31.7.18

Online Floral Stylist Menawan.My ~ Penaja Flower Basket untuk Majlis Jamuan Raya Kelab Setiausaha USM



Seperti biasa,  setiap tahun  Kelab Setiausaha mesti nak kena buat jamuan hari raya untuk geng-geng SU seluruh kampus.  Tahun lepas,  bila kami mula-mula dilantik jadi AJK,  jamuan hari raya ni lah event pertama yang kami handle,  tahun ini tahun kedua,  kami buat event sama juga tapi kelainannya tahun ini kami jemput kakak-kakak yang sudah dan akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Untuk menjadikan majlis tu lebih bermakna,  kami terpikir untuk bagi jambangan bunga kepada setiausaha-setiausaha yang telah banyak berjasa ni. Maka, akak pun tanya-tanya kat Facebook,  "Ada sapa-sapa sudi nak sponsor bunga untuk event kami?" Alhamdulillah, tak lama lepas tu ada satu company mai PM akak.

Punyalah impressed u olls sebab bila dia PM,  bagi infor semua,  akak bukak IG dia...fuiiyoooo bunga dia semua cantek-cantek nampak ekslusif macam satu jenama online florist tu akak tak mau sebut nama ampa mesti tau.  Tapi hat tu mahai u olls!

Orang yang nak sponsor ni nama depa Menawan.MY.  Depa sebenarnya adalah franchise besar dan kini ada cawangan utara iaitu di Sungai Petani,  tapi boleh delivery sampai Penang u olls.  Akak punya sukala berurusan dengan owner Menawan.MY ni,  mesra,  CEPAT dan paling penting.....kita tak dan nak tanya...semua info dia dah bagi!  Walaupun dia sponsor kita...tapi kita rasa macam kita bayar dia RM2.6 billion untuk buat bunga ni.

Pastu kita ni,  segan la nak demand-demand kan,  tapi u olls.  DEPA SPONSOR KAMI BUNGA HIDUP OKAY....siap mai arrange hantar bunga-bunga tu sampai ke venue.  Dan of courselah kami semua sangat puas hati sebab bunga-bunga dia hantar sangat cantek.  Depa-depa ni semua duk service elok,  nampak bunga ni terus semua pakat sibuk nak pencen.  🤣🤣🤣


Small basket arrangements for Secretary Club 💕 | RM65 each (exclude delivery)

30.7.18

“Surf and Turf” and ”Burger Bonanza” at Eastin Hotel Penang

Selfie oleh dua bijik burger!

Hello u olls,

Haaaaa...sapa feeling nak makan-makan western food style nak makan kat tempat yang best, selesa, feeling-feeling di hotel dan paling penting sedap! Jom mai try promo Surf and Turf and Burger Bonanza di Eastin Hotel Penang.

So apa tu Surf and Turf and Burger Bonanza?  Dua promo ini dah dimulakan sejak 1 Julai 2018 yang lalu dan akan last hingga bulan September.  Surf and Turf adalah sajian grilled style yang menggabungkan daging atau ayam dengan menu seafood yang diperap,  Burger Bonanza of courselah burger.

Terima kasih banyak-banyak kepada team Eastin Hotel Penang sebab jemput akak untuk review dua promo ini untuk tatapan u olls semua!  Okay jom kita baca lebih lanjut,  akak confirm lepas hangpa tengok gambar-gambar dan details, terus hangpa angkat fon satu kali dan buat booking.  Jom baca.


Say Hello to our Cat!!


Hello u olls,

Okay akak tak bubuh pun sangat cerita pasai kucing kat Facebook sebab orang-orang tua kata,  jangan duk tunjuk sangat gambar anak kita kat orang nanti 'kena mata' anak kita nanti selalu sakit.  Tambah pulak anak comei macam mak dia,  silap hari bulan tak dan besaq mampuih teruih.

Tapi sebab lani anak kucing kami dah besaq dah,  so akak nak share la dengan u olls.  Kisahnya,  akak dan En. Khafi memang dari dulu suka sangat-sangat bela kucing.  Walaupun suami akak ni seorang penghidap penyakit asthma,  tapi tetap gigih nak bela.  Masa duduk rumah kampung dulu lain,  kucing boleh masuk keluar rumah bebas dan takdak la terkurung dalam rumah sahaja.

29.7.18

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by the Beach


#LambangKecantikan.  Haa nampak akak punya posing sampai langit kat belakang duk mai mendung teruih.


Hello u olls!

Haaaaa...hari tu akak dah share kat Facebook,  tapi tak dan nak tulis kat blog.  Allahuakbar,  since pindah office baharu memang tak menyempat nak update blog.  Sorry sangat-sangat,  tapi nasib baik....promo istimewa oleh Flamingo Hotel by the Beach akan berlangsung sehingga 100 hari.  Akak harap u olls tidak lepaskan peluang ini.

Lunch buffet diberi nama "100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch" dah mula sejak 17 Jun yang lalu dan offer ini hanya pada hari Ahad sahaja.  So kalau bahagi dengan tempoh promo 100 hari,  ada lebih kurang 15 hari hujung minggu dan kalau tak silap pada perkiraan akak,  sampai 9 September 2018 (Check dengan pihak hotel untuk lebih tepat sebab mungkin ada perubahan dari semasa ke semasa). 

Semangat Malaysia Baru!

Bergantung kepada tempahan untuk minggu itu,   kalau terlalu ramai,  pihak hotel akan buka kaunter makanan kepada beberapa bahagian yang besar supaya selesa dan senang nak ambil juadah.  Dan u olls boleh pilih untuk booking tempat duduk kat mana,  kat dalam dewan,  kat tepi swimming pool atau dalam cafe.

click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE