22.1.19

CNY Sampai Demam

Muka sebelum migraine bersama wanita-wanita jelitas dari Eastin Hotel Penang yang tak jemu-jemu jemput i olls.

Hello u olls,  sejak 2013 dijemput oleh hotels-hotels untuk review makan bukak posa di bulan Ramadhan sahaja,  alhamdulillah tahun ini dua buah hotel jemput akak untuk mai review promosi makan-makan sempena CNY.  Tak ramai blogger Melayu yang dijemput,  jadi apabila terpilih siriesly akak rasa terharu dan amatlah dihargai.

Akak sangat suka konsep yang dilihat oleh pihak hotels di mana mereka memahami dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,  perkahwinan campur adalah biasa.  Dalam upacara makan besar yang menjadi tradisi wajib semasa sambutan Tahun Baru Cina,  pastinya semua ahli keluarga perlu turut serta.  Sebab itu,  semakin ramai keluarga yang memilih untuk makan besar di hotel!  Bukan sahaja sebagai mencari damai dan berkongsi kebahagiaan bersama,  tetapi,  tak payah susah-susah nak suruh mak-mak kita pi market masak semua benda!  Sama juga keluar duit,  tambah penat sahaja lagi.

So hotel kedua yang menjemput akak mai review makan CNY adalah Eastin Hotel Penang.  Punya excited nak mai makan sebab confirm-confirm semua makanan halal yang disediakan oleh pihak hotel ini adalah Halal sebab mempunyai sijil Halal dari JAKIM.  Oleh itu,  akak yang bijaksana ini telah pun skipped lunch dengan alasan malam ini aku nak makan banyak-banyak.  Jadi untuk lunch,  akak just makan kekacang,  air masak dan satu cawan Quaker Oats.


click read more

Eastin Hotel Penang’s Chinese New Year Family Reunion Buffet Dinner


Hello semua!  Tidak dinafikan perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di negara Malaysia adalah sesuatu yang unik dan harus diraikan bersama.  Lebih mudah dan praktikal kalau upacara makan besar bersama sanak saudara tahun ini diadakan di Eastin Hotel Penang yang menyediakan pakej hidangan istimewa sempena Tahun Baru Cina 2019 kali ini.

Thank you so much kepada pihak Eastin Hotel Penang buat pertama kali tahun ini menjemput saya untuk review promosi khas sempena CNY.  Walaupun saya blogger Muslim dan most of my readers are Muslims,  tapi macam saya sebut kat atas,  pihak hotel menyedari ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mencari-cari promosi jamuan CNY yang halal dan suci.  Boleh diraikan oleh seisi keluarga.





With my official assistant,  Veena!

Let's check out menu!

Bengkel Asas Teknikal Sinematografi oleh Madnor Kassim


Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) akan menganjurkan sebuah Bengkel Asas Teknikal Sinematografi pada 2 dan 3 Februari 2019 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Pusat Belia, Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang.

Bengkel ini terbuka untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang sinematografi. Tempat adalah sangat terhad dan mereka yang berminat diminta untuk mengisi borang seperti di pautan berikut https://goo.gl/forms/XQf3usrM5s5L06Bj1

Bengkel ini akan mendedahkan tentang beberapa asas penting bagi mendalami dunia sinematografi yang akan dikendalikan oleh saudara Madnor Kassim, seorang produser, juruvideo profesional dan D.O.P. Yuran pendaftaran sebanyak RM180.00 akan dikenakan bagi sepanjang tempoh bengkel. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Saiful 010-4084800.

#KOMFIT #MBPP #madnorkassim #bengkel #sinematografi #penangyouth

19.1.19

Menjelang AJL 33: What You Should Now?


Lebih kurang 1 bulan lebih lagi akan berlangsunglah Anugerah Juara Lagu 33.  Sebuah majlis anugerah yang dinanti-nantikan untuk pencinta muzik tanah air.  Tak sangka,  sudah 33 tahun jangka hayatnya.  Saban tahun aku menulis rebiu untuk majlis ini melalui blog aku yang sudah ditutup tapi terima kasih Blog Mak Ang sebab bagi ruang ini.

So sebelum kita tengok AJL33 yang akan datang tak lama sahaja lagi,  jom kita tambah lagi debaran dengan menyingkap apakah yang kita patut tahu,  apa yang dinanti-nantikan untuk AJL33,  harapan dan apa apa sahajalah!

TARIKH AJL 33
Setelah aku cari dan cari,  rupanya AJL33 akan diadakan pada 3 Februari 2019 (Ahad) di Axiata Arena,  Bukit Jalil.  Tapi macam biasalah kita tengok kat TV sudah,  orang kata clear dan lebih mudah nak buat review.  Walau di hati teringin jugak nak pi tengok AJL secara live satu hari nanti,  tapi tak tau la bila yang buleh....

This time around,  Insya Allah aku plan nak pi tidoq-tidoq hotel dan amik cuti esoknya (Isnin) sebab #AJL33 jatuh hari Ahad.  So esoknya bulehlah aku buat review cepat-cepat.

PENGACARA
Tak tau lagi sapa dia tapi yang pastinya perempuan gemok yang cantek dan berbakat macam aku iaitu Sherry Alhadad ada dalam senarai itu!


Lars and the Real Girl & Hello, My Name Is Doris

One thing for sure,  sapa yang nak berlakon watak orang yang jiwa kacau,  pelakon tu sendiri kena ada satu jiwa yang kuat!  So, aku dah tengok dua filem tentang dua watak manusia yang jiwa kacau,  satu filem aku dah tengok dah lama dah dulu,  dan satu lagi filem aku baru sahaja tengok.  Dua-dua best gila dan bukan sahaja membuatkan aku sangat terhibur at the same time jiwa kacau sikit.  So mai aku nak share dengan hangpa dua filem ini yang HANGPA WAJIB TENGOK!



Lars and the Real Girl
Filem pertama adalah Lars and the Real Girl yang diterbitkan pada tahun 2007 u olls.  Haa dah lama kan?  Filem ini dilakonkan oleh seorang pelakon hebat dan hemsem dan hot iaitu Ryan Gosling.  Tapi dalam cerita ni dia tak hot,  sebab dia pakai misai,  pastu bagi gemok sikit badan dia agar bertepatan dengan dia punya karakter.  

Filem ini menceritakan tentang Lars Lindstrom,  dia ni jiwa kacau la.  Sebab apa?  Mak dia mati masa dia dan abang dia kecik lagi,  pastu abang dia blah tinggal pi duduk kat bandar.  So Lars duduk kat kampung sorang-sorang dengan bapak dia.  Bapak dia pulak jenis tak amik tau pasai anak-anak.  Lars ni kira macam membesar sendirian,  loner,  takdak sapa dia nak luah perasaan semua sampai last dia jadi macam jiwa kacau la sikit.  

Dia loner,  tak percaya kat orang,  super pemalu teruk.  Its like dia tak tau nak luahkan perasaan dia macam mana. 

Suzzanna: Bernapas dalam Kubur (2018)


Hello gais,

INI ADALAH GAMBAQ HANTU PERTAMA AKU TENGOK SAMBIL TIDOQ. Okay pembetulan,  aku tengok cerita ini untuk 30 minit pertama sahaja,  kemudian semakin lama,  semakin hilang minat aku untuk tahu jalan cerita.  Akhirnya,  aku tertidur bukan sekali tetapi dua kali.  Setiap kali aku tidur tu dalam 15-20 minit,  bangun sat,  pastu sambung tidur balik.  Lebih kurang macam itu lah,  filem ini agak panjang iaitu lebih kurang 2 jam 5 minit durasinya.


Akibat daripada dorongan daripada kawan aku Ridhwan Sharip yang sangat eksaited bila cerita Suzanna sundel bolong keluar,  maka kami kawan-kawan pun pi la tengok secara berjemaah.  Harapan agak tinggi sebab kenangan filem hantu komedi Indonesia era 70an yang mana tahap ngeri dan ke-skeriannya agak melampau.


Siapa tak ingat?  Filem Sundel Bolong?  Pasai satu perempuan ni mati kena bunuh macam mana ka,  pastu dia jadi hantu pastu kacau orang kampung semua.  Aku ingat-ingat lupa ceritanya,  tapi kalau tak salah aku macam ni la,  satu family ni,  si bapak keluar pi kerja out station,  so rumah depa kena rompakan.  Si mak kena bunuh dan mak jadi hantu,  pastu mak dia pun malam-malam duk balik rumah jadi hantu sambil main piano,  pastu duk kacau orang kampung jual satay,  orang naik beca semua...macam-macam la.  Last-last dia balas dendam kat semua  orang yang dah binasakan kebahagiaan keluarga dia.  Sorry kalau aku punya peringatan kepada jalan cerita ini adalah salah.  Nak lebih jelas,  nah tengok sendiri filem itu kat sini:  SUNDELBOLONG [Full Movie]


Jadi kenapa filem remake Suzzanna lakonan Luna Maya ini membuatkan aku tertidur dibuai mimpi lena?


Jawapan mudah,  sebab filem ini tak best.


Jawapan tak mudah......BANYAK BENDA YANG MENYEBABKAN CERITA NI TAK BEST.


click read more

16.1.19

Kuasi Hidup Sendiri untuk Bahagia

"What is your aspiration in life?"  tanya pakcik tua sambil pegang mikrofon kepada Beyonce. Beyonce pun terkebil-kebil nak menjawab.  Dia mumbling,  "I wasn't expected that question,"  pastu keluarlah flashback balik gambar dia duk terseksa macam-macam semata nak cantek.


Last sekali dia balaih "My aspiration in life is to be happy..."


14.1.19

Promosi Sajian Istimewa Tahun Baru Cina di Lexis Suite, Penang

WAH!!! Baru sahaja masuk tahun baru 2019, dan tak lama lagi kaum Tiong Hua di seluruh Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang akan jatuh pada 5 dan 6 Februari 2019 ini. Baru-baru ini saya dijemput ke Lexis Suite Penang untuk review bukan 1 tapi tiga pakej promosi hidangan jamuan istimewa sempena CNY 2019!  Jadi,  kepada u olls yang sedang mencari lokasi untuk mengadakan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakan-rakan sekerja, kawan-kawan sekolah ataupun dengan keluarga tercinta,  jom kita tengok apa yang ada di Lexis Suites Penang sempena CNY 2019!



click read more

11.1.19

Acceptance & Denial


Aku rasa bersyukur dan tidak malu dengan keadaan diri aku (bipolar disorder).

Sebagai seorang BD there are times i feel so high, excited and confidence that my energy are endless and creativity flows like a rapid streams in the river. 

And in my lowest time, I simply just can't 'function'. Masa tu fasa depression akan mai! Hopeless, kosong, rasa malu, benci dengan semua orang, benci dengan sistem, takdak perasaan untuk hidup. I just want to give up everything. To the extend mak kita ada sebelah kita, pujuk dan panggil nama kita, kita boleh kalih dan paling muka. Sikit pun kita tak tengok muka mak kita. MAK KOT?

Baru-baru ini depression jadi lagi, kaunselor tanya "You ada fikir apa-apa ka? You ada masalah apa ka?" Jangan tanya apa masalah! Apa saya pikir! SAYAAAAA PUN TAK TAU JAWAPAN PADA SOALAN ITU. Bila benda tu mai, dia mai. Perlukah ada reason? Kalau ada reason, mungkin kena tanya sel-sel dalam otak saya yang tiba-tiba tidak berhubung dengan betul.

Aku bukan tak cuba lawan, aku cuba! Tanya suami aku macam mana pagi-pagi aku maki hamun sorang-sorang sebab nak fight perasaan untuk bangun dan hidup macam manusia biasa. Tanya suami aku macam mana bila nak mai fasa 'lowest' macam-macam irritation aku duk kena lawan, rasa nak marah dengan semua orang, over sensitif, malas, over sleep...semuaa tu aku lawan!

Sahabat dan keluarga kata "Tahun 2019 hang jangan la HENG lagi...." Hangpa rasa aku mau ka jadi macam ni? Duduk dalam bilik seminggu tak keluar rumah, tak mandi, tak makan, tak bercakap! Kalau aku ada remote control macam filem CLICK lakonan Adam Sandler kan senang? Play, Pause, Rewind, Forward, STOP! Tapi hidup bukan mudah macam tu.

4.1.19

Norfaradeela Abd Rahim a.k.a De Bear 1989-2019

Good night Be Bear...you'll sleep forever.
.
.
Dua tiga hari ni banyak pengajaran besaq aku dapat. Kun fa ya kun. Allah janji tak akan salah. Rezeki, jodoh, maut semua sudah disusun. Moga hati-hati bertabah menghadapi. Allah sayang pada kita yang diuji. Yang masih tidak mengerti akan amarah tidak henti.
.
.
Hari ini kita kehilangan Be Bear, dia pernah berlakon teater dengan Resdongs Entertainment untuk pementasan Mamu Popia Mami Dalcha sebagai heroin. Jadi GF kepada Mamak Puteh. Aku jadi close dengan dia sebab aku yang latih dia nak beraksi di pentas sebagai wanita agam, dari pakaian sampailah nak menyanyi. Kena marah Bebear sampai berpeluh-peluh, prektis belakang kubur Kg. Dodol takdak bumbung semua. Tapi dia tetap gigih mai latihan jauh ke Penang dengan kereta Kancil.
.
.
Dia pernah viral kat internet sebab pipi dia yang kembong dan comels tapi masa tu dia punya stress macam nak quit social media sebab hentaman netizen yang kata macam-macam. Ngeri bila fikirkan betapa kejam para netizen yang menghukum tanpa rasa takut.
.
.
Alfatihah Be Bear
Semoga kau tenang di sana...
Tunggu kami semua pula ya dik...
#resdongs #resdongsteater#mamupopiamamidalcha #debearbear

3.1.19

Diploma Fashion Show 2019 (UiTM Kampus Seri Iskandar)


DIPLOMA FASHION SHOW 2019 👗🥿
Hello u olls! Sapa-sapa sini minat seni rekaan & fesyen jom kita ramai-ramai memeriahkan fashion show pelajar Diploma Senireka Fesyen dari UiTM Kampus Seri Iskandar. Kita support event ini bagi semangat disamping itu bagi semangat kepada para pelajar! Details as below...please share this around.
.
.
Diploma Fashion Show 2019
D Hotel Seri Iskandar, Perak
📌 526, Lebuh SIBC, Bandar Seri Iskandar, 32610, Perak
📅 12 Januari 2018 (Sabtu)
.
.
Morning Session
⌚11 am - 1pm
.
.
Afternoon Session
⌚3:30pm - 5:30pm
.
.
💵RM35/per session
.
.
📱Enquiries
Rozali 012 634 4201
Ijat 012 538 9596
Tasha 017 677 8137
Syahirah 011 2440 6802

.
.

#fashionsi #uitmseriskandar
#uitmsi #fashion #fashionshow


Hello & Welcome


Sudah 1 dekad aku menulis dan menulis di blog ini.  Gelak,  ketawa dan menangis pun ada.  Terima kasih atas semua sokongan,  semua persahabatan dan semua kenangan.  

Blog ini ditulis sejak 2008 (tapi dulu dari host yang berbeza).  Kandungan dan garapan adalah ikhlas dari hati tanpa cuba untuk menjadi orang lain.  Untuk titipkan idea ataupun komen,  boleh hubung dengan saya melalui capaian sosmed di atas ataupun click sini:  Write To Me

Dont hesitate to check out old articles on this blog,  you can click archive on your left or search using clicker provided.

xoxo,
Jumie Samsudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE