5.2.18

Pasaipa Drama TV Melayu Tak Bermutu?



Hello u olls,

Haa lama tak bersiaran kan?  Paham-paham jer la....akak kan wanita-wanita kayangan ni.  Ada hari akak perlu pergi mengadap Ilahi,  ambil kuasa gitu.  Sekarang dah recharge elok,  akak kembali.  Terima kasih kepada u olls yang concern pasai akak dan duk PM PM akak kat Facebook dan Whatsapp.  Terima kasih banyak-banyak,  yang mana dan tu,  akak dah balas,  yang lain-lain tu...insya Allah akak akan balas perlahan-lahan.


So dalam banyak-banyak mesej yang akak terima,  salah satunya adalah daripada adik Amira Bear yang berkata.  "Kak kepada drama TV Melayu semuanya tak bermutu?  Dialog dan skrip semuanya sama.  Saya sekarang banyak spend time kat rumah sebab menjaga mak saya sakit.  Saya pun jadi sakit otak sebab duk tengok asyik-asyik cerita yang sama.  Boleh tak akak review benda ni dalam blog akak."


Baiklah so akak akan review dalam blog akak hari ini.  Akak tak bersetuju kalau nak kata SEMUA drama TV Melayu tidak bermutu.  Tak semuanya bermutu tahi,  ada banyak drama TV Melayu yang bagus tetapi tidak mendapat promosi yang bagus dan ditayangkan pada waktu-waktu yang popular.  Cuba u olls sekali sekala tengok TV 1 dan TV 3,  depa selalu pilih untuk tayang drama TV Melayu yang bermutu.  Walaupun drama komedi,  tapi drama yang meletops.


Tapi hari ini kita nak bincangkan kepada drama TV Melayu semuanya tak bermutu.  Benda ni dah banyak kali dibincangkan oleh peminat seni tempatan dalam laman blog,  jurnal dan surat khabar.  Semuanya sama iaitu,  pihak penyiar TV yang tidak mahu dan tidak berani menaruhkan bajet kepada skrip yang berat dan pelakon yang tidak segak.  Cerita fantasi seperti anak orang miskin kena kawen dengan dato,  anak dato kena paksa kawen dengan anak tan sri,  rumah besar macam harga cincin Kak Rosmah tu semua adalah antara latar belakang cerita yang menjadi taruhan.  Dan berkenaan dengan pelakon pun,  dah banyak kali para pelakon hebat Malaysia meluahkan perasaan dan laman sosial masing-masing kerana kecewa nama mereka digaris padamkan sebab tidak mempunyai nilai komersial (tidak segak). 


So jangan kata orang Malaysia tak mau mendokong kegiatan seni tempatan,  tapi sebenarnya dah kalau pihak penyiar televisyen lebih mengutamakan nilai komersial dan kepuasan setengah pihak sahaja (iaitu orang-orang yang suka tengok cerita santai dan tak memberatkan otak).


Sebab tulah,  rumah baru kami,  rumah sewa kami di TTS dah ada semua kecuali TV.  Acapkali En Khafi tanya,  tak mau beli TV kah?  I said why?  Bukan aku tengok TV pun.  Berita boleh tengok kat Astro Awani apps,  pastu apps Hypp TV ada TV 1,  2 dan 3.  Kalau movie,  documentary apa semua lani aku tengok online sahaja.  So tak payahlah beli TV nanti nak kena pasang internet la...nak pasang astro la...duit jugak tu.  So kami tak beli TV.


click read more

Aku memang banyak tengok drama TV bersiri yang orang puteh punya.  Tu pun aku pilih,  bukan semua cerita aku follow.  Orang puteh pun banyak jugak cerita cheesy yang feeling kuat.  Depa pun propa juga macam Bollywood.  So at the end of the day,  kita ada banyak pilihan sekarang,  baik dan tak baik.  So daripada kita habis masa dan otak tengok cerita yang bohsan,  baik kita tengok cerita yang kita enjoy.  Kan?


Kembali kepada topik asal kita,  pasaipasa drama TV Melayu tak bermutu?  Seperti kita tahu,  cerita-cerita Melayu banyak diadaptasi juga daripada novel.  Tapi semuanya novel-novel cinta la.  Cerita fantasi,  kisah negara utopia,  seram....berlambak dah aih ditulis oleh penulis Malaysia tapi takdak sapa berani nak adaptasi dia jadi skrip.  Kalau diadaptasi kepada skrip pun aku tau pasaipa pihak TV tak berani nak beli skrip tu,  sebab TV kita semua bukan ada bajet besar mana sangat pun.  Tak macam negara orang putih,  drama TV depa boleh jual kat seluruh dunia.  Eropah,  Asia,  Australia.  Lambat laut,  berapa juta pun dah habis,  mesti balik modal balik.  Negara kita?  Nak jual ke Indonesia pun belum tentu lepas dong. 


Jadi kepada para penonton di Malaysia,  nak buat macam mana?  Inilah nasib kita.  Layankan lah sahaja.  Kalau rasa tak boleh blah,  tak yah tengok.  Kalau rasa macam nak tengok cerita mat salleh,  Bollywood,  Korea atau sebagainya?  Teruskan.  Pilihan ada di tangan kalian.  Nasib baik la kita negara kita tak kejam...bagi kita peluang nak tengok seni dari negara orang.


ps/  akak punya favorite drama TV sekarang adalah Game of Throne,  Orange Is The New Black and terkini...The Handmaid's Tale.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...