28.2.18

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Durian Perangin Waterfall

Terima kasih Mamak atas gambaq yang ohsem!  Who runs the world? MAMAK!!

Okay u olls,  now akak nak cerita pasai satu ayaq terjun yang kami jelahi masa mai kat Langkawi ni.  Kalau sebut pasai ayaq terjun kat Langkawi,  akak rasa the only ayaq terjun yang terlintas kat kepala hangpa mesti Air Terjun Perigi Tujuh kan?  Haaa...sebab Air Terjun tu yang paling popular dan sering disebut-sebut dalam majalah Mastika sebab kisah-kisah puaka niyang rapiknya.  Tapi kawan akak Shad last year dia mai Langkawi,  dia habaq dia dan kawan-kawan dia pi satu air terjun kat Langkawi bertajuk Temurun Waterfall.  Cantek jugak tengok gambar yang Shad tunjuk,  tapi masa kami mai Langkawi kali ini,  memang banyak kali akak duk cadang kat group kami untuk mai Air Terjun Temurun.

Tapi macam mana ka last minit,  Mantaro mencadangkan kita pi Durian Perangin.  Air terjun tu hanya lebih kurang 10 minit dari lokasi challet kami duduk kat Tanjung Rhu ni.  Akak kan jenis optimistik person,  so akak pun okayyyy jommmm tak kisah jomlah pi Durian Perangin walaupun nama air terjun ni I olls tak pernah dengar langsung.  Pastu pulak kan,  nama pun macam lawak,  PERANGIN MALL kah?


 
Baru feeling nak amik gambaq sorang-sorang,  pastu sat ja lepaih tu,  ponen lain pun masuk.


Last sekali kami pun sampai kat sini.  Tempat parking kosong (so baguihla...tak ramai orang).  Jalan nak masuk air terjun ni ada kedai-kedai kecik yang jual cenderamata,  baju mandi dan sebagai dan makanan.  Sorry akak tak amik gambar kedai-kedai tu,  ampa boleh pi Google sendiri kat blog lain.  

Yang bestnya nak masuk air terjun ni tak kena bayaran....(macam air terjun lain akak duk pi...pass masuk ja dah kena sorang RM3 la apa semua).  BAGUIH! Walaupun takdak bayaran masuk air terjun ni tapi pemandangan sangat cantek,  flora dan fauna memukau,  bersih....toilet dia sangat bersih okay and paling penting sekali,  takdak monyet yang menakutkan.

Akak dah cuba google sana sini untuk tau lebih lanjut pasai Durian Perangin Waterfall ni,  tapi rasanya tak banyak orang bercerita pasai ayaq terjun ni kecuali amik gambar yang cantek-cantek kat sini.  Akak macam kecewa la sikit,  ha laa....nak tau la kot kot ada kisah misteri ka,   pasaipa nama tempat ni Durian Perangin ka....apa apa la kan?  Tapi takdak,  okay so sapa sapa yang baca blog akak,  hangpa kalau orang Langkawi,  kot kot ampa ada story pasai tempat ni,  please share with us ya!
click read more



The Lower Ground
Yang ni bahagian bawah sekali,  ayaq kat sini cetek gila.  Kalau budak budak nak lepaih main-main boleh la.  Suruh dia bukak pampers.

 


Patutlah tempat ni nama Durian Perangin,  banyak pokok durian wehs kat sini.  Boleh kata keliling tu duk ada banyak pokok durian.  Tapi time kami mai ni bukan musim la...aku ada bukak blog orang lain,  depa dapat durian!


Titi Gantung
Nak masuk kawasan air terjun ni kita kena lalu (kalau nak lalu la) titi gantung. Jom posing!



Namjahanam posing macho.

Namjahanam posing zornen.

Jumizah posing huruf Y terbalik.


Centre Level
Okay kat bahagian ni ada jalan elok, pastu ada la wakaf-wakaf yang ampa boleh duduk berkelah. Tapi time ni air tak banyak sangat, so boleh tengok la batu-batu dia.







KAK ZAH MENGHIKING
Masa kami sampai-sampai sini,  kami pun ronda ronda jalan cari port best nak mandi.  Tapi kami kecewa sebab tengok air dia semuanya cetek.  So kami pun call kawan kami yang CHOIH tu,  kami pun macam tanya dia "Wehs...ayaq terjun mana lagi best?  Sebab kami mai Durian Perangin ni style ayaq takat buku lali ja...nak mandi macam mana?" 


Air Terjun Tengah
Haa...kat part ni la kami duk kata...aiiii takkan ni ja!  Tak la dalam sangat.  Macam tak best ja.  Budak-budak kecik syiok la,  mai tua bangka semua rasa tak sur la.  Tu yang kami patah balik.


Sebarisan pokok durian.

 

Hiking semakin meninggi.

Masa tu,  Mantaro buat sengap macam mengkarung.  Dia pun rasa takut la nak bagi komen kot,  sebab tadi dia yang beriya suruh mai sini.  Kami semua agak kecewa sambil berjalan nak tinggalkan Durian Perangin ni.

Pastu kawan kami yang CHOIH tu kata, "Hangpa kena naik sampai ataih...hiking jauh naik ataih baru jumpa ayaq terjun dia best...."

Maka kami semua pun berpatah balik,  patah balik untuk daki hingga ke puncak air terjun.  Takpa,  kami percaya dengan kata-kata CHOIH sebab dia orang Langkawi.  Hakikatnya akak sorang wanita agam yang mempunyai stamina seperti kura-kura 150 tahun redha untuk ditinggalkan oleh depa semua.  Depa pun naik hiking tinggal akak sorang-sorang jauh di belakang.



 
Haaaa...panjat laa.....


Nak naik hiking dia MAK AIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII......AGAK SUSAH LAH.  Sebab?  Dia buat jenis tangga,  kalau kita hiking guna tangga kan memang perit sikit.  Pastu tangga dia pulak tak sekata (batu-batu yang disusun dan dipahat).  Ada tangga yang lebar tinggi,  ada tangga yang sempit,  pastu tak kira pulak tangga yang berlumut dan tangga yang ada air terjun duk meleleh kot tengah (mata air).

Akak punya daki dan daki,  paru-paru akak berkembang kencang dan kencut dengan lajunya.  Jantung akak rasa macam lebih kurang empat perpuluhan tujuh persegi nak pecah.  Hidung akak dah kembang macam cerobong kapal Titanic dah,  percubaan natural tubuh badan akak untuk mendapatkan sebanyak-banyak bekalan oksijen yang sebolehnya.  Air peluh akak meleleh laju,  peluh jantan,  peluh betina,  peluh LGBT...semua meleleh.  Beberapa kali akak berhenti untuk mengumpulkan tenaga,  dalam hati akak berbisik "JUMIZAH....PLEASE DONT PITAM....YOU'LL BRING SHAME TO THE WHOLE BOYANESE COMMUNITY" 

Nenjiaaaaaaa......turban dah jadi macam pesawah padi dah!


I'm now accepted by Eywa.
Masa duk panjat ni,  tiba-tiba seketoi benih pokok yang jenih terbang lagu ni mai hinggap kat tangan akak.  Sumpah weh...aku rasa macam mejik teruih!  Rasa macam kuasa alam kat air terjun ni memberi restu dalam perjalanan aku mendaki ke puncak air terjun!  Lepaih benih ni landed kat tangan aku,  pastu dia terbang balik naik.  SUMPAH MACAM FILEM AVATAR AKU RASA!




Alhamdulillah,  last sekali akak sampai di puncak pendakian.  Bila akak sampai kat atas,  kawan-kawan akak lain semua dah lama sampai bersorak... "Yeahhhhhhhh come on babeh....you can do it...." Saja depa tu semua duk buat cakap orang puteh,  nak tunjuk terror la sebab ramai orang puteh duk ada kat situ juga,  lepak-lepak nak mandi air terjun.

Dah sampai kat atas,  satu lagi masalah......untuk turun ke kawasan air terjun tu,  kena turun pulak!  Turun lereng batu yang tidak mempunyai tangga yang jelas dan tidak mempunyai tangga untuk kita berpegang.  So sapa-sapa bawak budak kecik dan you olls yang mempunyai berat badan yang susah nak balancing,  amatlah mencabar!  Tapi alhamdulillah akak berjaya juga turun.


Nenjiaaa mak nenek ni sampai jugak akhirnya!


Bila sampai kat air terjun dia..............................YA ALLAH PUNYALAH BEST.  Ayaq terjun dia punya sejuk macam glasiaq (tudia nak sebut glacier sampai tergelinciaq) cayaq.  Terus hilang rasa penat nak pecah jantung semua tadi yang kita rasa macam nak hiking naik.  Itulah nikmat yang Allah bagi kat kita semua kalau kita berusaha,  usaha punya susah,  but once kita dah capai kejayaan,  nikmat dia tak terucap dengan kata-kata.  Gittuuuu palsapah pulak...


View From Up

Hiking sampai ataih,  tak nampak pokok dah...nampak langit teruih!

 
Nenjia.....tinggi tak?  Boleh nampak laut teruih!


The Toilet
Kan akak cakap,  toilet dia bersih!

 


The Nature
Okay ini pulak gambar-gambar pemandangan yang cantek akak share dengan u olls semua.

Ini orang tua-tua panggil,  bunga raya dua lapis.

Ranting-ranting.


Tiny shrubs.

Jumpa akar pokok masa mendaki.  Tak tau la pokok apa ni,  dia warna putih.  Tapi akar dia membengkak kat tepi jalan pendakian nampak macam sempoi.  Permukaan kayu ni pun sempoi macam marmar.

Macam marmar ka?

 



The Waterfall
Haaa....inilah gambar air terjun yang akak capture bila akak dah sampai kat atas!  Ramai dah sampai kat sini.  Mat salleh,  Malaysian......semua berkongsi moment untuk menikmati keindahan alam yang teramat indah ini.




  




Monyet Berposing
Tak tau nak pilih mana!  Akak share semua sekali la.  Terima kasih adik yang tolong kami amik group photo!







Peta

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...