18.10.18

Taking steps is easy, but standing still is hard

2013, segalanya bermula. Aku tak boleh jumpa sapa-sapa. Duduk dalam gelap, tidur dan fikir untuk mati. Semuanya buntu. 2 minggu. Aku fikir aku stress tapi ada juga yang fikir aku ada masalah displin.


2016. Kerja, kewangan, rumah semua okay. Tapi migraine tak henti berkunjung. Sampai tak boleh tidur, tak boleh buka mata, tak boleh hidup! Selepas itu, dia datang pula dengan kesunyian, serba salah, useless, nak mati, tenggelam punca, give up! Aku pelik aku stress apa lagi? Dan masih ada yang anggap aku masalah displin (atau mereka-reka cerita). Sebab selalu tengok Jumie posting semua happy-happy jer, selalu tengok Jumie jalan-jalan sana sini, selalu tengok Jumie berlakon dan menyanyi di pentas bersama selebriti, selalu tengok Jumie pi makan hotel free!




2018. Seorang kawan yakinkan aku untuk jumpa dengan psikiatri. Aku menitiskan air mata bila doktor bagi aku surat menyatakan aku Bipolar Disorder. Sapa tak sedih wehs? Pesakit mental.....siapa yang faham erti? Lagi terus walau dengan ubat, nasihat doktor, saranan kaunselor, aku tewas dalam satu ombak perasaan hati. Seorang yang Bipolar Disorder tanggung masalah kawalan mood. At one point you can be so Burj Khalifa, and suddenly at one point you at Mariana Trench! Tiada ditengah. Penat Ya Allah. Marah aku habis tenaga, maruah dan reputasi dalam tragedi FB Live. Seterusnya, aku tak boleh bangun. Cubaan bunuh diri sendiri, rasanya 3 kali. Tapi lepas muntah, cirit, pengsan...aku HIDUP LAGI.


Taking steps is easy, but standing still is hard.


Thank you so much to my very understanding and patient husband. And those who has been supporting me at work (you know who you are), thank you so much for the TRUST. Itulah hadiah terbaik untuk insan seperti saya, kepercayaan berikan keyakinan. Sebab kami tak mahu jadi macam ni, kami tak minta untuk jadi macam ini. Terima kasih family aku yang tidak berada dalam kelompok penafian, because mental health is real. Your doa has kept me standing. Kepada kawan-kawan, Allah Hu Akbar. You guys are the best......sebab memang dari dulu hangpa tau aku GILA cuma tak dapat surat ja lagi....不不不不不不


Kepada warriors diluar sana. I know it's not easy. Aku amik masa 5 tahun untuk dapat jawapan ini walaupun jawapan itu bukan jaminan untuk aku terus berdiri. Jangan tolak janji Allah pada kita hamba yang hina ini, nikmat ketenangan hati tidak datang hanya dengan pil dan sesi terapi yang kita buat, nikmat tenang tu kita kena doa banyak2 dari Allah. Usaha (ikhtiar ubat dan rawatan, amalan hidup sihat, eksesais etc) dan jangan lupa doa!


Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia. Terimalah 10 wajah hidup. 9 ❤, 1. Tapi tak bermakna semua ❤ realiti nyata.

Copied from the original posting on my Facebook dated 10 Oktober 2018.


Terimalah the many faces of me





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region