22.1.19

CNY Sampai Demam

Muka sebelum migraine bersama wanita-wanita jelitas dari Eastin Hotel Penang yang tak jemu-jemu jemput i olls.

Hello u olls,  sejak 2013 dijemput oleh hotels-hotels untuk review makan bukak posa di bulan Ramadhan sahaja,  alhamdulillah tahun ini dua buah hotel jemput akak untuk mai review promosi makan-makan sempena CNY.  Tak ramai blogger Melayu yang dijemput,  jadi apabila terpilih siriesly akak rasa terharu dan amatlah dihargai.

Akak sangat suka konsep yang dilihat oleh pihak hotels di mana mereka memahami dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,  perkahwinan campur adalah biasa.  Dalam upacara makan besar yang menjadi tradisi wajib semasa sambutan Tahun Baru Cina,  pastinya semua ahli keluarga perlu turut serta.  Sebab itu,  semakin ramai keluarga yang memilih untuk makan besar di hotel!  Bukan sahaja sebagai mencari damai dan berkongsi kebahagiaan bersama,  tetapi,  tak payah susah-susah nak suruh mak-mak kita pi market masak semua benda!  Sama juga keluar duit,  tambah penat sahaja lagi.

So hotel kedua yang menjemput akak mai review makan CNY adalah Eastin Hotel Penang.  Punya excited nak mai makan sebab confirm-confirm semua makanan halal yang disediakan oleh pihak hotel ini adalah Halal sebab mempunyai sijil Halal dari JAKIM.  Oleh itu,  akak yang bijaksana ini telah pun skipped lunch dengan alasan malam ini aku nak makan banyak-banyak.  Jadi untuk lunch,  akak just makan kekacang,  air masak dan satu cawan Quaker Oats.


click read more

Mak dan Veena - pre-migraine.

Tiba di Eastin Hotel bersama Veena dengan harapan dan perut yang besar!  Nak makan banyak.  Bermula 5:30 pm kami dah mula mengambil gambar makanan yang sudah tersedia.  Haram semua style sedappp wehsssssssss...selain citarasa oriental yang unik terselit jugak beberapa citarasa barat yang membuatkan akak lagi eksaited nak memakannya.

So akak jangka by 6:30 pm akak dah boleh makan la,  sebab as blogger lain pun dah mula selesai merakam gambar dan video yang diperlukan.  TETAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....as all of the bloggers / media members has already taking their seats.....ada lagi laaaaaaaaaa beberapa orang blogger/social media influencer tak kenai la sapa yang mai lambat.  So tunggu depa semua selesai amik gambar dan video dengan telitinya,  aku rasa lebih kurang 7:30 pm baru start makan.

Media members busy taking pic.

Haaaa sibukla nak amik gambaq dengan baju tangan saloma semua.  Time ni - PRE MIGRAINE juga.


Tapi by that time,  hang rasa aku dah normal ka?  Ya Allah mak lupa yang mak mempunyai masalah migraine teruk kalau perut masuk angin.  Shit!  Before start makan,  otak blah kanan dah mula berat.  Muka pun mengerut u olls.  Cuba untuk control kecantikan diri sebab hati semangat nak makan masih membara.  Aku pun bangun ambil beberapa makan permulaaan,  soup,  sushi dan ikan salmon.  And as side order,  aku request air coke sebab nak minum bagi berlahak la kunon.  Tapi nampaknya tak memberikan sebarang perubahan.

Bismillah!


Okay ini sahaja yang aku sempat makan.  Tapi mesti hangpa kata kan....AWAT MAKAN SIKIT SANGAT?  Actually bukan sebab aku sakit ja aku amik makanan sikit-sikit macam ni.  Makcik bawang sekalian,  inilah cara amik makanan bila makan hotel buffet.  Sikit-sikit,  ikut course dan aturan.  Bukan amik pinggan besar.....BUBUH SEMUA BENDA AT ONE TIME.  Hang ingat ni kedai nasi campur ka?

So semua makanan yang ada depan mata......terus hilang rasa!  Veena nampak sangat perubahan muka aku.  Sebagai seorang penghidap migraine,  dia tahu bahu yang memikul itu amatlah berat di mata dia yang melihat.  

"Nyah...jomla balik....aku kesian tengok hang."

Aku pun tak cakap banyak setuju dengan cadangan Veena.  Beribu-ribu kali aku ucap sorry sebab aku rasa macam betui-betui spoil mood la.  Ingat nak lepak lama-lama dan makan sampai keluar darah kat hidung.  Tapi belum apa-apa aku dah sakit otak.  Veena send aku balik,  dalam kereta dia duk sembang apa pun bukan masuk hadam pun.  Aku punya sakit,  berkira masa dan saat nak sampai rumah.

Tak lama lepas tu,  sampailah ke flat rumah aku di TTS.  Nasib baik Eastin dan rumah aku takdakla jauh mana.  Aku pun terus naik atas,  kebetulan laki aku masih ada rumah.  Aku bergelut nak bukak besi pagar pintu......

"Awat takdak kunci ka?" tanya Khafi.

"Bukak sat....sakit kepala."  Setelah pintu dibuka aku berlari ke toilet.  NENJIAAAAAAA apa lagi.......muntahhhhhhhhhh teruihhhhhhhhhhhh....

"Uwekk.......uwek........uwekkk..."  semua keluarrrrrr.  Warna warni kehidupan,  langit,  rumput,  keindahan hidupan akuatik.  

"Hang awat?"  tanya Khafi sambil urut belikat aku.  Cuba tarik tudung aku ke belakang.

"Mengandung......"  jawab aku lemah.  Pipi penuh air mata.

Sepantas mungkin kepala aku disekeh oleh laki aku.  "Duk sakit pun boleh buat lawak."

Sekian sahaja cerita.  Lepas tu aku terus sakit kerongkong,  batuk,  demam,  selema.  Pi klinik,  check darah depa kata tonsil aku penuh dengan bakteria.  Tapi yang confirmnya aku tak mengandung.  Doa-doalah,  mungkin Tahun Baru Cina depan ka aku mengandung betul.

Thank you pompuan Cina ni bukan ja tolong aku drive mai,  tolong aku amik gambar,  tolong hantar aku balik semua!  Pastu bagi hadiah.... ♥♥♥ tak mau habaq hadiah apa.  Kami kan lesbooooo
  

Come and check out promotion Eastin Hotel Penang’s Chinese New Year Family Reunion Buffet Dinner

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE