27.3.18

Kiera Clever Girl vs MUA Dya Zahra

Hello u olls,

Baru-baru ini sapa yang berkesempatan untuk baca tentang isu antara Kiera Clever Girl dan MUA Dya Zahra?  Actually dua-dua ni aku tak kenai.  Tapi sebab isu ini dikongsikan oleh anak ayam Ezal Ezham Azami,  akak pun baca-baca,  selidik-selidik dan di sini akak nak kongsikan beberapa perkara yang akak rasa kita semua boleh belajar daripada apa yang berlaku.





Kronologi Cerita
Kiera adalah peserta rancangan realiti TV Clever Girl yang mewakili negeri Pulau Pinang,  tapi dia tarik diri.  Dya Zahra pula adalah seorang make up artist dari Kuala Lumpur.  So baru-baru ini Kiera,  yang juga seorang pelajar dari Oxford University telah bernikah di sebuah lokasi ekslusif di Terengganu.  Dya Zahra ditempah sebagai official make up artist untuk semua event dalam majlis perkahwinan ini bukan sahaja untuk pengantin malah untuk ahli keluarga pengantin.

Selepas selesai tugas dan majlis,  Dya Zahra meletakkan status di Facebook kerana marah dengan tindakan Kiera yang tak mahu bayar baki upah make up sepenuhnya.  Sepatutnya baki bayaran upah adalah RM1000 lebih,  tapi dapat RM700 something sahaja.    Perkongsian Dya Zahra itu mendapat perhatian ramai.

Kiera seterusnya membuat perkongsian balas melalui laman Instagramnya dengan menunjukkan bukti-bukti lain untuk mempertahankan kenapa dia kurangkan bayaran baki dan menuduh balik Dya Zahra sebagai penipu.

Sekarang ni sesi tuduh menuduh berlaku dan dah masuk peguam apa semua bagai.  Kiera nak saman sebab dia kata Dya Zahra buat fitnah, dia diminta untuk delete post dan buat mohon maaf secara terbuka.  Tapi Dya Zahra juga dengan sokongan daripada teman-teman dan pengikut dia sendiri,  dia pun berpegang teguh dengan apa yang dia dah kata sebelum ini.


click read more



Pertanyaan Dari Teman-Teman
So akak pun korek-korek cerita daripada teman-teman dan anak-anak ayam akak yang menonton dan mengikuti kisah peserta realiti TV Clever Girl ni.  Kiera menarik diri daripada rancangan realiti TV ini sebab dia kata,  rancangan ini pilih bulu dan menggunakan status dia sebagai pelajar Oxford.  Nak baca lebih jauh hangpa baca kat sini:  Kiera Dedah Punca Keluar Clever Girl

Tapi bagi akak la,  biasalah RANCANGAN TV kot!  Dia nak jual rancangan,  bukan nak jual hang.  Lainlah kalau hang memang betui-betui ramai pengikut dan peminat.  So mau tak tau,  hang terimalah apa yang depa rancang,  dan kalau hang tak mau,  just tarik diri.  Okay fine tarik diri,  tapi terus buat statement berani kat sosial media apa semua dengan memberi tuduhan yang berani.

Pastu akak baca pulak kes dengan Dya Zahra,  akak juga dulu pernah berkecimpung dalam dunia MUA memang boleh dikatakan,  7 tahun akak buat kerja sebagai MUA dulu akak boleh rasa apa yang Dya Zahra lalui.  Tapi still,  walaupun ada juga beberapa perkara yang Dya Zahra boleh baiki,  tapi kita kena tengok daripada kedua-dua pihak.

Firstly,  Kiera.  Daripada apa yang akak baca pasai Kiera ni,  cerita-cerita belakang tabir dia sebagai peserta Clever Girl (cerita tu akak tak boleh nak bubuh kat sini,  rahsia u olls) dan juga cerita apa yang berlaku antara dia dan Dya Zahra,  akak rasalah deni macam ada masalah narcissist sikit.  Apa itu narcissist?  Narcissist secara amnya adalah personality disorder.  Secara ringkas,  narcissist adalah keadaan personality disorder di mana orang tu obses dengan diri sendiri.  Sejarah narcissist?  Boleh tengok video ni:  The psychology of narcissism - W. Keith Campbell


Berikut adalah beberapa ciri-ciri seorang narcissist yang akak rasa boleh dikaitkan dengan kes ini:

1.  Dia rasa dia paling hebat (lebih cantek,  lebih pandai dan lebih penting) daripada semua orang lain
Berkali-kali dia nak kena post dia from Oxford dan orang menggunakan status itu untuk raih keuntungan.  Memanglah Oxford adalah universiti yang ulung kat dunia ni,  tapi sampai lani kalau dibicarakan,  akak tanya semua orang dan Google sana sini,  sapa pun tak tau apakah sebenarnya yang Kiera belajar kat Oxford?  Degree ka?  Masters ka?  PhD ka?  Kalau ya pun,  bidang apa?

2.  Orang lain disebelah dia adalah tak sama level dengan dia
Sekali lagi,  Oxford.  Dalam penyataan dia kat Insta,  dia rasa macam dia belajar kat Oxford tu dah paling dahsyat gila.  Orang lain yang dari Universiti lain kira tak layak macam dia.  Dia secara terbuka rendahkan martabat orang lain,  calling them by labels like bimbo apa semua.  Graduan Oxfords ka mana pun,  hang still ser sebab hang macam tak cool langsung!  Hang belum lawan,  hang dah blah sebab hang takut kalah!

3.  Dia tak boleh terima pendapat orang lain /  pendapat yang bercanggah
Bila Dya Zahra buat pertuduhan macam tu,  of courselah melenting.  Kalau aku jadi dia,  aku akan deal belakang tabir elok-elok dengan Dya Zahra.  Tanya apa masalah,  bagi settle apa semua,  dah kalau dia tak mau bagi amik peluang itu dengan baik barulah kita settle cara lain.  Dalam hal ni,  dia sebagai selebriti patutnya guna orang tengah untuk settlekan masalah ni.  Tapi nak kata macam mana?  Dia narcissist,  so bila benda-benda berkenaan dengan publisiti dan perhatian ni,  depa suka lah!  Tu yang benda ni jadi panjang dan melerek.


4.  Tak boleh terima kekalahan / rejection
Sekali lagi aku tulis,  belum lawan,  dah tarik diri.

5.  Menggunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri
Yang ni aku merujuk kepada cara dia melayan Dya Zahra.  KESIANNYA BILA AKU TERBAYANG DIA TERPAKSA BERPINDAH RANDAH DARI SATU BILIK KE SATU BILIK UNTUK MEMBUAT MAKE UP!  Pasaipa dia tak buat macam ni,  sapa nak make up,  ke bilik khas....semua orang pi bilik tu,  amik sebijik suite ka apa ka.  Ataupun (aku akan bincangkan dalam fakta di bawah).  Daripada apa yang aku baca,  walaupun Dya pun ada salahnya tapi bagi aku,  cara dia treat Dya pun ada salahnya juga.  Kalau takdak angin,  masakan pokok bergoyang, kalau bukan sebab cara layanan yang tak baik,  bayaran pun delayed dan dikurangkan secara paksa rela,  tu yang kawan tu mengamok.


Narcissist on positif side
Sikap narcissist ni sebenarnya kena ada juga dalam diri kita,  tapi dalam dos yang kecik.  Barulah kita ada keyakinan nak buat sesuatu kerja dan melalui keyakinan itu,  kita boleh bantu diri kita sendiri dan juga bantu orang lain di sekeliling kita.  Dalam konteks lain,  ada orang-orang yang menggunakan nilai narcissist dalam diri depa secara betui untuk menjadi selebriti (penyanyi,  pelakon dan sebagainya),  ahli politik dan sebagainya.

Tapi of course,  dalam banyak keadaan,  sikap ini memang tak digalakkan dalam banyak ajaran.  Dalam Islam,  orang yang riak dikatakan syirik kecil.  Ha!  Macam mana sikap ini boleh dipupuk?  Akak merujuk kepada kawan akak nama dia Faiz Fansuri dia duk belajar psikologi,  dia kata,  antara salah satu penyebab macam mana orang tu boleh jadi narcissist adalah hasil didikan ibu bapa.  Di mana sejak kecik,  anak itu dijaga terlalu istimewa dan manja sekali. Yang tu aku tak payah elaborate kan?  Hangpa boleh pikiaq sendiri la macam mana kalau mak bapak ni terlalu manjakan anak,  sampai anak dia tak boleh ditegur langsung.

Baru-baru ni akak duk follow American Crime Story Season 2 kali ini tentang "The Assassination of Gianni Versace".  Melalui episod kelapan bertajuk "Creator / Destroyer" menceritakan dua ibu bapa yang menjaga anak-anak dari aspek yang berbeza hingga menjadikan anak itu "Creator" atau "Destroyer".

Dalam episod kelapan itu,  ditunjukkan scene bagaimana ibu kepada Gianni Versace seorang pereka fesyen terkenal dididik oleh ibunya untuk tidak putus asa,  selalu bekerja keras dan yakin pada diri sendiri untuk menjadi seorang pembuat baju yang hebat.  Berkali-kali ibunya menegaskan,  "Anakku,  hang kena kerja kuat,  kejayaan tak akan datang bergolek," aku translate siap-siap bahasa Penang.  Akhirnya,  lahirnya Gianni Versace yang terkenal kerana keunikan gaya fesyennya di era 90an!

Dalam episod ini juga ditunjukkan macam mana pembunuh Gianni Versace iaitu Andrew Cunanan semasa kecik.  Andrew dibesarkan sebagai anak emas dalam keluarga,  hari-hari bapak dia puji dia YOU ARE SPECIAL.  Bila dia berjaya dipilih untuk masuk sekolah elite,  bapak dia cium kaki dia macam tuhan!  Andrew diberikan masters bedroom dalam rumah dan pada usia yang masih kecik,  dia dibelikan kereta oleh bapa dia sebagai hadiah.  Last sekali,  Andrew membesar menjadi seorang lelaki yang delusional.  Penuh angan-angan dan penipuan,  dan dia tak mahu bekerja hanya berharap pada paras rupa untuk jadi money boy kepada lelaki-lelaki gay yang berusia.

Fuh! Panjang aku explain pasai benda ni.  Aku harap hangpa belajar pasai narcissist.  Aku bukan nak tuduh Kiera ni narcissist,  tapi mungkin ciri-ciri tu banyak kat dia.  Dengan adanya akses mudah kepada sosial media,  ramai antara kita terdedah untuk jadi narcissist!


Jangan Pandang Enteng Kerjaya MUA
Kerja apa pun hang buat,  hang kena buat secara profesional.  Dalam kes ini,  aku boleh nampak beberapa kesilapan pihak Dya Zahra yang boleh dia baiki.  Berikut antaranya:

1.  Bukti Perniagaan
Sapa yang pernah amik khidmat make up aku dulu,  dia mesti tau,  aku nanti siap hantar quotation melalui emel,  pastu ada Terms & Condition semua.  Tak kiralah hang artis ka,  orang biasa ka,  sepupu ka,  aku tetap buat yang sama.  Semua dokumen tu aku masih simpan dalam folder.  Walaupun zaman sekarang ni segalanya dipermudakan melalui Whatsapp dan Facebook messenger,  still kita kena gunakan kaedah ini dengan cara yang profesional.  Aku rasa dalam kes ni,  maybe Dya Zahra tak buat dokumentasi macam tu,  sebab tu semuanya nak lawan berasaskan mesej-mesej telefon ataupun cakap lisan.  Susahlah!

2.  Perkiraan
Sebab tu bila Kiera nak salahkan Dya Zahra menipu boleh ja senang-senang dia twist sebab betui la,  kalau Dya Zahra dah buat quotation secara terperinci,  rasanya susah untuk pihak Kiera nak tuduh Dya menipu soal harga parking RM350 tu.  Tak kiralah berapa charges parking sehari di KLIA,  tapi kalau dalam quotation dipersetujui nak bayar RM350 untuk parking....HANG KENA BAYAR JUGA!  Tak kiralah bagi resit atau tak bagi.

3.  Jangan Tamak
Ini kesalahan Dya Zahra aku rasa dia pun tamak amik job banyak-banyak.  Tak kiralah hang mampu atau tak mampu,  tapi bagi akak,  kalau hang mai untuk make up pengantin sahaja,  hang make up pengantin sahaja.  Tak payah nak setuju nak pi make up adik pengantin la,  mak pengantin,  mak mentua pengantin,  pengantin punya adik sepupu ...bla bla bla.  Macam akak dulu,  JARANG sekali akak amik make up pengantin + pengapit sebab memang akak takut nanti tak boleh fokus.  Orang dah bayar kita,  kita nak buat yang terbaik,  bab-bab lari timing tu biasalah.  Dah hari kenduri kan?  Macam-macam boleh jadi.  So sebaiknya bagi akak lah,  next time,  focus pada pengantin,  permintaan lain?  Tolak cara baik,  suruh depa amik MUA lain.

Sekian sahaja kesimpulan dari akak.  Sekiranya ada salah dan silap dalam fakta yang diberikan,  maafkan saya sebab mungkin salah faham semasa buat pembacaan dan semasa buat siasatan dari teman-teman.  Akak mengalu-alukan u olls pi belajar sendiri dari kes ini,  hangpa boleh follow kedua-dua orang punya social media page as below:

Dya Zahra
Noor Syakirah KIERA

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...