31.7.18

Online Floral Stylist Menawan.My ~ Penaja Flower Basket untuk Majlis Jamuan Raya Kelab Setiausaha USM



Seperti biasa,  setiap tahun  Kelab Setiausaha USM mesti nak kena buat jamuan hari raya untuk geng-geng SU seluruh kampus USM.  Tahun lepas,  bila kami mula-mula dilantik jadi AJK,  jamuan hari raya ni lah event pertama yang kami handle,  tahun ini tahun kedua,  kami buat event sama juga tapi kelainannya tahun ini kami jemput kakak-kakak yang sudah dan akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Untuk menjadikan majlis tu lebih bermakna,  kami terpikir untuk bagi jambangan bunga kepada setiausaha-setiausaha yang telah banyak berjasa ni. Maka, akak pun tanya-tanya kat Facebook,  "Ada sapa-sapa sudi nak sponsor bunga untuk event kami?" Alhamdulillah, tak lama lepas tu ada satu company mai PM akak.

Punyalah impressed u olls sebab bila dia PM,  bagi infor semua,  akak bukak IG dia...fuiiyoooo bunga dia semua cantek-cantek nampak ekslusif macam satu jenama online florist tu akak tak mau sebut nama ampa mesti tau.  Tapi hat tu mahai u olls!

Orang yang nak sponsor ni nama depa Menawan.MY.  Depa sebenarnya adalah franchise besar dan kini ada cawangan utara iaitu di Sungai Petani,  tapi boleh delivery sampai Penang u olls.  Akak punya sukala berurusan dengan owner Menawan.MY ni,  mesra,  CEPAT dan paling penting.....kita tak dan nak tanya...semua info dia dah bagi!  Walaupun dia sponsor kita...tapi kita rasa macam kita bayar dia RM2.6 billion untuk buat bunga ni.

Pastu kita ni,  segan la nak demand-demand kan,  tapi u olls.  DEPA SPONSOR KAMI BUNGA HIDUP OKAY....siap mai arrange hantar bunga-bunga tu sampai ke venue.  Dan of courselah kami semua sangat puas hati sebab bunga-bunga dia hantar sangat cantek.  Depa-depa ni semua duk service elok dalam USM,  nampak bunga ni terus semua pakat sibuk nak pencen.  🤣🤣🤣


Small basket arrangements for USM Secretary Club 💕 | RM65 each (exclude delivery)






Selain flower bouquet,  flower baskets....depa juga buat delivery bunga + hadiah baby baru beranak,  konvokesyen,  melawat orang sakit dia bubuh dengan buah-buah,  HANTARAN KAHWIN dan macam-macam lagi.   Yang terkini depa buat bread bouquet unik u olls...bunga ada roti!  Dia punya design very the modern dan meletops.

MENAWAN.MY
Online Floral Stylist.  Let the heart blooms with Menawan! ✨
#bemenawan ▪️SA0350575-X
KDH | PEN | KUL
✉️ menawanmy.order@gmail.com
📱+60125162283
CLICK👇🏼ORDERS & ENQUIRIES:  goo.gl/Vtdqfb
Follow IG:  @menawan.my
Follow FB:  Menawan MY

Akak sangat rekemen u olls amik dengan depa ni sebab tengok kualiti kerja sangat bagus dan paling penting FAST RESPONDS!!   Hangpa kena check out page depa ni.


Ini antara gambar penerima bunga.

Kak Samrah,  SU Jabatan Pembangunan USM.


Puan Lean Si,  bekas SU USM yang kini sudah bersara.  Nama dia sangatlah otai gate keeper TNC RI suatu masa dulu.

Shila,  SU IPS USM.

Bunga untuk Datuk NC.  Terima kasih Datuk sudi mai....ps/ 👜 tu Datuk punya,  akak duk tolong pegang sambil feeling.  Datuk NC pakai Charles and Keith jaaaaah u ollls.....hangpa semua kalut duk himpun duit beli LV bagai.


Thank you Datuk VC USM
Sekali lagi,  event kami diserikan dengan kehadiran YBhg.  Profesor Datuk Asma Ismail,  Naib Canselor USM.  Walaupun beliau demam dan tonsil makin membengkak,  dia tetap mai sua muka jumpa kami semua.  Tahun lepas,  masa tu akak first time jadi Presiden Kelab dan depa semua paksa akak duduk sebelah Datuk masa jamuan,  maka wanita binatang macam akak teruih tiba-tiba terpaksa bertukar menjadi haiwan jinak yang tenang dan diam di tepi apa pun tak boleh sembang.  Tapi alhamdulillah,  tahun ni keyakinan tu lebih tinggi dan akak pun sembang-sembang sikit dengan Datuk.  Sembang punya sembang,  sekali dia pun kata "Oh....hang la Jumie.  Depa selalu duk sebut Jumie-Jumie,  aku tak tau sapa dia.  Bila nak makan ja...depa akan kata...nanti kita tanya Jumie....awat hang pandai rekemen-rekemen makan ka?"

Haaa....tepuk!!

Pastu akak pun dengan kembang kuncup tali kecapi pun kata lah... "Sebenarnya Datuk,  saya duk tulis blog.  So hotel-hotel kat Penang ni,  kalau kata nak suruh review makan dan promote,  depa panggil la saya,"

"Depa panggil hang buat apa?"

"Pi makan buta la...habih belakang balik nanti saya tulis la dalam blog saya."

"Rajin hang menulih na.." begitulah lebih kurangnya.

Sekian sahaja cerita pasai Majlis Hari Raya Kelab Setiausaha dan paling penting sekali...thank you so much MENAWAN.MY sebab sponsor bunga untuk kami.


Bersama Datuk VC
Sesi wajib....Datuk ambil gambar dengan semua SU USM.  Akak masih dengan 👜 Datuk. #taklepas



Jamuan Yang Meriah
Kelab sediakan makanan utama like ketupat,  satay dan sebagainya.  Pastu kami lain-lain semua bawak pot luck,  macam-macam ada u olls.  Ini antara gambar akak sempat ambil,  nak ikutkan ada banyak lagi,  mee goreng,  murtabak,  kek (Cheese cake durian,  cake marble,  brownies....ya Allah lapaqnya nak type),  cream puff,  kuih raya dan buah-buahan....


Gambar Masa Beraya
Bersama Yani,  deni pun wanita agam.  Kenai dari zaman dulu dia sekolah Abdullah Munshi,  deni gang dengan Rowaidah.  Tak sangka sama-sama kami kerja USM.

Depa ni dorang baguih memeriahkan majlis,  tapi yang pendek tu menyanyi sampai langgar semua prop kat tepi.

Posing tangga.  Perhatikan yang belakang sekali.  Duk buat tarian apa tak tau.


Tengku Zalina, SU Pusat Biologi Kimia USM merangkap Pengarah Projek untuk event kali ni.  Good job....hari yang sama ni dia ada dua event serentak ya dia kena handle.  Tapi dapat buat jugak dengan baik.  Inilah HEBATnya setiausaha USM.

Nur Azirah,  SU PTI USM and Norkarimah SU HR USM.

Sue,  SU PAO USM & Kak Emi,  SU BJIM USM.

Segak-segak semua mai baju raya.

Geng duduk meja dan geng duduk kat bawah.  (Hihihi Kak Ros kalau tengok ni mesti dia bara kat aku)

Kak Samrah ni orang nak karaoke dia kot mana pun nak amik selfie dengan kayu kayu dia.



Akhir sekali,  inilah gambar AJK kelab dan juga yang bukan AJK yang sama-sama bantu bagi event kecil kami ni menjadi sempurna.  Terima kasih banyak-banyak semua yang tolong dan juga kepada SU yang sudi mengenai majlis ini.  Tahun depan,  AJK BAHARU pulak buat event...akak nak mai pose pose sahaja. 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...