22.5.18

Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym Desa Indah Blok 86, Relau



Sapa nak pekena western food kau-kau tapi still nak diet? Haaa hangpa kena mai sini, Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym, Tingkat 1, Flat Desa Indah Blok 86, Relau.  Dulu depa meniaga healthy food delivery (akak pernah share kat fb/blog).  Alhamdulillah, lani delivery pun depa buat....cafe pun depa bukak! Baguih-baguih.  So haruslah kita mai support.

So memandangkan depa ni punya makanan adalah bertemakan makanan sihat,  so depa pun bukak kat gym Seven Star cawangan Relau ni.  So orang balik gym,  kalau lapar boleh terus makan kat sini.  Semuanya pilihan untuk menjaga badan.

Actually akak dah mai sini before bulan April lagi tapi tak sihat punya pasai ni baru up dalam blog.  Harap Effa kecik dan Dashti sado tak marah nah!  Okay dah jom kita baca review.





click read more


The Food
Western food kat sini ada macam2, ikan salmon, spagetti, Swedish meatballs, kambing, daging semua ada. Tapi semua style masakan orang nak buat badan macam Awie Resdong's Zam dan nak kurus models macam akak. Tiada perisa tiruan. Tiada sos ready made. Semua depa buat sendiri dengan mixed herbs.

Harga pun tak mencekik. Between RM8- RM15 satu dish. Paling penting sedapppp dan potion besaq.

Kami cuba Lamb Grill, Spaghetti aglio salmon, Grilled chicken thigh, Caesar salad dan chocolate avacado pudding. Gilaaa sedap! Akak bagi 5 bintang!!


Lamb Grill  RM16
Grilled lamb dia diperap menggunakan rempah adunan sendiri,  pastu dia bubuh gravy yang sangat sedap.  Black pepper macammana ka.  Served dengan steamed vege dan mashed potato.  Potion besaq!




Grilled chicken thigh  RM13
Sama juga,  dia grilled dengan rempah rahsia depa.  Tak berminyak,  yang minyak duk ada pun,  adalah lemak dari kulit ayam tu sikit.  Served dengan steamed vege dan mashed potato.  Potion besaq!




Spaghetti Oglio Salmon  RM20
Yang ni best!  Spaghetti oglio dia simple taste with chilli flakes,  herbs & cheese.  Pastu grilled salmon kat ataih dengan hirisan lemon.  Yes,  salmon dia size besaq!







Caesar Salad Chicken RM10
Potion besaq,  sayur banyak dengan isi ayam yang dipanggang dengan rempah!



Chocolate Avacado Pudding  RM12
Satu jar ni RM12 tapi aku paham pasaipa mahai sikit.  AVACADO mana murah!!! Kita kena start tanam pokok avacado kat Malaysia baru buah ini akan murah.  Sedap wehs pudding ni.  Dia tak pakai gula,  dark chocolate dan madu sahaja.  Pastu tabur chia seed kat atas.  Meletops!  Ni kira dessert untuk orang diet la.




MenuIni adalah gambar menu yang akak rakamkan!

 


Location
Ha nak mai sini tricky sikit. Hangpa cari ja dalam Google Maps/Gps - Desa Indah Blok 86, Relau.  So hangpa akan jumpa la satu flat.  Tak boleh parking kat dalam,  unfortunately kena park outside dan jalan kaki sikit.  So hangpa jalan naik flat tu,  naik tingkat satu.  Ikut papan tanda Seven Star Gym.  So kat atas tu hangpa masuk Gym tu...terus pi kat cafe dia.  Mengadap studio depa duk zumba u olls.





Rasa serba salah la sikit,  orang duk zumba.  Hang duk mentekedarah.


Dashiefa Healthy Food Cafe @ Seven Star Gym Desa Indah Blok 86, Relau
Alamat:  Seven Star Gym, Level 1, Desa Indah Blok 86, Relau, Persiaran Paya Terubong, Desa Indah, 11900 Bayan Terubong, Pulau Pinang
Facebook: Dashiefa Healthy Food
Operating Hour: Mon - Fri (5pm - 10pm)
WhatsApp: www.wasap.my/0174730650


Gambar akak, tauke dan kawan2.
Okay ini adalah gambar-gambar we olls.



Okay,  depa dorang ni la owner cafe.  Dashti the husband (tukang masak),  Effa the wife (marketing).


Makan bersama dua orang pak gemok ni.





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...