila Seks Macam Harvey Weinstein Masih Wujud - Let's Talk About Sexual Harassment!

Selain memakai warna hitam, depa telah join satu pergerakan baru diberi nama "Time's Up" ke arah agenda yang sama iaitu menghentikan jenayah moral ini.  Dah-dah-dah,  tak mau cakap banyak,  terima kasih kepada u olls-u olls yang duk tagged akak kat page FB Rizal Hakimm yang selalu duk share macam-macam info dan gambar kat Facebook dia.  By the way,  dia takpalah tulis kat Facebook ja,  takdak buat research apa-apa pun,  aku tak boleh nak post cepat macam dia.

Kita nanti belek banyak website,  buat bacaan dan rujukan daripada pengkritik fesyen lain,  rajin jugak bukak youtube dan tengok orang duk komen pasai fesyen redcarpet ni semua.  Oleh itu,  memang patutlah akak punya review akan lambat sikit ya.  Harap kalian tak marah.

Memandangkan kali ini semua orang pakai warna hitam,  so akak tak boleh nak susun baju-baju artis ni semua mengikut warna,  tetapi akak susun mengikut pereka fesyen.  


Apa yang penting,  takdak sapa pun pakai MARCHESA!  Hala....jenama tu adalah milik Georgina Chapman yang juga isteri kepada Harvey Weinstein.  Memang depa duk kata pun dulu,  Harvey Weinstein akan suruh pelakon-pelakon filem dia pakai baju yang bini dia buat.  Haaaa....tahun ni dan mungkin mulai tahun-tahun akan datang...takdak sapa pun pakai jenama Marchesa ni (walaupun bagi akak,   baju-baju Marchesa always meletops mewah lace-lace macam mana ka..)

Part II


Gucci
Margot Robbie
Sukaaaaaaaaaa part ribbon kat tengah tu.  Nampak macam ribbon betui kan?  Tapi bukan betui pun....dia lukisan.


click read more


Red Carpet Fashion Review - Golden Globes 2018 Part I

Hello u olls,

Haa pada minggu lepas telah berlangsungnya 75th Golden Globes Awards 2018 di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Sangat menarik red carpet kali ini sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan selebriti yang mai majlis ini memakai serba hitam.  Haaa.....pasaipa?  Sebab menunjukkan solidariti terhadap mangsa-mangsa gangguan seksual yang baru-baru ini menggemparkan dunia Hollywood.  Pertama Harvey Weinstein,  dan seterusnya ramai lagi nama-nama lelaki yang diwarwarkan sebagai pemangsa kejam dalam kegiatan tidak bermaruah ini.  Akak pernah review pasai cerita tu kat sini,  hangpa boleh baca:  Lelaki Miang Gatai Gila Seks Macam Harvey Weinstein Masih Wujud - Let's Talk About Sexual Harassment!

Selain memakai warna hitam, depa telah join satu pergerakan baru diberi nama "Time's Up" ke arah agenda yang sama iaitu menghentikan jenayah moral ini.  Dah-dah-dah,  tak mau cakap banyak,  terima kasih kepada u olls-u olls yang duk tagged akak kat page FB Rizal Hakimm yang selalu duk share macam-macam info dan gambar kat Facebook dia.  By the way,  dia takpalah tulis kat Facebook ja,  takdak buat research apa-apa pun,  aku tak boleh nak post cepat macam dia.

Kita nanti belek banyak website,  buat bacaan dan rujukan daripada pengkritik fesyen lain,  rajin jugak bukak youtube dan tengok orang duk komen pasai fesyen redcarpet ni semua.  Oleh itu,  memang patutlah akak punya review akan lambat sikit ya.  Harap kalian tak marah.

Memandangkan kali ini semua orang pakai warna hitam,  so akak tak boleh nak susun baju-baju artis ni semua mengikut warna,  tetapi akak susun mengikut pereka fesyen.  

Apa yang penting,  takdak sapa pun pakai MARCHESA!  Hala....jenama tu adalah milik Georgina Chapman yang juga isteri kepada Harvey Weinstein.  Memang depa duk kata pun dulu,  Harvey Weinstein akan suruh pelakon-pelakon filem dia pakai baju yang bini dia buat.  Haaaa....tahun ni dan mungkin mulai tahun-tahun akan datang...takdak sapa pun pakai jenama Marchesa ni (walaupun bagi akak,   baju-baju Marchesa always meletops mewah lace-lace macam mana ka..)


Part I


Alberta Ferretti
Mary J Blige
Okaylah....mak ayam hip hop kenala ada bling bling kan?

Armani Prive
Laura Dern
Baju ni futuristic,  sesuai untuk orang badan elok macam dia.  Rambut dia buat kepok-kepok macam ni,  akak suka.


click read more


8.1.18

BASIC MAKE UP CLASS BY ZARINA ABDUL RAHMAN - 28 Jan 2018 / Call 012-5542658 (zarina) / 011-23718553 (jue)




BASIC MAKE UP CLASS BY ZARINA ABDUL RAHMAN
#profesionalmakeupartist
#celebritymakeupartist
#20yearsexperiences

Hello gals! Jangan lepaskan peluang utk join Basic Make Up Class by Zarina Abdul Rahman a.k.a Baby Zarina. Sesuai to u olls yang nak apply make up utk diri sendiri dan juga for those yang sedang berjinak-jinak nak jadi MUA!


U WILL BE LEARNING?
✅tips penggunaan bedak asas dan foundation
✅teknik blending foundation dengan betul
✅teknik melukis alis
✅teknik shadding
✅teknik blending eyeshadow
✅teknik 3P


DETAILS
📆 28 Jan 2018 (SUNDAY)
⏰ 9.30 am - 4.30 am
📍 Dewan JKK Taman Bukit Jambul


YURAN

💰RM250 [Breakfast + Lunch provided / certificate / doorgift]
LIMITED FOR 15SEATS ONLY

REGISTER NOW REGISTER NOW REGISTER NOW
012-5542658 (zarina )

011-23718553 (jue)


NOTES
☑Please bring barang make up sendiri, basic make up tools akan disediakan.
☑ONLINE entrepreneur are very welcome to sponsor your products for free advertisement! 😍

Derma Darah untuk Puan Mazlina Othman - Blood type A+ and O+ are most needed!

❤️JOM DERMA DARAH FOR PUAN MAZLINA OTHMAN!❤️
‼️Blood type A+ and O+ are most needed!‼️

Warga Pulau Pinang yang prihatin, jom kita derma darah kepada Puan Mazlina Othman, pengidap kanser darah. Akibat penyakit ini, beliau kekurangan sel darah merah dan memerlukan darah jeis A+. Sesiapa yang berkelapangan boleh menderma darah anda di PUSAT TABUNG DARAH, HOSPITAL PULAU PINANG dengan menyatakan sumbangan anda atas nama seperti di atas!


✅MAZLINA BINTI OTHMAN
Darah yang Diperlukan :
1) DARAH MERAH : kumpulan darah merah A+ dan O+
sahaja.
2) DARAH PLATELET : SEMUA kumpulan darah merah.
(keutamaan kerana PLATELET diperlukan. Kritikal )

LOKASI: Pusat Tabung Darah, Hospital Pulau Pinang




Gambar and info sumber:  Fb Cik Eva Natasha

4.1.18

Sepakat Membawa Berkat - Kisah Penduduk Kampung Melayu Lama (Padang Suria) Menghadapi Tragedi Banjir

Ajo aku pinjam gambaq hang....

Hello u olls,

Memang betul orang tua kata,  sepakat membawa berkat.  Kalau tak sepakat,  apa benda kita nak buat pun tak akan menjadi.  Hari ini,  seperti dijanjikan akak akan menceritakan sebuah kisah yang terjadi dalam kalangan penduduk Kampung Melayu Lama,  Padang Suria,  Ayer Itam yang telah dilanda bencana banjir yang amat teruk pada November 2017 yang lalu.  Kampung mereka mempunyai lebih kurang 50-70 orang penduduk daripada sekecil baby sampailah setua-tua Mak Cik Ba'I.  Remaja muda dan dewasa pun sama ramainya.

Dulu depa semua,  kecik-kecik main bersama,  tapi bila dah semua pun dewasa bekerjaya dan belajar,  semua pun ambil haluan masing-masing.  Masa yang diluangkan bersama tak banyak macam dulu.  Pondok usang tepi padang yang dibina oleh depa semua masa kecik-kecik dulu untuk buat tempat teduhan bila habis bermain bola diwaktu petang,  ditinggalkan sepi.

Tapi kesepian itu bakal berakhir apabila kampung mereka dilanda bencana banjir.

Tak sama macam apa yang berlaku di kampung-kampung lain,  seperti yang kalian tahu,  sejak hari banjir,  akak menggunakan laman sosial akak untuk menyalurkan pelbagai informasi mengenai banjir.  Habaq lokasi rumah yang perlukan bantuan,  lokasi tempat awam yang memerlukan khidmat pencuci sukarela dan macam-macam lagi.  Blog akak juga dihentikan lebih daripada seminggu untuk memberi ruang kepada akak melayan mesej yang masuk melalui Whatsapp dan Facebook Messenger yang menghantar gambar + info yang mohon diviralkan.  Alhamdulillah,  terima kasih kepada hangpa semua yang tolong repost.  Semua yang mohon pertolongan telah mendapat manfaat.

Tapi yang sedihnya,  ada juga la dua tiga kali akak mendapat mesej mohon pertolongan daripada mangsa yang menyelitkan perasaan luahan tidak puas hati dan berkata "Kami duduk sekampung ni,  semua orang rumah sebelah-sebelah dapat bantuan,  kami yang duduk sebelah rumah depa tak dapat apa.  Memang dianak tirikan oleh penduduk kampung sendiri."

Yang ni memang tak dapat dinafikan!  Memang duk jadi,  kadang-kadang badan yang menyalurkan bantuan melihat latar belakang pilihan politik ahli keluarga mangsa,  adakah keluarga mangsa ni rajin pergi masjid dan sebagainya.  Sepatutnya tak jadi macam tu,  bantuan perlu diagihkan secara adil dan saksama.

Tak boleh nak salahkan orang yang salurkan bantuan sahaja,  bagi akak,  penduduk kampung dan mangsa sendiri memainkan peranan penting apabila berlaku masalah dalam skala besar macam ni.  One thing for sure,  bukan kita sorang yang susah,  RAMAI LAGI ORANG KAT LUAR SANA YANG SAMA-SAMA SUSAH.  Kena amik inisiatif lebih untuk mendapatkan hak kita,  kena ada iktiar sendiri untuk pastikan nasib kita terbela....

Tapi kalau hangpa adalah penduduk KAMPUNG MELAYU LAMA PADANG SURIA,  insya Allah semuanya tersusun dengan baik.


click read more

Review Filem Gone With The Wind (1939)


Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah berjaya menonton satu filem yang agak paling lama sekali.  Lama bukan sahaja sebab filem ni durasi dia lama,  malah filem ini juga diterbitkan pada tahun yang amat lama,  lebih tua daripada usia tok-tok kita iaitu sebuah filem berjudul Gone With The Wind (1939).  Amik hang!! Tok aku pun dilahirkan pada tahun 1931...tok aku umur 8 tahun,  baru sahaja selamat tiba di Tanah Melayu,  barulah gambaq ini diterbitkan.  Gambaq ini juga menang anugerah Filem Terbaik untuk Oscar pada tahun seterusnya.

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan hidup seorang perempuan bernama Scarlett O'Hara,  dia ni dipanggil sebagai Southern Belle,  iaitu boleh juga dikatakan sebagai anak perempuan dari keluarga elok-elok di negeri selatan Amerika Syarikat iaitu Georgia.  Latar belakang filem ini adalah sekitar American Civil War  iaitu pada pertengahan abad ke 19.

Mula-mula semuanya okay,  depa duk seronok pi party la apa semua,  pastu perang mai.  Perang antara negeri yang menyebabkan rakyat hidup susah.

Scarlett O'Hara ni kira pompuan paling cantek la kat kampung dia time tu,  semua jantan nanti keliling mau kat dia.  Tapi dia suka kat satu lelaki nama Ashley Wilkes,  tapi masalahnya Ashley Wilkes ni suka kat dia tapi nak kawen dengan perempuan lain iaitu Melanie Hamilton (yang juga sepupu kepada Ashley).

So Scarlett ni marah dan frust sebab Ashley tak mau kawen dengan dia,  so dia kawen dengan Melanie punya adik lelaki iaitu Charles Hamilton.  Depa baru ja kawen  Charles pi perang dan dia pun mampuih masa pi perang.  Scarlett yang masih lagi tak boleh move on dengan break up dia dengan Ashley,  terpaksa pulak tipu-tipu bersedih dan berkabung (kunon laki mati),  hakikat....dia takdak perasaan pun laki dia tu mati.


click read more

3.1.18

Hujung Minggu Yang Sedih

Chillin.  Gambar ehsan dari FB Mama Regina Ibrahim

Urgh....nak tulis jugak benda ni walaupun rasa macam mangkak nak mampuih nak tulis catatan pengakhiaq tahun 2017.  Hangpa kalau nak tahu,  akak pernah la sekali dua kali duk pi nyanyi kat cafe milik kawan akak yang terletak di Love Lane,  Penang.  Kisahnya,  mula-mula saja pi lepak kedai depa (masa tu kawan akak baru jer sewa tempat tu untuk buat cafe).  So dikisahkan,  kat cafe depa tersedia PA system dengan microphone apa bala semua.  Aku ni kan lebih kurang macam adik kepada JKKKKKK Kampung Pisang, tak boleh nak tengok microphone kan?  So akak pun offer diri akak untuk menyanyi satu lagu.  Bila nyanyi lagu Adele sedas,  kawan-kawan akak terpegun (kami baru kenal,  so depa tak tau la yang akak boleh nyanyi).  

So depa punya syiok,  so depa offer akak mai nyanyi kat sini.  Mulanya depa suruh akak mai nyanyi seminggu sekali,  aiiyoo takut.  Penat la noks,  komitmen tinggi.  So akhirnya,  lepas pujuk punya pujuk,  akak kata,  okay fine akak mai nyanyi kat sini sebulan sekali itu pun kalau akak free.

First time akak mai nyanyi kat sini adalah pada bulan September yang lalu,  alhamdulillah,  memang ramai kawan-kawan yang mai support.  Boleh kata penuh la cafe masa tu,  sampai dikatakan,  malam tu punya sales memang meletops.  Semua kawan-kawan akak mai lepak,  dengar nyanyi2,  depa pun boleh nyanyi (macam open mic gitu),  pastu minum dan makan berulang-ulang.  Pastu akak pun busy,  dengan teater dengan macam-macam apa semua,  last sekali bukan Disember,  kawan akak owner kedai tu mai office akak terus.  Dia pun panggil akak mai nyanyi kat cafe dia lagi sekali,  so akak pun setuju.

Preparation dibuat.  Akak sendiri buat poster,  send kat depa,  post on Facebook page cafe depa,  akak pun personally duk PM kawan-kawan rapat akak yang semua minat nak lepak-lepak cafe dengar live music.  So hari tu,  at 6 pm akak dah terpacak di cafe milik kawan akak.


click read more

Foundation Best Seller di Drug Store / Farmasi

Hello u olls,

Dipendekkan cerita,  akak telah mendapat kebenaran oleh Ms.  Azreena Azmi untuk share dia punya perkongsian pasai foundation yang terbaik yang pelbagai jenis dan kesesuaian untuk kulit masing-masing.  Dia dah tulis semua secara terperinci,  sila rajinkan diri untuk baca.  Jangan duk mengada tanya-tanya lagi soalan macam gondu sebab semua benda dah tertulis nyata.  

And please u olls semua follow beliau on Facebook sebab akak percaya lebih banyak perkongsian dia akan buat selepas ini mengenai kecantikan kulit dan produk terbaik!  Facebook Azreena Azmi.



click read more

2.1.18

Video 1 Minit bersama Nas Daily


Hello u olls,

Hangpa pernah tak terjumpa orang share kat FB pasai satu video yang dibuat oleh vlogger bertajuk Nas Daily.  Mamat ni menyatakan dia adalah berbangsa Palestinian-Israel-Muslim.  So i guess,  dia orang Palestin,  tapi negara Israel dan beragama Islam.  Dan dia ada buat banyak video berdurasi 1 minit untuk menunjukkan pelbagai topik menarik mengenai politik,  pengetahuan am dan macam-macam lagi?

Aku suka mamat ni punya video sebab berbanding vlogger lain,  dia style video pendek ja,  ditulis dan diedit dengan baik supaya kita cepat faham apa mesej yang nak disampaikan.  Some of his pendapat adalah very controversial tapi apa pun,  dia berjaya membuatkan kita berfikir.


click read more

Review Filem Pengabdi Setan - Satan's Slaves (2017)


Hello u olls,

Haaa nenjia aku baru nak buat review.  I'm sure ramai u olls dah tengok cerita ni dan kalau ada yang tertinggal,  pandai-pandaila hangpa pi cari dan tengok filem ni.  Ada mixed review untuk filem ni,  ada yang kata cerita ni bodo,  bangang tak menakutkan,  ada yang kata cerita ni brilliant dan best.

Untuk akak,  akak rasa cerita ni brilliant dan best.  Sapa yang kata cerita ni tak best,  contohnya kakak I olls bernama Sanita (deni memang IQ below 7.3) mengatakan filem ni tak best.

Filem ini adalah sebuah filem seram Indonesia yang diarahkan oleh Joko Anwar yang juga merupakan sebuah filem seram yang telah diterbitkan dahulu sekitar tahun 80 an.  So depa buat new filem,  ala-ala reboot gitu.  Akak tak pernah tengok filem yang terdahulu,  tetapi mak akak iaitu Kak Edeh dan pernah tengok.  Depa kata filem yang dulu lebih menakutkan,  ada banyak lagi mistik-mistik,  pastu nanti ada bantuan bomoh,  ada ritual bunga dan kemenyan dan bacaan-bacaan lagi.

Kami pi tengok filem ni berlima,  akak,  Kak Edeh,  Kak Iken (my cousin),  Sanita (my sister) and anak ayam kesayangan Kak Ren.

SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



click read more

1.1.18

Adakah Masa Boleh Diukur?


Adakah masa boleh diukur?  Masa time sekolah,  kalau ini soalan yang keluar dalam exam,  pastinya kita akan jawab,  ya masa boleh diukur dan kita akan dapat markah.  Tapi bila dah besaq,  aku baru sedaq yang masa sebenarnya tidak boleh diukur.

Pasaipa aku kata lagu tu?  Sebab ada kalanya,  1 jam rasa terlalu lama,  hingga hang rasa macam nak mati sebab kenapa terlalu lama sangat jarum minit itu berdetik.  Tapi,  ada kalanya pula lapan jam bekerja berlalu dengan pantas.  Sangat pantas sampai bila hang sedaq saja jam dah menunjukkan jam pukul 5 petang dan hang baru perasan yang tinggal dalam dirinya hanyalah kepenatan dan kerinduan pada rumah,  bilik tidur,  tilam,  bantal-bantal dan selimut.

Aku masih ingat zaman dulu-dulu,  bekerja seharian,  pastu balik kerja,  tak sempat berehat,  aku keluar bersama teman-teman,  esoknya kembali kerja.  Sedar-sedar,  pukul 10 pagi,  blog post yang entah bila aku tulis telah di-auto publish.  Maksudnya,  aku rasa macam dulu aku boleh macam-macam pada masa yang sama dan semuanya berjalan dengan lancar.

Tapi sekarang ni,  tengah kusyuk dan sibuk membuat sesuatu,  barulah aku perasan yang rupa-rupanya ada dua tiga kerja lagi yang tercampak ke tepi yang hang tak siapkan lagi.

Sebab tu aku cakap masa tidak boleh diukur.  Sebab masa berjalan ikut suka hati dia,  bukan mengikut dentingan jarum pada jam kita.  Tit tit tit tit.  Ada orang yang berlari-lari mengejar masa,  along the way,  depa dapat beli rumah,  kahwin,  beranak,  pergi jalan-jalan pusing dunia.  Ada pula orang yang pilih untuk tidak mengejar masa, dia jalan relaks saja,  kena tinggal dengan masa.  Duduk rumah sewa,  pakai baju hands-down (bukan branded),  cita-cita hidup...mencari ketengan hati.  (Orang yang tak mau kejar masa tu adalah aku!)

Sehari demi sehari,  masa habis macam itu sahaja.  Aku pun tak tau lah macam mana nak ukur masa aku ni?  Adakah aku telah gunakan masa dengan baik,  ataupun sebenarnya tanpa aku sedari aku rugi banyak?  Kalau pikiaq ni lebih-lebih boleh jadi migraine.  Sekali lagi,  aku buang masa.

Apa pun,  hari ini adalah hari terakhir tahun 2017.  Ya banyak benda yang aku tertinggal.  Selamat tahun baru untuk hangpa semua.  Teruskan membaca blog aku yang sendu ini.  Terima kasih banyak-banyak atas dorongan dan kata-kata semangat.

Thelilycious - Kedai Paling Comel (Kak Patung +60173218978)


Hello u olls,

Okay hari ini akak nak introduce kat u olls semua,  dunia paling comel dan secara automatik awet muda remaja gituuuu iaitu Thelilycious!! Apa tu?  Thelilycious adalah kedai online yang menjual pelbagai mainan untuk anak-anak dan juga untuk u olls sendiri.

Thelilycious diasaskan oleh Kak Patung merangkap founder Thelilycious yang ditubuhkan sejak tahun 2013 sangat berbesar hati untuk mengajak uols follow/like/shopping dengan Thelilycious! Actually nama “THELILYCIOUS” ni adalah dari nama anak pertama Kak Patung  iaitu “Lily Yasmin”  .

Thelilycious Jual Apa?

Ada macam2 barang berkonsepkan apa sahaja yg comel, Thelilycious jual  .  Anak suka PJ Masks? Frozen? Sofia The First? Superheroes? My Little Pony? Banyak lagi depa jual! Plush toys ada, figurine ada! Bukan itu saja tau, kalau nak cari inspired shoes MiniMel pun ada juga, design dan kualiti, keselesaan pun berbaloi-baloi. Kesemua barangang yang Kak Patung jual semuanya kualiti terbaik punya, sebab Kak Patung sendiri cerewet, mestilah jual barang pun yang bagus je kan!!

Mostly depa jual plush toys berkualiti tinggi. Barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan yang berkonsep comel, bersesuaian untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang! Ada hadiah untuk isteri, untuk mak, untuk adik beradik, untuk sahabat dan untuk sesiapa sahaja lah! Pasti penerima senyummm lebar sampai ke telinga tau!


Jom tengok Gambar!
Akak tak tau nak bubuh gambar apa,  so akak amik la lebih kurang 12 keping gambar yang akak rasa memang comel dan meletops.  Hangpa mesti lebih arif kan apakah patung yang menjadi kegemaran anak-anak anda sekarang?  Jom tengok apa yang akak bubuh,  tapi nak tengok apa lagi yang ada?  jangan lupa pi bukak website depa teruih.  macam-macam mainan duk ada dan sekarang ni depa duk bagi diskaun up to 25%!




click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE