28.3.18

Jom Berkenalan dengan Kumpulan Kiut ~ Juara Gegar Lawak 2018


Hello u olls,

Dah lama nak buat review pasai depa,  dah called Fairul Niezam semua tanya habaq depa duk pi masuk Gegar Lawak apa semua,  tapi lagu tu la angin kus-kus aku mai,  hajat dan semangat penulisan blog pun jadi hang (bunyi heng) teruih tak tulis apa,  last-last depa lani pun dah jadi juara.  Tapi tak mengapa,  aku still nak tulis pasai kumpulan Kiut yang aku kenal sejak join group teater Resdong's dan aku nak share dengan hangpa semua dan aku harap hangpa semua bagilah sokongan ikhlas kepada depa bertiga ni.  Semoga depa menjadi artis yang berjaya pada masa depan,  amin amin.


Siapa Kumpulan Kiut ni?
Depa tiga orang ni terdiri daripada Fairul Niezam,  Hanafie Shendo dan Chaet Tapai.  Fairul Niezam memang nama familiar dengan keluarga Persatuan Teater Resdong's boleh kata,  dah banyak show dia join bersama.  Kalau tak berlakon scene besaq,  dia berlakon scene kecik.  Dan sejak Mantaro Resdong's pindah pi Ipoh kerja MAPS,  dia lah pembantu kuat Lanun Resdong's bab-bab jual tiket.  Fairul Niezam start masuk dalam dunia lakonan ni bila dia pi belajar jadi anak murid lakonan di bawah Abu Mamu Laparpo yang sebelum ni pernah menubuhkan sebuah rumah produksi dipanggil Tomato Production House.  Fairul Niezam kira gigih lah dari awai duk berguru dengan Abu Mamu untuk belajar seni lakonan.  Ini dia buat atas usaha dan titik peluh sendiri,  duit pun bayar sendiri.  Kira betui-betui minat punya.

Fairul Niezam kerja bahagian lanskap dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  Nak dijadikan cerita,  tak lama dulu,  Fairul Niezam pernah diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dengan mendakwa "Staf MPPP duk main phone...bukan sapu sampah elok-elok" .

Inilah screenshot yang akak simpan.  Kesian Fairul Niezam time ni.  Sapa yang post ni memang celaka.

click read more



Lepas kejadian tu diviral,  memang sampai Fairul Niezam kena panggil oleh pihak boss dia dan diminta untuk bagi penjelasan.  Padahal,  biasalah...semua orang bawak phone time kerja,  time dia cakap phone (yang sekejab) itulah orang amik gambar dan viralkan.  Kisahnya,  yang viral tu adalah pihak PARTI yang menyokong kerajaan persekutuan dan orang macam Fairul Niezam yang kerja dengan MPPP ni depa rasa macam duk kerja untuk PARTI yang memerintah kerajaan negeri.  Hang paham?

Okay dipendekkan cerita,  Fairul Niezam ni daripada mula-mula berlakon keraih macam Fattah Amin,  lama-lama dia dah baguih buat karakter macam-macam sampailah lani dah masuk Gegar Lawak semua.  Masa mula-mula duk jumpa kat USM bila berlakon teater,  dia nanti panggil aku  "Kak Jumie....." pastu dah lama-lama dia baru tau aku lagi muda dari dia,  aku maki dia teruih.  Toya duk panggil aku kakak.

Hanafie Shendo ni adik Fairul Niezam.  Dia kerja Rapid Penang,  deni suka cari gaduh dengan aku bila buat Live Video kat Facebook .  Dia ni elok,  ramai mesti taste kat dia.  Tapi samala dia,  Fairul Niezam dan Tapai...semua dah kawen ada anak semua.

Chaet Tapai ni kawan pada depa dua beradik ni.  Tapai pernah join berlakon teater Resdong's untuk show apa ka aku lupa,  dia dan Fairul Niezam jadi kembaq.  Memang lakonan depa menjadi.  Dalam group ni pun,  aku nampak Tapai macam anchor,  dia kontrol game.  Punch line dia bagi .... seketoi-seketoi dengan yakin.  Baguih!




Gambar-gambar kenangan masa kami buat show pada Februari 2017.  Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun.  Masa ni kami catat kenangan tak berapa best bersama Dewan Budaya USM.



Restu Lanun Resdong's
Bila depa terpilih untuk masuk Gegar Lawak sampai peringkat masuk TV,  depa mai jumpa kami punya abang long besar gang teater Resdong's iaitu Lanun.  Of course Lanun macam tak berapa nak restu sebab memikiaqkan depa ni semua ada anak kecik,  pastu terpaksa amik cuti kerja yang panjang dan sebagainya.  Banyak risiko yang perlu diambil kira.

Tapi depa sahut jugak cabaran ini dan terbukti depa berbakat dan pertandingan ini adalah milik depa. So dari mula depa masuk,  sampai hari terakhir,  Lanun memang bagi depa big support.  Duk hinggot aku..."Jumie jangan lupa buat post ucap tahniah kat Kiut....suruh orang undi Kiut...."

Sampai last pun,  untuk final,  Lanun turun KL pi support depa!

Mantaro berdiri sebelum pinggang dia meletop.  HAHAHAH

Nenjia abang Tony a.k.a Lanun Resdong's duk bagi kata-kata semangat sebelum show final.


Kiut Memang Best
Akak takdak TV kat rumah, so amik kesempatan untuk tengok video depa punya show melalui media sosial dan Youtube sahaja. Memang depa ni lawak! Aku duk mampuih gelak tengok punch line depa duk bagi.  Konsistenly, 8 minggu, semua minggu depa lawak dan best. Hangpa tak caya? Nah...tengok sendiri depa kat video-video ni. Klik sini: Video Persembahan Kiut Gegar Lawak 2018

Setakat ni lepas depa menang akak tak berkesempatan untuk jumpa depa lagi sebab baru-baru ni,  Abg Jit Ikan Bakar open table belanja depa makan sekali dengan kami team Resdong's tapi akak tak sihat gara-gara pakai skirt tutu dan berjalan sakan tengah panaih.  Insya Allah ada peluang kami jumpa la.

Balik Penang depa mai jumpa gang-gang depa balik.  Baguih!


Aku harap kalau jumpa pas ni,  depa ni masih tak sombong tak berlagak dan tak sendo!  Jangan lupa like dan komen kami semua selalu dan paling penting FOLLOW kami kat Instagram.  Jangan jadi macam sesetengah umat manusia ni,  baru berlakon sekali dengan Resdong's pastu teruih UNFOLLOW semua orang kat IG.  Awat hang ingat hang Beyonce?  Queen Bee ja mampu ZERO follower on IG.



2 comments:

  1. Alhamdulillah...sempoi2..aku tak dan nak tgk final sbb astro trpadam tiba2 hari tu haha

    Apa2 pun show KIUT mmg best...dr minggu 1st aku follow tapi sygnya final tak bole follow ��

    Hangpa jalan elok2 noo org dah perati...kipidap! Dongibab!!!

    #AkuOrgSekGoq

    ReplyDelete
  2. lagi 1 riwayat hidup si fairul niezam. dia ni dulu manager Dominos piza. pernah kerja kat dominos gurney plaza, dominos taman inderawasih dgn dominos bayan baru

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...