14.3.18

Pembunuh Bersiri Yang Akak Suka


Hello u olls,

Tengok tajuk macam celaka kan?  Pembuuh bersiri yang akak suka!  Actually bukan suka as if SUKA kat depa,  depa ni semua adalah penjenayah,  pembunuh.  Bukan bunuh sorang,  dua orang,  malah berpuluh-puluh orang kot.  Tapi akak 'suka' depa ni sebab cerita depa,  macam mana depa jadi pembunuh,  macam mana kehidupan depa dan macam mana kita semua boleh belajar banyak benda daripada apa yang berlaku kat depa dan mangsa-mangsa depa.

Akak subscribe dengan satu channel Youtube bertajuk Serial Killers Documentaries.  Channel ini akan menayangkan dokumentari tentang macam-macam pembunuh bersiri yang berasal dari US dan UK tetapi terutamanya adalah daripada USA sebab negara Amerika memang obses dengan dokumentari dan dokumentasi dunia jenayah dan siasatan.  Kadang-kadang rasanya penjenayah depa diangkat sebagai selebriti. 

Tapi dalam ramai-ramai pembunuh bersiri ni,  ini adalah 5 orang pembunuh bersiri yang akak rasa cerita depa ni paling akak suka nak kongsi dengan hangpa.  Akak akan kongsikan di bawah,  dan kalau hangpa ada masa,  pi tengok dokumentari depa dan of course,  filem-filem yang watak dan jalan ceritanya diinspirasikan dari kisah depa ni.


click read more



Jeffrey Dahmer
Deni muka style hemsem!  Aku suka tengok dia sebenarnya sebab kalau hangpa tengok,  dia punya muka style ada nilai komersial, bentuk badan yang cantek,  tinggi!  Tapi deni krekko.  Bapak dia pensyarah kat sebuah universiti,  mak dia pulak (tak ingat kerja apa).  Masa dia kecik-kecik,  dia suka kutip binatang mati pastu dia akan bawak pi belakang rumah pastu dia akan bedah binatang tu semua,  tengok tulang,  tengok daging binatag tu.  Kita duk rasa macam normal la kan?  Budak lelaki kan suka buat benda pelik-pelik dengan binatang.  


Tapi sebenarnya tabiat hitam tu membuatkan dia menjadi pembunuh yang cekap apabila dia besar.  Jeffrey Dahmer adalah seorang lelaki homoseksual yang suka kepada lelaki berkulit hitam,  black American la.  Tapi dalam siasatan lain pulak menyatakan dia lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai tubuh badan yang tegap (selalunya lelaki African American yang mempunyai susuk tubuh begitu).

So dia akan tangkap lelaki yang dia suka,  lepas dia bunuh,  sebahagian daripada daging mangsa dia akan masak dan dimakan.  Manakala tulang-tulang pulak,  dia akan rendam dalam tong besar berisi asid.  Sampailah tulang tu semua hancur lebur,  dia akan buang asid tu dalam lubang parit yang menyebabkan bau busuk yang teramat-amat.



Dia last sekali mati sebab kena tikam dengan banduan lain semasa dalam penjara tetapi sampai lani,  dia masih ada ramai peminat sampaikan hangpa boleh pi beli koleksi barang kemas customized yang ada gambar dia kat Etsy.  Gila babi!  

Jumlah pembunuhan:  17 orang

Tempoh pembunuhan:  1978 - 1991
Meninggal dunia pada:  November 28, 1994 

Macam Ashton Kutcher pun ada...hemsem kan?

Orang yang obses kepada penjenayah yang membuat jenayah ekstrem dipanggil seorang hybristophilia.






John Wayne Gacy
Cerita deni paling fucked up sekali.  John Wayne Gacy ni seorang ahli perniagaan yang suka menceburkan diri dengan politik tempatan.  Dia suka nak bercampur dengan orang-orang yang mempunyai pengaruh besar sebab tu dia join politik.  Dia juga dikatakan suka membuat kerja-kerja amal dengan memakai suit badut dan seterusnya,  memberi hiburan kepada pesakit di hospital.  Tapi sebenarnya apa yang dia buat adalah sebagai menutup kecelakaan sebenar yang dia buat.

Sebenarnya deni,  dah kawen dan ada anak semua.  Tapi dia suka buat seks dengan budak-budak lelaki (pedofilia).  Aku paling menyampah lelaki pedo macam ni.  Cara dia tipu mangsa adalah sangat jijik,  dia akan gunakan alchohol untuk mabukkan mangsa dan seterusnya dia akan rogol dan bunuh budak lelaki tu,  lepas tu dia akan tanam kat bawah rumah dia.  

Korek punya korek sampai dah takdak ruang untuk ditanam kat bawah rumah dia,  last sekali dia buang ja kat mana-mana.  Bila dia kena tangkap,  dia tak mengaku yang dia bersalah.  Dia gunakan alasan-alasan yang dia ni adalah seorang rakyat yang baik,  selalu buat kerja-kerja amal,  tak mungkin dia adalah pembunuh,  sedangkan semua bukti mengesahkan dia adalah pembunuh yang sebenar.

Ada satu filem yang betui-betui menunjukkan kisah diri dia yang paling details yang hangpa boleh tengok kat Youtube.  Nah...akak share link!  To Catch a Killer Part 1  & To Catch a Killer Part 2


Jumlah pembunuhan:  Antara 33-34 orang

Tempoh pembunuhan:  1972-1978
Meninggal dunia pada:  10 Mei 1994 (Execution by lethal injection)




Gambar beliau masa kena tangkap dan gambar beliau sebagai "Pogo the Clown".  Sebab tulah aku tak suka clown!  Clown memang scary!

Dia bersama Rosalynn Carter,  isteri kepada bekas President Amerika Jimmy Carter.


Ni gambar dia time-time before dia mati.  Masa ni dia aktif lagi duk buat interview semua kat TV untuk buktikan yang dia sebenarnya tak bersalah.  Memang sangat AHLI POLITIK!



Gary Ridgway (Green River Killer)
Deni punya story pun sangat scary.  Juga dikenali sebagai Green River Killer.  Pasaipa?  Sebab masa awal-awal dia duk membunuh,  dia akan buang mayat mangsa kat tepi sungai Green.  Aku ingat-ingat lupa pasai cerita dia sebab dah lama since aku first tengok dokumentari pasai mamat ni.  Tapi takpa,  aku cerita sikit,  pastu hangpa pi korek dan tengok balik sendiri.

Gary ni kerja kilang,  kat tempat kerja,  dia dikenali sebagai pekerja yang pendiam dan tak banyak bercakap.  So dalam erti kata lain,  sapa pun sangka lelaki yang muka baik dan kita duk ingat tak akan buat apa-apa masalah ni sebenarnya adalah syaitan nirrojim.

Dia suka pi cari sex worker,  pastu lepas romen-romen,  dia akan bunuh pastu buang kat sungai Green.  Tapi bila saban hari,  sungai tu dah penuh dengan mayat mangsa (polis pun dah penuh berjaga kat situ),  dia tukar lokasi pembuangan mayat ke lokasi hutan pulak.  

BUT THIS IS THE SCARY SHIT,  dikatakan,  ada kalanya dia akan bunuh mangsa tu,  pastu buang dalam hutan,  lepas tu,  bila dia sangap,  dia akan kembali ke lokasi mayat tu dibuang dan akan buat seks lagi sekali dengan mayat tu!  Adakalanya sampai berhari-hari sampai mayat tu dah rosak dan berulat!  FUCKKKKKKKKKKKKKK.....

Hangpa boleh tengok banyak video tentang dia dalam video tapi paling menyayat hati adalah apabila bapa kepada salah seorang mangsa yang dia bunuh telah memaafkan dia.  Tengok ni:  

Hangpa tau tak,  dia disabit kesalahan membunuh 49 orang mangsa.   Tetapi dia mengaku yang dia dah bunuh 71 orang.  Tetapi mengikut siasatan,  mungkin dia juga telah membunuh up to 90 orang!  Cuma bukti sahaja tak jumpa.  Pelik tak?  Macammana dia boleh bunuh punya ramai orang tapi tak kena tangkap?  Sebab....yang dia bunuh semuanya adalah sex worker / pelacur.  Kehidupan pelacur kan selalunya jenis tak balik rumah,  takdak orang jaga depa,  takdak sapa nak amik tau pasai depa?  Sebab tu kes dia terbiar lama!


Jumlah pembunuhan:  Disabitkan kesalahan membunuh 49 orang mangsa.  Tetapi dia mengaku yang dia dah bunuh 71 orang.  Tetapi mengikut siasatan,  mungkin dia juga telah membunuh up to 90 orang!  Cuma bukti sahaja tak jumpa.

Tempoh pembunuhan:  1982 hingga 1998
Meninggal dunia pada:  Tak mati lagi.  Dia duk hidup lagi.  Dipenjarakan di Washington State Penitentiary, Walla Walla, Washington.  Sapa-sapa berminat,  boleh hantar fan mail kat dia.  Amerika punya penjara style ada fan mail untuk penjenayah.






Gambar dia dengan salah seorang isteri dia.




Ted Bundy
Deni pun style jahat macam Gary Ridgway di mana dia akan buat seks dengan mayat mangsa dia sampai naik reput!  Tapi cara dia trick mangsa dia paling celaka,  dia akan pi kat tempat awam,  pastu menyamar yang dia ni lelaki sakit kaki (pakai tongkat semua macam OKU) pastu budak perempuan nanti kesian la nak tolong dia angkat barang,  tapi sebenarnya tu adalah trapped!  Dia akan tangkap perempuan tu,  rogol pastu bunuh.

Lepas dia kena tangkap sekali,  dia berjaya lepaskan diri dia,  pastu dalam tempoh tu,  dia sempat bunuh tiga orang lagi dan seterusnya dia kena tangkap lagi sampai lah dia kena hukum bunuh apa semua.  Masa perbicaraan kes bunuh,  dia lantik diri dia sendiri sebagai peguam.  Memang celaka nak hariam punya psycho.

Dia juga mempunyai rupa yang hemsem sebab tu dia ada ramai peminat dan mungkin juga sebab tu,  dia senang nak tipu dan perangkap mangsa dia.  

Jumlah pembunuhan:  Lebih kurang 30 orang.
Tempoh pembunuhan:  1961 hingga 1978
Meninggal dunia pada:  24 Januari 1989 atas kerusi elektrik


Macam bintang filem pulak!



Ed Gein (The Real Leatherface)
I save the best for the last!  Mamat ni menjadi inspirasi untuk banyak filem seram yang popular.  

Filem Psycho (1960) arahan Alfred Hitchcock adalah berdasarkan kisah dia.  Malah beberapa watak dalam filem dan drama TV bersiri seperti The Texas Chain Saw Massacre (watak Leatherface),   The Silence of the Lambs (watak Buffalo Bill) dan watak Dr. Oliver Thredson dalam American Horror Story: Asylum adalah berdasarkan lelaki ini.

Ed Gein adalah seorang lelaki yang dikatakan tak berapa bijak dan biasa-biasa sahaja.  Dia duduk kat satu kampung kecil di Wisconsin,  Amerika Syarikat.  Kerja dia kat kampung tu,  hanyalah tolong-tolong orang kampung buat kerja-kerja rumah untuk upah yang kecik.  Dia tak pernah kacau orang dan menyusahkan sapa-sapa,  sejak kecik pun dia macam pendiam dan tak banyak cakap.  Tapi orang kampung memang tau,  dia ni macam 'pelik' sikit.

Tiba-tiba banyak orang 'hilang' secara misteri kat kampung depa ni.  Kampung depa kecik dan takdak apa yang pelik sangat yang selalunya berlaku kat sini,  so bila orang-orang kampung tiba-tiba hilang secara misteri,  semua orang jadi takut.

Setelah siasatan dibuat,  pihak polis menemukan jawapan yang paling tak disangka-sangka!  Polis yang membuat siasatan kat rumah Ed Gein,  lari keluar daripada bangsal dan terus muntah-muntah!  Sebab apa?  Sebab depa jumpa mayat mangsa,  duk tergantung dalam bangsal tu melalui kaki dia,  bawah ke bawah!  Macam gantung babi yang baru disembelih!

Bukan itu sahaja,  lepas tu depa jumpa macam-macam lagi 'hasil seni' Ed Gein menggunakan badan-badan mangsa yang dia bunuh.  Antaranya:  Corset yang diperbuat daripada bahagian badan manusia perempuan,   legging yang diperbuat daripada kulit manusia,  topeng yang diperbuat daripada kulit muka manusia,  mangkuk yang diperbuat daripada tengkorak manusia,  sarung kusyen yang diperbuat daripada kulit manusia,  bakul sampah daripada kulit manusia,  lampu katil yang diperbuat daripada tengkorak dan kulit manusia  dan macam-macam lagi!

Kat bawah ni akak bubuh la dua gambar contoh menunjukkan 'hasil seni' yang Ed Gein ni buat,  tapi ini adalah contoh yang dibuat semula oleh pereka set untuk pameran di muzium,  bukan artifak yang sebenar sebab yang tu semua mestinya bahan bukti yang disimpan oleh pihak berkuasa.

Selepas Ed Gein ditangkap dan dijatuhkan hukuman,  penduduk kampung yang marah dan meluat dengan apa yang berlaku (hingga kampung depa penuh dengan wartawan dan orang luar) yang datang mai nak tengok rumah Ed Gein,  telah membakar rumah tu sampai habis hangus.  

Jumlah pembunuhan:  Confirmed 2 orang ja.  Lain-lain tak tau sebab tak cukup bukti.
Meninggal dunia pada:  26 Julai 1984 pada usia 77 tahun kerana sakit tua



Gambar masa dia ditangkap.  Dia tak lah hemsem.  

Ni gambar dia bila dah tua. Dia dijatuhkan hukuman untuk ditempatkan ke tempat hospital gila.


Contoh hasil seni yang dibuat oleh Ed Gein.  Tali pinggang dari puting tetek.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...