7.3.18

The Lengkuas Cafe, Argyll Road, Penang



Hello u olls,

Baru-baru ini akak menerima jemputan diraja oleh owner The Lengkuas Cafe,  sebuah cafe santai yang baru sahaja ditubuhkan di negeri Pulau Pinang yang fana ini.  Bukan berkonsepkan hipster,  tetapi berkonsepkan santai.....maknanya?  U olls kalau mai sini,  mesti rasa santai dan relaks.  Takdak formal-formal.  Contohnya,  akak yang baru balik berjogging terus boleh datang sini dengan kelumbung campak-campak atas kepala.  

Sekali lagi dihabaq,  konsep cafe ini adalah cafe santai bukan cafe hipster.  Sebabnya,  dia make sure perabot dan ambiance dalam cafe ni very the santai.  Especially dia punya lagu........lagu lagu dia bukan feeling lagu-lagu jazz pompuan muda lani duk nyanyi keluar kot hidung (feeling Yuna),  tapi lagu-lagu style Ning Baizura,  Siti Sarah,  Siti Liza dan kawasan yang sama waktu dengannya.  Sesuai dengan jiwa-jiwa Melayu kita semua yang memang nak mai sini makan makanan Melayu!



Akak bersama owner,  Ms.  Yus Mie.  Semanis-manis akak,  manis lagi owner kedai ni...

Ya,  makanan kat sini adalah citarasa Melayu.  Contohnya laksa,  nasi tomato,  nasi kacang dan macam-macam lagi.  Tak mau sebut satgi hangpa baca sendiri kat bawah.  Rasa dia,  seikhlasnya.....MEMANG SEDAP. 

Bila di tanya,  pasaipa sedap?  Hangpa pakai chef mana meletops sangat ni?  So owner kedai ni habaq.......semua rasa sedap hidangan di cafe ini adalah resepi turun temurun daripada keluarga depa sendiri yang 30-40 tahun dahulu memang dah mula masak untuk berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Sungai Pinang,  Georgetown,  Penang.

Patutlah rasa semua meletops!  Oh yes,  selain main dish dia punya "pemanih mulut"  a.k.a dessert juga amatlah SEDAP.  Bubur pulut hitam,  serabai dan cake-cake dia....memang menjadi kegemaran pelanggan.

Selain walk in,  kalau hangpa teringin nak buat event / party makan untuk small group juga boleh buat kat sini!  Akak sangat rekemen!  Jom tengok gambar dan video kami rakam.

click read more


Inilah The Lengkuas Cafe,  terletak di Argyll Road.  Betul-betul depan dengan Hotel Mingood.

Bahagian depan cafe yang sesuai untuk u olls yang nak outdoor style.

Yang ni bahagian dalam,  ada aircond u olls.

Yang ni sofa duduk yang sesuai untuk u olls yang nak mai kopi-kopi jer!

 



The Gambar
One of the feature akak suka kat sini adalah depa letak frame-frame gambar macam ni.  Very the meletops.  Siapa dalam gambar-gambar ni?  Tentunya owner kedai dan juga ahli keluarga beliau yang banyak menyumbang pertolongan untuk membina cafe ini.

Hat duk melengung ni tau dak sapa?


Arwah ayah dan juga arwah nenek saudara.



The Bar
Yang ni tempat depa buat ayaq....




 




Menu
Ada macam-macam pilihan dalam menu yang disajikan di The Lengkuas Cafe,  tapi semua makanan Melayu klasik yag menjadi kegemaran kita sepanjang masa.  From nasi to bihun dan mee dan macam-macam jenis minuman dan dessert.  




Fresh Green Apple Kasturi RM9.90
Refreshing drinks lepas penat-penat jogging kan?  HAHAHA


Yogurt Drinks Mixed Fruits RM12.90
HARUS tryyyyyyyyyyyyy memang sedap!


Ice Blended Mocha RM12.90
BEST SELLER NI!  Kena try....baguih dia bubuh dalam bekaih lagu ni,  boleh on-the-go!



  
Baked Cheesecake RM7.90/per slice
Ya Allah baked cheesecake ni memang sumpah sedap.  Sangat creamy!  Memang kawan2 akak yang dah mai The Lengkuas Cafe duk habaq,  cakes kat sini memang sedap tapi sayangnya masa akak mai buat review,  cake ini sahaja yang wujud.  Cake lain dah habis dah!  So maknanya kena mai lagi la....




 
Original Serabai Penang RM5.90
I don't expect to be served Serabai here! As penduduk Taman Tun Sardon,  kita duk ingat kat market kami ja ada serabai.  Nenjia mai sini pun ada!  Kepada pembaca akak daripada Johor dan kawasan selatan,  hangpa jangan duk gelak pulak bila baca,  what the heck is SERABAI?  Serabai ni kalau orang selatan,  depa maksudkan kepada orang yang selekeh dan tak bersiap,  tapi kami kat Penang,  Serabai juga membawa maksud sejenis makanan kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan santan dan dicicah dengan kuah ala-ala sekaya gitu!  Nah...ini gambarnya macam kat atas!




Bubur Hitam RM4.90
Bubur ni punya pekat,  berlemak manis!  Sangat sedap.  Macam masak kat rumah!  Hot dessert yang semua orang kena cuba!






Nasi Lemak RM10.90
OMAIGOD nasi lemak ni memang the best.  Bau dia wangi,  nasi dia rasa...ayam dia berempah dan paling best dia punya SAMBAL.  Pedas and manis!







Nasi Tomato RM10.90
Nasi tomato lengkap!  Diserve bersama ayam masak merah,  jelatah timun,  kacang buncis goreng lemak dan telur rebus!  Memang terangkat.  Ya Allah aku rasa lapaq sebab buat review ni.





Bihun Sup Ayam RM8.90
Bihun sup ni Kak Pah yang telan,  tak kasi chance kat aku langsung.  Tau tau dah habis.  Dia punya sup Kak Pah kata,  sama rasa macam zaman dulu dulu kenangan bihun sup yang dijual oleh arwah pakcik owner yang berniaga di Sungai Pinang,  Georgetown Penang.  Sapa orang lama,  mesti tau kehebatan rasa bihun sup beliau.  Rempah ratus yang banyak,  rasa ayam yang pekat.  Puas hati!



So itulah akak nak share dengan u olls!  Jangan lupa share artikel ini!

The Lengkuas Cafe
Alamat: 161-A Argyll Road, 10050 Pinang George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Facebook page: The Lengkuas Cafe
Insta: @thelengkuas
Contact number: 016-414 7214



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...