1.3.18

Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Sewa Van di Langkawi

Van kami parked elok kat tepi challet.

Hello u olls,

Dalam catatan Resdong's Team Melawat Langkawi sebelum ni,  akak ada cerita kisah cemas kami nyaris-nyaris terlepas flight,  ini semua gara-gara Mantaro dan Awie kedekut taik ayam masin malam tu depa pakai van sebab pi cari nasi ayam tapi isi minyak RM20 ja!

Sapa yang terlepas,  boleh baca kisah dia kat bawah ni:

Minyak Habis
Hari terakhir kami kat Langkawi,  kami ambil kesempatan untuk pi ronda-ronda beli buah tangan untuk keluarga di Penang.  Dari HIG sampailah RAS,  boleh kata dua tiga kedai kat Pekan Kuah kami singgah.  Last sekali lebih kurang jam 3.30pm kami pun bertolak ke air port.  Flight kami pukul 5.30 pm,  Mamak punya flight pi KL pula jam 6.30 pm.  Walaupun akak dah check in siap-siap kat tiket flight kami,  tapi still kalau boleh 4.30pm kena ada kat airport la kan?  Sebab nak check in bag.  Dah la lani,  Air Asia kita kena print tag bag sendiri.

Tiba-tiba pukul 4.15pm,  betui-betui kami kat jalan tepi Minyak Gamat Nusantara,  MINYAK VAN kami habis.  JENG JENG JENG........Ni adalah antara sebab-sebab nak sep,  tak mau nak isi minyak banyak-banyak takut nanti terlebih pulak tinggal dalam van rugi.  Enjin van tak boleh nak start,  nasib baik kami punya pilot sangat cekap -- MANTARO pelan-pelan masuk dalam kawasan Minyak Gamat Nusantara dan parking elok bawah pokok (tak panaih).

Mantaro,  driver berkaliber.  Paha berbulu...auuuu!  Sapa-sapa nak add dia boleh follow sini:  Mantaro Resdong's


click read more



Dan tup tup,  time tu juga,  pemilik tukang sewa van kami telipon.  Akak pun habaq kat dia what happened,  dia masa tu dah tunggu elok kat airport sebab nak amik kami punya van la balik kan?  Bila dah jadi macam ni,  dia kenalah tolong kami beli minyak dan mai antar minyak kat kami.  Lokasi kami dengan airport actually dah tak berapa jauh,  lebih kurang 10 minit drive ja lagi.

Puan Siti dan suami dia pun mai ngam-ngam pukul 4.30pm lagu tu,  dia pun tolong kami isi minyak. Pastu kami terus pecut ke airport!  Alhamdulillah,  kami sampai-sampai kelang kabut masuk beg apa semua terus terbang balik PENANG.






AYAH!!!




Van Elok
So motif viral nak cerita pasai kes van ni nak habaq punya baguih tu
kang sewa van ni sebab mai tolong hantar minyak kat kami masa kami stranded kat kedai Minyak Gamat Nusantara.

Sapa-sapa nak sewa VAN kalau mai Langkawi,  akak amatlah rekemen hangpa contact terus dengan depa.  Van dah la cantek (ELOK dan SELESA),  harga murah,  boleh kautim harga.  Dan paling penting,  tauke baguih.  Apa-apa dia duk mesej dengan kita tanya semua okay ka tak!


Kadar Sewa
RM100 sehari (kami dapat harga best sebab bukan peak season)

Contact
Siti (+60 19-435 2294)
Facebook:  Siti Halijah


LET'S CHECK OUT
Catatan lain untuk trip ini:
Resdong's Team Melawat Langkawi
Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Durian Perangin Waterfall
Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Langkawi Primrose Seaview
Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Sewa Van di Langkawi
Resdong's Team Melawat Langkawi ~ BBQ by Local Chef
Resdong's Team Melawat Langkawi ~ Lunch di D'bendang Nasi Campoq Ayer Hangat

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...