Skip to main content

Bengkel Asas Teknikal Sinematografi oleh Madnor Kassim


Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan kerjasama Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT) akan menganjurkan sebuah Bengkel Asas Teknikal Sinematografi pada 2 dan 3 Februari 2019 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Pusat Belia, Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang.

Bengkel ini terbuka untuk mereka yang berminat untuk menceburi bidang sinematografi. Tempat adalah sangat terhad dan mereka yang berminat diminta untuk mengisi borang seperti di pautan berikut https://goo.gl/forms/XQf3usrM5s5L06Bj1

Bengkel ini akan mendedahkan tentang beberapa asas penting bagi mendalami dunia sinematografi yang akan dikendalikan oleh saudara Madnor Kassim, seorang produser, juruvideo profesional dan D.O.P. Yuran pendaftaran sebanyak RM180.00 akan dikenakan bagi sepanjang tempoh bengkel. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Saiful 010-4084800.

#KOMFIT #MBPP #madnorkassim #bengkel #sinematografi #penangyouth

Comments