19.1.19

Menjelang AJL 33: What You Should Now?


Lebih kurang 1 bulan lebih lagi akan berlangsunglah Anugerah Juara Lagu 33.  Sebuah majlis anugerah yang dinanti-nantikan untuk pencinta muzik tanah air.  Tak sangka,  sudah 33 tahun jangka hayatnya.  Saban tahun aku menulis rebiu untuk majlis ini melalui blog aku yang sudah ditutup tapi terima kasih Blog Mak Ang sebab bagi ruang ini.

So sebelum kita tengok AJL33 yang akan datang tak lama sahaja lagi,  jom kita tambah lagi debaran dengan menyingkap apakah yang kita patut tahu,  apa yang dinanti-nantikan untuk AJL33,  harapan dan apa apa sahajalah!

TARIKH AJL 33
Setelah aku cari dan cari,  rupanya AJL33 akan diadakan pada 3 Februari 2019 (Ahad) di Axiata Arena,  Bukit Jalil.  Tapi macam biasalah kita tengok kat TV sudah,  orang kata clear dan lebih mudah nak buat review.  Walau di hati teringin jugak nak pi tengok AJL secara live satu hari nanti,  tapi tak tau la bila yang buleh....

This time around,  Insya Allah aku plan nak pi tidoq-tidoq hotel dan amik cuti esoknya (Isnin) sebab #AJL33 jatuh hari Ahad.  So esoknya bulehlah aku buat review cepat-cepat.

PENGACARA
Tak tau lagi sapa dia tapi yang pastinya perempuan gemok yang cantek dan berbakat macam aku iaitu Sherry Alhadad ada dalam senarai itu!




TEMA & FASHION
Siriesly,  in my opinion aku tak suka ada tema-tema ni semua.  Tapi kalau takdak tema,  aku rasa macam tak arah la pulak majlis tu kan?  In term of nak organize dia punya hiasan,  penampilan pentas dan macam-macam lagi,  sebagai artis kita kena ada tema,  macam blog ni...BLOG MAK ANG,  kena ada tema jugak kan?  So what ever tema it is,  I hope para finalis dan artis yang terlibat dalam #AJL33 buat la research yang sebaiknya okay.  Tapi aku tak sabaqqqq nak tengok gaya para penyanyi di atas pentas AJL33 nanti,  especially Dayang Nurfaizah yang satu-satunya mampu memakai rekaan Rizalman!


INSTAGRAM
Buat sementara ini,  the best untuk kita tengok latest updates dan gambar paling power yang official untuk #AJL33 adalah follow IG @muzikmuzik_33.  Tahniah TV3 finally ampa ada jugak sosmed platform yang official untuk AJL...kalau tak dulu-dulu caca marba weh...


SENARAI FINALIS #AJL33
Setelah 3 minggu dipertandingkan,  dalam ramai-ramai yang lawan untuk tempat ke pentas akhir AJL33,  berikut 12 lagu yang layak.

1. Semakin 
Penyanyi:  Siti Sarah
Komposer:  Mera Utama
Lirik: Mera Utama
PENDAPAT AKU?  Okay untuk pengetahuan hangpa,  Mera Utama yang kompos dan buat lirik lagu ini tak lain tak bukan adalah Shuib Sepahtu,  suami kepada Siti Sarah sendiri.  Kerlasss.....tak sangka Shuib berbakat buat lagu ya.  Lagu ni sangatlah balada,  100% taste makcik-makcik bawang Melesia yang sukakan irama melankolik dengan lirik pasrah dan sendu.  Tapi tak bermakna aku nak kata lagu ni tak sedap,  sedap untuk didengar tapi plain.  Too plain for me.  Cuma pastinya,  Siti Sarah telah menjadikan lagu ini lebih sedap dan istimewa sebab vokalnya yang tersendiri,  padu dan penuh keyakinan lepas lebih 7 tahun tak buat lagu baru.




2. Bunga
Penyanyi: Ara Johari
Komposer: Hang Nadim,  Laq & Kadok
Lirik:  Hang Nadim
PENDAPAT AKU?  I like this song,  kekuatan dia adalah pada chorus dan kekuatan vokal Ara Johari bila dia keriau.  Aku harap tahun ini,  Ara betui-betui jaga vokal dia supaya dia tak terkandas dengan masalah sakit tekak macam tahun lepas.  Aku harap lagu ini buleh menang tempat ketiga sekurang-kurangnya.  Walaubagaimana pun,  aku berasa sangatlah CRINGE melihat Kak Ara berlakon jadi FEREMPUAN dalam video klip ini.



3. Kau Pun Sama
Penyanyi: Syamel
Komposer:  Syamel
Lirik:   Syamel
PENDAPAT AKU?  Kerlas tau deni,  tiap-tiap tahun dah duk masuk final.  Berbakat, menyanyi dan buat lagu.  Dan lagu dia sangat sedap,  catchy dan rancak.  Lagu ni best kalau buat menari erobik,  beat dia tu!  Aku harap Syamel buat something yang best dan tak menari yang bodo-bodo untuk persembahan akhir nanti.  Sebab aku nak make sure dia punya vokal still menghiburkan.


4. Sampai Bila
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul
Lirik:  Ahmad Fedtri Yahya & Shah Shamshiri
PENDAPAT AKU?    OMG!!! Ini adalah lagu feveret aku.  Aku harap lagu ini menang no 1 atau dua...kekuatan lagu ini of course nyanyian Misha Omar dan elemen muzik yang mengcampurkan instrumental klasik macam biola pastu ada juga elemen elektrik muzik especially part beat kat belakang,  dum dum dum dum kat bridge kalau ampa perasan macam opening lagu untuk TV series Stranger Things.  Kalau dengar pakai ear phone baru ampa boleh dengar details itu.  And yes aku harap,  Kak Misha menang anugerah vokal terbaik!  Jangan lupa tendang tendang kuda ya.




5. Haram
Penyanyi: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
PENDAPAT AKU?  FUCK!  Ini lagu kegemaran aku juga.  Aku harap lagu ni menang nombor satu.  JUARA! Boom.  Hael Husaini dan Ezra Kong pandai,  setelah tahun lepas depa menang nombor satu untuk lagu Jampi,  tahun ini depa ada satu strategi baru dengan mengambil AJL Sweethearts iaitu Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi gandingan.  CONFIRMLAH best kan?  Kepada sapa yang tak faham,  lagu ini adalah tentang dua orang manusia yang mempunyai hubungan haram.  Keduanya sudah ada pasangan masing-masing,  tapi entah macam mana boleh terjatuh cinta kat hati lain pulak kan.  Ataupun kepada kita-kita yang lain yang terperangkap dalam cinta haram....adik-adik dan kakak-kakak PLU pasti mengerti...
"Oh biar rasa ini
Tersimpan hanya untuk aku
Kamu saja tahu"



6. Luluh
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Khai Bahar
Lirik: Khai Bahar
PENDAPAT AKU?    Lagu ni sedappppppppppppp!  Siries.  Aku harap Khai Bahar tak buat persembahan poyo tahun ini dengan topeng bodo tu semua.  Lagu ini ikhlas,  sedap.  Muzik dia simple...piano dan elemen biola.  Tapi,  ampa dengar dia punya lirik,  kalau sapa sapa tengah frust cinta ka apa,  kalau ampa dengar lagu ni,  confirm lepas tu ampa duk lagi merengkam sedih.


7. Bunga
Penyanyi: Altimet
Komposer:  Omar K & John Jeevasingam
Lirik:  Altimet
PENDAPAT AKU?  Lagu ni memang best sebab dia punya lirik catchy.  Dikompos oleh Omar K dan John Jeevasingam.  Lirik of course oleh Altimet sendiri,  sebagai MC yang original dia tulis rap dia sendiri.  Ben Laden ja poyo bengong nyanyi rap yang orang lain tulis, pastu duk buat macam hebat.  Sangat budak baru nak up.  Aku harap beliau menang persembahan terbaik dan kalau kata tahun ni dia menang nombor 1-3...aku tak terkejut!  Oh ya,  perasan tak...ini lagu kedua dalam senarai finalis yang mempunyai tajuk yang sama!  Bunga by Ara Johari and here Bunga by Altimet.


8. Jatuh Bangun
Penyanyi:  Haqiem Rusli ft Aman Ra
Komposer:  Haqiem Rusli,  Omar K,  Ikhwan Fatanna
Lirik:  Haqiem Rusli,  Omar K,  Ikhwan Fatanna
PENDAPAT AKU?  Kunon Justin Bieber la kan...................................aku suka lagu ni sebab ada Aman Ra ja.  Aman Ra elok teruk aku taste kat dia.  Apa pun,  Haqiem sila mengaku hang tak pandai menari,  so please jangan bodohkan diri hang untuk cuba menari kat pentas AJL33,  walaupun aku tak suka jugak kat As'ad Motawh,  tapi aku rasa As'ad Motawh menari jauh elok dari hang.  Just maintain macho dan nyanyi sedap-sedap sudah.  Tak payah menari.


9. Tak Pernah Hilang
Penyanyi:  Amylea dan Kaer
Komposer:  Farouk Roman
Lirik: Amylea
PENDAPAT AKU?  Kerlasssssssssss penyanyi penyanyi veteran AF.  Wehs aku suka Kaer,  aku suka bila tiba-tiba dengar suara dia kat Spotify.  Dan lepas tu baru aku tau,  dia nyanyi dengan Amylea yang juga bekas AF yang suara power.  Cuma lagu ni,  plain u olls.  Nothing special.....dan part last-last untuk lagu ni,  aku macam confuse depa dorang ni...nak nyanyi macam bagi power suara depa ka? Atau memang execution suara yang tak best.  Itu sahaja.


10. Hajat
Penyanyi:  Hael Husaini
Komposer:  Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
PENDAPAT AKU?  Adakah Sherry Alhadad,  akan muncul membuat persembahan dengan Hael Husaini?  HAHAHAH sebab dia pastinya akan jadi pengacara untuk pentas AJL33 kan?  Dotty kalau nak muncul,  aku okay lagi...tapi kalau Pola Thai muncul....sirieslyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy aku nak maki TV3!  Pasaipa?  Sebab Sajad nak muncul ampa katop camera.......Pola Thai buleh pulak kan?  Lagu ini antara lagu rancak yang best aku suka!


11. Di Matamu
Penyanyi:  Sufian Suhaimi
Komposer:  Sirkhan & Rinkarnaen
Lirik:  Sirkhan & Rinkarnaen
PENDAPAT AKU?  Kelassssss lagu ni kalau tak salah keluar lepas dia putus tunang dengan artis kening tu kan?  Tay-Tay Swift sangat....buat lagu lepas putus cinta.  Tapi lagu ni best u olls.... tapi bagi aku style lagu ni dengan lagu Khai Bahar sama.



12. Nisan Cinta
Penyanyi:  Siti Nordiana dan Jaclyn Victor
Komposer:Hael Husaini,  Mike Chan & Ezra Kong
Lirik:  Hael Husaini,  Mike Chan & Ezra Kong
PENDAPAT AKU?  Gandingan dua vokalis wanita yang mantap Siti Nordiana dan Jaclyn Victor u olls.  Lagu ni,  kalau bagi Dato' Siti Nurhaliza nyanyi confirm lagi power.  Siries....sapa setuju dengan pendapat aku,  sila angkat tangan sekarang!  Lagu ni sedap tau tapi bagi aku la......tak sesuai untuk vokal depa dorang ni.  Dia kena bagi kat orang yang suara power,  ada macam soprano sikit atau ada ke-negro-an sikit......Jaclyn Victor negro juga...tapi dia punya Negro macam Jeniffer Hudson style...bukan macam Adele!  Hangpa faham tak?  Soul pada suara.


WHAT I THINK ABOUT THE FINALIST?
Okay lepas ampa baca all my rebiu kat atas ni,  ini adalah kesimpulannya:
Juara Lagu aku harap dapat kat HARAM!  Naib Juara aku jangka dan harap dapat kat Sampai Bila by Misha Omar,  dan tempat ketiga of course oleh Bunga by Ara Johari.

Vokal Terbaik,  untuk anugerah ini aku duk nampak kat beberapa orang yang hebat.  Antaranya,  Misha Omar,  Siti Nordiana dan Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah dan Hael dan kalau Ara Johari tak sakit tekak.......dia pun boleh memberi kejutan untuk anugerah ini.  Tapi aku harap sangat.....Misha Omar tendang kaki sambil nyanyi dan tendang habis penyanyi lain!

Persembahan Terbaik,  yang ni tak tau....kena tengok show dulu!!  Nantikan review lepas show pulak ya!

ps/  I will be giving access for Blog Mak Ang to published all my review on previous AJL.  Hope u will like it!

Nukilan - Miss Jay Ass a.k.a Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE