Lars and the Real Girl & Hello, My Name Is Doris

One thing for sure,  sapa yang nak berlakon watak orang yang jiwa kacau,  pelakon tu sendiri kena ada satu jiwa yang kuat!  So, aku dah tengok dua filem tentang dua watak manusia yang jiwa kacau,  satu filem aku dah tengok dah lama dah dulu,  dan satu lagi filem aku baru sahaja tengok.  Dua-dua best gila dan bukan sahaja membuatkan aku sangat terhibur at the same time jiwa kacau sikit.  So mai aku nak share dengan hangpa dua filem ini yang HANGPA WAJIB TENGOK!



Lars and the Real Girl
Filem pertama adalah Lars and the Real Girl yang diterbitkan pada tahun 2007 u olls.  Haa dah lama kan?  Filem ini dilakonkan oleh seorang pelakon hebat dan hemsem dan hot iaitu Ryan Gosling.  Tapi dalam cerita ni dia tak hot,  sebab dia pakai misai,  pastu bagi gemok sikit badan dia agar bertepatan dengan dia punya karakter.  

Filem ini menceritakan tentang Lars Lindstrom,  dia ni jiwa kacau la.  Sebab apa?  Mak dia mati masa dia dan abang dia kecik lagi,  pastu abang dia blah tinggal pi duduk kat bandar.  So Lars duduk kat kampung sorang-sorang dengan bapak dia.  Bapak dia pulak jenis tak amik tau pasai anak-anak.  Lars ni kira macam membesar sendirian,  loner,  takdak sapa dia nak luah perasaan semua sampai last dia jadi macam jiwa kacau la sikit.  

Dia loner,  tak percaya kat orang,  super pemalu teruk.  Its like dia tak tau nak luahkan perasaan dia macam mana. 


Cerita bermula,  bila bapak depa mati.  So Gus,  abang Lars dan isteri dia pun balik kampung untuk duduk kat rumah kampung tu and at the same time tolong jaga Lars.  Tapi rumah depa macam mana ka,  ada dua building....so Gus dan bini dia duduk rumah depan.  Lars duduk rumah belakang.  Bini Gus,  nama dia Karin.  Karin ni macam kakak ipaq super baik gila,  penyayang dan jenis sangat empathy tau.  

Dia kesian tengok Lars,  so dia macam cuba nak rapat dengan Lars walaupun laki dia tak berapa suka dan kekok sikit.  Then one day,  lepas dipujuk dan dipujuk,  Lars terima jemputan kakak ipar dia untuk dinner sekali dan dia pun kata dia nak bok mai GF dia.....sekali nenjia..dia bok mai......GF dia rupa-rupanya adalah sebuah SEX DOLL.  

HAHAHAHAHAHHA.......time point ni siriesly nak gelak pun ada, scary pun ada.  Of course,  Gus dan Karin terkejut gila,  especially abang dia Gus duk rasa macam nak mengamok dan taboh (pukul) adik dia teruih.  Tapi,  Karin pujuk laki dia,  dan Karin jumpa satu solusi untuk 'ubati' adik ipar dia yang jiwa kacau ni.  

Macam mana?  Karin telah meyakinkan suami dia,  kawan-kawan,  doktor dan seluruh penduduk kampung depa,  termasuk orang kat gereja semua (kira kalau dalam cerita orang Melayu...termasuk geng Masjid la...) untuk terima GF Lars ini sebagai MANUSIA dan bukan Sex Doll.  Satu terapi yang sangat bagi aku sangat impossible untuk semua orang nak buat.  Depa semua punyalah layan GF Lars ni macam orang,  siap satu hari tu depa amik GF dia keluar pi jalan dan kata "Kesian kat GF hang...asyik duduk dengan hang ja....dia kena keluar dengan kami pulak...girls night!" HAHAHAHAH wehsss macam satu kampung pun dah masuk ayaq juga kan?

Tapi at the end of the,  terapi roll-play ini menemui kejayaan.  Macam mana?  Hangpa kena la tengok sendiri gambaq ni.





Hello, My Name Is Doris
Filem ini pulak mengisahkan seorang wanita warga emas yang sepanjang hidupnya terperangkap dengan desakan hidup.  Sejak kecik,  bapak depa tinggalkan dia,  mak dan adik lelaki dia tanpa sepatah huruf.  Lepas tu,  bila depa dah membesar (dibesarkan oleh mak depa),  adik lelaki dia decided untuk tinggalkan rumah untuk masuk kolej dan mencari kerjaya.  So tinggallah Doris ni jaga mak dia dari muda sampai dia tua.

Sampaikan,  dia pernah bertunang satu hari dengan satu laki dia suka laki tu.  Tapi bila laki tu ajak kawen dan pindah pi duduk jauh,  dia tinggalkan laki tu sebab dia kata,  takdak sapa nak jaga mak dia.  So dia pun sampai tua,  jaga mak dia sampai mak dia mati dan dia sendiri pun tak dating sapa-sapa lain dah!


Cerita bermula apabila ada boss baru masuk tempat kerja Doris.  Laki tu nama John,  muda terang tang-tang dan elok teruk.  Disebabkan satu insiden dalam lift nak pi kerja,  Doris ni macam mana ka duk fantasi teruk dengan JOHN!  Dia punya duk gila kat John sampai dia nanti duk mimpi fantasi teruk punya cium cium atas kaunter kat office......part ni lawak wehs aku gelak macam babi sebab Sally Field yang dah menang Oscar sebanyak dua kali telah melakon watak ini dengan penuh keaslian,  real tapi sangat slamber habis!

So walaupun dia dah tua,  dia macam tak sedar langsung yang John langsung tak sesuai dengan dia.  Bukan sebab rupa,  tapi dari segi umur,  sebab hubungan untuk wanita yang jauh lebih tua dengan lelaki muda macam tu tak akan sesuai dalam apa cara pun.  Tak salah kalau aku kata,  cara dia angan-angan dan fantasi dengan John sama macam budak-budak yang baru nak up.  Mungkin selama ni dia takdak masa nak pikiaq pasai nak bercinta apa semua sebab dia duk sibuk jaga mak dia....so lani mak dia dah mati baru dia macam nak ligan buat ni semua.

Itu salah satu sebab pasaipa aku kata dia jiwa kacau.  Kedua,  Doris ni super pemalu dan macam sedikit okwed.  Kat office,  dia tak kawan sangat dengan sapa-sapa,  sebab dia macam pemalu habis.  Aku tak rasa sebab pakaian dia yang pelik orang tak kawan dengan dia,  sebab dia kerja kat New York kot....New York kan jenis meraikan orang-orang yang berpakaian pelik ni?

Ketiga pasai pa aku kata dia jiwa kacau adalah Doris adalah seorang hoarder.  Sapa tau hoarder tu apa?  Dulu ada satu rancangan kat TV nanti duk tunjuk pasai orang-orang tua yang suka kutip semua barang-barang orang buang,  dan barang depa sendiri depa tak mau nak buang dan susun elok-elok.  Last-last rumah depa penuh dengan barang.  Itulah hoarder!  So Doris adalah hoarder la.

Klimaks dalam cerita ini berlaku apabila cinta dia somehow direject oleh John dan adik dia mai rumah dia dengan doktor terapi yang nak rawat dia tentang masalah hoarders dia tu.  Masa tu dia macam cracked up teruih,  mengamok dan keriau semua.  Part ni aku macam nampak macam mana baguihnya Sally Field ni berlakon wehs,  dia macam buat dua karakter dalam diri Doris jadi betul-betul hidup!  

Macam mana penghabisan cerita ni?  Hangpa kena la tengok sendiri.


Kesimpulan
Aku suka tengok cerita orang jiwa kacau ni.  Orang yang jiwa kacau ni macam-macam,  tak semestinya orang yang jiwa kacau ni kena masuk hospital,  makan ubat,  kaunseling dan sesi dengan doktor....PALING PENTING SEKALI UNTUK UBATI ORANG SAKIT JIWA ADALAH DENGAN SUPPORT DAN SOKONGAN DARIPADA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN PESAKIT TU SENDIRI.  Siries aku cakap kat hangpa.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...