Suzzanna: Bernapas dalam Kubur (2018)


Hello gais,

INI ADALAH GAMBAQ HANTU PERTAMA AKU TENGOK SAMBIL TIDOQ. Okay pembetulan,  aku tengok cerita ini untuk 30 minit pertama sahaja,  kemudian semakin lama,  semakin hilang minat aku untuk tahu jalan cerita.  Akhirnya,  aku tertidur bukan sekali tetapi dua kali.  Setiap kali aku tidur tu dalam 15-20 minit,  bangun sat,  pastu sambung tidur balik.  Lebih kurang macam itu lah,  filem ini agak panjang iaitu lebih kurang 2 jam 5 minit durasinya.


Akibat daripada dorongan daripada kawan aku Ridhwan Sharip yang sangat eksaited bila cerita Suzanna sundel bolong keluar,  maka kami kawan-kawan pun pi la tengok secara berjemaah.  Harapan agak tinggi sebab kenangan filem hantu komedi Indonesia era 70an yang mana tahap ngeri dan ke-skeriannya agak melampau.


Siapa tak ingat?  Filem Sundel Bolong?  Pasai satu perempuan ni mati kena bunuh macam mana ka,  pastu dia jadi hantu pastu kacau orang kampung semua.  Aku ingat-ingat lupa ceritanya,  tapi kalau tak salah aku macam ni la,  satu family ni,  si bapak keluar pi kerja out station,  so rumah depa kena rompakan.  Si mak kena bunuh dan mak jadi hantu,  pastu mak dia pun malam-malam duk balik rumah jadi hantu sambil main piano,  pastu duk kacau orang kampung jual satay,  orang naik beca semua...macam-macam la.  Last-last dia balas dendam kat semua  orang yang dah binasakan kebahagiaan keluarga dia.  Sorry kalau aku punya peringatan kepada jalan cerita ini adalah salah.  Nak lebih jelas,  nah tengok sendiri filem itu kat sini:  SUNDELBOLONG [Full Movie]


Jadi kenapa filem remake Suzzanna lakonan Luna Maya ini membuatkan aku tertidur dibuai mimpi lena?


Jawapan mudah,  sebab filem ini tak best.


Jawapan tak mudah......BANYAK BENDA YANG MENYEBABKAN CERITA NI TAK BEST.


click read more



Make up dan lakonan Luna Maya
Aku tak tau la apa masalah sebenarnya,  make up yang melampau ataupun dia punya botoks yang melampau.  Siriesly wehs,  memanglah depa nak buat bagi Luna Maya nampak balik macam Arwah Suzzanna pelakon yang mula-mula berlakon cerita hantu ni.  Tapi kan wehs?  Muka Luna Maya nampak macam bukan maknusia wehs.  Pipi dia naik kot ataih macam mana ka punya keraih,  pastu dagu dia semua,  last-last mulut dia jadi haluih kecik.  Nak cakap pun macam takdak ekspresi.


Aku dah lupa lakonan Suzzanna macam mana,  tapi aku rasa Luna Maya punya lakonan dalam filem ini dia macam nak mirror balik apa yang Suzzanna buat dalam watak dia sebagai Sundal Bolong.  Tak bolehla macam tu weh!  Rasa macam Kak Ren duk merengek buat seks nakal aku rasa setiap kali Luna Maya bermanja dengan watak suami dia.  hekk hekk hekk hekk...rimaih aku!  Takdak rasa manja yang asli,  langsung hilang elemen misteri yang seharusnya ada dalam watak pelakon utama genre ini.

So siriesly aku agak kecewa dengan lakonan Luna Maya sebab dia terlalu nak tiru Suzzanna hingga aku rasa tak keterlaluan kalau aku katakan watak yang dia bawakan jadi komikal (lawak).

Poster filem asal.

Jalan cerita yang lemah
Jalan cerita basic sama macam filam lama.  Laki bini,  bini mengandung,  laki kena pi luar negara,  orang mai rompak rumah depa,  bini kena bunuh.  Pastu bini balas dendam kat orang-orang yang bunuh dia.  Pastu kesudahannya?  Aku cerita kat sini nampak mudah,  tapi kalau hangpa tengok cerita ni hangpa akan nampak kepincangan dari segi penceritaan.  

Bak kata Abu Mamu dalam dia punya Youtube Laparpo,  apa sahaja yang berlaku kena ada sebabnya.  Contoh,  kalau orang kampung nak menyerang dan bakar rumah Suzzanna kena ada sebab yang strong kenapa orang kampung nak naik marah gila babi sampai nak bakar rumah pompuan ni.  Sebab dalam filem ini,  hanya ditunjukkan dua orang ja laki-laki yang rompak rumah dia kena bunuh (balas dendam).  Dan balas dendam tu berlaku kat asrama kilang,  dan bukannya kat kampung.  So kalau nak ikutkan cerita,  orang kampung nak over marah-marah pasaipa?  

Kalau patut ditunjukkan orang kampung kena hasut dengan pekerja kilang yang risau sebab hantu Suzzanna duk kacau depa...so kena establish la perkara tu.  Pastu aku duk tidur dalam panggung wayang disebelah ketiak Nizal dan Yazid,  so aku pun tak tau apa jadi.  Aku dengarla depa duk keriau-keriau.

Lighting yang Bohsan
Tiba-tiba aku bangun tidoq,  aku nampak depa dah tangkap Sundal Bolong ni dan ikat kat dinding.  HAHAHAHAHHAHA.  Memang macam lawak bodo aku rasa,  tak menakutkan langsung.  At least buatlah lighting bagi nampak macam ada efek-efek misteri dan hantu yang menakutkan,  ni style lampu kalimantan seketoi....baik pi disko kat Love Lane depa punya lampu merah-merah, hitam,  lampu kelip kelap semua effect lagi meletops.  


Pergaduhan Melampau
Yang ni aku tak paham...pasaipa nak kena buat scene fight over-over sampai aku tertidoq?  Baik hangpa remake balik scene-scene orang kampung jual satay,  sundal bolong kacau apek jual pau.  Lagi best!

Jadi kesimpulan aku.  TAKPAYAH BUANG DUIT PI TENGOK CERITA NI KAT PANGGUNG WAYANG.  Hangpa tunggu la keluar kat Youtube,  tengok ja kat sana nanti.  Ataupun better buat viewing party dengan kawan-kawan dengan menengok balik semua filem Sundel Bolong 1982 tu.

Sekian,  terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...