2.1.18

Review Filem Pengabdi Setan - Satan's Slaves (2017)


Hello u olls,

Haaa nenjia aku baru nak buat review.  I'm sure ramai u olls dah tengok cerita ni dan kalau ada yang tertinggal,  pandai-pandaila hangpa pi cari dan tengok filem ni.  Ada mixed review untuk filem ni,  ada yang kata cerita ni bodo,  bangang tak menakutkan,  ada yang kata cerita ni brilliant dan best.

Untuk akak,  akak rasa cerita ni brilliant dan best.  Sapa yang kata cerita ni tak best,  contohnya kakak I olls bernama Sanita (deni memang IQ below 7.3) mengatakan filem ni tak best.

Filem ini adalah sebuah filem seram Indonesia yang diarahkan oleh Joko Anwar yang juga merupakan sebuah filem seram yang telah diterbitkan dahulu sekitar tahun 80 an.  So depa buat new filem,  ala-ala reboot gitu.  Akak tak pernah tengok filem yang terdahulu,  tetapi mak akak iaitu Kak Edeh dan pernah tengok.  Depa kata filem yang dulu lebih menakutkan,  ada banyak lagi mistik-mistik,  pastu nanti ada bantuan bomoh,  ada ritual bunga dan kemenyan dan bacaan-bacaan lagi.

Kami pi tengok filem ni berlima,  akak,  Kak Edeh,  Kak Iken (my cousin),  Sanita (my sister) and anak ayam kesayangan Kak Ren.

SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



click read more

Anak empat orang duk makan.

Sinopsis
Cerita ni berlatar belakangkan hujung tahun 70 an nak masuk 80 an.  So very the lama-lama dulu.  Kostum,  make up dan prop pun memang menunjukkan era itu.  Mengisahkan sekeluarga,  nenek,  bapa,  ibu dan empat orang anak.

Mak depa dulu adalah seorang penyanyi terkenal.  Tapi lani dia dah terlantar sakit dan semua duit royalti daripada album mak depa dulu sudah habis digunakan untuk mengubati mak dia.  So depa the whole family macam jadi miskin la.  Bapak depa kerja apa tak tau,  tapi still tak cukup.  Kakak sulong kerja jadi macam orang gaji kat rumah,  jaga mak sakit,  jaga nenek depa yang dah Profesor X (naik kerusi roda la u olls),  pastu jaga adik-adik.  Sampailah anak lelaki depa,  Tony terpaksa jual motor dia dan pi sekolah jalan kaki sebab at least dapatlah duit sikit kat depa adik beradik.

Masa mak depa sakit pun,  macam-macam dah depa duk rasa especially dalam bilik mak depa.  Mak depa style terlantar atas katil,  tak bercakap,  tidoq ja.  Muka pucat,  mata hitam,  rambut gerbang.  Pastu hari hari,  Tony,  anak lelaki sulong yang elok jambu tu akan pi jumpa sayang mak dia hari hari.  Nahariammm betui aku tengok mak hang pun aku akan jadi takut gantung Quran kat dada.


Anak dia Tony,  elok....Akak tau ramai yang seronok tengok scene dia duduk atas katil pakai singlet dengan seluar pendek kan?


So one day,  mak depa mati.  Bila mati,  maka jadilah macam-macam kejadian dimana depa mendapat gangguan seolah-olah roh mak depa balik ke rumah tu.  Pastu bapak depa pulak,  tinggalkan depa ke kota untuk mencari kerja.  Masa tu,  nenek depa pun mati.  Fuh...semakin dahsyat lah depa kena gangguan.  Pastu,   si kakak sulong bercinta dengan anak ustaz kat kampung tu dan depa pun pi siasat pasai gangguan yang datang kat rumah depa bila malam menjelma.  Rupanya,  mak depa dulu pernah join satu kumpulan penyembah syaitan bagi mendapatkan zuriat.

Dipendekkan cerita,  sampai last sekali,  rupanya gang-gang pengabdi syaitan mai serang rumah depa,  adik bongsu depa kena amik dengan gang-gang pengabdi syaitan,  zombie pun mai serang depa,  semua mayat-mayat dari kubur di keliling rumah depa bangkit dari tanah dan mai serang depa,  tapi nasib baik depa diselematkan oleh pakcik yang tulis buku Mastika (yang buat penyiasatan pasai agama sembah syaitan yang dianuti oleh arwah mak depa)  dan depa pun lari dari rumah tu naik van dan sekarang depa tinggal di kota.

Di akhir cerita,  ditunjukkan depa sekeluarga tinggal di sebuah rumah flat.  Pastu ada jiran mai hantar makanan,  pastu jiran depa balik rumah dan menari tanggo dengan suami dia.


Why Akak Suka Filem Ini?
Akak rasa orang yang tak paham dan mengatakan filem ni tak best sebab filem ini bukanlah format filem seram yang sering digunakan oleh pengarah filem seram tempatan (Malaysia & Indonesia).  Sebab selalunya filem seram kita,  pastinya akan ada elemen bomoh bertarung dengan syaitan,  penggunaan bacaan ayat bahasa Arab dan ayat Quran,  bacaan mentera,  props kemenyan dan limau purut serta bungaan 7 warna dan akhirnya cerita akan diakhiri dengan syaitan itu akhirnya mati dibunuh oleh bomoh yang kuat.


Pengabdi Setan takdak elemen tu semua.  Dia pakai elemen filem seram Korea dan Jepun dari segi simplisiti back drop dan props,  pencahayaan dan efek lokasi.  Dia pakai elemen filem seram Hollywood,  runut bunyi yang best,  pelakon tak berapa dikenali,  skrip yang simple,  hantu bukan spirit yang beterbangan tetapi elemen syaitan,  kumpulan sempah syaitan dan lain-lain.  Betui tak aku kata?


Aku suka skrip dalam cerita ni,  style pendek dan tepat ke kepala.  Paling berkesan sekali adalah apabila ustaz tu tanya kat si bapak lakonan Bront Palare (aktor dari Malaysia),  "Kenapa saya tidak pernah lihat bapa di masjid?" ....Dia terus jawab "Kami tidak bersolat.."


Haaa memang meletops la hang pun,  pi tengok mak hang kena kebumi relaks ja pakai skirt pendek dengan tudung u olls.  Tapi ini semua direct message kepada penonton bahawa famili ini adalah famili modern yang tak percaya kepada ritual kolot seperti penyembahan syaitan.  Make up pun very the meletops.  Bront Palare nampak sangat tua.  Begitu juga efek make up anak pak ustaz yang mati kena langgar lori.


Filem ini juga best pada pendapat akak kerana dia meninggalkan banyak elemen misteri yang membuatkan kita sebagai penonton tidak henti berfikir semasa menonton (selain jerit-jerit terkejut sebab takut).  Antaranya,

i)  Bapak depa pi kerja kat kota,  pi kerja apa? Apa jadi kat bapak depa masa pi kota?

ii)  Pakcik penulis majalah Mastika,  ada satu time,  ada orang ketuk rumah dia,  pastu pakcik penulis majalah Mastika pun cepat-cepat pegang parang untuk bersedia.  Tapi tak tunjuk sapa yang ketuk tu?  Terus dipendekkan,  dia mai rumah depa masa Zombie mai serang dengan menaiki van.

(dan ada beberapa lagi...sorry dah lupa lah pulak sebab dah sebulan dulu aku tengok filem ni)


GILA KA BUBUH GAMBAR MAK DEPA MACAM NI KAT DINDING RUMAH?  Kalau mak aku posing macam ni suruh aku gantung kat rumah,  aku ti marahhhhhhhhhh mak aku.


Scene Menarik,  Lawak,  Takut Yang Akak Suka
Antara scene yang akak ingat adalah:

1)  Scene "Kami tidak bersolat pak..." Memang lawak time tu.

2)  Scene kakak sulong sembahyang,  time dia semayang,  hantu mak dia berdiri luar tingkap.  Habis ja dia bagi salam,  nenjia hantu mak dia masuk bawah kelumbong sembahyang.  Teruih kakak dia keriau-keriau,  terperangkap dalam kelumbong sembahyang tu,  pastu boleh nampak mak dia merangkak dalam kelumbong dengan kuku yang panjang.  GILAAAAAAAAAAAAA AKU TERUIH RASA MACAM TAKUT NAK SEMBAHYANG PAKAI KELUMBONG.  LANI AKU NAK SOLLAT,  PAKAI SONGKOK JA.

3)  Scene orang-orang pengabdi setan tu mai keliling rumah depa pakai payung dan baju serba hitam.  Pastu,  sebelum depa tinggalkan rumah tu,  depa semua angkat tangan dan lepaskan sesuatu dari genggaman tangan depa.  Aku masa tu bisik kat mak aku "Depa lepaih apa dari tangan depa?" Hangpa tau mak aku kata apa?  "Tak aih...depa basuh tangan dengan ayaq hujan" HAHAHAHAHHAHAH nahariam mak aku lawak.  Sebenarnya,  gang-gang syaitan tu lepaskan biji saga.

Okaylah itu sahaja aku nak share dengan ampa.  Aku bagi filem ni 7/10.  Aku nantikan Pengabdi Setan Part II dari Bang Joko!  Akhir kata,  terimalah lagu Kelam Malam untuk kalian semua.



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...