Skip to main content

8 Perkara tentang Anugerah Juara Lagu 33


Dah baca ulasan penuh Anugerah Juara Lagu 33 dalam blog akak ni? Kalau belum, jemput baca dulu. So dalam post ini, I olls cuba kumpulkan 8 perkara mengenai #AJL33. Benda yang best, benda yang tak best, benda yang menjadi kontroversi dan dibualkan oleh para netizen. So akak kumpulkan di sini dan cuba bincangkan bersama.

1.  Bukan Penajaan Kampung
Alhamdulillah tahun ini penaja adalah daripada syarikat yang mempunyai imej yang tidak memalukan dimana pemilik syarikat itu tidak over-over naik pentas pakai mahkota dan promote minuman kesihatan dia dengan kerongsang permata pelasu. KFC is my favorite all time food, bila merajuk, my husband will buy me KFC. Hence, i body! And seterusnya Samsung, satu jenama peneraju smart phone yang disegani dunia. Sebagai pemakai android, akak bangga sebab akak pakai #note9. HAHAHAH okay bye.


2.  Choreography Kamera
Bab ini masih tiada improvement. Masih lagi berceramok dan tiada susunan. Akak dah tegur banyak kali dalam ulasan tahun-tahun sebelum ini. Mungkin TV3 masih belum ada kepakaran dalam bab ini. Sila hantar staf u olls untuk intern dengan CBS ataupun MTV!



3.  Soprano dan Wisel
P*ki sangat kan? Dari Khai Bahar, pastu Amylea, Siti Sarah, Hael Husaini dan Ara Johari................SEMUA DUK MASUKKAN ELEMEN SOPRANO OPERA DAN TEKNIK WISEL. Masalahnya kalau soprano dan wisel ko sedap dan menjadi macam Ernie Zakri takpa! Ini serak-serak sendu mak rasa macam nak keluar dan ciup wisel yang cikgu jasmani akan pakai tu! Ini adalah satu pengajaran kepada penerbit AJL33 tahun hadapan, sila nasihat para finalis betul-betul.



4.  No More Drama Sambutan Hari Guru
Terima kasih penerbit #AJL33 sebab dengar dengusan hati mak! Mak tak sanggup dah tengok drama lakonan bodo-bodo di awal persembahan. Ini bukan pentas persembahan hari guru ya....



5.  Ini Tahun Hael
Sepupu aku si Abang Joe yang selama ini hobi dia amik gambar serangga bersetubuh dan tanam pokok kat rumah,  dia kata "TAK ACHI TAHUN NI DEPA ASYIK BOK NAIK HAEL SAHAJA".  Pandaila hang abang Joe.  Actually kan,  tahun ini memang tahun Hael.  3 lagu ciptaan bersamanya layak ke pentas AJL dan dua daripadanya dia nyanyi sendiri.  Actually ini bukan kata TV3 nak bok naik dia tak pasal-pasal,  industri seni kita takdak la politik teruk sangat macam Academy Awards,  filem yang nak menang kena lobi kau-kau oleh syarikat pembikin filem.

Kalau tengok sejak dahulu pun,  pencipta dan penulis lirik ni macam ada musim-musim dia.  Kalau kata,  sekali dia memang,  confirm musim dia akan tahan buat beberapa tahun.  Ingat tak zaman M Nasir,  sampai bertahun-tahun lagu dia ataupun lagu dia cipta asyik menang sahaja.  Sekarang tahun Hael pulak.  Dia adalah 'suara' muzik masa kini Malaysia.



6.  Emcee Best
Tak wajib kalau aku tak puji depa lagi sekali.  Aku suka ampa dorang,  Sherry Alhadad dan Alif Satar.  Sebagai pengacara majlis,  hangpa hanyalah tukang permudah acara agar perjalanan program berlangsung lancar.  BUKANNYA OVER SHADOW.  Harap dua orang ini menjadi inspirasi dan juga contoh kepada emcee lain!  ps/  Aku doa Sara Zulkifli jadi emcee AJL satu hari nanti.  That girl got talent!

7.  Suffian Suhaimi vs Elfira Loy
Haaa syioknya nak membawang bab ini,  kalau boleh dizahirkan persiapakan aku membawang topik ini bukan sekadar makcik-makcik bawang lain yang potong bawang pakai pisau biasa.  Aku adalah makcik bawang profesional,  aku potong bawang pakai Tupperware MandoChef!  Aku hiris dan aku potong bawang-bawang itu mengikut pelbagai bentuk dan rupa.

So macam kita semua tahu, persembahan Suffian Suhaimi a.k.a abang semut adalah digarapkan daripada kisah kes dia putus tunang dengan aktres kening tebal Elfira Loy.  Dia sendiri tidak menafikan fakta itu,  dalam sebuah wawancara,  Suffian Suhaimi menyatakan bahawa walaupun hakikat lagu ini "Di Matamu" ditulis jauh lebih awal daripada kejadian yang melanda dirinya dan tidak kena mengena dengan kes putus tunangnya itu.  Tetapi dia kata,  sebagai menangkap perasaan audience yang bukan sahaja mendengar lagu ini tetapi melihat persembahannya,  dia menggarapkan kejadian putus tunangnya itu dalam persembahan itu.




Macam yang akak habaq,  persembahannya dibahagian kepada tiga seksyen iaitu chandeliar,  kain putih dan pelamin.  So u olls boleh nampak di akhir persembahan seolah-olah Suffian Suhaimi duduk seorang di atas pelamin impiannya yang sudah musnah.  A.K.A harapan dia menikahi kekasih hati pun tak kesampaian.  Kepada yang tak familiar dengan kisah gossip artis tempatan,  lepas Suffian Suhaimi dan Elfira Loy bertunang dalam satu majlis yang gempaq sampai Elfira Loy tukar baju dua kali....TAK PERNAH PERNAH AKU TENGOK MAJLIS PERTUNANGAN SAMPAI TUKAR DUA BAJU...akhirnya depa break off dan Elfira Loy menikah dengan orang lain.  Nak kenal lebih jauh mengenai suami Elfira Loy,  baca sini:  Faris Khairol Anuar

MALAM ITU SUFFIAN SUHAIMI MENANG PERSEMBAHAN TERBAIK.  He deserves it,  baca dan tengok komen orang belakang tabir #ajl33 semua memuji kesungguhan beliau dengan prop yang mega.  Dari segi penghayatan nyanyian pun,  sampai Dato' Siti Liza puji hang kat Twitter wehs!  He deserves it.

Kontroversi timbul apabila suara Twitter dari adik Elfira Loy yang mengatakan SS cuba eksploitasi kisah ini untuk personal gain.  HELLLLLLLLLLLLLOOOOOO THIS IS HIS STORY TOO.  Bodohlah kalau dia tak gunakan pengalaman peribadi ini untuk persembahan yang gempak.  Inilah dunia pop,  kalau tak mau masuk dalam dunia pop!  Sedangkan makcik kerani jabatan perairan negeri pun penuh dengan gossip dan skandal,  apatah lagi penyanyi popular.

Pastu si Elfira Loy pun pi Tweet something!  #tangankututupmuka WOIIIIII SEPATUTNYA HANG TAK PAYAH NAK BERSUARA HAPA-HAPA.  U are married now,  you have a husband now.  You said you moved on,  you said you are happy.  Kalau begitu,  why u nak toleh belakang lagi?  Bekpila bekas kekasih hang nak meroyan ka,  nak buat apa pun,  kalau hang tak salah,  kalau hang betul,  HANG PATUTNYA DIAM.  Diam itu lebih indah dan besar maknanya.  Hang lebih classy dan lebih dipandang mulia.  My first thought bila tengok Tweet Elfira,  "Laki hang tak marah ka?"



Kalaulah aku yang Tweet pasai bekas kekasih aku dalam social media macam tu,  confirm Encik Khafi akan pukul kaki aku dengan simpulan kain (cara pukul yang dianjurkan dalam agama Islam).

The moment tu answer the gossip,  the gossip become real story.  But anyway,  what ever la hangpa nak komen sokong-sokong kakak kening,  im with abang semut!



8.  Pemenang AJL
RAMAI TAK PUAS HATI dengan barisan pemenang-pemenang #AJL33.  Seperti kita tahu,  juara dapat kat Haram, Bunga Ara Johari nombor dua dan Sampai bila dapat nombor 3.  Ini adalah prediction aku before #AJL33;

WHAT I THINK ABOUT THE FINALIST?
Okay lepas ampa baca all my rebiu kat atas ni,  ini adalah kesimpulannya:
Juara Lagu aku harap dapat kat HARAM!  Naib Juara aku jangka dan harap dapat kat Sampai Bila by Misha Omar,  dan tempat ketiga of course oleh Bunga by Ara Johari.
Vokal Terbaik,  untuk anugerah ini aku duk nampak kat beberapa orang yang hebat.  Antaranya,  Misha Omar,  Siti Nordiana dan Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah dan Hael dan kalau Ara Johari tak sakit tekak.......dia pun boleh memberi kejutan untuk anugerah ini.  Tapi aku harap sangat.....Misha Omar tendang kaki sambil nyanyi dan tendang habis penyanyi lain!
Persembahan Terbaik,  yang ni tak tau....kena tengok show dulu!!  Nantikan review lepas show pulak ya!

Ada nampak mummy happy?  HAHAH sebab tu mummy tak meroyan macam korang semua kat sosmed sebab jangkaan mummy hampir 99% tepat.  Berlainan dengan Neelofa, tahun ini kali kedua tekaan beliau 100% tepat.  Macam mana tekaan kami boleh tepat?  Sebab kami mempunyai taste dan kami tau #AJL33 suka muzik macam mana.

U olls semua berhak nak carut,  kutuk dan suarakan rasa tak puas hati u olls apabila lagu-lagu kegemaran u olls tak menang.  Its a part of the process,  process untuk kita belajar apakah trend muzik terkini,  kenapa lagu ini tidak dipilih juri dan sebagainya.  Apa pun hati kena terbuka sebab seni adalah abstrak.  Janganlah obses sampai nak boikot-boikot bagai,  ehhh bodonya dan tak matangnya korang nak marah-marah artis kegemaran korang tak menang.  Awat kalau dia menang RM50,000 pun aku nak tanya sat......DIA BAGI HANG KA DUIT KEMENANGAN TU?  Dan nak marah sangat,  aku nak tanya,  album original dia ataupun paling cokia pun,  ada tak hang beli lagu dia secara halal di portal muzik online?  SETAKAT KO PUN DENGAR ULANG-ULANG PAKAI YOUTUBE.....tak payah nak bising-bising sundel.

And here come Kak Adibah Noor dengan Tweet yang menyatakan semua lagu-lagu AJL telah di pre-judge,  persembahan malam itu hanyalah untuk menentukan persembahan terbaik dan juga vokal terbaik.  Tempat pertama,  kedua dan ketiga telah ditetapkan lebih awal.  Pendapat beliau,  mungkin betul,  mungkin salah.  Tapi sebagai bekas pemenang AJL 21 tahun 2006,  adalah tidak profesional beliau membuat Tweet itu.

Adibah Noor ni dulu mak kagum dia sebab dia wanita agam,  tapi bila follow Tweet dia,  mak rasa dia seorang perempuan yang bitter.  Garang tak tentu pasal dan suka layan peminat yang bodo-bodoh,  kalau hang layan orang bodo,  hang apa?  Lagipun memang pun dia tak best sebab masa aku masuk audition Mentor bawah Adibah Noor dia pilih pondan nama Thai dan bukan aku.  Last-last kalah juga Thai tu pun mak rasa nak drag macam Sajad,  pindah pi Australia untuk cekcur.


Bacaan lain:

Comments