31.5.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 2


Hello u olls,

So kita akan review part II untuk perkahwinan Meghan Markle dan Prince Harry.  Part kedua ini akan menceritakan tentang bunga tangan dan kisah disebaliknya yang penuh tradisi dan wedding cake yang dalam perihal lain pulak,  telah memecahkan beberapa tradisi.

Jom baca lebih lanjut.

click read more

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 1


Hello u olls,

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu review rasmi dari wanita agam ini tentang majlis perkahwinan diraja yang berlangsung baru baru ini semasa Ramadhan ke tiga. Tanggal 19 Mei 2018 dipilih oleh Prince Harry dan Meghan Markle yang dikatakan sebagai memberi ruang secukupnya kepada kakak ipar kesayangan, Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang akhirnya telah melahirkan anak ketiga yang merupakan putera kedua dalam keluarga baginda dan Prince William.

Semasa kita semua sedang sibuk berbuka puasa, lebih kurang 7.30 malam di seluruh Malaysia, semuanya pasti sedang menyaksikan majlis perkahwinan ini yang ditayangkan secara live melalui Youtube dan banyak muka media sosial yang lain. Begitu juga akak di rumah, disebabkan we olls takdak TV, tapi kita still on the Ipad dan blast suaranya melalui speaker mini sambungan BlueTooth yang menyebabkan nyanyian hymm gereja berkumandang di dinding-dinding ruang tamu rumah kecil kami. Kerlas kan??? Bulan Ramadhan, kot tepi baguih punya choir gereja. HAAA.......

So akak tengok light-light ja majlis ni, sebab hari tu, Kak Edeh dan Abang Manap mai berbuka kat rumah. Kenalah melayan ibu bapa kita kan....pastu malamnya lepas selesai tugas-tugas di dapur, barulah akak tonton rakaman live wedding ini sebanyak dua kali. Pertama kali yang kosong tanpa apa-apa suara komentetor (rasmi dari Youtube Windsor Castle) dan satu lagi adalah rakaman BBC yang menjemput 4 orang komentetor untuk memberi suara latar ulasan sepanjang majlis.  And then of course,  akak baca sebanyak artikel yang boleh.  Jadi akhirnya,  akak dah ready nak tulis artikel ini.  Ulasan ini akak akan bahagikan kepada 5 bahagian. Hamik kau.

Akak cuba buat sedetails yang boleh,  from fesyen to trivia.  Tapi still,  banyak lagi info lain yang akak tinggalkan.  Yang tu pandai2 la hangpa pi Google sendiri.

So, let's begin.


click read more

27.5.18

Mengidam Nak Bercuti ke Bali



Hello u olls,

Cita-cita percutian aku dari dulu pastinya lokasi yang ada pantai.  Phuket adalah salah satu destinasi impian dan aku dah sampai beberapa kali.  Perhatian pun adalah pantai fantasi yang aku dah pi.  Satu lagi lokasi pantai yang aku mengidam nak pi adalah ....BALI!  

Sangat jeles bila bukak-bukak sosmed,  hangpa semua duk pakat berhoney moon kat Bali.  Lebih menyakitkan hati,  kawan baik akak Syed Amir,  boleh kata setahun 2 kali dia akan mencemar duli kat pulau keramat itu.

Pasti ramai antara hangpa yang dah puas nak bercuti kat Malaysia ni and rasa nak ke luar Negara pulak kan?  So sebelum hangpa decide nak pergi ke Europe, hangpa pila dulu ke Bali, Indonesia. Jom bercuti ke Bali. 


Antara sebab pasaipa hangpa kena bercuti ke Bali adalah kerana tempat-tempat best yang ada kat sana. Orang Bali juga sungguh peramah. Lebih-lebih lagi bila korang ada ambil servis supir sebab supir ni akan bawak korang ke tempat-tempat yang menarik. Korang just make sure tak kena tipu k!  Tengok macam Syed Amir,  mula-mula dia pi sana travel solo gitu,  sekarang dia kalau balik Bali,  nenjia sekumpulan manusia akan menjaga beliau di sana! 



Syed Amir berposing untuk meraikan salah satu keraikan budaya Bali.  Yang pakai baju batik biru (gambar kedua) nama Made.  Lokal Bali,  pengusaha kedai bunga!  Selalu dengar macam-macam cerita pasai beliau melalui Syed Amir,  teringin nak jumpa dia live!


Orang Bali juga sungguh peramah!!
Bersama bapa Made,  Pak Renteh!  Walaupun kawan-kawan kita ini berbatik dan bertopi,  tapi mereka semua beragama Hindu.  Satu pengalaman budaya yang sangat unik!


click read more

26.5.18

Bunga Kebangsaan untuk 53 Negara-Negara Commonwealth



Hello u olls,

Disebabkan Meghan Markle telah mengabadikan sulaman berbentuk 53 jenis bunga-bunga kebangsaan daripada 53 buah negara di bawah gagasan kesatuan Commonwealth pada veilnya,  maka akak dengan semangatnya mencari senarai semua bunga kebangsaan bagi negara-negara Commonwealth ini untuk pengetahuan am kita semua.  Ini adalah sebagai lambang cinta dan semangat suaminya,  Prince Harry yang kini menjadi salah seorang ahli keluarga diraja Britain yang menerajui Commonwealth!

Kepada u olls yang fail sejarah dan kajian tempatan,  Commonwealth adalah kesatuan yang menggabungkan negara-negara yang pernah dijajah oleh British.  Jadi,  walaupun negara-negara ini termasuk negara kita Malaysia telah peroleh kemerdekaan,  namun gagasan Commonwealth membantu kita untuk membentuk hubungan politik yang kuat untuk ekonomi dan macam-macam benefit lagi.

Ingat tak dulu kita jadi tuan rumah untuk Sukan Commonwealth?  Akak ingat saat-saat itu!  So jom kita tengok senarai bunga-bunga kebangsaan bagi 53 buah negara ini.  Ada negara yang very precise tau dah apa bunga kebangsaan depa,  dah declare nama spisyis sekali.  Ada negara yang tak berapa nak confirm lagi apa bunga kebangsaan depa,  maybe sebab negara tu masih muda (baru merdeka) ataupun negara tu tak berapa nak amik kesah pun pasai benda ni.

Ada juga negara yang mempunya bunga kebangsaan yang sama dengan negara lain.  Bunga orkid dan bunga teratai adalah paling banyak persamaan.  Malah bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan Malaysia pun adalah sama dengan negara Solomon Island.  Kerlas!  Ada yang menggunakan bunga yang tumbuh di gurun,  which i found it very unique.  Malah ada yang menggunakan bunga kertas sebagai bunga kebangsaan (Dua buah negara pilih bunga kertas sebagai bunga kebangsaan iaitu Zambia dan Grenada!

click read more

23.5.18

Ramadhan Buffet Dinner 2018 "Bazaar Ramadan" @ Royal Chulan Penang


Hello u olls!

Terlepas semua jemputan review Ramadhan Buffet di hotel2 sekitar Penang sebab selalunya review untuk media members dibuat dalam tempoh sebulan sebelum Ramadhan. Tapi thanks to Vayshnavee Shunmugam and team from Royal Chulan Penang sebab jemput jugak kami mai bersama blogger lain Lia Hasty & El Darwena. Nantikan review akak dalam blog tak lama lagi.






click read more


22.5.18

Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym Desa Indah Blok 86, Relau



Sapa nak pekena western food kau-kau tapi still nak diet? Haaa hangpa kena mai sini, Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym, Tingkat 1, Flat Desa Indah Blok 86, Relau.  Dulu depa meniaga healthy food delivery (akak pernah share kat fb/blog).  Alhamdulillah, lani delivery pun depa buat....cafe pun depa bukak! Baguih-baguih.  So haruslah kita mai support.

So memandangkan depa ni punya makanan adalah bertemakan makanan sihat,  so depa pun bukak kat gym Seven Star cawangan Relau ni.  So orang balik gym,  kalau lapar boleh terus makan kat sini.  Semuanya pilihan untuk menjaga badan.

Actually akak dah mai sini before bulan April lagi tapi tak sihat punya pasai ni baru up dalam blog.  Harap Effa kecik dan Dashti sado tak marah nah!  Okay dah jom kita baca review.





click read more

21.5.18

Filem Mudhalvan [1999] Sinonim dengan Suasana Politik Malaysia Pasca PRU14



Filem Tamil ini adalah sebuah filem lakonan Arjun Sarja dan heroinnya Manisha Koirala (terkejut juga Manisha boleh cakap Tamil,  atau dia duk parroting,  im not sure).  Mengisahkan seorang wartawan yang dalam temubual bersama Ketua Menteri dia telah menyelar Ketua Menteri itu dengan beberapa soalan panas.  Bila Ketua Menteri tu dah marah,  dia cabar Arjun untuk menjadi Ketua Menteri dalam satu hari.  Makanya,  apabila dia mendapat kuasa menjadi KM untuk satu hari,  Arjun buat kerja dengan baik.  Hapuskan rasuah,  tangkap orang-orang yang menyeleweng dan paling utama,  dia memecat KM yang sedang 'tiada jawatan' tu.  At the same time,  dia terima macam-macam percubaan bunuh yang dilakukan oleh konco bekas KM.  At the end of the day,  Arjun telah menyemarakkan suara rakyat yang sudah lama terseksa akibat dari pentadbiran yang terlalu banyak rasuah.


click read more

18.5.18

Adakah Ini Serangan Psikologi?



Setelah beliau (DS Najib) 'turun takhta',  akak sangatlah kagum sebab beliau beranikan diri untuk tampil di khalayak ramai.  Bukan sahaja melalui PC yang disampaikan oleh BN dan seterusnya PC oleh barisan UMNO (masa dia umum letak jawatan),  malah setelah itu DS Najib kelihatan di khalayak ramai melalui sembahyang di masjid.  Seterusnya dalam video-video yang memaparkan semasa majlis sambutan ulangtahun UMNO yang diadakan secara sederhana (Majlis Kenduri Tahlil),  DS Najib kelihatan sayu dan hiba semasa berjabat dengan para jemputan yang hadir di kenduri itu.  Ada yang kata,  dalam video itu,  beliau menitiskan air mata kerana terlalu hiba.


Pada malam kita menyambut Ramadhan pertama,  melalui Instagram anak lelakinya,  DS Najib dilihat bersama-sama ibunya yang bertelekung,  selesai bertarawikh sempena Ramadhan pertama.
Semasa sesi pemeriksaan di rumah-rumah beliau di sekitar Kuala Lumpur,  timbul pula dua keping gambar menunjukkan DS Najib dengan baju Melayu sedang memerhati polis melakukan tugas-tugas geledahan.  Gambar beliau tertidur di sofa kerana letih (jam 5 pagi) menanti polis-polis menjalankan tugas juga menjadi perbualan umum.


Persoalannya,  kita ni semua kena kasihan ka kat beliau ataupun kita kena pikiaq juga sama ada ini adalah satu serangan psikologi?

click read more

17.5.18

MET GALA 2018 - Gereja dan Fesyen



Hello u olls,  pada 7 Mei 2018 telah berlangsungnya MET GALA 2018 di Metropolitan Museum of Art, New York City, New York, United States.  Kepada yang sudah arif,  memang setiap tahun akak akan membuat review penuh mengenai event ini.  Sebab akak memang suka tengok yang cantek-cantek,  especially fesyen yang cantek-cantek.  Fesyen adalah satu olahan seni!  Ada yang suka lukisan,  ada yang suka filem,  ada yang suka bunyi.  Akak suka semua,  termasuklah olahan seni dalam fesyen.

Jadi kepada u olls yang tak tau apa MET Gala tu?  MET adalah short form kepada Metropolitan Museum of Art yang terletak di New York.  Muzium depa ni sempoi sebab ada satu seksyen yang mendedikasi khas kepada perkembangan fesyen.  Saban tahun,  muzium ini akan berkolaborasi bersama majalah fesyen orang kaya dan 'ada-ada' sahaja iaitu Vogue untuk mengadakan sebuah majlis makan malam atau gala untuk mengutip sumbangan dan dana untuk disalurkan ke arah penyelidikan perkembangan fesyen di institusi muzium itu.

Disebabkan editor majalah itu adalah seorang yang sangat berpengaruh (Anna Wintour) dan penglibatan pereka fesyen hebat malah selebriti yang berebut-rebut untuk terpilih menjadi hiasan di karpet merah MET gala,  sudah pasti,  pencinta fesyen seluruh dunia akan tertumpu kepada event besaq ini.

Setiap tahun,  pasti ada tema-tema tertentu yang ditetapkan.  Tahun ini tema depa adalah Heavenly Bodies: Fashion and the Catholic Imagination.  So meletops kan?  Tidak dinafikan semua agama dan budaya di dunia ini mempunya olahan seni yang tersendiri.  Agama Kristian antara agama yang menganjurkan olahan seni yang menggambarkan ikon penting dalam agamanya seperti Jesus dan Mary.  Dari fesyen rahib dan paderi hingga ke pope,  reka seni bina gereja dan semuanya yang berkembang di sekelilingnya menjadi inspirasi untuk tema MET Gala tahun ini.  Jom baca lagi!


click read more

MET GALA 2018 - Part 3


Hello u olls,

Welkem to part 3, kalau sapa yang terlepas untuk baca review utama dan ulasan part 2, takpa, kat bawah nanti akak share link siap-siap. Akak susun ikut kategori. Dan tak semua akak komen ye, kalau akak memang takdak apa nak cakap kat baju tu, akak tak cakap.

ELEGANZA
Kategori ini akak khaskan untuk they olls yang pakai dress yang amik elemen gereja tu sikit sikit sahaja dan inteprate menjadi gaun/dress yang elegen. Harap u olls setuju dengan pilihan akak.

Anna Wintour In Chanel Couture
Kepada Mama Gina,  haaa nenjia...tengok Kak Anna pakai apa.  Haruslah Chanel!


click read more

MET GALA 2018 - Part 2



Hello u olls,

Let's get to business.  Okay post MET GALA 2018 - Part 2 dan Part 3,  akak bubuh semua gambar selebriti yang memperagakan fesyen di karpet merah event ini.  Jom baca.  Akak susun mengikut kategori tertentu.


POPE RIRI
Satu-satunya orang yang akak bubuh dalam kategori ini adalah Rihanna.  Kategori Pope Riri,  walaupun ramai yang mengambil inpirasi fesyen para paderi,  cardinal,  rahib malah pope,  tapi akak rasa,  Rihanna sorang yang betul-betul mengambil inspirasi fesyen pope ke arah tahap yang lebih tinggi.

Rihanna In Maison Margiela Artisanal by John Galliano

Kerlas pope tunjuk paha.  Confirm ramai nak convert to Christianity.

I like the fact that she makes her make up so grayish and subtle.  Sebab bagi orang focus kat baju dia!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE