11.1.19

Acceptance & Denial


Aku rasa bersyukur dan tidak malu dengan keadaan diri aku (bipolar disorder).

Sebagai seorang BD there are times i feel so high, excited and confidence that my energy are endless and creativity flows like a rapid streams in the river. 

And in my lowest time, I simply just can't 'function'. Masa tu fasa depression akan mai! Hopeless, kosong, rasa malu, benci dengan semua orang, benci dengan sistem, takdak perasaan untuk hidup. I just want to give up everything. To the extend mak kita ada sebelah kita, pujuk dan panggil nama kita, kita boleh kalih dan paling muka. Sikit pun kita tak tengok muka mak kita. MAK KOT?

Baru-baru ini depression jadi lagi, kaunselor tanya "You ada fikir apa-apa ka? You ada masalah apa ka?" Jangan tanya apa masalah! Apa saya pikir! SAYAAAAA PUN TAK TAU JAWAPAN PADA SOALAN ITU. Bila benda tu mai, dia mai. Perlukah ada reason? Kalau ada reason, mungkin kena tanya sel-sel dalam otak saya yang tiba-tiba tidak berhubung dengan betul.

Aku bukan tak cuba lawan, aku cuba! Tanya suami aku macam mana pagi-pagi aku maki hamun sorang-sorang sebab nak fight perasaan untuk bangun dan hidup macam manusia biasa. Tanya suami aku macam mana bila nak mai fasa 'lowest' macam-macam irritation aku duk kena lawan, rasa nak marah dengan semua orang, over sensitif, malas, over sleep...semuaa tu aku lawan!

Sahabat dan keluarga kata "Tahun 2019 hang jangan la HENG lagi...." Hangpa rasa aku mau ka jadi macam ni? Duduk dalam bilik seminggu tak keluar rumah, tak mandi, tak makan, tak bercakap! Kalau aku ada remote control macam filem CLICK lakonan Adam Sandler kan senang? Play, Pause, Rewind, Forward, STOP! Tapi hidup bukan mudah macam tu.


Ada pula yang bertanya "Ehhhh pasaipa nak sedih? Minggu lepas hang elok ja boleh pi jalan-jalan makan kat hotel?" Aku tak mau nak jawab soalan-soalan itu. Sesetengah mungkin beranggapan, insan seperti kami hanyalah kes kes 'discipline problem' atau "no-sollat problem". Tanggapan seperti ini ada kalanya menyukarkan aku untuk bangkit semula, keyakinan diri hilang apatah lagi kepercayaan kepada support system di sekeliling (work place, family, study place, social friends). Yang sepatutnya hangpalah menjadi back bone to my wellness.

Bila saya down baru-baru ini, antara yang membuatkan saya tidak terus hanyut adalah SMS dari teman-teman dan keluarga "Jumie, aku harap hang selalu kuat tau. Kami selalu ada dengan hang dan doakan hang. Hang kena kuat dan sihat tau." Dan juga "Kak Jumie...rehat secukupnya. Takpa kami tunggu the return of iron lady. Anda kuat. Fight fight fight". Dan juga "Sayang...tak payah fikir banyak-banyak. Semua ni sat saja. Lepas ni hang nanti okay balik...percayalah..." AKU TYPE NI BALIK DARI PHONE AKU SAMBIL NANGIH! Walaupun ini hanya sebuah SMS tetapi inilah tali yang keluar dari satu lubang cahaya masa aku tengah duduk dalam gua gelap sorang-sorang dan menarik aku untuk keluar.

Alhamdulillah sekali lagi aku nak habaq dalam keadaan hari ini aku tengah 'normal' not too high not too low, aku syukur banyak-banyak sebab aku diberikan kesedaran oleh seorang teman yang meyakinkan aku untuk 'terima hakikat' keadaan mental health ini dan aku pun pergi mendapatkan rawatan sebaiknya. 

Alhamdulillah Allah bagi aku pasangan, keluarga dan kawan-kawan yang terima aku seadanya dan bagi aku support dan penerimaan yang sepatutnya. 

Kerana at the end of the day, masalah yang paling besar dalam MENTAL HEALTH ISSUES adalah 'penerimaan'. Terima hakikat dan kesedaran adalah yang paling utama untuk langkah selanjutnya (perawatan & terapi). Bukan sahaja aku sendiri kena terima hakikat yang aku ada mental health, malah orang sekeliling aku juga kena terima yang mental health is real barulah proses bantuan boleh berlaku dengan lancar.

Selagi kita dalam ketakutan, kegelapan dan PENAFIAN........mungkin akhir sekali hanyalah tinggal seribu tanda tanya selepas INNALILLAH HI WA INNAILAI HIROJIUN.

Jumie Samsudin 
11 Jan 2018

#mentalhealth #suicidal #fightingsuicidalthoughts #keeponfighting #love #bipolardisorder #depression

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region