12.6.18

Royal Wedding 2018 Meghan Markle dan Prince Harry : Part 5



Helo u olls,

Disebabkan majlis perkahwinan ini adalah antara kerabat keluarga diraja Britain dan aktres dari Amerika Syarikat yang bermastautin di Kanada,  maka selain daripada kaum kerabat istana,  para selebriti dari UK,  Amerika Syarikat malah Kanada juga turut dijemput ke majlis perkahwinan ini.  Kalau dibandingkan dengan majlis perkahwinan Kate dan William pada tahun 2011 yang lalu,  akak rasa,  para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan M & H ini adalah lebih meriah.

Disebabkan majlis perkahwinan ini diadakan pada penghujung musim bunga yang sedang beralih ke musim panas,  maka ramai antara tetamu memilih warna yang terang,  corak flora dengan potongan yang singkat dan mudah.  Tapi tak dinafikan,  ada juga beberapa selebriti yang pakai baju macam nak pi majlis pengebumian.

Apa pun,  u olls boleh tengok lah kat sini sapa selebriti yang dijemput yang betul-betul rapat dengan M & H.  Akak macam sedih awat Donald Trump dan Melania tak dijemput,  sebab kalau depa tu dijemput,  akak nak tengok sangat-sangat apa Melania pakai!

Jom baca.



George Clooney & Amal Clooney
PALING SUKA BAJU AMAL sebab potongan dan warnanya.  Potongan dress ini sangat simple.  Tidak ketat dan ada labuhan unik di belakang.  Nampak labuh kot belakang macam mana ka.  Apa pun,  warna kuning ini sangatlah menarik dan membuatkan beliau stand out semasa berjalan masuk gereja malah semasa beliau dalam gereja tu sendiri.  Amal mengenakan dress dari Stella McCartney,  topi by Stephen Jones,  clutch by TALA dan kasut oleh Aquazzara.  Manakala George Clooney memakai suit dari Giorgio Armani.


 


James Blunt & Sofia Wellesley
Sofia Wellesley adalah isteri kepada penyanyi terkenal YOU'RE BEAUTIFUL.  Baju dia daripada Valentino.  Kain sulam macam mana ka...akak suka sangat.  And dia punya head dress pun unik dan cantek.  Macam kain napkin keraih kita buh kat banquet hotel,  pusing-pusing keraih jadi bunga.





Carey Mulligan & Marcus Mumford 
Carey Mulligan pakai dress oleh Erdem.  Sangat simple dan santai.





Serena Williams in Atelier Versace
Serena memang over!  Dia duk posing sakan dari awai.  Akak suka semua,  dress dia,  kasut dengan heels tebai dia,  head dress dia kecuali dia punya rantai Bulgari nampak macam bulky semacam dan tak masuk.





Oprah Winfrey In Stella McCartney
Dikatakan,  sebenarnya mula-mula Oprah bok mai baju apa ka.  Tapi rupa-rupanya baju tu warna terlalu putih dan nanti nampak over shadow pengantin.  So dia cepat-cepat call Stella McCartney dan teruih siaplah baju ni.  Tetek Oprah nampak seketoi punya besaq.  Sakit pinggang akak memerhatikannya.  Akak suka beg Kak Oprah pakai oleh Gabriela Hearst.  Memang meletops.  Topi of courselah dari Philip Treacy dan kasut oleh Mary Jane.  Mak ayam ni sorang over pakai spek mata sambil jalan tengah panaih.






Akak pelik awat Oprah duduk hujung sekali.


Priyanka Chopra in Vivienne Westwood
Perempuan ni pun over..................sama macam Serena William.  Ramai puji kata dress dia by Vivienne Westwood sangat cantek,  tapi tidakkah hangpa setuju dengan akak untuk mengatakan dress ini membuatkan beliau nampak tok tok.  Maksudnya nampak tua la u olls.  Dengan warna dan topi Philip Treacy dia tu,  dia nampak tua.  




Sabrina Dhowre in Gucci
Tunangan kepada pelakon kacak yang akak taste sangat-sangat,  Idris Elba iaitu Sabrina Dhowre memakai full set Gucci style. Nampak sangat pelik sebab dia pakai semuanya Gucci siap ada lambang logo apa semua (hijau dan merah). Walaupun hakikat dia adalah cantek dan meletops,  tapi untuk pakai dress yang nampak logo logo brand ni semua sangatlah tak okay.  Dari jauh duk nampak macam dia pakai uniform apa ka.






Victoria Beckham in Victoria Beckham
Mak ayam ni bila masa pun akan nampak macam berkabung.  Baju dia pakai of course dari label dia sendiri,  tapi topi dia oleh Stephen Jones.  Cuma yang lainnya kali ini,  beliau pilih untuk pakai heels warna oren.  Apa pun suami dia yang elok iaitu David Beckham memakai suit Dior Homme by Kim Jones.



 

Eloknya Abiang Devid........

THROWBACK PHOTO

Ni gambar depa masa attended wedding William dulu.  Still nak kena warna gelap gelap kan?


Charlotte Riley in The Vampire’s Wife
Isteri kepada Tom Hardy pakai dress yang meletops.  Walaupun ramai yang kutuk sebab nampak gothic tapi akak rasa gothic look ini unik especially dia punya topi oleh Philip Treacy.  Pilihan yang tepat.  Kasut beliau oleh Rupert Sanderson dan beg tangan oleh Vampires Wife.
Sempoi kan jenama ni nama Vampires Wife??


 



Sarah Rafferty in Lanvin
Beliau adalah rakan pelakon kepada Meghan dalam cerita Suit.  Dress ini dari Lanvin.  Lanvin ni dia ada style dia sendiri.  Pelik,  tapi kalau kena gaya....elok.



Chelsy Davy
Kesian perempuan ni kena troll teruk kat internet.  Beliau adalah bekas kekasih kepada Prince Harry yang turut hadir ke majlis perkahwinan ini.  Tak tau dia pakai baju sapa tapi nampaknya macam terlalu pendek/singkat.  Dengan ropol yang over,  rambut yang tak dicurl elok,  kasut macam nak pi clubbing,  topi buku cacak hitam,  dia nampak macam serabai sangat. Kasut dia pakai oleh Alaia shoes dan handbag Chanel.



Caroline Greenwood in MatchesFashion

Tak tau sapa perempuan ni tapi dia nampak sangat kampung.  Awat ingat orang puteh takdak ka yang kampung2 taste macam Ramlah Ram?  Ini bukti.


Delfina Blaquier in Archeval Pampa
Ni semua gang-gang Meghan Markle rambut merepek.  Baju dia...erm......tak tau la...bohsanlah.



Jacinda Barrett in Emilia Wickstead
Deni punya look very meletops.  Potongan dress atas buku lali menampakkan beliau very the langsing dan sopan.  Kasut Jimmy Choo dia sangat seksi.  Topi of course dari Philip Treacy.





Troian Bellisario In Temperley London

Troian Bellisario adalah isteri kepada salah seorang pelakon Suits.  Cantek la dress dia semua.  Very the manis.  Kasut oleh Sophia Webster dan dia pakai beg tangan silang bahu (hangpa tengok betul-betul baru nampak) jenama Tyler Ellis.



Julia Carey in Tom Ford
Bini kepada James Corden tak pernah salah dalam berfesyen.  Akak rasa dia pandai!  Topi dia pakai oleh Stephen Jones Millinery, kasut by Christian Louboutin dan beg tangan kecik oleh Edie Parker.




Janina Gavankar
 Beliau berani mengenakan pakaian vintej dari Western Costume.  Kasut oleh Sigerson Morrison dan clutch dari Saint Laurent. Hangpa suka ka?




Gina Torres In Costarellos
Walaupun baju dia nampak macam kain tingkap rumah tok kita,  tapi dia still nampak ohsem.  Dia berani pakai topi ala-ala koboi perempuan.





Cressida Bonas in Eponine London
Perempuan ni pun adalah bekas kekasih Prince Harry.  Akak suka baju beliau,  sangat berani,  kemas dan mahal. Topi beliau oleh Rachel Black Milliner Pink Feather.



Abigail Spencer In Alessandra Rich
Kesalahan dia selain daripada pakai baju macam perempuan perempuan kerja office tahun 1970an,  dia pi jalan sebelah Prinyaka Chopra.  SANGAT SALAH!  Tapi nak ikutkan baju dia ala-ala vintage ni letops juga,  tapi mana-mana pun susah aku nak google gambar dia seorang.  Semua gambar dia sebelah pompuan Chopra ni.




Joss Stone in Hobbs
Ramai yang kutuk kata makcik ni terlalu santai,  terlalu simple dan very the orang pi sembahyang kat Gereja pada hari Ahad yang santai.  Sebab mai royal wedding kan so orang expect something yang over?  Tapi personal style perempuan ni memang macam ni.  Akak suka dress dia,  make up dia,  kasut dia matching clutch dia.  Okay la haih!



Chloe Madeley in Reiss
Ramai yang kecam sis ni sebab masuk gereja pakai dress nampak-nampak bahu semua.  Betui la pun!


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...