Video Persembahan Kiut Gegar Lawak 2018



Hello u olls,

Okay dah baca pasai pengenalan tentang depa kan?  Kalau tak baca lagi,  mai baca kat sini:  Jom Berkenalan dengan Kumpulan Kiut ~ Juara Gegar Lawak 2018. 

Okay now jom kita tengok video-video depa pulak.  Akak takdak TV kat rumah,  so amik kesempatan untuk tengok video depa punya show melalui media sosial dan Youtube sahaja.  Memang depa ni lawak!  Konsistenly,  8 minggu,  semua minggu depa lawak dan best.  Hangpa tak caya?  Nah...tengok sendiri depa kat video-video ni.


click read more

Jom Berkenalan dengan Kumpulan Kiut ~ Juara Gegar Lawak 2018


Hello u olls,

Dah lama nak buat review pasai depa,  dah called Fairul Niezam semua tanya habaq depa duk pi masuk Gegar Lawak apa semua,  tapi lagu tu la angin kus-kus aku mai,  hajat dan semangat penulisan blog pun jadi hang (bunyi heng) teruih tak tulis apa,  last-last depa lani pun dah jadi juara.  Tapi tak mengapa,  aku still nak tulis pasai kumpulan Kiut yang aku kenal sejak join group teater Resdong's dan aku nak share dengan hangpa semua dan aku harap hangpa semua bagilah sokongan ikhlas kepada depa bertiga ni.  Semoga depa menjadi artis yang berjaya pada masa depan,  amin amin.


Siapa Kumpulan Kiut ni?
Depa tiga orang ni terdiri daripada Fairul Niezam,  Hanafie Shendo dan Chaet Tapai.  Fairul Niezam memang nama familiar dengan keluarga Persatuan Teater Resdong's boleh kata,  dah banyak show dia join bersama.  Kalau tak berlakon scene besaq,  dia berlakon scene kecik.  Dan sejak Mantaro Resdong's pindah pi Ipoh kerja MAPS,  dia lah pembantu kuat Lanun Resdong's bab-bab jual tiket.  Fairul Niezam start masuk dalam dunia lakonan ni bila dia pi belajar jadi anak murid lakonan di bawah Abu Mamu Laparpo yang sebelum ni pernah menubuhkan sebuah rumah produksi dipanggil Tomato Production House.  Fairul Niezam kira gigih lah dari awai duk berguru dengan Abu Mamu untuk belajar seni lakonan.  Ini dia buat atas usaha dan titik peluh sendiri,  duit pun bayar sendiri.  Kira betui-betui minat punya.

Fairul Niezam kerja bahagian lanskap dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  Nak dijadikan cerita,  tak lama dulu,  Fairul Niezam pernah diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dengan mendakwa "Staf MPPP duk main phone...bukan sapu sampah elok-elok" .

Inilah screenshot yang akak simpan.  Kesian Fairul Niezam time ni.  Sapa yang post ni memang celaka.

click read more

Kiera Clever Girl vs MUA Dya Zahra

Hello u olls,

Baru-baru ini sapa yang berkesempatan untuk baca tentang isu antara Kiera Clever Girl dan MUA Dya Zahra?  Actually dua-dua ni aku tak kenai.  Tapi sebab isu ini dikongsikan oleh anak ayam Ezal Ezham Azami,  akak pun baca-baca,  selidik-selidik dan di sini akak nak kongsikan beberapa perkara yang akak rasa kita semua boleh belajar daripada apa yang berlaku.





Kronologi Cerita
Kiera adalah peserta rancangan realiti TV Clever Girl yang mewakili negeri Pulau Pinang,  tapi dia tarik diri.  Dya Zahra pula adalah seorang make up artist dari Kuala Lumpur.  So baru-baru ini Kiera,  yang juga seorang pelajar dari Oxford University telah bernikah di sebuah lokasi ekslusif di Terengganu.  Dya Zahra ditempah sebagai official make up artist untuk semua event dalam majlis perkahwinan ini bukan sahaja untuk pengantin malah untuk ahli keluarga pengantin.

Selepas selesai tugas dan majlis,  Dya Zahra meletakkan status di Facebook kerana marah dengan tindakan Kiera yang tak mahu bayar baki upah make up sepenuhnya.  Sepatutnya baki bayaran upah adalah RM1000 lebih,  tapi dapat RM700 something sahaja.    Perkongsian Dya Zahra itu mendapat perhatian ramai.

Kiera seterusnya membuat perkongsian balas melalui laman Instagramnya dengan menunjukkan bukti-bukti lain untuk mempertahankan kenapa dia kurangkan bayaran baki dan menuduh balik Dya Zahra sebagai penipu.

Sekarang ni sesi tuduh menuduh berlaku dan dah masuk peguam apa semua bagai.  Kiera nak saman sebab dia kata Dya Zahra buat fitnah, dia diminta untuk delete post dan buat mohon maaf secara terbuka.  Tapi Dya Zahra juga dengan sokongan daripada teman-teman dan pengikut dia sendiri,  dia pun berpegang teguh dengan apa yang dia dah kata sebelum ini.


click read more

Tahniah Tok Ti


Hello u olls,


Wahhh setelah berapa belas tahun menanti,  akhirnya Tok Ti dan Dato' K dikurniakan anugerah dari Allah seorang bayi perempuan pada minggu lalu.  Kecoh semua orang dengan kelahiran ini.  Aku pun,  sama-sama nak tumpang happy dengan Tok Ti sebab aku pun peminat Tok Ti walaupun takdaklah se-obses sesetengah orang sampai beli kalendar Tok Ti semua (butoh takdak kerja...pakai kalendar kuda sudah laa...),  aku pun duk follow IG Tok Ti dan tengok perkembangan dia.


Memang dia ni daripada before dia kawen sampai dia dah kawen,  memang dia jenis keibuan gitu dan of course lepas kawen dia teringin nak ada baby.  Tapi nak buat macam mana,  masanya belum sampai.  Macam-macam orang kecam dan tabur fitnah,  paling popular sekali orang kata "Datok K bukan nak anak dah...dia dah anak ramai..." Ish maknusia.  Selagi boleh kata,  depa kata sungguh-sungguh.


Tapi akhirnya,  penantian tu tiba juga.  Before dia melahirkan,  Tok Ti buat lagu untuk anaknya bertajuk Comel Pipi Merah.  Memang best lagu tu,  ala-ala lullaby yang Melayu gitu.  Ting ting ting tara.....sekali dengar duk terngiang-ngiang dalam kepala.  Tapi video klip tu,  dirakam bersama-sama peminat Tok Ti iaitu Siti Zoners sekalian.  Penuhlah muka-muka kakak-kakak dan hadek-hadek kita,  berpakaian pink bertepuk-tepuk bersama Tok Ti.  Baguih Tok Ti,  bagai satu penghormatan apabila dia buat rakaman video ni bersama semua peminat yang sama-sama mendoakan kelahiran tersebut.  Baguih.



Tapi aku tak boleh blah status blogger Kak Diyana Yang!  HAHAHAHAHAH dia kata:  




click read more

Doakan Mantaro Cepat Sembuh!

Duduk tak duduk,  pada hari Isnin yang lepaih,  tengah akak eksaited lompat-lompat kat padang USM dengan skirt TUTU tiba-tiba bro kami Lanun Resdong's called.  Tapi akak tak dengar call tu,  pastu akak check mesej Whatsapp baca mesej dia kata ... "Mantaro eksiden...masuk ospital. Saya tengok dalam page kawan dia..." 

Allah.  Terkejut la wehs.  Detu dalam duk elok-elok dengan gang semua pi tengok Gegar Lawak Final (kawan kami juara woot woot....)  kat KL,  pastu bila masa deni boleh eksiden pulak?  Pastu knowing Mantaro punya style, dia akan habaq kat kami kalau apa-apa jadi.  Ni sengap ja!

So last sekali,  kami pun contact-contact dan semalam akak,  Lanun,  Awie dan DJ Oss berangkat ke Ipoh untuk melawat Mantaro di Hospital Pantai.  Mantaro masuk hospital sana sebab dia memang kerja kat Ipoh,  specifically dia kerja kat MAPS Ipoh!


BEFORE MIERA LIYANA
Baru syiok-syiok selfie dengan Miera Liyana kat Gegar Lawak Final.  Sekali pinggang terkehel.  HAHAHA

AFTER MIERA LIYANA
HAHAHAH peace out kunon!

Penyebab
Mantaro menceritakan, pada hari Isnin yang lalu, dia seperti biasa semasa bertugas sedang bantu untuk angkat beberapa barang. Ada satu muatan tu, lebih kurang 20kg. Mantaro berjaya sambut dan angkat muatan tersebut macam biasa. Tapi dia ada rasa bunyi POP di pinggangnya. Tapi tak rasa sakit dan dia masih boleh berjalan. Tak lama lepas tu, dia mula rasa kebas di kaki (kedua-dua belah) dan menyebabkan dia tak boleh berjalan. Dia bagitau kawan2 sekerja dan mereka menasihatkan dia untuk berehat. Apabila dia baring, terus dia tak boleh bergerak dan bangun. Dia rasa sakit yang amat sangat. Mantaro dikejarkan ke hospital menggunakan ambulance untuk mendapatkan rawatan. Pihak doktor menyatakan dia mengalami lumbar back sprains.


click read more

Berjalan-Jalan Melihat Alam


Hello u olls,


Sejak tahun ini,  akak nekad untuk mempertingkatkan kesihatan fizikal dan mental akak,  oleh itu akak menyahut saranan pihak doktor agar akak menurunkan berat badan.  Nak surut banyak-banyak mungkin mustahil sebab doktor suruh akak kawal pemakanan akak juga.  Noks....kita buat sikit-sikitlah.  Mana tau esok lusa akak kurus kembali macam zaman Kak Janz,  barulah En Khafi pungkoq keluaq cakcing,  aku nak pi mana pun dah tak boleh kan!


So starts tahun ni,  akak dah mula berjalan kaki.  Seminggu 2 atau tiga kali.  Setiap kali berjalan lebih kurang 30 minit.

Mula-mula rasa macam ish,  susah sangat nak buat,  tambahan pulak beberapa tahun yang lalu,  akak cuba untuk berjalan kaki (eksesais) menyebabkan esok paginya akak tak boleh berpijak di bumi yang nyata.  Tumit kaki sakit macam gila babi.  Pi Hospital Pulau Pinang dan doktor habaq akak kena plantar fasciitis,  tumit sakit sebab berat badan akak.  So akak kena pi fisio yang sakit macam babi pastu akak dinasihatkan tak boleh nak eksesais teruk-teruk,  nanti jadi lagi sakit.  Kalau buat eksesais,  buat sikit-sikit dan bila sakit akak kena berehat ja.  Jangan push over-over sangat.

Tapi apa yang akak buat adalah?  Terus 1 tahun labih akak tak eksesais...hahahaha sampailah tahun ini.

So bila akak dah start eksesais,  memang akak rasa happy sangat-sangat sebab badan rasa sedap,  amazingly badan tak rasa lenguh-lenguh,  tumit kaki akak pun dah tak sakit.  Dulu akak selalu rasa penat,  takdak mood,  badan rasa letih,  nak buat apa pun rasa berat ja...tapi alhamdulillah lani dah rasa lebih fresh.  Memang amazing apa eksesais can do to our body.  Especially,  hormon-hormon natural yang memberikan ke-happy-an pada tubuh badan akak pun dirembes dengan jayanya!

Methodnya,  akak balik kerja 5.10pm,  sampai rumah,  kemas2 apa lebih kurang,  tukar baju,  6.30pm akak starts berjalan keliling blok flat rumah akak iaitu di Taman Tun Sardon.  Kalau akak rajin,  akak start motor,  masuk USM dan jalan dalam USM ataupun terus ke Bukit Dumbar,  satu kawasan yang popular di Penang sebagai tempat beriadah.

click read more

Fun Costume Walk KANITA USM 2018 ~ Akak Pakai Tutu Skirt


#LompatanAGAM

Bila KANITA warwarkan yang depa nak anjurkan Fun Costume Walk,  akak terus rasa tergetis-getis nak masuk.  Yalah...sekarang ni akak dah aktif bersenam katanya.  Boleh kata,  seminggu dua tiga kali duk brisk walk dalam USM,  Bukit Dumbar dan sekitar Taman Tun Sardon.  So akak ada keyakinan nak join event lari-lari atau jalan-jalan macam ni,  apatah lagi,  larian yang ada tema-tema lagu ni.

So lepas dapat kebenaran daripada boss (sebab event ni hari kerja),  akak terus pikiaq nak pakai apa ehk?  Mulanya akak ingat nak pakai dress Oscar yang akak buat beberapa tahun lalu.  Gempak juga kalau pakai dress ni jalan kaki 4km dengan panaih macam gila kan?  Tapi pikiaq banyak kali jugak la....sayang pun ada sebab dress tu kita buat mahal-mahal.  (Kot-kot terjatuh kat padang ka apa ka...)

Pastu duk ask around,  minta idea dari kawan-kawan,  sorang kawan tak bertanggung jawab suruh akak pakai baju pahlawan Wakanda.  Musibat betui!  Kita pakai tudung okay...macam mana nak pakai baju seksi-seksi macam ni.  Satgi kita pakai juga,  nanti penuh padang Minden USM dengan students daripada Africa.

So ada sorang kawan memberikan idea bernas. Dia kata,  apa kata hang pakai tutu skirt?

WOW IDEA MENARIK!  Akak pun terus menggoogle dalam Pinterest dan jumpalah satu video yang ajar cara-cara buat tutu skirt dengan paling mudah sekali.  Akak akan share video tu kat bawah.  Sangatlah senang nak buat!  Kalau hangpa pandai dan kreatif,  buleh buat tutu skirt yang size labuh jadi dress u olls.

click read more

Jom Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker

Kasut ni paling akak suka!  Dia casual wear,  kusyen style lembut.  Ada macam-macam colour.  Tapi akak tempah warna kuning.


Hello u olls! Kan haritu akak share dalam blog pasai satu kompeni kasut milik Bumiputera from Johor yang buat customed shoes untuk orang-orang berkaki saiz model macam akak? Yaa....inilah kasut-kasut yang akak tempah from they olls.

4 Pasang + postage RM300++

Design cantek. Kualiti meletops! Yang penting sangat selesa.
Kasut untuk orang lelaki pun ada. Sapa duduk Johor boleh lah singgah fizikal stor depa teruih. Macam kita-kita ni, silalah order online.

Baca blog akak kat sini: Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker
FB: Tageoronnie Shoe Maker
IG: @kasut_stailista_tags


click read more

Pembunuh Bersiri Yang Akak Suka


Hello u olls,

Tengok tajuk macam celaka kan?  Pembuuh bersiri yang akak suka!  Actually bukan suka as if SUKA kat depa,  depa ni semua adalah penjenayah,  pembunuh.  Bukan bunuh sorang,  dua orang,  malah berpuluh-puluh orang kot.  Tapi akak 'suka' depa ni sebab cerita depa,  macam mana depa jadi pembunuh,  macam mana kehidupan depa dan macam mana kita semua boleh belajar banyak benda daripada apa yang berlaku kat depa dan mangsa-mangsa depa.

Akak subscribe dengan satu channel Youtube bertajuk Serial Killers Documentaries.  Channel ini akan menayangkan dokumentari tentang macam-macam pembunuh bersiri yang berasal dari US dan UK tetapi terutamanya adalah daripada USA sebab negara Amerika memang obses dengan dokumentari dan dokumentasi dunia jenayah dan siasatan.  Kadang-kadang rasanya penjenayah depa diangkat sebagai selebriti. 

Tapi dalam ramai-ramai pembunuh bersiri ni,  ini adalah 5 orang pembunuh bersiri yang akak rasa cerita depa ni paling akak suka nak kongsi dengan hangpa.  Akak akan kongsikan di bawah,  dan kalau hangpa ada masa,  pi tengok dokumentari depa dan of course,  filem-filem yang watak dan jalan ceritanya diinspirasikan dari kisah depa ni.


click read more

Ulasan Filem Get Out (2017)

Poster yang langsung tak menarik perhatian.

Dah lama tengok poster filem ini dalam laman web pirated movie yang menjadi lokasi pelayaran internet ku saban hari,  tapi rasa tak tertarik langsung nak tonton filem ini sebab dia punya poster.  Poster dia menunjukkan lelaki African American dan keluarga kulit putih.  Takdak effect-effect grafik yang bombastik pada poster tersebut.  So pada pandangan pertama aku,  filem bajet rendah tentang cinta bohsan pastu ada pembunuhan,  pastu mesti kes siasatan polis yang melibatkan pelakon-pelakon tak terkenal.  Yes,  semua pelakon dalam poster itu adalah muka-muka tak terkenal.  Sebablah tulah aku langsung tak berminat nak tonton filem ini.

Next,  sambil-sambil melayari Youtube untuk tengok review filem-filem terkini,  aku ternampak banyak jugak Youtuber yang membuat review filem ini.  Get Out!  Eh...best ka filem ni sampai ramai duk buat review.

Then,  masa 90th Oscar baru-baru ini,  Get Out dicalonkan untuk filem Best Motion Picture of the Year dan beberapa anugerah lain dan akhirnya menang satu anugerah iaitu untuk Best Original Screenplay kepada Jordan Peele yang juga pengarah untuk filem ini.  Best original screenplay bermaksud anugerah kepada jalan cerita asli dan skrip yang ditulis untuk filem ini.

SO AKU PUN TENGOKLAH FILEM INI!  MEMANG BEST....setelah sekian lama ini filem ini berjaya untuk memberikan aku keghairahan untuk membuat review ini.

Macam biasa,  review ini mempunyai spoiler.  Pandai-pandailah hang buang pi kalau takmau tau spoiler.

click read more

Salahkah Siti Dildo Menjual Dildo?

HOH! Banyaknya kes-kes viral yang berlaku lately,  nak tulis tak dan lah u olls.  Kalaulah aku blogger full time,  bolehlah aku nak update blog aku satu hari sampai 24 post macam Astro Awani punya website berita betui tak?  Takpalah,  apa pun,  hari ni bila kita free-free jomlah kita sembang-sembang pasai kisah-kisah panas yang berlaku disekeliling kita.

First of all,  nak cakap pasai Siti Dildo.  Sapa tau?  Akak pun mula-mula tak tau,  tapi duk baca mama Regina Ibrahim punya weekly updates.  Sapa follow Mama Regina kot Facebook,  memang baguih sebab mama sebagai seorang pengamal media sosial yang tegar,  dia bukan pakai syiok-syiok untuk stalk orang,  tapi dia duk observe kelakuan dan apa yang jadi sekeliling.  Untuk idea penulisan dia la tu!  HEHEHE.  Tapi yang best,  every week beliau akan buat macam weekly updates tentang apa yang berlaku.  Ini contoh!


So bila tengok post mama yang atas ni,  akak pun macam ...SAPA SITI DILDO?  Sebab setiap kali ada kemaskini perkara yang tengah karen di media sosial,  mama akan gunakan penulisan secara berkias dan tidak menggunakan rujukan yang betul.  Contohnya Siti Dildo?  Sapa Siti Dildo?  Kita pun kenalah buat siasatan.

Korek punya korek,  akak pun jumpa Facebook orang yang mama gelarkan sebagai Siti Dildo.

Pengenalan pasai Siti Dildo ni,  dia adalah seorang wanita yang berniaga online.  Tapi tak macam wanita lain,  yang jual fesyen dan barang-barang solek,  dia jual barangan sexual enhancement.  Dari apa yang akak tengok kat posting beliau,  dia jual pil,  minyak,  lotion dan alat-alat.  Apa benda tu semua,  hangpa pi lah selak sendiri kat Facebook dia nanti.  Akak akan bagi link dia kat bawah sekali.

Tapi yang sempoinya pompuan ini memang berani gila sebab dia jual siap buat video live di mana dia akan pegang sendiri produk-produk yang dia jual termasuk DILDO!  HAHAHAHAH Sapa tak tau dildo tu apa pun tiba-tiba boleh tau dah dildo tu apa benda.  HAHAHAHA.  Dildo tu adalah kote palsu yang selalunya diperbuat daripada getah ataupun plastik dalam macam-macam bentuk size.  

Memang berani sungguh lah perempuan ni!  Tapi public stunt yang membuatkan dia lebih sensasi dan viral adalah apabila dia telah membuat pengumuman untuk 'menjemput' 10 orang lelaki India untuk merogol dia.  Melalui 'jemputan' ini sudah pastinya menyebabkan ramai pihak marah dan mula menyerang beliau melalui komen-komen di laman sosialnya.

click read more

The Lengkuas Cafe, Argyll Road, Penang



Hello u olls,

Baru-baru ini akak menerima jemputan diraja oleh owner The Lengkuas Cafe,  sebuah cafe santai yang baru sahaja ditubuhkan di negeri Pulau Pinang yang fana ini.  Bukan berkonsepkan hipster,  tetapi berkonsepkan santai.....maknanya?  U olls kalau mai sini,  mesti rasa santai dan relaks.  Takdak formal-formal.  Contohnya,  akak yang baru balik berjogging terus boleh datang sini dengan kelumbung campak-campak atas kepala.  

Sekali lagi dihabaq,  konsep cafe ini adalah cafe santai bukan cafe hipster.  Sebabnya,  dia make sure perabot dan ambiance dalam cafe ni very the santai.  Especially dia punya lagu........lagu lagu dia bukan feeling lagu-lagu jazz pompuan muda lani duk nyanyi keluar kot hidung (feeling Yuna),  tapi lagu-lagu style Ning Baizura,  Siti Sarah,  Siti Liza dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Sesuai dengan jiwa-jiwa Melayu kita semua yang memang nak mai sini makan makanan Melayu!



Akak bersama owner,  Ms.  Yus Mie.  Semanis-manis akak,  manis lagi owner kedai ni...

Ya,  makanan kat sini adalah citarasa Melayu.  Contohnya laksa,  nasi tomato,  nasi kacang dan macam-macam lagi.  Tak mau sebut satgi hangpa baca sendiri kat bawah.  Rasa dia,  seikhlasnya.....MEMANG SEDAP. 

Bila di tanya,  pasaipa sedap?  Hangpa pakai chef mana meletops sangat ni?  So owner kedai ni habaq.......semua rasa sedap hidangan di cafe ini adalah resepi turun temurun daripada keluarga depa sendiri yang 30-40 tahun dahulu memang dah mula masak untuk berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Sungai Pinang,  Georgetown,  Penang.

Patutlah rasa semua meletops!  Oh yes,  selain main dish dia punya "pemanih mulut"  a.k.a dessert juga amatlah SEDAP.  Bubur pulut hitam,  serabai dan cake-cake dia....memang menjadi kegemaran pelanggan.

Selain walk in,  kalau hangpa teringin nak buat event / party makan untuk small group juga boleh buat kat sini!  Akak sangat rekemen!  Jom tengok gambar dan video kami rakam.

click read more

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Lunch di D'bendang Nasi Campoq Ayer Hangat


Haaaaa....hangpa kalau ronda mai Langkawi,  toksah duk pi makan area Chenang apa semua tu.  Pekan-pekan pelancongan tu semua,  charge mahal,  lauk pauk pun dah komersial.  Hari terakhir team Resdong's kat Langkawi,  kami mai lunch di D'bendang Nasi Campoq Ayer Hangat.  Kalau dari challet kami duduk di Tanjung Rhu,  memang dah dekat sangatlah.

Actually D'bendang Nasi Campoq Ayer Hangat adalah milik keluarga kenalan kami di Langkawi iaitu Nizam.  Kami sampai-sampai Langkawi ja,  dia awai-awai duk roger dah.  Masa kami BBQ pun dia dan keluarga mai jenguk kami juga.  So memang eloklah kami pi check it out tempat dia.


click read more

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ BBQ by Local Chef


Tukang-tukang bakaq semua pun muka terbakaq!

Hello u olls,

Sambung lagi cerita pasai Langkawi,  masa kami pi sana,  antara aktiviti yang group kami buat adalah berBBQ di tepi pantai.  Kami memang duduk tepi pantai dah....so haruslah kena buat BBQ.  So macam mana?  Kami order catering daripada seorang chef tempatan.

Kami order apa semua kat depa,  habaq bajet berapa-berapa...nenjiaaa....depa mai antar semua kat kami.  Alhamdulillah,  memang baguihlah depa laki bini yang buat catering BBQ untuk kami ni.  To be frank,  kami bayar RM300 untuk 10 orang makan,  tapi depa masak bok mai rasanya macam 20 orang makan!

Our BBQ Menu
Semua akak tunjuk kat bawah ni untuk RM300 sahaja.  Untuk Perapan BBQ kami order;  Perapan ayam,  Perapan daging kambing (black pepper),  Perapan udang,  Hot dogs & Daging burger.

Udang nala diperap elok.

Yang kiri tu kambing,  yang kanan tu perapan ayam.


click read more

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Sewa Van di Langkawi

Van kami parked elok kat tepi challet.

Hello u olls,

Dalam catatan Resdong's Team Melawat Langkawi sebelum ni,  akak ada cerita kisah cemas kami nyaris-nyaris terlepas flight,  ini semua gara-gara Mantaro dan Awie kedekut taik ayam masin malam tu depa pakai van sebab pi cari nasi ayam tapi isi minyak RM20 ja!

Sapa yang terlepas,  boleh baca kisah dia kat bawah ni:

Minyak Habis
Hari terakhir kami kat Langkawi,  kami ambil kesempatan untuk pi ronda-ronda beli buah tangan untuk keluarga di Penang.  Dari HIG sampailah RAS,  boleh kata dua tiga kedai kat Pekan Kuah kami singgah.  Last sekali lebih kurang jam 3.30pm kami pun bertolak ke air port.  Flight kami pukul 5.30 pm,  Mamak punya flight pi KL pula jam 6.30 pm.  Walaupun akak dah check in siap-siap kat tiket flight kami,  tapi still kalau boleh 4.30pm kena ada kat airport la kan?  Sebab nak check in bag.  Dah la lani,  Air Asia kita kena print tag bag sendiri.

Tiba-tiba pukul 4.15pm,  betui-betui kami kat jalan tepi Minyak Gamat Nusantara,  MINYAK VAN kami habis.  JENG JENG JENG........Ni adalah antara sebab-sebab nak sep,  tak mau nak isi minyak banyak-banyak takut nanti terlebih pulak tinggal dalam van rugi.  Enjin van tak boleh nak start,  nasib baik kami punya pilot sangat cekap -- MANTARO pelan-pelan masuk dalam kawasan Minyak Gamat Nusantara dan parking elok bawah pokok (tak panaih).

Mantaro,  driver berkaliber.  Paha berbulu...auuuu!  Sapa-sapa nak add dia boleh follow sini:  Mantaro Resdong's


click read more

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Langkawi Primrose Seaview



Hello u olls,

Okay first of all bila cakap pasai lawatan kami mai Langkawi,  mesti ampa tanya,  DUDUK MANA?  Haaaa ni yang syiok nak story ni.  Thanks to Mantaro sebab telah membuat research yang meletops.  Dia dapat tau pasai tempat ni sebab dia duk search kat Facebook and somehow tempat ni duk viral kat page mana ka sebab lokasi dan bilik ini sangat ohsem!  Challet yang berbentuk rumah-rumah tiga segi macam yang duk tengok kat pantai di England.

Lokasi challet bertajuk Langkawi Primrose Seaview adalah di Tanjung Rhu!  Memang kami suka sebab selalunya orang kalau mai Langkawi,  mesti nak duduk kat Chenang kan?  Memang lah best sebab Chenang ada banyak kemudahan,  kedai Choih pun berlambak,  tapi ke-tak-best-annya duduk di Chenang adalah orang terlalu ramai sampai semak perut.  So kalau u olls nak lokasi yang mendamaikan,  Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

Langkawi Primrose Seaview adalah challet yang baru dibina (masa akak mai sini dua tahun lepas...depa baru duk renovate).  Masa tu dah boleh rasa dah...bestnya challet ni.....Tak sangka,  this year,  ada rezeki boleh mai tidur sini!

Lagi lah rezeki nak habaq mai......kami amik 3 bilik.  2 bilik mengadap jalan,  1 bilik mengadap laut.  Memandangkan akak sorang frompuan dalam group ni,  so bilik mengadap laut amik lah kat akak.  Bilik mengadap jalan....depa share la enam orang.  😍😍😝





click read more


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...