10.8.18

Seni Sampah bersama Fabrice Monteiro


Hello u olls,

Akak terjumpa cerita ni kat Google.  Benda ni dah lama,  tapi takpalah,  nak share jugak.  Gambar dalam ni semua bukan hak milik akak,  akak Google search secara haram.

So,  Fabrice Monteiro adalah seorang jurufoto yang berdarah campur,  dari Belgium dan Benin (sebuah negara di Barat Afrika).  Masa dia kecik-kecik dia duduk kat Benin,  tapi bila dah besar dia duduk kat Eropah mana ka tak ingat la.  So bila satu hari dia balik ke tanah tumpah darah,  alangkah terkejutnya apabila dia lihat,  negara yang dahulunya sebuah syurga keindahan semula jadi sekarang sudah jadi neraka sampah.

Dia sangatlah terkejut sampailah dapat inspirasi untuk buat gambar-gambar ini yang dipersembahkan dalam sebuah pertunjukan seni di Louisiana Museum of Modern Art,  USA bertajuk ‘Africa: Architecture, Culture and Identity’ dan gambar-gambar ini diberikan nama siri  ‘Prophecy’.

Dia kata satu benda akak setuju dalam satu wawancara,  negara dia jadi kotoq bukan sahaja sebab masalah politik dan ekonomi tetapi juga masalah pendidikan.  Sedihnya......

Okay jom tengok gambar-gambar dia dan be amazed dan jangan lupa check out Fabrice Monteiro punya instagram,  elooooooooooooooooq jantan ni.

click read more

8.8.18

Liberal atau Toleransi?

Baru-baru ni akak up status berbunyi begini “"YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz bukanlah seorang wanita yang berjaya kerana dia tidak menutup aurat. Apatah lagi Kak Siti Kasim, dah la tak pakai tudung, rambut blonde pulak tu!" ~~~~ According to Malaysian generally..... 😂😂😂 #justsaying


Status ini akak up sebab akak terbaca antara perkara hangat yang dibincangkan dalam medsos (media sosial) minggu ini. Pertama, Siti Kasim kena soal dengan peserta program bual bicara mengenai topik RUU335 dan kat situ dibicarakan macam-macam hal la termasuk ~ of course ~ topik bertudung.  Very interesting perbincangan hangpa boleh tengok kat Youtube!  Kedua, Tun Siti Hasmah disoal oleh wartawan mengapa wanita tidak boleh bertudung bila kerja di hotel. Sila rujuk ulasan berita panas mingguan di wall Mama Regina Ibrahim. Akak kalau sibuk-sibuk, baca ulasan mama sahaja. Mudah sebab dia buat ringkasan tentang semua berita panas yang menjadi bualan minggu itu di Malaysia dan seantero dunia. Mudah untuk kita buat saringan dan hanya pilih topik terpilih untuk kita pi gali cerita tu dengan lebih mendalam. 

Hatta keluarlah post status yang berbaur sinis itu. 


Emi Kaz, pereka barang kemas bertanya di ruangan komen. Siapa yang kata? Akak like sahaja, tak tau nak jawab apa sebab tak pasti Kak Emi pun nak bual sinikal atau dia tak faham sub konteks status ini dan dia nak serang I olls balik…..TAKUT NOKS. Kena hati hati depa mak ayam besar semua. 👅👅


Izzati JKKN Pulau Pinang pulak komen, “Rambut dah macam puaka niang rapikkkk.” Sah perempuan ni tak faham sub konteks status aku. Dia terus pangkah Siti Kasim idola aku. Jenaka hitam macam ni perlukan IQ tertentu untuk faham. Aku balas komen ini “SAPA?” dengan huruf besar lagi u olls. Kita confident la, kalau dia carut kita, kita leh carut dia balik. HA HA HA Pastu dia balaih,  Siti Kasim la.  Mak teruih sengap noks tak balaih dah komen dia.  Sedih.


Tapi komen lain yang bagi aku yang paling aku suka adalah komen kak Amy Contessa, kakak cantek wanita Body Shop yang terkenal. So dia kata “Nanti orang kata you liberal sedangkan sebenarnya seorang yang tolerance.” Seorang yang baik hati dia bersikap melindungi. Aku hormat kak Amy, aku balas “Takpa kak…saya terima sedia.” 

Dan baru aku perasan, status aku hanya ada 30 lebih likes. 

Ya, dalam kalangan perempuan-perempuan insta famous cantek mekap 34 kilometer tebalnya, hari-hari depa post gambar dan kira berapa likes depa dapat. Sebagai penanda aras pencapaian sosial mereka. 

Untuk wanita zornen macam aku, TAK BOLEH NAFIKAN, jumlah likes juga adalah penanda aras aku. Bila status ini hanya ada 30 lebih likes,  ini bermaksud orang tak suka dengan apa yang aku post.  Tak suka atau tak faham? Aku kena buat penerangan sedikit, hatta artikel ini aku tulis.

click read more

2.8.18

Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur


Hello u olls,

Baru-baru ni kami pi Kuala Lumpur saja la pi open house kawan macam mana ka,  so masa nak balik,  last kopek punya makan,  Mohd Azmi Mohamed Idris yang mengandung 14 bulan mengidam teruk sangat-sangat nak makan nasi kat kedai Arab ni bertajuk Al Rawsha Restaurant.  Kami pun pusing-pusing,  last sekali jumpa la kedai ni.

Dia punya building nampak macam istana batu macam mana ka,  besaq,  tapi bila masuk dalam akan rasa lagi besaq,  dia punya dinding ada ukiran-ukiran Arab dengan lantai berbunga semua.  Kami disambut oleh waiter yang juga berbangsa Arab,  sungguh mesra dan bagi kami duduk kat satu meja besar.  Kami semua 5 orang semuanya.


click read more

1.8.18

Pure by Safiyyah Osman®️ Bantu Pulih Pesakit Eczema

Sebelum & Selepas


Hello u olls,

Baru-baru ni akak dah post link ni kat Facebook tapi akak takut ramai yang terlepas atau tak baca sebab tak addd FB akak dan sebagainya.  I think this is such a very important message especially untuk ibu-ibu yang ada anak-anak yang menanggung masalah keadaan kulit eczema.    Akak sangatlah sensitip dengan orang berpenyakit ni sebab pernah tengok sendiri depan mata,  ya allah rasa kasihan sampai lani tak boleh lupa.

So seperti yang hangpa semua tau,  akak sebagai pengguna setia Pure by Safiyyah Osman®️ amatlah terpegun dan bangga sekali nak share ni sebab ada seorang ibu yang anaknya mengalami eczema tapi lepas pakai produk Pure by Safiyyah Osman®️,  alhamdulillah keadaan rengsa kulit tu banyak berkurangan.

Okay dah jom kita baca perkongsian asli dari founder Pure by Safiyyah Osman®️ sendiri iaitu PIYAH!

click read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE