27.5.18

Mengidam Nak Bercuti ke Bali



Hello u olls,

Cita-cita percutian aku dari dulu pastinya lokasi yang ada pantai.  Phuket adalah salah satu destinasi impian dan aku dah sampai beberapa kali.  Perhatian pun adalah pantai fantasi yang aku dah pi.  Satu lagi lokasi pantai yang aku mengidam nak pi adalah ....BALI!  

Sangat jeles bila bukak-bukak sosmed,  hangpa semua duk pakat berhoney moon kat Bali.  Lebih menyakitkan hati,  kawan baik akak Syed Amir,  boleh kata setahun 2 kali dia akan mencemar duli kat pulau keramat itu.

Pasti ramai antara hangpa yang dah puas nak bercuti kat Malaysia ni and rasa nak ke luar Negara pulak kan?  So sebelum hangpa decide nak pergi ke Europe, hangpa pila dulu ke Bali, Indonesia. Jom bercuti ke Bali. 


Antara sebab pasaipa hangpa kena bercuti ke Bali adalah kerana tempat-tempat best yang ada kat sana. Orang Bali juga sungguh peramah. Lebih-lebih lagi bila korang ada ambil servis supir sebab supir ni akan bawak korang ke tempat-tempat yang menarik. Korang just make sure tak kena tipu k!  Tengok macam Syed Amir,  mula-mula dia pi sana travel solo gitu,  sekarang dia kalau balik Bali,  nenjia sekumpulan manusia akan menjaga beliau di sana! 



Syed Amir berposing untuk meraikan salah satu keraikan budaya Bali.  Yang pakai baju batik biru (gambar kedua) nama Made.  Lokal Bali,  pengusaha kedai bunga!  Selalu dengar macam-macam cerita pasai beliau melalui Syed Amir,  teringin nak jumpa dia live!


Orang Bali juga sungguh peramah!!
Bersama bapa Made,  Pak Renteh!  Walaupun kawan-kawan kita ini berbatik dan bertopi,  tapi mereka semua beragama Hindu.  Satu pengalaman budaya yang sangat unik!


click read more


DO THE PLANNING!
Pernah sekali tu,  dengar dari seorang kawan,  dia kata honeymoon dia ke Bali tak best!  Aku macam pelik!  Pasaipa tak best pulak?  Macam-macam benda boleh buat kat sana.  Night life,  tengok pemandangan cantek,  tengok culture,  tengok budaya dan senibina!  Rupa-rupanya bila skodeng blog dia,  dia cerita la...percutian dia dan suami ke Bali jadi tak best sebab depa tak buat planning awal.  Depa beli flight sahaja!  Dah sampai sana baru gigih nak cari hotel.  Kisahnya,  dapatlah hotel yang sedih pastu dengan harga yang mencekik!  Haruslah plan lain semua menjadi tahi.

So akak nak share la kat hangpa semua pasal satu web dan apps yang dapat tolong hangpa untuk buat booking hotels dan flight. Kalau hangpa nak tau apps atau web apa, hangpa cari saja Traveloka. A one stop centre hangpa boleh buat booking untuk hotel dan flight. Senang kalau hangpa nak bandingkan harga. So sekarang ni hangpa boleh fly dari Kuala Lumpur to Bali dengan bermula di hujung jari. Tak payah nak pakai travel agency apa bagai and hangpa boleh DIY. Menarikkan? Yup pengalaman nak booking pun dah best. 

Syed Amir berposing di Old Man Surf Club is in Canggu, Bali. It's a palce where all the surfers  will go to eat n shower and rehat lepas surfing tepi pantai.


TEMPAT BEST!
Okay mai sini nak share dengan hangpa beberapa tips dan info pasai Bali.  Antara pilihan tempat yang bagus untuk hangpa adalah Kuta kerana kependudukan di Kuta lebih padat daripada Ubud, Legian dan Seminyak. Hangpa takkan rasa bosan bila berjalan pada waktu malam. Haa...bestla u olls malam-malam banyak night life activity!  

Ada kedai makan yang meriah untuk lepak dengan kawan-kawan. Oh ya! Dekat Kuta juga ada banyak pilihan hotel bajet yang kelihatan mewah tapi murah ada sekitar RM150 dan kebawah.  Kerlas..... Sekarang estimation kos penginapan adalah RM150 untuk satu malam. Lebih murah kalau datang dengan kawan. Boleh jadi RM75 dan kebawah untuk satu malam. Kalau nak rasa experience yang berbeza,  hangpa boleh juga book tempat lain kot-kota nak ubah selera di hotel. 


Ini adalah nasi tumpang makanan tradisi orang Bali.  Dimasak oleh kawan-kawan di Bali untuk Syed Amir sempena birthday beliau baru-baru ini!

Sebelum ni,  masa family Syed Amir pi Bali,  kawan-kawan kat sana masakkan satay Bali dan Soto Ayam!  Meletops.


Walaupun lebih daripada 80 peratus orang Bali menganuti agama hindu, hangpa janganla risau pasai makanan halal.  Sebab senang sangat nak cari makanan halal dan murah kat sini.  Paling penting,  KFC di Bali adalah halal ya. Sama dengan Malaysia, kat Bali pun ada gerai makan atau warung yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding restoren mewah.  So far makan kat sana kos dia lebih kurang je. Kalau korang makan kat gerai murahlah harga dia tapi kalau korang makan kat restoran mewah so harga dia pun mewah. 

Lagi satu yang aku nak suggest kat hangpa adalah masa kat sana hangpa wajib guna servis supir.  Depa ni akan tolong bawak hangpa pi tempat-tempat yang menarik macam Tarian Barong, Tarian Api Kechak, Monkey Forest Sanctuary, Tegallalang Rice Terrace, Tanah Lot dan Pantai Kuta. Tempat-tempat ni wajib hangpa pergi kalau tak memang rugi la aku cakap.  Berjuta-berjuta keping kita dapat tengok budaya orang-orang kat sana, lagipun hangpa boleh tambah knowledge and maybe korang dapat belajar sesuatu masa kat sana. 


Ini gambar kenangan Syed Amir menyaksikan Tarian Api Kechak back in 2013!

THE ISLAND OF LOVE
Untuk pengetahuan hangpa, Bali dikenali dengan beberapa gelaran terkenal seperti Pulau Cinta, Pulau Keamanan, Pulau Ketuhanan, Pulau Hindu atau Morning of The World. Sungguh unik gelaran Bali ini dan hangpa akan faham dengan sendiri pasaipa Bali dapat gelaran macam tuh bila hangpa sendiri merasa bercuti di Bali nanti. 

Bali ni adalah sebuah pulau yang kaya dengan kebudayaan serta kesenian. Kebanyakkan temple ada seni reka yang tersendiri. Persembahan tarian Kecak dan tarian Barong dan Kris adalah dua persembahan yang harus korang nikmati bersama pasangan korang. Serius majikal!

Hangpa boleh juga enjoy suasana senja yang romantik di Tanah Lot Temple. Ramai pelancong datang sini untuk menyaksikan terbenamnya matahari sekitar desiran ombak pantai yang pecah diatas batu. Haa kan dah macam ayat novel u olls!   Yes,  kalau nak tahu lebih lanjut korang kena pergi sana sendiri dulu k. Nanti share la kat blog dan sos med hangpa!  Akak pun nak tau macam mana experience hangpa kat sana nanti. Semua yang akak dah cadang kat atas ni,  hangpa kena masukkan dalam MUST-DO-LIST hangpa bila pi Bali nanti!  


Penat tau aku buat artikel camni, aku nak hasut hangpa semua untuk ada impian sama macam akak.  Satu hari kita semua akan sampai kat Bali.  Penat aku tulih panjang-panjang lagu ni,  kalau at the end of the day,  takdak sekelumit pun dalam hati hangpa nak pi Bali!  

So u olls, jangan kecewakan akak okay.

ps/  Terimalah gambar-gambar percutian Syed Amir ke Bali yang akak cilok dari Facebook dia!



2 comments:

  1. benci la kak jumie ni. huhuhuhuhu...
    kita mmg nk gi sana, tp buat-buat lupa dah.
    sekaliii... tudiaaaaaa.... 1 artikel pasai BALI ja.

    ReplyDelete
  2. memang sejak azali keluar perut memang da pasang impian nak p bali kak oi..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...