14.1.18

Red Carpet Fashion Review - Golden Globes 2018 Part II

Hello u olls,

Haa pada minggu lepas telah berlangsungnya 75th Golden Globes Awards 2018 di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Sangat menarik red carpet kali ini sebab boleh dikatakan hampir keseluruhan selebriti yang mai majlis ini memakai serba hitam.  Haaa.....pasaipa?  Sebab menunjukkan solidariti terhadap mangsa-mangsa gangguan seksual yang baru-baru ini menggemparkan dunia Hollywood.  Pertama Harvey Weinstein,  dan seterusnya ramai lagi nama-nama lelaki yang diwarwarkan sebagai pemangsa kejam dalam kegiatan tidak bermaruah ini.  Akak pernah review pasai cerita tu kat sini,  hangpa boleh baca:  Lelaki Miang Gatai Gila Seks Macam Harvey Weinstein Masih Wujud - Let's Talk About Sexual Harassment!

Selain memakai warna hitam, depa telah join satu pergerakan baru diberi nama "Time's Up" ke arah agenda yang sama iaitu menghentikan jenayah moral ini.  Dah-dah-dah,  tak mau cakap banyak,  terima kasih kepada u olls-u olls yang duk tagged akak kat page FB Rizal Hakimm yang selalu duk share macam-macam info dan gambar kat Facebook dia.  By the way,  dia takpalah tulis kat Facebook ja,  takdak buat research apa-apa pun,  aku tak boleh nak post cepat macam dia.

Kita nanti belek banyak website,  buat bacaan dan rujukan daripada pengkritik fesyen lain,  rajin jugak bukak youtube dan tengok orang duk komen pasai fesyen redcarpet ni semua.  Oleh itu,  memang patutlah akak punya review akan lambat sikit ya.  Harap kalian tak marah.

Memandangkan kali ini semua orang pakai warna hitam,  so akak tak boleh nak susun baju-baju artis ni semua mengikut warna,  tetapi akak susun mengikut pereka fesyen.  


Apa yang penting,  takdak sapa pun pakai MARCHESA!  Hala....jenama tu adalah milik Georgina Chapman yang juga isteri kepada Harvey Weinstein.  Memang depa duk kata pun dulu,  Harvey Weinstein akan suruh pelakon-pelakon filem dia pakai baju yang bini dia buat.  Haaaa....tahun ni dan mungkin mulai tahun-tahun akan datang...takdak sapa pun pakai jenama Marchesa ni (walaupun bagi akak,   baju-baju Marchesa always meletops mewah lace-lace macam mana ka..)

Part II


Gucci
Margot Robbie
Sukaaaaaaaaaa part ribbon kat tengah tu.  Nampak macam ribbon betui kan?  Tapi bukan betui pun....dia lukisan.


click read more




Dakota Johnson
Ramai yang puji baju dia ni.  Apa pendapat ampa?  Akak rasa kot depan cantek....nampak kelas....tapi kot belakang nampak macam morah morah kan?


Louis Vuitton
 
Alicia Vikander
Simple ja baju dia LV buat,  ampa tengok perincian dia ada banyak batu-batu.  Kot belakang ada terbelah macam mana ka.  First time aku tengok baju LV tak berapa nak merapu sangat.



Emma Stone
Kak Emma memilih busana simple dari LV.  dia bersama-sama Billie Jean King,  bekas pemain tenis profesional yang merupakan inspirasi untuk cerita ‘Battle of the Sexes.’  Billie Jean King bukan sahaja seorang bekas pemain tennis,  tapi dia adalah pejuang hak wanita.  Dalam cerita 'Battle of the Sexes' menceritakan macam mana King mempertahankan hak wanita untuk mendapat bayaran yang sama tinggi macam pemain tennis lelaki.


Michelle Williams
Michelle Williams memang suka pakai LV pun untuk majlis red carpet.  Dia bukan di sebelah Shrek perempuan ya,  sebelah dia tu nama Tarana Burke, seorang aktivis.



Marc Jacobs
Tracee Ellis Ross
Akak lebih suka kalau kak Tracee buat rambut dia kembang-kembang macam mana ka ....ataupun turban tu buat colour lain! Instead of all black.


Mario Dice

Allison Janney
Kerlas tau mak ayam ni walaupun sudah berusia tapi dia nampak fresh dan edgy dalam dress cut out macam rama-rama punya design ni.  Meletops!!


Miu Miu

Emilia Clarke
Mother of dragon memilih untuk memakai rambut platinum macam mana dia duk berlakon dalam GoT.  Akak suka dress Miu Miu ni,  sebab Emilia adalah pompuan  yang kecik,  dia tak perlu dress yang over-over sampai dia nampak tenggelam.  Lagipun deni memang stylo pun,  dia tau apa dia pakai!


Sadie Sink
Deni pun berlakon dalam Stranger Things (Season II).  Tapi dia tak feeling pakai macam orang tua macam Millie Bobby Brown pakai.



Monse 

Maggie Gyllenhaal
Satu pilihan pelik,  dress kot ataih tu seksi macam mana ka,  pastu pakai dengan seluaq.  Maybe ini adalah style baru.  Tapi mak ayam ni punya style dari dulu memang macam ni apa....very the pelik-pelik sikit.  Rambut and make up dia....tapi akak suka dia punya subang!

Moschino

Abbie Cornish
Takdak apa nak carut,  okay la dress ni....tak seksi sangat.  Kalau artis Melayu pakai confirm tak kena carut dengan netizen.



Monique Lhuillier

Dove Cameron
Deni muka macam anak Safiyyah Osman,  Adelia!

Geena Davis
Pilihan dress yang amat seksi.  Bahagian bawah pun jarang-jarang macam mana ka,  pastu bahagian atas ada lace-lace.  Classic.  Love it.


Oscar de la Renta

Alexis Bledel
Deni kuruih sangat....pakai baju apa pun nampak biasa.



Prada 

Diane Kruger
Kain kelumbung sapa dia pakai sangkut kot belakang macam mana ka?  Kita tak suka dress ni sebab dia punya batu-batu tu,  rasa macam semak.



Katherine Langford
Dress jubah-jubah simple ja....tapi mak suka rambut dia.  Bubuh bunga-bunga macam tu....




Prabal Gurung 

Issa Rae
Buang rantai tu....buang cape kot belakang....baru elok baju ni.



Kerry Washington 
Deni pun sama macam  maggie gyllenhaal suka pakai merapu-rapu.  Kain kemban macam mana ka...dia ja la faham.  Nasib baik kali ni semua pakai warna hitam,  selalu dia akan pakai warna pelik-pelik.


Ralph Lauren Collection
Shailene Woodley
Menurut sesetengah pengkritik fesyen,  dress ni lebih sesuai untuk wanita yang lebih matang like tok Jane Fonda dan yang sama waktu dengannya.  NO....i dont agree.  Akak rasa bajuni meletops,  skirt dia meletops,  cuma rambut tu tak best.  Shailene kena buat sanggul clean macam mana ka baru meletops and edgy.


Ralph & Russo Couture
Penelope Cruz
Lama tak tengok orang pakai dress-dress macam ni.  Lace penuh pastu ada kain meleret kat belakang....come on Hollywood...bring back this classic number!  Mak ayam Penelope nampak meletops dengan rambut kepok-kepok macam ni.


Ronald van der Kemp

Emma Watson
Emma pakai baju apa ni?  First time mak macam tak suka pilihan dia.  Sebab selalunya dia akan pilih untuk nampak anggun dan very the princess-princess cantek macam mana ka.  Tapi kali ni,  dia macam nak have fun sikit kot.  Kasut ballerina,  ruffles here and there.  Pastu rambut potong singkat macam Audrey Hepburn gitu.  Maybe some poeple yang suka pilihan ala-ala grudge ini akan suka,  akak tak.  Emma seperti selebriti besar yang lain juga memilih untuk bertemankan women's group leader yang penting dalam perjuangan depa.  Contohnya bersama Emma Warson adalah Marai Larasi.  Semua ni feminist la ni u olls....akak bukan feminist ya,  akak rasa feminist ni kadang-kadang over sikit.


Rosie Assoulin


Mandy Moore
Aku rasa makcik ni makin lama makin pandai pilih fesyen yang lain dari lain tapi kerlas....aku suka.  



Romona Keve┼ża 

Samira Wiley
Dress ni cantek tapi penggayaan dia salah sebab bahagian leher tu (dia macam lekat menggunakan kain jarang tau,  ampa pi zoom bagi dekat),  membuatkan macam dress ni dah nampak sarat.  So dia tak sepatutnya buat rambut dan make up warna purple gelap macam tu.  Kalau Samira maintain botak dan make up nude,  lebih nampak kerlas.



Saint Laurent
Zoe Kravitz
YEAHHHH hang tak pakai merapu-rapu.  Suka dia pilih untuk pakai subang besar warna zamrud.  Kerlas......


Schiaparelli Couture
Jennifer Aniston
Deni bila masa pun,  dress kemban,  rambut belah tengah.  NEXT.....


Sachin and Babi

Chrissy Metz
Kerlas mak ayam ni pakai dress singkat.  Dia ni berani pakai macam-macam gaya walaupun badan dia macam ni.  Tula orang kata,  kalau nak tunggu kuruih bila lagi nak boleh pakai kan?  Pakai ja janji nampak kemaih.

Stella McCartney

Hong Chau
Ini adalah dress standard-look oleh Stella McCartney,  very the baju-baju tidur simple yang dijadikan dress.  Sesuai untuk wanita kecil molek macam ni.  Tetek flat kan?  Nak nampak apa?  Apa pun Hong Chau berlakon dengan baik dalam cerita Downsizing walaupun skrip dan jalan cerita itu macam tahi.


Claire Foy
Standard la rekaan Stella McCartney.


Tadashi Shoji
Octavia Spencer
FIRST TIME akak suka baju Tadashi Shoji buat kat Kak Octavia.  Hangpa tengok baju-baju kak Octavia pakai tahun-tahun dulu daripada pereka fesyen Jepun ni,  semua meletops,  kena dengan betuk badan dia.  Tapi this one,  i dont like.  Maybe bahagian atas dress ni,  nampak flabby.  Untuk wanita agam macam kita,  nampak tak kemas.  Tapi kali ni mungkin Kak Octavia nak keselesaan.  Kalau pakai ketat-ketat nanti tak boleh makan banyak.  Rambut pun tak cantek....tak sesuai dengan bentuk muka dia.  Dia nampak selekeh,  make up pun tak cantek.  

Tom Ford
Gal Gadot
OMG aku suka dress ni....pompuan ni cantek kan?  Pakai apa pun cantek.......



Vionnet

Rachel Brosnahan
Okay la...nak carut apa.....cantek.  Cuma dia pi posing macam ni...nampak pelik.



Vera Wang
Meryl Streep
Meryl Streep yang kiri.  Dress ni walaupun Vera Wang yang buat,  tapi ni memang signature look mak tok Meryl.  Hangpa tengok la baju-baju dia pakai,  tak kira la sapa pun design,  dia akan pilih hat lagu ni,  pastu nanti longgar-longgar sikit.  Yang sebelah tu bukan Vera Wang ya,  yang tu adalah director of The Domestic Worker’s Alliance Ai-jen Poo.



Valentino Couture

Lily James
Gambar ni tak cantek,  tapi akak rasa dalam gambar lain,  Lily James nampak cantek dalam dress kepok-kepok ni.  Inspirasi baju dia berlakon Cinderella orang tu...cuma ni warna hitam.


Kate Hudson
Kakak..tak perlu pakai rantai tu!

Vassilis Zoulias

Alison Brie
LOVEEEEEEEEE this dresssssssss......perlu ka aku nak explain pasaipa?  Pandai dia pilih untuk pakai rantai bentuk V macam tu...nampak mewah.


Vitor Zerbinato

Sharon Stone
Mak tok Sharon mai dengan anak dia berusia 17 tahun iaitu Roan Bronstein.  Sharon juga berani memakai dress yang banyak cut out macam ni menampakkan dia very the seksi.  Takpalah badan dia meletops.  Rambut dan make up dia pun cantek.


Zac Posen

Reese Witherspoon
Potongan klasik sentuhan Zac Posen yang akak suka!!



Zuhair Murad Couture

Catherine Zeta Jones
Gilalah ma ayam Keterin sekali drag nenjiaaaaa meletopssss............akak suka walaupun muka dia pun duk mai macam kucing dah.




Halle Berry
Deni tiba tiba pakai baju tidoq jarang pasaipa?



Unknown Designer

Gillian Anderson
Rambut dia platinum blonde buat kembang-kembang macam tu...very the Sharon Stone era 90an.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...